Friday, March 26, 2010

KURSUS PRA PENEMPATAN LATIHAN AMALI / INDUSTRI 2010

TARIKH : 28 MAC 2010 (AHAD)
MASA : 7.45 pagi - 6.00 ptg
TEMPAT : DK 43.101, TUN ABDULLAH MOHD. SALLEH,UKM.

PELAJAR TAHUN 2 YANG AKAN MENGIKUTI LATIHAN AMALI/INDUSTRI (PL 1992) PADA TAHUN 2010 DIWAJIBKAN MENGIKUTI KURSUS INI.

KURSUS INI MERUPAKAN SYARAT LULUS KURSUS LAI.

PAKAIAN HENDAKLAH KEMAS. LELAKI DIWAJIBKAN MEMAKAI TALI LEHER.

Thursday, March 25, 2010

DIALOG MPP BERSAMA MAHASISWA

25 MAC 2010 ( KHAMIS)

9.30 PG

BSS 1, FPI

BERSAMA

NIK AHMAD SHAFIE BIN RAJA DAUD
MPP TAHUN 3 FPI

MOHD. ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
MPP TAHUN 1 & 2 FPI

MOHD. SYAFIQ BIN ABD AZIZ
MPP UMUM

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN. ADUAN DAN CADANGAN BOLEH DIUTARAKAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN.

" DARI MAHASISWA KEPADA MAHASISWA"

Saturday, March 20, 2010

Karikatur Hina Nabi..!!!

Karikatur hina Nabi: Malaysia kutuk, mahu Sweden bertindak
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2010 — Kerajaan Malaysia mendesak kerajaan Sweden bertindak terhadap tiga akhbar negara itu kerana menerbit dan menyiarkan semula karikatur Nabi Muhammad s.a.w. pada Rabu lepas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penyiaran karikatur itu.
“Malaysia memandang berat perbuatan yang amat menghina itu yang tidak menghiraukan sensitiviti dunia Islam, konon atas nama kebebasan bersuara.”
“Perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian adalah bersifat provokatif dan menghina, oleh itu tidak dapat diterima sama sekali,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Beliau mendesak kerajaan Sweden agar bertindak terhadap penerbitan seumpama itu bagi mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dari berulang pada masa depan.
Lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.
Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.Rabu lepas,10 Mac 2010, tiga akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur itu.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/56150-karikatur-hina-nabi-malaysia-kutuk-mahu-sweden-bertindak

Penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya. Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 2008 yang lalu. Akibatnya umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark. Kini Sweden mengulangi kesilapan yang sama, dan seakan-akan sengaja mahu membangkitkan kemarahan umat Islam sekaligus melabelkan Islam sebagai pengganas.
Justeru, bagi membuktikan keimanan dan kecintaan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta menzahirkan sensitiviti kita terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w., kita digesa agar membantah dan memboikot produk keluaran Sweden yang nampaknya begitu memusuhi Islam.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Friday, March 19, 2010

Tingkat-tingkat keyakinan

1. ILM AL-YAKIN

Keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.

Firman Allah "Jangan sekali-kali bersikap sedemikian ! Kamu akan mengetahuinya kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)" (al-Takathur 102 : 3/5)

Contoh : Si A tidak mengenali madu,apatah lagi merasai madunya. Namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayainya bahawa madu itu rasanya manis. Maka si A percaya sepenuhnya bahawa madu itu manis walaupun tidak pernah melihat atau merasai madu itu.

2. AIN AL-YAKIN

Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat oleh mata.

Firman Allah yang bermaksud : "Selepas itu -demi sesungguhnya- kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)."
(Surah al- Takathur 102 : 7)

Contoh : Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah diharungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu, kelikatan madu, dan semut yang mengharungi madu, maka Si B yakin bahawa madu itu manis ,walaupun dia belum merasainya.

3. HAQ AL-YAKIN

Yakin yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya segala yang disebutkan itu adalah kebenaran yang diyakini. (Surah al-Waqiah 56 : 95)

Contoh : Si C sudah merasai madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah merasai manisnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

sumber : Majalah Solusi Edisi 17

Thursday, March 18, 2010

Agama Islam : Satu Cara Hidup

Cara minum yang betul

Ketika minum air, Rasulullah tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Menurut Tarmizi, nabi bersabda "Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk.Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai". Imam muslim mengatakan bahawa cara minum ini lebih menghilangkan dahaga,lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan.

Mengunyah dengan sempurna

Makanan yang keras seperti daging perlu dikunyah sedikit demi sedikit. Jika tidak ia akan mendatangkan kesan yang negatif kepada sistem penghadaman. Menurut Tarmizi, Nabi muhammad bersabda "Gigit daging sedikit demi sedikit dengan gigi kamu. Cara ini lebih lazat dan membantu penghadaman".

Membasuh tangan dan menjilat jari

Membasuh tangan sebelum makan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan yang dituntut pada hari ini. Menurut Tarmizi dan Abu Daud, Rasulullah berkata "keberkatan makanan bergantung kepada amalan berwudhuk sebelum dan selepasnya". Kalimah 'berwudhuk' dalam hadis ini bermaksud membasuh tangan. Setiap makanan juga mempunyai zat-zatnya. Zat-zat ini bermanfaat bagi tubuh badan kita walaupun sedikit. Membuang makanan walaupun sedikit bermaksud membuang sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat. Justeru umat Islam dididik menghargai makanan dengan menjilat jari-jari mereka dengan bersopan dan beradab selepas makan.Menurut Muslim,Kaab bin Malik melaporkan "Rasulullah makan sesuatu dengan menggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari-jari sebelum mengesat tangan".

