Thursday, December 31, 2009

JADUAL PENGKULIAHAN SESI AKADEMIK 09/010

PENGKULIAHAN 21 DEC-12 FEB
CUTI PERTENGAHAN SEMESTAR 13-21 FEB
PENGKULIAHAN 22 FEB-03 APR
CUTI ULANGKAJI 04 APR-11 APR
PEPERIKSAAN 12 APR-30 APR
CUTI SEMESTER 01 MEI- 04 JUL

21 Dec -3 Jan gugur tambah kursus

4-17 Jan gugur kursus

18-24 Jan pengesahan pendaftaran kursus

18-14 feb tarik diri kursus

15-21 feb pengesahan masuk exm

12-30 April peperiksaan akhir

8 jun pengumuman keputusan


USAHA TANGGA KEJAYAAN,

URUSKAN MASA ANDA SEBAIKNYA!!!

PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN..


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbrt. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita masih lagi diberikan peluang untuk mengutip lembaran-lembaran ilmu, untuk memenuhi ruang-ruang masa berbaki yang mungkin bagi tahun 3 akan berakhir pada sem ini, tahun 2 dalam pra memasuki tahun 3 begitu juga tahun 1. Walaupunbegitu kami barisan pimpinan mengharapkan ilmu yang dipelajari tidak terhenti hanya disini dan bukan untuk dipekung didalam dada tetapi mencari alternatif lain untuk bagaimana mempraktikalkan ilmu itu. Apapun, Sijil juga penting sebagai nisbah atau asbab kita pada zaman yang memerlukan kini.

Tahun baru, azam baru. Itulah yang seringkali kedengaran di mana-mana pun, termasuk juga media massa. HIJRAH bagi mahasiswa/i. Mahasiswa/i perlu bertindak mengubah diri kerana diri sendiri yang mengetahui kelemahan dan kekuatan diri. Lebih-lebih lagi mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam yang seharusnya membawa kesedaran dalam kelompok masyarakat, menjadi pengislah ummah juga sebagai agen perubah. Bukan menjadi pengikut semata-mata.

Mulakan dari diri anda, kerana perkara yang akan ditanya pada anda kelak mengapa ilmu yang dipelajari tidak digunakan sepenuhnya, hukum hakam yang telah dipelajari dalam kuliah dan sebagainya. Ingatlah, anda adalah manusia perintis ilmu yang membawa agama ISLAM, yang belajar ilmu agama, bukan manusia yang JAHIL yang tidak ada pengetahuan mengenai Islam. Mungkin, manusia yang jahil boleh dimaafkan tetapi bagaimana manusia yang telah mengetahui???yang telah ada Kefahaman???. Itulah tanggungjawab yang telah diletakkan dibahu anda sebagai seorang mahasiswa ISLAM. Jadi, andalah yang menentukan pengurusan kehidupan anda. Sama ada untuk menutup apa yang anda TAHU atau mencari keredhaan ALLAH swt yang SATU.


"ILMU tanpa AMAL ibarat POHON yang TIDAK BERBUAH"

Harapan kami agar FPI dapat mengeluarkan produk-produk manusia yang berkualiti, yang mempunyai IDEOLOGI dan idealisme yang tinggi. IMAN yang mantap, FIKRAH Islam yang jelas, Menguasai ILMU dan mampu memberi manfaat pada orang lain. Mudah-mudahan tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik buat kita semua. Insya Allah. Wallahua'lam.

Sunday, December 27, 2009

RENUNGAN SEBAGAI PEDOMAN


Walau bagaimana besar sekalipun darjatmu di dunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.

Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.

Walau banyak manapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.

Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.

Walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.

Walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.

Walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di hina di dalam perut bumi.

Walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.

"Barang siapa yg bangun di waktu pagi sambil bersungut krn kesusahan hidup,maka seolah2 ia bersungut krn perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih krn perkara2 dunia bererti ia tlh marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kpd org kaya krn kekayaanya maka tlh hilang dua pertiga agamanya."

Thursday, November 19, 2009

ZINNIRAH: PENYERI DI FIRDAUSI


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.

Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Friday, November 13, 2009

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.


Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, November 12, 2009

INGIN TAHU RAHSIA JARI KITA !!!


