Sunday, December 19, 2010

SELAMAT MENEMPUH SEMESTER 2 SESI 2010/2011 !!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sejuta Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam kerana berjaya meneruskan pengajian ke semester 2 sesi 2010/2011 ini. Selamat melangkah ke hadapan dengan penuh semangat dan keazaman. Mulakanlah sesi pengajian semester ini dengan perancangan yang sistematik dan pelaksanaan yang efisien. Jadikanlah semester ini sebagai platform untuk kita melonjakkan lagi kecemerlangan kita. Semoga segala usaha akan menghasilkan impak kejayaan yang besar bukan sahaja dalam aspek akademik semata - mata bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Ambillah intipati pengajaran daripada peristiwa Hijrah Utusan Allah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah pada 1432 tahun yang lalu. Satu Perubahan yang besar telah dilakukan oleh Rasulullah dan impaknya dapat kita lihat sehinggalah ke hari ini di mana Islam terus berkembang di persada dunia. Aplikasikanlah perubahan ini dalam diri kita dan dalam kehidupan kita. Lakukan Perubahan daripada nilai-nilai negatif kepada positif. Untuk kejayaan yang besar, maka perubahan yang besar perlu dilakukan...!!!

SELAMAT MENEMPUH SEMESTER 2 SESI 2010/2011 !!!

Ucapan Ikhlas daripada Saff Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Bayaran Pinjaman/Biasiswa Tajaan PTPTN dan JPA Semester 2 Sesi 2010/2011

Berdasarkan keputusan mesyuarat yang telah diadakan antara pihak Unit Kewangan Pelajar bersama-sama PTPTN dan JPA pada 16/11/2010 telah bersetuju bahawa bayaran pinjaman/biasiswa tajaan PTPTN dan JPA bagi Semester 2 2010/2011 akan dibayar antara 23/12/2010 hingga 25/12/2010 melalui BIMB.

Para pelajar boleh membuat semakan baki hutang pengajian dalam tempoh 7 hari selepas menerima baki pinjaman/biasiswa. Para pelajar boleh membuat bayaran sendiri baki hutang tersebut melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti.

Pengumuman Pelajar Tahun 1 Sesi 2010/2011

Perhatian kepada semua pelajar tahun 1 sesi 2010/2011 anda diwajibkan untuk menjalankan ujian MEQI di Website http://www.ukmholdings.ukm.my/meqi/ bermula pada
17 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En Shahrizan Shahruddin (03-89214707) atau emailkan sebarang pertanyaan anda ke mss@ukm.my.

Friday, December 3, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.

Semoga mendapat kejayaan yang terbaik...

Friday, November 12, 2010

CUTI




C = Cuti
U = Untuk
T = Tingkatkan
I = Iman

Alhamdulillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah,rasanya ari ni smua pelajar dah abes exam tuk sem 5 ni..terutamanya pelajar FPI..syabas dan tahniah kami ucapkan kpd sahabat2 kerana berjaya mengharungi suasana peperiksaan dgn jayanya..kita sama2 berdOa semOga usaha kita selama 1 sem ini membuahkan hasil yang baik dan memuaskan hati..Kita sekarang masih perlu untuk berdoa dan berdOa supaya kejayaan menyebelahi kita..INSYAALLAH..

UKM pun nampaknya dah makin suram dengan pelajar2..dah ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing2 untuk menghabiskan cuti disamping menyambut hari raya Qurban..Dikesempatan ini, kami daripada barisan Kepimpinan PMFPI 09/10 ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT HARI RAYA QURBAN..Diharap agar cuti pada kali ini sahabat2 dapat manfaatkan dengan sebaik mungkin..Lakukan aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti ini..Tingkatkan amal ibadah,ilmu dan pengetahuan dengan sebaik mungkin..