Dipetik daripada Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr.Danial Zainal Abidin.

Sunday, March 14, 2010

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 3 SESI 2009/2010

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 3 SESI 2009/2010

15 - 19 MAC 2010

MELALUI LAMAN WEB SMPWEB

http://www.ukm.my/smpweb

SEMESTER 3 SESI 2009/2010 AKAN BERMULA PADA
3 MEI 2010 - 20 JUN 2010 (7 MINGGU)

Friday, March 12, 2010

Akhlak seorang hamba

Pakaian manusia adalah akhlak. Indah peribadi kerana akhlak. Akhlak mesti dijaga bukan sahaja sesama manusia tetapi juga akhlak kita kepada Allah, Tuhan pemilik langit dan bumi serta segala apa yang ada di dalamnya. Persoalannya ialah bagaimana cara untuk kita berakhlak terhadap Allah s.w.t.?

Cara berakhlak kepada Allah

Menerima berita-Nya dengan cara membenarkannya.

Berakhlak dengan Allah dengan cara ini bermaksud tidak boleh ada sebarang keraguan pada diri manusia dalam mempercayai berita Allah Taala (al-Quran) kerana berita Allah adalah bersumberkan ilmu dan Allah adalah yang paling benar ucapanNya, sebagaimana Allah berfirman tentang diriNya :
...Siapakah yang lebih benar ucapannya daripada Allah? ” ( an-nisaa’:87)

Oleh itu, manusia mesti membenarkan berita daripada Allah, membelanya serta memperjuangkannya tanpa sebarang keraguan. Apabila seseorang berakhlak dengan akhlak seperti ini ,maka tentunya dia akan menolak semua dakwaan yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak senang dengan berita Allah yang disampaikan melalui rasulNya Muhammad s.a.w.

Menerima hukum-hukumNya dengan cara melaksanakannya

Bermaksud manusia wajib menerima , melaksanakannya dan menerapkannya sepenuhnya. Jika seseorang itu menolak sedikit sahaja daripada hukum Allah bermaksud dia telah berakhlak dengan akhlak yang jelek terhadap Allah sama ada dia menolak kerana mengingkari hukum-hukumNya ataupun menolaknya kerana takbur kepada Allah. Terdapat perbezaan antara orang yang menerima dengan redha hukum Allah dengan mereka yang sebaliknya. Contohnya dalam ibadah solat. Sepertimana yang diketahui bahawa solat itu amatlah berat untuk dilakukan melainkan begi mereka yang khusyuk sahaja. Ini bermaksud bagi mereka yang merasakan rendah diri terhadap Allah sahaja yang akan melaksanakan hukum-hukum Nya kerana ibadah itu dirasakan sebagai satu kemanisan kerana dapat berhubung dengan Allah kekasih sejati di hati para mukminin. Berbeza dengan mereka yang tidak redha menerima hukumNya, mereka akan melakukan ibadah dengan rasa terbeban. Malah mereka mungkin mengabaikannya.

Menerima TakdirNya dengan sabar dan redha

Bermaksud manusia hendaklah bersabar dan redha atas apa yang ditakdirkan. Segala kesulitan yang dialami seperti sakit, kemiskinan dan kegelisahan pastinya akan membuat kita berasa sedih. Namun akhlak yang baik terhadap Allah dalam hal ini adalah kita merasa redha dan tenteram dan meyakini bahawa Allah tidak menimpakan ke atas kita dengan ujian sebegitu melainkan ada hikmah di sebaliknya. Allah memuji mereka yang apabila ditimpakan ujian lalu mereka mengatakan ”inna lillah wa inna ilaihi rajiuun”. Allah berfirman :” Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” ( al-baqarah : 155)

Oleh itu kita hendaklah menjaga akhlak kita terhadap Allah s.w.t. Semoga ibadah kita diterima olehnya. Semoga kita tabah dan redha terhadap takdir Allah ke atas kita.

Wednesday, March 10, 2010

NUR QALBI KEMBALI LAGI

DENGAN TAJUK
"KEKASIH YANG DIRINDU"
BERSAMA SAUDARA MAHFUZAN GHADAFFI BIN MAHMOOD
TARIKH : 10 MAC 2010 (RABU)
MASA : 8.00 -9.00 MLM
TEMPAT : BSS1, FPI.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
ANJURAN : LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.

Monday, March 8, 2010

TAKZIAH...

Takziah buat Saudari Nur Hidayah bt Ali Ismail. Siswi Tahun 1 daripada Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Ibunya telah kembali ke Rahmatullah pada minggu lepas kerana sakit buah pinggang.
Bersamalah kita hadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah ibunya. Semoga roh ibunya ditempatkan bersama mereka yang dicintai Allah s.w.t.
Diharapkan para sahabat atau sesiapa sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudari ini.

Untuk sumbangan, sila hubungi :

Anaz Fahmi bin Mad Isa 013-4153314

Rohanizan binti Abd Ghani 014-5428954

atau datang terus ke Bilik PMFPI, aras 2, Fakulti Pengajian Islam.

Sumbangan dan bantuan ikhlas daripada anda amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah menerimanya sebagai satu ibadah di sisiNya.

Friday, March 5, 2010

Mengimbau kenangan di Bumi Aceh..

KAPAL PLTD YANG TERDAMPAR 5KM DARI LAUT..

BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI BUMI MORO ..


BERSAMA PELAJAR MALAYSIA



DIALOG DAN INTERAKSI


DI HADAPAN HOTEL DAKA




JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN LAWATAN KE ACEH INI. SEMOGA AKTIVITI BERMAKNA SEPERTI INI AKAN TERUS DIANJURKAN LAGI PADA MASA AKAN DATANG.