Sunday, April 18, 2010

KAEDAH AGAMA ISLAM MENDORONG MANUSIA MEMBINA TAMADUN "BERSYUKUR"

Antara kaedah agama Islam dalam mendorong manusia membina tamadun adalah dengan memerintahkan supaya manusia mensyukuri nikmat Allah. Makna bersyukur bukan sahaja sekadar mengucapkan lafaz alhamdulillah. Sebenarnya, syukur itu perlu diterjemahkan dalam realiti hidup kita sama ada dengan perkataan, dan tindak-tanduk kita sehari-hari.

Firman Allah : ”Dan ingatlah ketika tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan lagi kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah pedih”. (Ibrahim : 7)


Al-Quran telah menceritakan bala yang telah menimpa kaum Saba pada masa dahulu. Kaum ini telah diberi nikmat dengan tanah pertanian yang subur. Namun mereka kufur malah jauh sekali untuk bersyukur kepada Allah. Akibatnya meraka ditimpakan banjir yang menyebabkan hasil pertanian musnah seterusnya digantikan dengan hasil pertanian yang sangat pahit. Ekonomi mereka pula jatuh merudum. Di sini kita dapat melihat kesan apabila manusia itu tidak bersyukur ke atas nikmat yang ada. Akhirnya kenikmatan yang diperolehi oleh sesuatu tamadun itu musnah dan lenyap. Maka, kesyukuran itu amat diperlukan bagi membina dan mengekalkan tamadun yang gemilang dan harmoni dari segala aspek kehidupan.

Amalan bersyukur perlu diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat. Manusia dituntut untuk memuji dan berzikir kepada Allah s.w.t. Tambahan lagi, bersyukur perlu ditunjukkan dengan cara mempertingkatkan lagi amal ibadat kepada Allah. Segala nikmat yang diberikan oleh Allah mestilah digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat. Sebagai contoh, nikmat kekayaan yang kita nikmati perlulah dikongsi dengan cara kita mendermakannya kepada yang miskin dan fakir.

Apabila masyarakat saling berkongsi nikmat kekayaan yang dimiliki, maka kesusahan hidup yang dirasai oleh masyarakat lain akan berkurang dan nasib mereka akan terbela. Kesimpulannya, kesyukuran itu perlu dizahirkan dengan cara bantu - membantu sesama masyarakat bagi membina dan mengekalkan tamadun yang gemilang dan seimbang dalam segala aspek kehidupan.

Saturday, April 17, 2010

Kaedah Agama Islam Mendorong Manusia Membina Tamadun

Menuntut Ilmu

Antara kaedah agama Islam dalam mendorong manusia membina tamadun adalah dengan menyuruh manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai perkara utama dalam kehidupan. Ini terbukti melalui pengiktirafan Allah supaya manusia menuntut ilmu iaitu melalui wahyu pertama yang diturunkan Firman Allah :

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (surah al-alak : 1-5 )

Islamlah sebenarnya yang merupakan pemangkin dan pemacu ke arah ledakan maklumat kepada masyarakat Arab yang suatu ketika dahulu merupakan masyarakat jahil, serba kemunduran dan kegelapan dalam segala aspek kehidupan. Islam telah melahirkan satu generasi yang terbaik dan menjadi contoh kepada umat-umat selepasnya dengan penguasaan ilmu yang menyeluruh. Penguasaan ilmu bukan hanya tertumpu kepada ilmu islam atau ukhrawi semata-mata malahan Islam juga menuntut umatnya agar memberikan perhatian kepada ilmu-ilmu duniawi yang membawa manfaat dan faedah ke pada manusia seperti ilmu sains, matematik , sejarah dan sebagainya. Dengan ilmu, masyarakat akan tahu membezakan mana yang baik dan buruk. Apabila kurangnya kadar buta huruf dan masyarakat tahu membaca dan menganalisis sesuatu yang dikhabarkan media dan selainnya, masyarakat akan dapat memilih atau menolak sesuatu yang difikirkan baik atau buruk kepada masyarakat. Masyarakat tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang tidak berasas yang cuba meruntuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Seterusnya masyarakat akan dapat memajukan taraf hidup masyarakat itu sendiri. Penguasaan terhadap ilmu ekonomi khususnya dapat menaikkan taraf ekonomi masyarakat. Kadar kebuluran dan kemiskinan menurun dan masyarakat hidup selesa. Penguasaan ilmu ketenteraan khususnya akan dapat meningkatkan dan meneguhkan pertahanan negara. Kesimpulannya ilmu adalah mekanisme terpenting untuk menjana pemantapan akhlak, kekuatan rohani ,kecelikan minda, kekuatan fizikal dan juga menghasilkan produk yang berkualiti kepada sesebuah peradaban.