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah kita??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari kita yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila

KILAUAN SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya
- mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda
,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. .....

Tuesday, November 10, 2009

Cinta SAHABAT


Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah pelbagai bangsa dan agama untuk kita mencari dan mengenal erti kehidupan yang merupakan salah satu hikmah dan kebijaksanaan-Nya kerana dari situ kita dapat mengenal perbagai ragam manusia, budaya adat resam yang diciptakan oleh Allah supaya manusia berfikir akan kekuasaan-Nya.

Begitu juga sahabat yang diciptakan oleh Allah untuk kita. Kadang-kadang kita tidak mengenal erti persahabatan yang sebenar yang sebenarnya ia adalah satu nikmat daripada Allah dalam manisnya berukhuwah. Sahabatlah bagi manusia untuk meluahkan perasaan, untuk meluahkan keperitan walaupun sebenarnya sahabat itu tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding dengan keluarga, kadang-kadang kita lebih banyak masa diluangkan untuk sahabat.

Tetapi adakah kita bena-benar memilih sahabat yang sebenar-benarnya. Kerana silap memilih sahabat punahlah masa depan sama seperti ungkapan yang bersama dengan orang yang memakai wangi-wangian, dia juga akan terpalit bau wangi itu. Ini bermakna pemlihan sahabat mestilah betul. Apabila kita bersama sahabat yang keruntuhan akhlak, mahu tidak mahu kita juga akan terpengaruh dengan sedikit sikap sahabat kita itu tetapi bilamana kita bersahabat dengan alim ulama dan orang yang soleh, maka kita juga akan terikut dengan sikap
nya. Walaupun sedikit sikap yang buruk kita ambil tetapi ia akan menjadi tabiat yang sukar untuk kita buang.

Sesungguhnya, Allah mengetahui akan sifat fitrah manusia yang perlukan teman dalam setiap detik kehidupan. Indahnya bilamana bertemu dan berpisah kerana Allah jua apabila kita cinta dan marah hanya kerana Allah diatas dasar keimanan kepada Allah.

Hal ini dinyatakan dalam hadis:

Bermaksud: ”Barangsiapa yang mencintai dan memarahi kerana Allah, memberi dan menolak kerana Allah, maka sempurnalah imannya.”
(H.R. Abu Daud)

Daripada hadith di atas, seorang muslim akan mencintai setiap hamba yang soleh dan akan mengikut sifatnya begitu juga seorang muslim akan membenci orang yang fasik terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya kerana mereka tidak mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi, kefasikan mereka tidak boleh dijadikan penghalang kepada kita untuk bersahabat tetapi memberi peluang kepada kita untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Dalam pemilihan sahabat, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan tujuan persahabatan
itu hanya semata-mata kerana Allah. Antara faktornya ialah:

1- Mestilah sahabat itu seorang yang pandai, kerana bilamana bersahabat dengan orang yang jahil kita akan terikut dengan sifat dan sikapnya.

2- Mestilah dia seorang yang berakhlak mulia, kerana bilamana dia mempunyai akhlak yang buruk walaupun seorang yang pandai, mereka akan sering dikalahkan oleh hawa nafsu yang menyebabkan kadang-kadang kita akan terkena dengan kejahatannya sepertimana seorang sahabat yang khianat.

3- Mestilah dia seorang yang bertakwa kerana orang yang fasik tidak akan taat dan beriman dengan perintah Allah. Bilamana dia berbuat jahat terhadap saudaranya, dia tidak akan peduli akan perasaan sahabatnya kerana orang yang tidak taat kepada Allah adalah orang yang tidak akan memperdulikan apa-apa pun.

4- Mestilah dia seorang yang berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi perkara-perkara khurafat dan perkara-perkara bidaah kerana apabila dia melakukan perkara-perkara sedemikian hilanglah kepercayaannya pada Allah yang satu.

