Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul...

PENGENALAN

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.Pelbagai kenyataan dan kajian telah dinyatakan (berlaku sedikit khilaf) mengenai tarikh sebenar dan siapakah yang mula-mula mengadakan sambutan Maulidur Rasul ini. Di antaranya dikatakan bahawa bermula sambutan Maulidur Rasul ini secara besar-besaran pada zaman Fatimiyah di Mesir di bawah penguasa Muiz Lidinillah (memerintah sekitar tahun 341 H hingga 365 H). Dan pendapat lain ada menyatakan bahawa Sultan Atabeq Nuruddin (meninggal pada 569 H) adalah penguasa yang pertama merayakan Maulidur Rasul. Sebahagian ahli sejarah pula menyatakan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah tokoh yang pertama merayakan Maulidur Rasul ini (namun pendapat ini disangsikan oleh pelbagai pihak). Pendapat lain lagi mengaitkan Abu Said Kaukabri bin Zainuddin Aly bin Baktikin sebagai orang pertama merayakan Maulidur Rasul ini.KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemui jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

PANDANGAN ULAMA TERHADAP MAULID

Pendapat Pertama:Merayakan Maulidul Rasul adalah haram.

Pendapat Kedua:Perayaan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh.

ANTARA HUJJAH PENDAPAT YANG MEMBOLEHKAN

Di sini saya tidaklah bercadang untuk menyatakan kedua-dua hujjah (yang membolehkan dan yang mengharamkan) akan tetapi saya cuma mendatangkan hujjah dari pihak yang membenarkan sahaja. Ini kerana saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh selagimana tidak terdapat perkara-perkara mungkar di dalamya. Di sini saya bawakan beberapa hujjah yang menyokong kenyataan saya ini:Pertama:Al-Hadis bermaksud: Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W. (Riwayat al-Bukhari). Kegembiraan seorang penentang Islam di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. dapat meringankan siksanya di neraka pada setiap hari Isnin. Jika orang kafir yang di neraka juga diringankan siksanya kerana kegembiraan menyambut kelahiran baginda S.A.W. maka apatah lagi orang Islam yang bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W.Kedua:Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini dilahirkan melalui ibadat puasa sunat baginda S.A.W. pada setiap hari Isnin.Dari Abu Qatadah bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku. (Riwayat Muslim).Ketiga:Bergembira dengan Rasulullah S.A.W. adalah dituntut.Firman Allah Taala bermaksud:Katakanlah dengan kelebihan Allah dan rahmatNya maka demikian hendaklah mereka bergembira. (Surah Yunus: Ayat 58).Allah Taala menyuruh kita supaya bergembira dengan rahmatNya maka Rasulullah S.A.W. adalah sebesar-besar rahmat.Firman Allah Taala bermaksud:Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).Keempat:Maulidur Rasul akan menganjurkan kita untuk sentiasa berselawat dan salam yang sangat dituntut ini kepada baginda S.A.W.Firman Allah Taala bermaksud:Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).Kelima:Sambutan maulid adalah satu amalan baik yang diterima ulama dan umat Islam di serata tempat. Ia dilakukan di setiap penjuru dunia dan ia tentulah dituntut berdasarkan kaedah yang telah diterima pakai dari sebuah hadis Ibnu Masud:Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Riwayat Ahmad).Untuk lebih memahami bolehlah juga merujuk artikel saya sebelum ini bertajuk: Bidaah Satu Erti Yang Disalahgunakan.

ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:
Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.
(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.

PENUTUP

Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid
Alawi al-Maliki seperti berikut:
Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung. Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.

dipetik daripada http://mysoff01.blogspot.com
dipetik daripada buluh (Ustaz Rashidi, salah seorang moderator agama iLuvislam. Beliau aktif menulis dalam blog peribadinya: http://buluh.iluvislam.com)

Monday, February 22, 2010

ACARA SUKAN (KARNIVAL KESENIAN ISLAM)

(KLIK DI SINI UNTUK BESARKAN)jadual senarai pemainan dalam karnival kesenian Islam..

-KOD AL-JABAR(PECAHKAN KOD)
-BELON KAKI (2 BELON PER PERSON)
-PUZZLE KHAT
-STREET SOCCER KAMPUNG.
-SEPAK RAGA
-BATU SEREMBAN @
-TUDUNG BOTOL
– MATA TERKUMPUL TERBANYAK.
2 PUSINGAN.
• STREET SOCCER- MUSLIMIN
• BOLA JARING
-WAU TERCANTIK

jika berminat sila hubungi
saudara : RIDZUAN BIN RAMLI – 0124555201
saudari : AZIZAH BINTI NAJIB -0196749580

Sunday, February 21, 2010

jom ramai-ramai kita sertai..



PROGRAM KARNIVAL KESENIAN ISLAM

Tarikh : 24 – 28 Februari 2010
Tempat : Padang Pavillion, UKM
Anjuran : Persatuan Mahasiswa FPI, UKM Dengan Kerjasama Kelab – Kelab Jabatan, FPI, UKM

Program harian :

-Pameran Kerjaya (Foyer Fpi, UKM)
-Pameran Negara Islam
-Derma Darah (Foyer Fpi, UKM)
-Gerai Jualan
-Sukan sutramoden
(traditional dan moden)
-Muslimah Corner

Aktiviti Menarik!!!