SemOga kita akan bertemu lagi pada semester 2 2010/2011 akan datang..Persiapkan diri untuk menghadapi cabaran2 yang akan datang daripada pelbagai aspek..Kami yakin sahabat2 terutamanya daripada FPI pastinya akan menggunakan cuti ini dengan sebaik mungkin..Last But Not Least, kami memOhOn maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak kami (PMFPI) sepanjang semester ini berlangsung..Sesungguhnya,kami hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..Terima Kasih tidak terhingga kpd sahabat2 yang banyak memberi sOkOngan dan dOrOngan kpd PMFPI dalam melaksanakan tanggungjawab dan prOgram..Teruskan sOkOngan anda untuk semester yang akan datang..SYUKRAN JAZILAN

Akhir kalam, selamat maju jaya diucapkan kepada semua..Berhati2 sewaktu pulang ke kampung dan sampaikan salam kami kpd keluarga anda..

SELAMAT BERCUTI...SELAMAT PULANG..BERHATI2 DI JALAN RAYA..BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT..dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA..

Saturday, October 23, 2010

JOM AMALKAN...

DOA KETIKA PEPERIKSAAN

Sebaik sahaja keluar rumah dibaca,
بسم الله توكلت على الله
Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan,
(Dibaca sepanjang perjalanan)
يازالجلال والاكرام
Ketika masuk dewan peperiksaan,
سلام قولا من رب الرحيم
Apabila hendak duduk diatas kerusi,
اياك نعبد واياك نستعين
Apabila m’buka soalan dan sesudah baca soalan,
اهدنا الصراط المستقيم
Apabila mula menjawab soalan,
ان الله كان عليما حكيما
Apabila sukar menjawab soalan,
وكان ذلك على الله يسيرا
Apabila menyemak jawapan,
ان الله كان بكل شئ عليما
Apabila menyerahkan kertas soalan
وكفى بالله وليا وكفى بالله نصيرا

*hendaklah dibaca sebanyak 3x…..:)

مع التوفيق والنجح....

Friday, October 22, 2010

EXAM




بسم الله الرحمن الرحيم....

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup dan lalui apa yang bakal kita hadapi pada hari ini..bersempena dengan minggu peperiksaan yang akan bermula pada 25 hb ini, kami daripada barisan kepimpinan PMFPI ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam khususnya dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya..semOga sahabat2 dapat aplikasikan apa yang kita belajar dalam tempOh beberapa bulan ini di dalam dewan peperiksaan..walaupun ada yang masih belum menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah, tidak bermakna sahabat2 tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji pelajaran..I'Allah, Allah pasti akan memudahkan urusan orang-orang yang berjuang di jalan NYA..semOga Allah sentiasa bersama-sama orang yang ikhlas dalam menuntut ilmu..jadikan peperiksaan ini sebagai medan peperangan yang mana kita sedang berperang dengan mata pen..jadikan ia sebagai cabaran untuk kita lalui masa-masa yang akan mendatang..

* kepada sahabat2 yang akan menduduki peperiksaan Diploma Guaman (23/10/2010), moga Allah memudahkan segala urusan antum..selamat berjaya, selamat mengulang kaji pelajaran dan selamat untuk segala-galanya...anda mampu mengubahnya...STRIVE FOR EXCELLENT...:)

Monday, October 18, 2010

PENGUMUMAN!!!

Pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju cuti tambahan sempena hari Deepavali dilanjutkan seperti berikut:-Tarikh baru : 3 – 8 November 2010. Semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan pada 3 dan 8 November 2010 diminta mengambil KMJP yang baru di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 19 Oktober 2010..
PINDAAN TERPERINCI TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011

1. 8/11/2010 pagi ditukarkan ke 30/10/2010 petang
2. 8/11/2010 tengahari ditukarkan ke 26/10/2010 malam
3. 8/11/2010 petang ditukarkan ke 27/10/2010 malam
4. 3/11/2010 (Pagi,tengahari,petang) ditukarkan ke 31/10/2010

P/S:Mohon semua pelajar terlibat hntar kad KMJP yang lama & ambil yg bru
di PEJABAT FAKULTI MASING-MASING ESOK.

Wednesday, October 13, 2010

ALHAMDULILLAH...






Syukur alhamdulillah kerana prOgram Operasi Mahasiswa Balik Kampung (OMBAK'10) telah berjaya dilaksanakan. untuk pengetahuan, OMBAK '10 ini telah diadakan pada 7 okt hingga 10 okt 2010 bertempat di Felda Gugusan Chini, Pekan Pahang. Pelbagai aktiviti menarik yang dilalui oleh para peserta OMBAK'10

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah serta barisan penggerak OMBAK '10 yang telah bertungkus lumus dalam gerak kerja untuk memastikan OMBAK berjalan dgn lancar..Tidak dilupakan juga kpd semua mahasiswa/i yang terlibat sebagai peserta OMBAK '10..Trma kasih di atas komitmen dan keterluangan masa anda semua...

Sesungguhnya, ia merupaka kenangan bersama yang telah tercipta di Felda Gugusan Chini..semOga ukhuwah yang terjalin tidak akan terhenti setakat ini...Terima kasih penghargaan kepada Prof Idris bin Zakaria di atas sOkOngan dan dOrOngan dalam menjayakan program ini..Tidak dilupakan kpd En.Yamin yang mewakili prOf di dalam majlis penutup serta Ustazah Che Maryam bt Ahmad selaku perasmi pembukaan OMBAK '10..

Segala kekurangan dan kelompangan dlm program ini, kami memohon kemaafan daripada semua..teruskan memberi sokongan kepada PMFPI...TAHNIAH!!!!!

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA!!!!:)

Monday, October 11, 2010

PENDAFTARAN KURSUS AWAL SEMESTER 2 SESI 2010/2011

PENDAFTARAN KURSUS AWAL SEMESTER 2 SESI 2010/2011
BOLEH DILAKUKAN MULAI 11 OKTOBER 2010 SEHINGGA 24 oktober 2010 (2 minggu )

SILA PASTIKAN ANDA MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP KURSUS-KURSUS YANG DIIKUTI PADA SEMESTER 1 SESI 2010/2011 TERLEBIH DAHULU DI LAMAN WEB http://www.ukm.my/sppk

PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI
SEMESTER II SESI 2010/2011

A) SILA BUAT PENGESAHAN MULAI 11 HINGGA 26 OKTOBER
2010

B) SELEPAS TARIKH INI ANDA AKAN DIKENAKAN DENDA
SEBANYAK RM 25.00 KERANA LEWAT MEMBUAT
PENGESAHAN.

C) PENGESAHAN HENDAKLAH MELALUI WEB :
http:www.ukm.my/upp

D) PENDAFTARAN MASUK KOLEJ MULAI
19 DISEMBER 2010


2. PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN
SEMESTER II SESI 2010/2011

A) PELAJAR YANG TAMAT LATIHAN INDUSTRI DAN
PELAJAR YANG TINGGAL DI LUAR KOLEJ, SILA BUAT
PERMOHONAN MELALUI WEB SECARA “ON LINE”
http:www.ukm.my/upp MULAI 27 OKTOBER
HINGGA 8 NOVEMBER 2010.

B) KEPUTUSAN PERMOHONAN AKAN DIMAKLUMKAN
MELALUI SMS SEBELUM SEMESTER II DIBUKA.

3. TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DAN
PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER I
SESI 2010/2011

A) TARIKH AKHIR MENGOSONGKAN BILIK PADA 14
NOVEMBER 2010
l
B) PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER
(Sem.5) ADALAH SECARA “ONLINE”
http:www.ukm.my/upp MULAI 11 HINGGA 26
OKTOBER 2010.

Pengambilan KMJP

Semua Pelajar Program Prasiswazah

1. PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011 di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 6 Oktober 2010.

Sunday, October 3, 2010

PEJABAT JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Hebahan

Kepada Pelajar-pelajar Tahun 2 Semester 1, Sesi 2010/2011
Fakulti Pengajian Islam

Anda Di kehendaki Hadir Ke Taklimat LAtihan Amali/Industri FPI, UKM.

Tarikh: 4/10/2010

Hari: Isnin

Tempat: Dewan Kuliah DK3F201, FSSK, UKM.

Masa: 8.15-10.00 Malam.

KEHADIRAN ADALAH WAJIB.

Friday, October 1, 2010

MAKLUMAN

SALAM...

PERHATIAN!!!!

KEPADA MANA-MANA PELAJAR YANG TELAH MENYERTAI KEM PEMANTAPAN AQIDAH (KPA) DI PUSAT PEMANTAPAN AQIDAH JELEBU, SILA DAPATKAN SIJIL PENYERTAAN ANDA DI HADAPAN BILIK PMFPI MULAI SEKARANG....

SYUKRAN....

Wednesday, September 8, 2010

PERUTUSAN SEMPENA EIDUL FITRI




-->
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama dan selamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya jualah dapat kita meneruskan hari-hari kita sampai ke saat ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada anugerah aidilfitri yang penuh barakah ini, indah rasanya andai bersama kita tersenyum syukur, berbunga bibir mengungkap untaian pujian pada Allah, Tuhan yang mengurniakan segalanya.

Sahabat-sahabat sekalian, hari raya adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah kita bersama-sama menyelusuri bulan madrsah tarbiyyah dengan cemerlang hendaknya. Juga memperoleh Lailatulqadar serta ibadah yang berterusan bukan sahaja dibulan ramdhan tetapi diteruskan tahap beribadah dibulan syawal yang mulia ini. Hari raya juga merupakan sebuah ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal dalam bulan Ramadhan. Pada ketika ini semua sedang dalam keadaan suasana kegembiraan menyambut bulan kemenangan. Seharusnya kita bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal kebajikan serta menurut segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahan dan laranganNya.

Sempena hari raya ini, marilah kita sama-sama merenung sebuah hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep ‘Hari Raya’ yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenar bagi orang mukmin itu ada pada 5 keadaan :-
  • 1. Setiap hari dia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta dia tidak melakukan sebarang dosa, itulah hari raya baginya.
  • 2. Hari keluarnya seseorang dari dunia dengan penuh keimanan dan terhindar hari tipu daya syaitan.
  • 3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka.
  • 4. Hari dimasukkan ke dalam syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka.
  • 5. Hari menatap wajah Allah Ta’ala.


Semoga hari raya yang kita sambut ini tidak berakhir di sini sahaja, malah berterusan sehingga kita berjaya melepasi sakaratul maut, titian Siratul Mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya dikurniakan nikmat terbesar menghadap zat Allah Ta’ala di syurga kelak. Amin

Buat akhirnya, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam menyusun sepuluh jari memohon seinfiniti kemaafan seandainya ada antara kami yang pernah melukakan hati mana-mana pihak. Salam Aidilfitri juga buat warga Fakulti Pengajian Islam. Semoga kehadiran Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Meskipun Syawal tidak sentiasa bersama kita, namun biarlah anugerah ini kekal menjadi penyeri dan pencetus kegemilangan diri. Bersama kita teruskan perjuangan di perbukitan UKM ini. Usah mudah mengalah dan menyerah. Sesungguhnya pada cabaran kepayahan dan kepahitan ini, terhidang bersamanya kelazatan kejayaan, insyaAllah.
-
-->تقبّل الله منّا ومنكم, كلّ عام وأنتم بخير-
AMIR HAKIMI BIN AWANG BAKAR,
YANG DIPERTUA,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 2009/2010



"GENERASI BAHARU HARAPAN PENGISLAH UMMAH"


Monday, September 6, 2010

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN & KMJP

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN BOLEH DIBUAT MELALUI LAMAN SMPWEB MULAI 6 SEPTEMBER 2010 - 15 SEPTEMBER 2010.


KAD MASUK & JADUAL PEPERIKSAAN (KMJP) BOLEH MULA DIDAPATKAN DI PEJABAT FAKULTI MULAI 4 OKTOBER 2010.

Friday, September 3, 2010

OPERASI MAHASISWA BALIK KAMPUNG ..PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG...!!!!

OPERASI MAHASISWA BALIK KAMPUNG
( OMBAK TAUTAN MAHABBAH 2010)
TEMPAT : FELDA GUGUSAN CHINI, PAHANG.
TARIKH : 7 - 10 OKTOBER 2010
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI)
PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG...!!!
TERHAD KEPADA 60 YANG TERAWAL SAHAJA.
BAYARAN RM 25 SAHAJA UNTUK T-SHIRT
ANTARA AKTIVITI MENARIK :
Penyerahan Anak Angkat
Motivasi Bersama Pelajar SPM & STPM
Forum Bicara Ad-deen
Sukan Ria Rakyat
Ceramah Kesihatan dan Anti Dadah
Lawatan ke Kilang Sawit
Santai Tasik Chini
dan banyak lagi..!!!!
UNTUK PENDAFTARAN SILA ISI BORANG DI HADAPAN BILIK PMFPI.

Friday, August 27, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

TARIKH : 29/8/10

MASA : 8.00 PG-5.30 PTG

TEMPAT : MASJID UKM

ANJURAN : LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN, PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI)

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT.

YURAN:RM 5 SAHAJA.

SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN.

UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI URUSETIA : 0133680117

INTERAKSI & IFTAR PELAJAR TAHUN 1


INTERAKSI & IFTAR PELAJAR TAHUN 1 2010/2011
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
TARIKH : 30 OGOS 2010 (ISNIN)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : DK2, FPI
WARNA TEMA : KUNING
DIRASMIKAN OLEH : PROF. DR. IDRIS ZAKARIA, TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI)
“PERKENALAN TERPATRI, UKHUWAH BERSEMI”
*SEMUA PELAJAR TAHUN 1 DIWAJIBKAN HADIR

Saturday, August 21, 2010

Antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........'


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskan nya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambi l ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis- nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW: 'SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT'

Istimewa Saat Ramadhan

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti: Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.


1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.


2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.


3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.


4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.(Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya:Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik. Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:- Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!





Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan

Zaini Hashimi Sumber : http://www.harakahdaily.net/Wed Sep 26, 07 10:22:41 am MYT
Tazkirah Ramadan

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda. Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.
Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish.


Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.


Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.
Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.
Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.
Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.



Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin.Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.



Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.


Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.
Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.


Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraish di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.
Dalam perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.


Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar


Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas. Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kelapan) ayat 8:
"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."


Subuh hari, Abu Bakar "mengganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah semakin hampir mendekati umat Islam. Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."


Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar
Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.
Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.


Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"
"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.
"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."


Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.
Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.
"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.
"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."
Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.


Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.
Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.


Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.
Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.



Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?




Menentukan nasib 70 orang tawanan



Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.
Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.


Walau bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.
Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."


Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.



Mengapa perang ini begitu istimewa?



Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.


Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.


Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.


Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.


Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.


Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.


Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.


Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.


Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.

Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedikitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.


Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.

dipetik drpd : iluvislam.com Editor : afdhal87

Mari Memaksimumkan Bonus Ramadhan

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .


Ramadhan Kareem Bonus & Belanjawan


Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita (kecuali bagi kakitangan awam pada tahun ini). Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif? Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " . Mengapa kita seronok mendapat duit ? Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.

Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ? Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang. Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih rumah kediaman di dunia dan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini akan mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk perkara lain.

Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi. Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?

Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia. "Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun" Tawaran Luar Biasa Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah. Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana masih terdapat kemungkinan dosa dipergandakan.






Syaitan Kena Gari ?



Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah memberikan menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; malah terdapat ulama yang mengatakan bahawa bulan ia dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116). Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )

Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).


Maksimakan Perolehan Untung Ramadhan Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda : " Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770). Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki). Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.


3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa. Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :- ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar, Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :- ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w : إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib. Berdasarkan hadith Nabi SAW : لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957). Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk airأErtinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi) (Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan). Sambil membaca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله " Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah" Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.


8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi). Disebut dalam sebuah hadis lain ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )


9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat. 11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi).Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari. 12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib). Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Dipetik dari : Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/