Menurut salah seorang yang soleh, ketika mewasiati anaknya, ”Wahai anakku, jika kamu memerlukan teman, maka bertemanlah dengan orang yang bila kamu perlukan bantuan dia akan membantumu, jika kamu menemaninya dia akan setia kepadamu, jika kamu mendapat anugerah diatidak akan meminta. Wahai anakku, bersahabatlah kamu dengan orang yang bilamana menghulurkan kebaikan dia tidak akan meminta dibalas, bila kamu mendapat kebaikan dia mengakuinya, dan jika kamu mendapat kecelakaan dia kan menolaknya. Bersahabatlah dengan orang yang jika kamu berkata kepadanya dia membenarkanmu, jika kamu bersikap bertentangan dengan sesuatu, maka dia mengingatkanmu.

Daripada cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bukan mudah untuk mencari sahabat sejati
yang boleh membawa kita mencapai kebahagian dunia dan akhirat sebaliknya ramai sahabat yang kita lihat pada hari ini lebih menjurus kepada kehidupan keduniaan semata-mata walaupun sebahagian mereka mempelajari ilmu agama tiak semestinya sahabat itu sempurna. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk menyedarkan kembali sikap mereka supaya kembali mengenal Allah yang esa.

Demikianlah, manusia sering menilai persahabatan dari luaran dan bukannya dari dalaman. Justeru kita mestilah pandai dalam memilih sahabat dan semoga ukhuwah itu berpanjangan dunia dan akhirat.

Wallahua'lam

Saturday, November 7, 2009

Sayang dirimu... ~Wanita~


Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. Itulah ungkapan yang sering kita dengar menjadikan seorang wanita itu terlalu istimewa. Adakah ia benar? Bagaimana dengan zaman era sekarang yang menjeremuskan ramai wanita ke lembah penzinaan, kemaksiatan! Harus kita sedar hakikat zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dunia, salah satunya fitnah dari seorang wanita.


Tiada siapa yang dapat menahan daripada kecantikan. Setiap manusia suka kepada kecantikan, dan kemewahan. Tapi ia hanya sementara. Hakikatnya, kecantikan dan kemewahan akhirat kekal abadi. Tapi adakah kita ingat dan berwaspada!. Adakah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya!

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda:

”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat (semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

Apakah kita sebenarnya sentiasa beringat, berpesan-pesan sesama kita? Dimanakah kedudukan kita sebagai seorang wanita di dunia ini? Janganlah mulia yang dicari tetapi carilah kemuliaan disisi Allah.

Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

Setiap apa yang digariskan oleh Islam, ada hikmah yang boleh kita ambil dan hayati. Kebaikan dan keburukan, hikmah dari-Nya yang tersembunyi, Dengan menggunakan akal, kita mampu berfikir dengan lebih mendalam lagi.

Wahai wanita yang solehah, dikau penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran. Selaku isteri, kawan dan penunjuk jalan bagi suami. Dan dikau adalah sayap kiri kerajaan suami yang membantu dalam pemerintahan negeri.

Wahai wanita yang solehah, hiasilah keperibadianmu dengan akhlak yang tinggi dan ilmu yang membaluti diri, kelak dirimu tidak mudah untuk terpengaruh dengan godaan duniawi, termasuk pengaruh buruk dari lelaki.

Wahai wanita yang punyai wajah yang indah, jagalah perhiasanmu seperti menjaga barang yang sangat engkau sayangi, kelak dirimu akan dijaga dan terpelihara.

Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 55 yang bermaksud:

”Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani”


Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik ciptaan. Haruslah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana kita dihidupkan di dunia ini, dilahirkan di dunia ini sebagai seorang wanita. Wanita yang punyai banyak keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah, tetapi kitalah sebagai penentu yang meletakkan diri kita di mana, di syurga atau di neraka.


Hakikatnya, wanita yang baik itu, datangnya daripada didikan iman dan taqwa yang dipupuk sejak kecil lagi. Bersama-samalah kita menjadi wanita solehah yang diangkat martabatnya oleh Allah di syurga.

MUFTI RUSIA komen ayat pada kulit bayi

GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada."

