Wednesday, September 8, 2010

PERUTUSAN SEMPENA EIDUL FITRI




-->
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama dan selamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya jualah dapat kita meneruskan hari-hari kita sampai ke saat ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada anugerah aidilfitri yang penuh barakah ini, indah rasanya andai bersama kita tersenyum syukur, berbunga bibir mengungkap untaian pujian pada Allah, Tuhan yang mengurniakan segalanya.

Sahabat-sahabat sekalian, hari raya adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah kita bersama-sama menyelusuri bulan madrsah tarbiyyah dengan cemerlang hendaknya. Juga memperoleh Lailatulqadar serta ibadah yang berterusan bukan sahaja dibulan ramdhan tetapi diteruskan tahap beribadah dibulan syawal yang mulia ini. Hari raya juga merupakan sebuah ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal dalam bulan Ramadhan. Pada ketika ini semua sedang dalam keadaan suasana kegembiraan menyambut bulan kemenangan. Seharusnya kita bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal kebajikan serta menurut segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahan dan laranganNya.

Sempena hari raya ini, marilah kita sama-sama merenung sebuah hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep ‘Hari Raya’ yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenar bagi orang mukmin itu ada pada 5 keadaan :-
  • 1. Setiap hari dia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta dia tidak melakukan sebarang dosa, itulah hari raya baginya.
  • 2. Hari keluarnya seseorang dari dunia dengan penuh keimanan dan terhindar hari tipu daya syaitan.
  • 3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka.
  • 4. Hari dimasukkan ke dalam syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka.
  • 5. Hari menatap wajah Allah Ta’ala.


Semoga hari raya yang kita sambut ini tidak berakhir di sini sahaja, malah berterusan sehingga kita berjaya melepasi sakaratul maut, titian Siratul Mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya dikurniakan nikmat terbesar menghadap zat Allah Ta’ala di syurga kelak. Amin

Buat akhirnya, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam menyusun sepuluh jari memohon seinfiniti kemaafan seandainya ada antara kami yang pernah melukakan hati mana-mana pihak. Salam Aidilfitri juga buat warga Fakulti Pengajian Islam. Semoga kehadiran Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Meskipun Syawal tidak sentiasa bersama kita, namun biarlah anugerah ini kekal menjadi penyeri dan pencetus kegemilangan diri. Bersama kita teruskan perjuangan di perbukitan UKM ini. Usah mudah mengalah dan menyerah. Sesungguhnya pada cabaran kepayahan dan kepahitan ini, terhidang bersamanya kelazatan kejayaan, insyaAllah.
-
-->تقبّÙ„ الله منّا ومنكم, كلّ عام وأنتم بخير-
AMIR HAKIMI BIN AWANG BAKAR,
YANG DIPERTUA,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 2009/2010



"GENERASI BAHARU HARAPAN PENGISLAH UMMAH"


Monday, September 6, 2010

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN & KMJP

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN BOLEH DIBUAT MELALUI LAMAN SMPWEB MULAI 6 SEPTEMBER 2010 - 15 SEPTEMBER 2010.


KAD MASUK & JADUAL PEPERIKSAAN (KMJP) BOLEH MULA DIDAPATKAN DI PEJABAT FAKULTI MULAI 4 OKTOBER 2010.

Friday, September 3, 2010

OPERASI MAHASISWA BALIK KAMPUNG ..PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG...!!!!

OPERASI MAHASISWA BALIK KAMPUNG
( OMBAK TAUTAN MAHABBAH 2010)
TEMPAT : FELDA GUGUSAN CHINI, PAHANG.
TARIKH : 7 - 10 OKTOBER 2010
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI)
PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG...!!!
TERHAD KEPADA 60 YANG TERAWAL SAHAJA.
BAYARAN RM 25 SAHAJA UNTUK T-SHIRT
ANTARA AKTIVITI MENARIK :
Penyerahan Anak Angkat
Motivasi Bersama Pelajar SPM & STPM
Forum Bicara Ad-deen
Sukan Ria Rakyat
Ceramah Kesihatan dan Anti Dadah
Lawatan ke Kilang Sawit
Santai Tasik Chini
dan banyak lagi..!!!!
UNTUK PENDAFTARAN SILA ISI BORANG DI HADAPAN BILIK PMFPI.