Tuesday, July 27, 2010

NUR QALBI 3


JELAJAHI SYAABAN

Rejab baru sahaja berlalu,namun diharapkan semoga kita dapat bertemu lagi dengan Rejab pada tahun hadapan. Kini, Syaaban pula menjengah menandakan kita semakin hampir dengan bulan mulia bulan Ramadhan. Lebih kurang 15 hari lagi semua umat Islam sedunia diwajibkan berpuasa. Betapa cepatnya masa berlalu. Sebelum melangkah ke bulan Ramadhan, sebaiknya bagi umat Islam mengambil beberapa hari dalam bulan Syaaban untuk berpuasa sunat. Jika kita fikir sejenak mesti ada fadhilatnya yang perlu kita singkap. Antaranya adalah untuk membiasakan diri kita untuk berpuasa sebelum datang bulan Ramadhan yang kita sama-sama nantikan selama ini.


Hukama’ berpendapat, bulan Rejab adalah kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa. Bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala sifat cela. Manakala Ramadhan pula bulan untuk mengubati hati dan jiwa.

Apakah maksud SYAABAN sebenarnya ?


Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ia diambil sempena peristiwa orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata-rata tempat untuk mencari air. Pendapat lain mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Apakah amalan yang harus dilakukan ?


a) Memperbanyakkan puasa sunat:


i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”


ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.


iii. Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.


iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”



b) Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)



c) Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.



NAMUN,SEKIRANYA AMALAN-AMALAN SUNAT SENTIASA DILAKUKAN,DAN KITA BERISTIQAMAH DENGANNYA, ITU ADALAH LEBIH BAIK!!

Berukhwah untuk kebaikan,
Khas untuk adik-beradik FPI,
daripada:
Lajnah Hubungan Luar dan Pengintegrasian

Saturday, July 24, 2010

Perutusan Naib Yang Dipertua II PMFPI






Noor Hiluani Bt Shafie
Naib Yang Dipertua II Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam PMFPI.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam ukhuwah dan salam mahabbah diucapkan kepada semua Mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam terutamanya kepada sahabat-sahabat dan adik-adik tahun 1. Alhamdulillah, sahabat-sahabat sekalian telah terpilih untuk meneruskan perjuangan di medan perbukitan ilmu UKM amnya dan Fakulti Pengajian Islam khususnya.
Masih belum terlambat untuk saya mewakili barisan kepimpinan PMFPI terutama kepimpinan muslimat untuk mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat sekalian terutama sahabat-sahabat muslimat.
Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat ke FPI ini dapat membantu kami dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada masa akan datang.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua mahasiswa/i tahun 1 yang telah berdaftar sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) pada Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) yang baru berakahir pada 23 julai 2010. Diharapkan agar sahabat-sahabat yang masih belum berdaftar dengan PMFPI bolehlah berbuat demikian di bilik PMFPI yang terletak di aras 2 Fakulti Pengahjian Islam berhadapan dengan makmal komputer FPI.
Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah menghadiri taklimat Hal Ehwal Pelajar bersama Kedekanan di DK3f201 FSSK pada 21 Julai 2010. Semoga input yang diperolehi pada malam tersebut dapat membantu sahabat-sahabat sepanjang menuntut ilmu di UKM.
Jika ada sebarang permasalahan atau pertanyaan, sahabat-sahabat bolehlah menghubungi kami barisan kepimpinan PMFPI Fakulti Pengajian Islam.

Friday, July 23, 2010

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH III










TARIKH : 6,7 & 8 OGOS 2010


TEMPAT : PUSAT PEMANTAPAN AKIDAH JAKIM,JELEBU,N.SEMBILAN

ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI),UKM DENGAN KERJASAMA JAKIM JELEBU, N.SEMBILAN.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!!

SIJIL DIBERIKAN.

SURAT PELEPASAN KULIAH DIBERIKAN.

TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA/I FPI TAHUN 1 ,2 & 3. UKM.

ANDA BERMINAT ???