Dipetik dan diadaptasi daripada Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2006. Membina Peribadi Muslim.

Wasiat Luqman al-Hakim

Dalam al-Quran Surah Luqman : 12-19, Allah swt telah memberikan hikmah dan kearifan kepada Lukman. Oleh kerana itu, dia bersyukur dan memanjatkan puji kepadaNya.Bersyukur kepada Allah bukan untuk kepentingan Allah, tetapi faedahnya akan diperoleh oleh orang yang bersyukur itu sendiri, kerana Allah akan menambah nikmat kepada setiap orang yang bersyukur kepadaNya.Lukman mewasiatkan kepada anaknya hal-hal seperti berikut:

1. Mengesakan Allah dan tidak mempersekutukanNya dengan yang lain.
2. Berbakti kepada orang tua sepanjang keduanya tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah.Diriwayatkan dari ‘Abdullah dia berkata, aku bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang amal perbuatan yang disukai Allah, Nabi Muhammad saw bersabda: “Shalat pada waktunya”. Dia bertanya lagi: “Kemudian apa?”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Berbuat baik kepada kedua orang tua”. Lalu dia bertanya lagi: “Kemudian apa?”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Jihad di jalan Allah”. [HR. Bukhari Muslim].

Abu Hurairah ra. berkata bahwa seseorang datang kepada Rasulullah saw sambil berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk mendapatkan perlakuanku (kebaktianku) yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya: “Lalu siapa lagi?”. Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu”. Kemudian dia bertanya: “Lalu siapa lagi?”. Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu”. Kemudian dia bertanya: “Lalu siapa lagi?”. Rasulullah saw bersabda: “Kemudian bapakmu.” [HR. Bukhari Muslim].

3. Beramal shaleh.

4. Selalu mendirikan shalat.

5. Mengajak manusia berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan munkar.Dari Abu Hurairah r.a , dia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Mukmin laki-laki dan mukmin perempuan senantiasa akan ditimpa bala (cubaan), baik jiwanya, anaknya, mahupun hartanya, hingga dia berjumpa Allah dengan tidak ada kesalahan”. [HR. Tirmidzi].

6. Tidak sombong dan angkuh.

Saturday, April 10, 2010

Ilmu oh ilmu...Salam Imtihan...!!!

Kategori ilmu yang perlu dikuasai.



Imam Ghazali membahagikan ilmu kepada dua iaitu Ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain WAJIB dipelajari oleh setiap individu iaitu ilmu yang berkaitan akidah bagi memantapkan iman. Ilmu Fadhu kifayah pula ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam tetapi tidak semua wajib. Apabila ada sebahagian yang telah mempelajarinya maka masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan. Ilmu Fardhu Kifayah dikategorikan kepada dua iaitu :

1. Ilmu Syariat (Tafsir Quran, Hadis, Qiraah dsb.)

2. Ilmu bukan Syariat (perubatan,matematik n persenjataan dsb.)



Bahaya tertipu dengan Ilmu.



Imam Ghazali mengatakan golongan yang tertipu dengan ilmunya adalah mereka yang mempelajari ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud :
"Manusia yang mendapat azab yang paling keras adalah di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya".



ANTARA SUMBANGAN UMAT ISLAM TERDAHULU


1. ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI

- penciptaan alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing.

- orang pertama megenalpasti penyakit keturunan 'hemofilia'



2. ABU ALI HASAN BIN HAITHAM

- orang pertama menjelaskan tentang bahagian-bahagian mata dan proses penglihatannya.

- menulis buku-buku tentang cahaya dan warna pada waktu matahari terbit.



3.IBN SINA

- orang pertama yang menjelaskan penyakit radang selaput otak atau 'meningitis'.

- sumbangan paling besar beliau ialah buku perubatan Qanun fi al-Tib yang menjadi rujukan para saintis dan pakar perubatan.



4. ABU ABDULLAH AL-BATTANI

- penemuan tahun syamsiah yang menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.

- menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik

- buku - buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin



5. JABIR IBN HAIYAN

-beliau banyak melaksanakan proses-proses sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi,dan penyejatan.

-buku-buku beliau seperti kitab al-kimiya dan kitab al-sab'een diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin.



MAHASISWA PERLU BANGKIT DARIPADA TIDUR


Menguasai ilmu semasa hukumnya adalah wajib. Tidak ada kecemerlangan tanpanya. Justeru, kesedaran perlu disemaikan di hati kita pada hari ini supaya kita menjadi golongan yang cintakan segala bidang ilmu termasuklah ilmu sains dan sebagainya. Hanya dengan ilmu sahaja kita akan mampu menjadi umat yang cemerlang dan gilang-gemilang. Berazamlah supaya kita berada di salah satu penjuru daripada penjuru-penjuru ilmu fardhu kifayah ini.

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Yakinlah anda mampu melakukannya.



Wednesday, April 7, 2010

AKADEMI DIKIR BARAT FPI



salam imtihan...


salam mahasiswa dan salam perjuangan..

Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam khususnya dan UKM umumnya dalam peperiksaan yang akan dihadapi pada minggu hadapan..semOga apa yang kita pelajari selama ini dapat diparktikkan di medan peperangan pen dan kertas..mOhOn maaf di atas kekurangan dan kelOmpangan daripada kami untuk semester ini...teruskan perjuangan sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu..jangan mengalah sebelum berjuang..jangan berputus asa sebelum mencapai kejayaan.. ingat!!!!

" ORANG YANG TIDAK YAKIN, TIDAK AKAN DAPAT BERJUANG..YAKINLAH dgn diri anda...BERJUANGLAH UNTUK KEJAYAAN..mOga kejayaan milik kita bersama..INSYAALLAH..

BITTAUFIQ WAN NAJAH....

Sunday, April 4, 2010

CIRI-CIRI GLOBAL CHAMPION

1. PRODUK YANG ISTIMEWA

Produk Islam adalah ajarannya dan sistem kehidupannya yang tiada tolok bandingannya. Segala panduan daripada segala aspek kehidupan telah diajarkan dalam Islam. Oleh itu, umat islam adalah jaguh global yang telah diberikan panduan lengkap tentang sistem kehidupan sehari-hari. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mematuhi segala panduan tersebut agar kita memastikan bahawa kita adalah The Global Champion.

2. BERFIKIR SEBAGAI PEMIMPIN, BUKAN PENGIKUT.

Hal ini memang ditekankan dalam al-Quran. Justeru Tuhan menyuruh umat Islam berdoa dengan sebuah doa : "Tuhan, jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa" . Imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa di sini bermaksud pemimpin yang berkualiti tinggi.

3. PERKONGSIAN NILAI

Nilai bersama yang Islam tekankan adalah amanah. Imam Alusi berkata "Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan mahupun kepercayaan."

4. MEMBERI FOKUS KEPADA INOVASI, KAJIAN DAN PEMBANGUNAN.

Nabi berkata : "Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu". Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. Di samping itu, umat Islam disuruh mencontohi Zulkarnain kerana beliau tidak menguasai dunia secara semberono sebaliknya berdasarkan perancangan yang rapi. Apabila bercerita tentang Zulkarnain, kalimat yang diulang-ulang sebanyak tiga kali dalam Surah al-Kahfi adalah "faatba'a sababa" yang bermaksud Zulkarnain telah menggunakan pendekatan atau jalan yang pelbagai (untuk mencapai matlamat). ini menunjukkan Zulkarnain adalah individu yang inovatif.

