Thursday, September 17, 2009

SALAM LEBARAN!!!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kami daripada saff kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) sesi 2008/2009 ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh warga Fakulti Pengajian Islam terutama kepada Pihak Kedekanan di atas sokongan dan dorongan yang diberikan kepada PMFPI..tidak lupa juga kepada para pensyarah serta barisan kepimpinan kelab-kelab jabatan yang sentiasa memberi kerjasama kepada pihak kami dan tidak lupa juga kepada mahasiswa/i FPI sesi 2009/2010..

Doa kami kepada semua sahabat mahasiswa/i semoga anda semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan selamat kembali ke UKM untuk perjuangan yang seterusnya..semoga lebaran kali ini memberi sejuta kenangan manis kepada sahabat sekalian..

Akhir kalam,kami ingin memohon maaf atas segala salah dan silap selama ini..semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat dan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan yang penuh barakah ini..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Tulus ikhlas daripada :
barisan kepimpinan PMFPI 08/09...

Friday, September 11, 2009

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar

Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).

Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).
Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.

Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?
Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).

Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?

Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------

Thursday, September 10, 2009


31 OGOS 1957 “ADAKAH KEMERDEKAAN DARI PENJAJAH KEARAH KEMERDEKAAN DARI ISLAM”..??

Salam iman dan taqwa buat sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah setinggi-tinggi kepujian kita rafa’kan kepada Rabbul Jalil selaku Tuan punya dunia kerana limpah InayahNya masih lagi kita diberi peluang menghembuskan nafas dimuka bumi Allah sekaligus diberikan nikmat iman jua Islam secara percuma dan ‘cash’. Selawat serta salam Khususan ila nabi Muhammad saw. Alhamdulillah ramadhan karim menghiasi peningkatan iman para sahabat sekalian. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulillah sudah 52 tahun  Negara kita mencapai kemerdekaan dari penjajah yang begitu zalim dan menghancurkan tamadun Islam satu ketika dahulu. Di mana ketika itu kita dapat melihat dan menyaksikan bagaimana sesi penjajahan dan penyebaran pemikiran dan ideologi sekularisme ke atas rakyat Tanah Melayu yang telah dianjurkan oleh keparat barat ketika itu. Mana mungkin pemikiran virus ini tidak meracuni seluruh penduduk khususnya umat Islam yang ada di Tanah Melayu. Perkara ini boleh dikatakan sama seperti apa yang berlaku di Mesir ketika penjajahan Perancis, Hindia Timur belanda ketika penjajahan Belanda dan Selatan Filipina ketika penjajahan Amerika.

Jika kita renung sejenak, sepatutnya 52 tahun adalah masa yang lama untuk kita melakukan paradigma perubahan ke arah kebaikan dan membersihkan dari kotoran degil barat yang pernah menjajah negara majoriti umat Islam ini. Sepatutnya kita sudah merdeka dari semua aspek termasuklah pemikiran, pakaian dan akhlak kelakuan. Akan tetapi jauh dari sudut itu, corak pemerintahan di Malaysia juga masih banyak berkiblatkan barat dan jauh sekali dengan apa yang di anjurkan oleh Islam. Dari aspek ekonominya, politiknya, sistem kehakimannya masih bertunjangkan ajaran penjajah. Mengapa mesti mengaku Negara Islam jika meletakkan Islam sebagai perhiasan semata-mata?? Kita bangga dengan sistem yang dilaksanakan pemerintahan atas asuhan dan didikan penjajah, akan tetapi dalam masa yang sama kita menghancurkan peradaban ketamadunan Islam yang suci dan gemilang suatu ketika dahulu. Sama seperti tangan kanan mengorek lubang menggunakan cangkul dalam masa yang sama tangan kiri menimbus semula lubang dengan menggunakan bajak dan boldozer.

Sahabat-sahabat sekalian,

Hasil daripada penerapan sistem yang jelas menyempang dari ajaran Islam ini, akhirnya melahirkan generasi-genarasi yang jelas seolah-olah ingin bebas dan merdeka dari Islam. oleh kerana pembangunan fizikal dan metarial yang telah diterapkan oleh pihak berkuasa akhirnya menjadi satu memontum kepada kelalaian dan kebejatan sosial yang kian meruncing dan parah di negara kita. Lihat sahajalah kesannya, Artis dijadikan ‘qudwatun hasanah’. Barat dijadikan kiblat. Majalah maksiat dijadikan bacaan. Lagu-lagu lagho dijadikan zikir. Maksiat dijadikan amalan. Konsert dijadikan majlis rasmi. Ulama’ dijadikan musuh. Inilah sebenarnya kesan daripada penjajahan pemikiran kafir laknatullah.

Melakukan dosa perkara biasa, malah melakukan dosa dalam keadaan terang-terangan satu perkara yang amat membanggakan, seolah-olah dijanjikan syurga Allah. Melakukan perkara baik terlalu takut, malu, sembunyi-sembunyi. Entah buat perkara baik kena bunuh agaknya. MasyaAllah, amat menyedihkan. Pihak yg mahu melaksanakan sunnah nabi di gelak ketawakan, dibenci, dihina, dicaci. Akan tetapi golongan-golongan maksiat dibangga-banggakan. Bukan sahaja tidak mahu melakukan kebaikan malah menolak dan menentang golongan yang ingin melakukan kebaikan.

Sahabat-sahabat generasi muda. Ayuhlah kita sama-sama kembali ke jalan menuju MARADHATILLAH. Adakah kamu lupa Islam pernah gemilang suatu ketika dahulu dan antara peneraju utama ialah golongan-golongan muda. Mengapa kita tidak jadikan Rasulullah saw sebagai role model. Al-Quran Sunnah sebagai pegangan. Ulama’ sebagai panduan. bertaubat adalah jalan terbaik untuk kita sama-sama mengembalikan ‘ketuanan Islam’ yang sudah lama lenyap dek zaman. Bangkitlah umat Islam. marilah bersama-sama berjuang dan mengorbankan diri di saff hadapan di dalam menulusuri era kemodenan  pasca Syariah Islamiah.

Mustafa Mashyur “di akhir zaman ini, Agama Islam dan Umat Islam adalah satu lembah yang berbeza”

"GENERASI BARU HARAPAN PENGISLAH UMMAH"

Ikhlas dari:

MUHAMMAD SYAFIQ BIN A.AZIZ

EXCO INFORMASI DAN PENERBITAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM



Wednesday, September 9, 2009

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Tuesday, September 8, 2009

RAHSIA SOLAT

  1. Niat Sembahyang
    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
  2. Berdiri Betul
    Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
  3. Takbiratul Ihram
    Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
  4. Fatihah
    Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur
  5. Rukuk
    Sebagai tikar kita didalam kubur
  6. Iktidal
    Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur
  7. Sujud
    Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
  8. Duduk Antara Dua Sujud
    Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
    Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
  10. Tahiyat Akhir
    Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur
  11. Selawat Nabi
    Sebagai pendinding api neraka didalam kubur
  12. Salam
    Memelihara kita didalam kubur
  13. Tertib
    Akan pertemuan kita dengan Allah

Renungkanlah...


Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

Wallahua’lam..