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

AYAT AL-QUR'AN PADA KULIT BAYI

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Thursday, November 5, 2009

"MENUNTUT ILMU" : (لله تعالى)

Salam imtihan buat warga UKM khususnya sahabat-sahabat FPI. Moga dalam keadaan sihat dan senantiasa di bawah payung naungan keredhaan Ilahi hendaknya. Peperiksaan sudah pun bermula di kancah perbukitan ilmu. Mudah-mudahan apa yang diharapkan kejayaan berpihak pada kita. Samada kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Sahabat-sahabat mahasiswa/siswa sekalian,
Di sini saya ingin melontarkan persoalan kepada diri saya dan sahabat-sahabat. Adakah ilmu yang kita cari ini hanyalah semata-mata kemuncaknya di hari peperiksaan sahaja? Adakah Penat lelah yang kita lalui semasa menimba ilmu di dewan-dewan kuliah dan tutorial hanyalah semata-mata ingin dibuang dan dimuntahkan segala-galanya di kertas-kertas soalan peperiksaan? Jika ‘ya’ jawapannya, maka kita bukanlah hamba yang benar-benar mencari ilmu kerana Allah swt. Jika kita melihat pada zaman umat terdahulu, ketika mana para sahabat menuntut ilmu, hanyalah kerana Allah, semata-mata ingin mengembangkan Islam. Maka hasilnya kita dapat melihat Islam berkembang sehingga kini dengan gahnya. Mereka menjadi da’i yang hebat. Abid yang alim. Sedangkan mereka tidaklah melalui ujian dan peperiksaan di DECTAR, DG, KTAM, Lobi A, B, C, D dan sebagainya seperti mana yang kita lalui. Akan tetapi mereka bersungguh-sungguh menimba ilmu hanyalah kerana Allah swt.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua warga UKM khususnya FPI, marilah kita mengadaptasikan ilmu kita kepada masyarakat. Kitalah da’i, kitalah agen perubah, kitalah aset kepada negara yang akhirnya akan merubah dan menggoncang dunia dengan ilmu yang kita miliki. Bukan hanya sekadar melepaskan segala-galanya di kertas soalan dan seolah-olah tamat dan gugurlah riwayat Ilmu dalam hidup kita selepas tamat peperiksaan. Mahasiswa sepatutnya mempunyai kelebihan kerana ‘Ilmu’. Peperiksaan hanyalah sekadar menilai kebolehan kita di pentas dunia sahaja. Akan tetapi ingatlah, bahawa kita mempunyai peperiksaan yang hakiki iaitu ‘kematian’. saya yakin dan percaya, jika kita adaptasi dan menterjemahkan ilmu kita di dalam masyarakat sekeliling hanyalah semata-mata ingin mengembalikan ‘ketuanan Islam’ suatu hari nanti, InsyaAllah kita akan berjaya di hari peperiksaan yang hakiki yang mana akan di soal oleh ‘pensyarah’ munkar dan nakir. Hebat manapun kita, pandai cerdik sekalipun kita, kaya mewah sekalipun kita, jika kita tewas dalam mengamal dan menyampaikan ilmu yang kita ada, maka bersedialah kamu untuk gagal dalam peperiksaan yang hakiki sekaligus di azab oleh Allah swt.

Ayuhlah sahabat-sahabat mahasiswa/siswi, jadikanlah ilmu kita sebagai jalan untuk kita menyampaikan dakwah dan amalan seharian dalam kehidupan, bukan sekadar dijadikan hiasan di dalam dada dan akhirnya hilang begitu sahaja kerana dek maksiat yang telah kita lakukan. Kita juga perlu ingat, bukan hanya sekadar mencari kejayaan dalam peperiksaan final sahaja, akan tetapi mengjangkau lebih daripada itu, bahawa kejayaan menggapai dan mencari keredhaan Allah itu adalah lebih utama. Kita mestilah meletakkan authority kita sebagai mahasiswa dan dalam masa yang sama kita juga perlu sedar, priority keutamaannya kita adalah khalifah di muka bumi Allah. Ilmu dan amal haruslah disatukan. ‘ilmu tanpa amal sama seperti pokok tanpa buah.

Firman Allah swt:
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat".
(al-Mujadalah: 11).

MUHAMMAD SYAFIQ BIN A.AZIZ
Exco Penerbitan Dan Dokumentasi
PMFPI , UKM

BERJUANGLAH... من جد وجد

Wednesday, November 4, 2009

ANTARA KERETA SPORT & SENASKAH AL-QUR'AN

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya .Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras....al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus'',didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati...renungkan dan selamat beramal...:-)


Friday, October 30, 2009

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU ATAU NOTA)
Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu , Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh