Monday, May 4, 2009

mEnAnGiS kErAnA tAkUt kEpAdA ALLAH


Yang dikatakan hiba' ialah khusyuk di dalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t..ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji.Dengan sifat itu pula,Allah s.w.t telah menyifatkan nabi-Nya a.s serta hamba2 Nya yang berilmu pengetahuan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Ketika dibacakan kepada mereka ayat2(keterangan) Allah Yang Maha Pemurah,mereka lalu tunduk bersujud dan menangis." ( Maryam:58 )


Firman Nya lagi yang bermaksud :

" Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." ( al-Isra' : 109 )


Rasulullah s.a.w mengkategorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat,di mana tiada lindungan yang lain kecuali lindungan Allah azzawajalla sahaja.


sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

" setiap mata akan menagis di hari kiamat,melainkan mata yang telah menagis kerana takut kepada Allah, dan mata yang celik berjaga fi sabilillah."


Sebenarnya orang yang menangis semata2 kerana takut kepada Allah s.w.t itu amat jarang terlihat dalam kalangan manusia,sehingga darjatnya menjadi amat tinggi dalam pandangan Allah s.w.t.Padahal terdapat banyak orang yang menangis pada setiap hari.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

" seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke dalam neraka,sehingga unta dapat masuk ke dalam lubang jarum."


Dalam sebuah riwayat : Sekiranya pada suatu umat ada seseorang yang menangis kerananya,nescaya Allah akan merahmati umat itu disebabkan tangisan orang tadi.

Kini nyatalah bahawasanya tangisan itu ada banyak ragamnya.Akan tetapi hanya tangisan kerana takut kepada Allah sahajalah yang jarang2 dilakukan oleh manusia.Oleh itu,hendaklah kita tangisi diri kita kerana takut kepada Allah s.w.t.Andainya tidak boleh menangis juga,maka cubakanlah menangis. Akan tetapi,janganlah sampai kita mencampur adukkan amalan kita dengan riak dan pura2 atau dengan menunjuk-nunjuk dan bermegah2 di hadapan orang ramai,agar kita tidak jatuh hina dalam pandangan Allah s.w.t....


sumber : Imam Habib Abdullah Haddad.Nasihat Agama dan Wasiat Iman