SILA HANTARKAN NAMA,TAHUN, NO MATRIK, & NO.KAD PENGENALAN KEPADA

FAIRUZ BT ABD RASID : 019-5042795


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 29 JULAI 2010.

PERUTUSAN MPP TAHUN 1 & 2


MOHD. ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 1 & 2
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillahi rabbil alamin. Syukur setinggi-tingginya dirafakkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmatNya kita masih diberikan peluang untuk bernafas dan melihat alam ciptaan Allah yang indah ini.Selawat serta salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. seorang manusia agung di muka bumi.

Selamat datang kepada mahasiswa/i Tahun 1 sesi 2010/2011 yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahniah dan syabas kerana telah memilih Fakulti Pengajian Islam UKM ini sebagai medan untuk mencari ilmu.

Saya menyeru kepada semua mahasiswa/i Tahun 1 supaya dapat bertaaruf dan menjalin hubungan persahabatan yang harmoni sesama rakan di Fakulti ini tanpa mengira umur mahupun bidang pengajian. Selain itu juga, saya menyeru agar semua mahasiswa/i dapat mengenali dan menunjukkan rasa hormat kepada semua pihak pentadbir fakulti serta para pensyarah di fakulti ini.Hubungan yang harmoni seperti ini akan memudahkan lagi kerjasama dan komunikasi antara semua pihak.

Saya juga mengingatkan agar semua mahasiswa/i supaya mendaftar sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam dan juga Kelab – kelab jabatan serta melibatkan diri dengan aktif dalam setiap program yang dianjurkan.

Akhir kata, saya menyeru supaya para mahasiswa/i tahun 1 agar sentiasa teguh dengan jati diri masing-masing serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kejutan budaya ataupun perkara yang tidak bermanfaat. Semoga mahasiswa/I Islam akan terus maju ke hadapan, berilmu serta berdaya saing global.

PERUTUSAN YANG DIPERTUA PMFPI

AMIR HAKIMI BIN AWANG BAKAR
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali marilah kita menzahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinanNya jualah kita masih mampu meneruskan misi kekhalifahan kita di muka bumi ini sehinggalah ke hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. Semoga kita beroleh syafaatnya di akhirat kelak.

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum kepada semua mahasiswa /i Tahun 1 bagi sesi 2010/2011 dan juga kepada semua mahasiswa yang masih lagi berjaya meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Tahniah dan syabas kepada mahasiswa/i baharu yang telah berjaya untuk melanjutkan pengajian ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selaku mahasiwa Islam kita harus sedar bahawa kita memikul amanah yang amat besar. Kita selaku mahasiswa yang mendalami ilmu agama dan nilai kemanusiaan seharusnya berada di hadapan dalam usaha mendidik masyarakat. Kita dapat melihat bagaimana masyarakat pada hari ini yang semakin runtuh nilai moralnya bahkan kadar jenayah juga semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak aman dan selamat. Oleh itu, kita perlu terus tampil mendekati masyarakat dan mendidik masyarakat dengan memberi pendedahan ilmu dan nilai-nilai moral. Di samping itu kita juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang pelbagai bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Akhir bicara, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, berharap agar sahabat-sahabat mahasiswa/i tahun 1 akan berjaya menempuhi alam pengajian yang baharu di Fakulti Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia ini. Semoga berjaya melakar impian dan matlamat di universiti ini.

“Generasi baharu harapan pengislah ummah”

Saturday, July 17, 2010

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PMFPI

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
DAN KELAB-KELAB JABATAN

TARIKH : 19-23 JULAI 2010 (ISNIN - JUMAAT)


MASA : 9.00 PG -4.30 PTG


TEMPAT : SINGGAHAN ILMU, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.


TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA/I TAHUN 1
SESI 2010/2011 .

JOM DAFTAR BERAMAI-RAMAI..!!!

PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS EKSEKUTIF


MOHD. SYAFID BIN ABU BAKAR
TIMBALAN YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS EKSEKUTIF
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Pertama-tama marilah kita merafa’kan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t di atas nikmat Islam dan nikmat Iman. Saya selaku Pengerusi Majlis Eksekutif Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa/i tahun 1 bagi sesi 2010/2011.


Sahabat –sahabat yang dikasihi,


Allah telah mengariskan ikatan ukhwah dalam al-Quran dalam surah al-Hujarat ayat 10. Sesungguhnya kita umat Islam adalah bersaudara. Ayat ke-10 ini adalah lanjutan kepada ayat ke-9. Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘berintigreti’ kepada kekuatan ummah.


Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas. Sabda Rasulullah (SAW) hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).


Sahabat-sahabat sekalian,


Dapat saya kaitkan tujuan penubuhan Majlis Eksekutif PMFPI. Majlis eksekutif ini telah ditubuhkan sejak kepimpinan yang terdahulu dan ianya terus diperkasakan pada kepimpinan pada kali ini. Majlis Eksekutif dipengerusikan oleh TYDP PMFPI dan dianggotai oleh YDP Kelab-kelab jabatan yakni Nahdah, Hujjah,Jakma,Jannah, Kufah dan kelab usahawan yang terletak dibawah pantauan YDP PMFPI.


Tujuan penubuhan Majlis eskekutif adalah untuk menyelaraskan program yang diadakan diperingkat Persatuan Mahasiswa dan kelab-kelab jabatan. Di samping itu. Majlis eksekutif berperanan untuk merancang satu program mega berskala besar seperti Karnival Kesenian Islam yang sebelum ini ini telah diadakan dan bertujuan untuk memupuk kerjasama diantara Persatuan Mahasiswa selaku Persatuan Induk di FPI bersama Kelab-Kelab jabatan.


Dapat disimpulkan tujuan utama penubuhan Majlis Eksekutif adalah untuk merapatkan ikatan ukhwah, kerjasama antara PMFPI dan kelab-kelab jabatan.Sehubungan dengan itu, saya berharap dengan penubuhan dan pemerkasaan Majlis Eksekutif mampu untuk memacukan PMFPI dan Kelab-kelab jabatan ke arah yang lebih baik dari segi perlaksaan program dan sebagainya.

PERUTUSAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 3


NIK AHMAD SHAFIE BIN RAJA DAUD
MPP TAHUN 3
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah diucapkan kepada Allah s.w.t yang dengan izinNya kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan dan perjuangan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi juga sebagai mahasiswa Islam.
Salam ukhwah kepada semua sahabat Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih atas sokongan anda dalam pemilihan MPP baru-baru ini. InsyaAllah dengan amanah ini, saya akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menyempurnakannya dengan sebaik mungkin.

Kita selaku mahasiswa Islam merupakan harapan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Berada di Universiti adalah suatu yang menjadi kebanggaan kepada kita, keluarga dan juga masyarakat. Malah mahasiswa yang mempelajari bidang agama sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat. Ilmu yang ditimba pada masa sekarang akan dituai atau di tadah oleh masyarakat di luar sana pada suatu masa kelak. Pada kita disandarkan segunung harapan bahawa kita akan keluar kepada masyarakat pada suatu hari nanti dengan ilmu yang penuh di dada.

Para masyarakat mengharapkan kita akan menjadi sumber untuk mereka mengetahui dan memahami lagi sesuatu hal dalam agama mahupun hal-hal lain. Persoalannya, adakah kita sebagai mahasiswa ataupun ustaz dan ustazah ini sudah bersedia untuk berkongsi ilmu apabila keluar kelak. Andai belum, maka bertungkus-lumuslah kita dari sekarang sebelum kepenatan melanda pada masa akan datang.