24/2/2010 (Rabu)
- Demontrasi Seni Silat
(9.00pg-11.00pg)
- Taklimat Kerjaya - Foyer Fpi, UKM
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Tilawah al-Quran
(8.00mlm – 11.00mlm)

25/2/2010 (Khamis)
- Busana Muslimah
(9.00pg – 5.00ptg)
- Diskusi Siswa
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Majlis Perasmian
(8.00mlm – 11.00mlm)

26/2/2010 (Jumaat)
- Ceramah Kesihatan - Foyer Fpi, UKM
(9.00pg – 11.00pg)
- Demontrasi Hukuman Sebat
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Malam Kesenian :
Konsert Tour de Tahfiz
(8.00mlm – 11.00mlm)

27/2/2010 (Sabtu)
- Senam Aerobik/ Larian Amal
(8.00pg – 11.00pg)
- Pertandingan Khat
(9.00pg – 12.00tghari)
- Forum Bicara Ad-Din
(8.00mlm – 11.00mlm)

28/2/2010 (Ahad)
- Pertandingan Mewarna Pelajar Sekolah
(9.00pg – 12.00tghari)
- Majlis Penutup
(8.00mlm–11.00mlm)

SEMUA D IJEMPUT HADIR...

Sebarang Pertanyaa Hubungi Kami:

Zaki - 0132125179
Hafifi - 013-3006931

Thursday, February 11, 2010

DISKUSI FIQH MUAMALAT : Ar-Rahn

AR-RAHN

Tahukah anda apa itu Ar-Rahn? Ar-Rahn bermaksud gadaian. Ia bermaksud menjadikan sesuatu barang yang bernilai sebagai cagaran kepada hutang dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang sekiranya hutang tersebut tidak dapat dibayar.

Berikut merupakan definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam al-Rahn :

1. Ar- Rahn = Gadaian
2. Al- Rahin = Penggadai
3. Al-Murtahin = Penerima gadaian
4. Al- Marhun = Barang gadaian

Syarat gadaian

1. Mutlak Tasarruf : Penggadai mestilah seorang yang memiliki kelayakan mutlak untuk menjalankan transaksi gadaian.

2. Gadaian mestilah atas sebab kerana adanya hutang. Oleh itu, gadaian yang dibuat tanpa adanya sebab hutang adalah tidak sah.

3. Lafaz ijab dan qabul.

4. Akad gadaian terhadap hutang boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh penggadai selagi mana barang gadaian tersebut belum diserahkan kepada penerima gadaian.

5. Barang gadaian tersebut mestilah dalam bentuk harta (ain) yang boleh dijual beli. Oleh itu, tidak sah menggadaikan sesuatu manfaat.

6. Kos penjagaan barang gadaian adalah dibawah tanggungan ar-Rahin.

7. Penjagaan terhadap barang gadaian adalah di bawah tanggungjawab al-Murtahin.

8. Sebarang hasil daripada barang gadaian adalah hak milik al-Rahin. Contohnya seperti susu daripada haiwan ternakan dan buah-buahan daripada pokok yang digadai.

9. Tuntutan gantirugi terhadap kerosakan barang gadaian yang bukanlah kerana kecuaian al-murtahin tidak boleh dilakukan sama sekali.

10. Namun,tuntutan gantirugi boleh dilakukan terhadap al-Murtahin sekiranya kerosakan barang gadaian berlaku atas sebab kecuaian al-Murtahin itu sendiri.

Saturday, February 6, 2010

Pemindahan cas-cas berion positif dan negatif ketika Solat

Seorang professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya,tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas berion positif dan cas berion negatif. Dalam aktiviti harian sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga yang digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga , banyak berlaku pertukaran cas positif dan negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di benak professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan solat lima waktu sehari semalam yang mempunyai bilangan rakaat yang berbeza-beza. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza-beza ini bertindak untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita dalam solat berjemaah,kita disuruh untuk meluruskan dan merapatkan saf dalam keadaan bahu bertemu bahu. Tindakan-tindakan yang dianjurkan dalam solat berjemaah ini mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian Sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada cas positif atau negatif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur badan kita akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini badan kita mengandungi cas-cas yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Oleh sebab itu, solat subuh didirikan sebanyak 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan banyak cas daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Oleh sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali cas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Sepertimana solat Zohor, solat Asar juga memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.

Lazimnya,selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu kita tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak iaitu kita sedia maklum bahawa umat islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan Tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,solat Isyak 4 rakaat itu menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiyamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam merupakan sebuah Agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Allah Taala, Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah,beliau berpegang dengan syahadah LA ILAHA ILLALLAH.


PENGAJARAN BUAT KITA
1 . Maha suci Allah Taala yang menciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Subhanallah!!!


2. Ibadah solat bukan sahaja memberikan ketenangan kepada manusia tetapi juga memberi kesihatan dan tenaga untuk kita menjalani kehidupan seharian. Indahnya Islam!!!

3. Orang bukan Islam yang akhirnya menemui kebenaran Islam akhirnya berhijrah kepada Islam kerana menyedari kelemahan diri dan lantas hati mereka mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. Oleh itu, kita selaku umat Islam perlu lebih lagi merendahkan hati kita pada Allah,Tuhan yang Maha Agung dengan cara memantapkan lagi kepatuhan kita terhadap perintah-Nya.

Thursday, February 4, 2010

LAWATAN KE ACHEH...



PMFPI akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Acheh pada 05-08/02/10
tujuan program adalah sebagai wadah untuk berinteraksi di anatara negara berlainan seterusnya memperbaiki perjalanan persatauan di peringkat antarabangsa di samping melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik disertai dengan penghayatan ilmu yang mantap..

tempat yang akan dilawati adalah:-

Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Acheh
muzium Tsunami
Panti Asuhan Anak Yatim
sejarah Islam di Acheh..
dan banyak lagi tempat sejarah...

selain itu , interaksi antara kedua-dua pimpinan Malaysia dan Acheh.

Pihak kami sangat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih sekiranya Dato, Tuan, Puan ingin menyumbang sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini seterusnya memberi sumbangan kewangan kepada Warga Acheh.

sebarang maklumat bolehlah berhubung:-
pengarah program di talian 0132850339