5. MEMENTINGKAN KUALITI

Dalam surah al-Mulk ayat 2, Allah berfirman , "Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji siapakah yang lebih ihsan (baik) amalannya". Bermaksud umat Islam mesti menyempurnakan segala kewajipan dengan penuh kualiti sama ada dalam aspek pekerjaan , pendidikan ataupun sebagainya.

6. TIDAK BERASA INFERIOR ATAU RENDAH DIRI

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud " Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman". Melalui ayat ini, umat Islam tidak sepatutnya berasa rendah diri bahkan kita seharusnya berasa yakin dengan diri kita. Yakin untuk memimpin dan yakin untuk mendahului orang lain dalam segala hal yang baik termasuklah aktiviti menuntut ilmu, memberi kerjasama kepada pemimpin, mengajak kepada yang makruf dan mencegah sesuatu kemungkaran.

Dipetik dan diadaptasi daripada Cemerlang dengan menjadi Global Champion, Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Dr. Danial Zainal Abidin.

Saturday, April 3, 2010

THE GLOBAL CHAMPION..!!!

"KAMU ADALAH UMAT YANG TERBAIK YANG DILAHIRKAN BAGI MANUSIA, KAMU MENYURUH KEPADA MAKRUF, MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH" (ALI IMRAN : 110)


Global Champion ataupun jaguh dunia bermaksud kita umat Islam perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kepada kebenaran dan keadilan serta menjadi contoh yang baik bagi golongan yang lain. Bagi tujuan ini umat Islam perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dengannya.



Berasa bangga dan mulia dengan Islam, Izzah ini akan menyebabkan kehidupan individu terarah. Dia akan memastikan segala tindak tanduknya berdasarkan yang makruf dan pada masa yang sama dia menjauhi kemungkaran.



Berasa bangga dengan Islam adalah amat perlu. Ajaran Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Islam adalah contoh utama dalam aspek kebebasan. Dr. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity dalam bab Dar al-Hikmet berkata, "Golongan Kristian menikmati kebebasan sepenuhnya pada zaman pemerintahan Islam di Sepanyol. Mereka mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. Rahib-rahib Kristian boleh dilihat berjalan-jalan di jalan-jalan di Cordova (tanpa gangguan)."



Berhubung dengan status wanita, Karen Armstrong dalam MSNBC (online) bertarikh 29 Oktober 2001 berkata "tidak ada satu pun agama utama di dunia yang benar-benar memuliakan wanita, termasuk agama Kristian. Agama-agama ini adlah agama yang didominasi oleh kaum lelaki. Sebailknya Nabi muhammad begitu serius memberikan kebebasan kepada wanita. Tidak terdapat dalam al-Quran arahan supaya wanita dipinggirkan. Malah wanita-wanita islam pada peringkat awal Islam berperang di samping kaum lelaki. Isteri -isteri nabi pula berperanan dan berkuasa penting dalam politik.

Islam sudah memimpin dunia dalam bidang ilmu dan tamadun. Tanpa Islam, Barat tidak dapat mengecap era kebangkitan atau Renaissance. Lancelot Lawton juga mengakui kehebatan ajaran Islam." Saya terpaksa mengakui agama Muhammad adalah lebih sesuai bagi Afrika daripada agama Kristian. Malah ia mungkin juga lebih sesuai bagi dunia keseluruhannya... Pencapaian yang dicapai melalui ajaran agamanya mengatasi ajaran-ajaran lain. Bukti-bukti yang boleh disebutkan adalah yang diajar oleh agama, roh kemesraan, pengharaman riba dan pengiktirafan Rasul-Rasul yang lain daripada (Muhammad). (Muhammad) pula tidak berlagak seperti Tuhan malah beliau sendiri mengawal tingkah lakunya."

Tidakkah ajaran Islam yang dipuji dan dikagumi oleh pemikir-pemikir bukan Islam ini sepatutnya membanggakan kita?

Dipetik daripada Cemerlang dengan Menjadi Global Champion, Tip-tip Cemerlang daripada al-Quran. Dr. Danial Zainal Abidin.