Saya juga ingin memperingatkan kepada sahabat-sahabat mahasiswa agar kita sentiasa berusaha meningkatkan pengurusan profesional Islam. Biarlah segala kerja atau usaha yang dilakukan mengikut cara yang ditetapkan dalam Islam iaitu dengan merujuk kepada cara yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam itu penuh dengan keindahan. Segala cara hidup telah diajar oleh agama yang mulia ini melalui utusan agung Nabi Muhammad s.a.w. Kita mesti menjadikan Islam sebagai cara hidup kita sehari-hari. Ini bermakna ilmu agama bukan hanya dipelajari tetapi juga mesti dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Akhir sekali saya mengucapkan selamat membuat persediaan ke arah kecemerlangan.
Sebarang aduan sila hubungi saya :
Nik Ahmad Shafie Bin Raja Daud
No. HP : 019-9092943
http://penampp.blogspot.com/
Alamat Emel : nikqalbonda@yahoo.com

PERUTUSAN YANG DIPERTUA PMFPI SESI 2009/2010


AMIR HAKIMI BIN AWANG BAKAR
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2009/2010
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasihNya kita dapat merasai nikmat yang paling besar dalam hidup kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya serta para sahabat.

“Patah tumbuh, hilang berganti”. Tahniah diucapkan buat barisan kepimpinan baharu Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam PMFPI sesi 2009/2010. Semoga amanah yang ditaklifkan ini akan dapat kita pikul bersama dengan sebaik-baiknya demi melahirkan mahasiswa yang cemerlang seiring dengan visi Fakulti Pengajian Islam iaitu ke arah membentuk graduan yang beriman, bertakwa, berilmu, berakhlak, kreatif, proaktif dan berminda global.

Tanpa yang lama tidak akan ada sesuatu yang baharu, ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada barisan kepimpinan PMFPI sesi 2008/2009. Semoga kita istiqamah dalam meneruskan perjalanan kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan ingatlah bahawa tugas kita sebagai penuntut ilmu itu tidak akan berakhir kerana ilmu Allah itu amatlah luas dan mendalam. Ilmu merupakan aset terpenting yang seharusnya ada dalam diri kita sama ada meliputi ilmu agama, sains, ekonomi, perundangan dan sebagainya.

Sebagai penyudah bicara, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam berharap agar seluruh mahasiswa Fakulti pengajian Islam akan dapat memberi kerjasama dan komitmen terhadap semua program yang dianjurkan oleh pihak pentadbir Fakulti Pengajian Islam dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam itu sendiri. Firman Allah s.w.t “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Melainkan yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.(al-asr :1-3). Semoga segala yang baik itu akan dapat kita laksanakan dan sebarang kekurangan akan dapat kita tampung bersama. Kitalah generasi baharu harapan pengislah ummah. Selamat bermujahadah di jalanNya.

Monday, July 12, 2010

SELAMAT KEMBALI MAHASISWA/I SESI 2010/2011

SELAMAT KEMBALI MAHASISWA/I
SESI 2010/2011
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMOGA BERJAYA MENERUSKAN PENGAJIAN
DENGAN SEJUTA KECEMERLANGAN
IKHLAS DARIPADA
BARISAN KEPIMPINAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Tuesday, July 6, 2010

PENGEDARAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER III SESI AKADEMIK 2009/2010

PEKELILING AKADEMIK BIL. 15/2010

Semua Pelajar Program Prasiswazah

Saudara/i,

PENGEDARAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER III SESI AKADEMIK2009-2010

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester III Sesi Akademik 2009-2010boleh disemak menerusi

web di alamat http://www.ukm.my/smpweb

dan menerusi gerbangSMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT<> dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 16 Julai 2010.

Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 21 Julai 2010.

Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat tetap mulai 21 Julai 2010.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan saudara/i, terima kasih.

‘KUALITI TERAS KECEMERLANGAN’

Yang benar,

ROHANA TAN
Ketua Penolong Pendaftar (Akademik)

SELAMAT DATANG MAHASISWA TAHUN 1 SESI 2010/2011

SELAMAT DATANG..!!!
SYABAS DAN TAHNIAH ..!!!
KEPADA MAHASISWA/I TAHUN 1 SESI 2010/2011
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
IKHLAS DARIPADA
SAFF KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA