Sunday, December 19, 2010

SELAMAT MENEMPUH SEMESTER 2 SESI 2010/2011 !!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sejuta Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam kerana berjaya meneruskan pengajian ke semester 2 sesi 2010/2011 ini. Selamat melangkah ke hadapan dengan penuh semangat dan keazaman. Mulakanlah sesi pengajian semester ini dengan perancangan yang sistematik dan pelaksanaan yang efisien. Jadikanlah semester ini sebagai platform untuk kita melonjakkan lagi kecemerlangan kita. Semoga segala usaha akan menghasilkan impak kejayaan yang besar bukan sahaja dalam aspek akademik semata - mata bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Ambillah intipati pengajaran daripada peristiwa Hijrah Utusan Allah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah pada 1432 tahun yang lalu. Satu Perubahan yang besar telah dilakukan oleh Rasulullah dan impaknya dapat kita lihat sehinggalah ke hari ini di mana Islam terus berkembang di persada dunia. Aplikasikanlah perubahan ini dalam diri kita dan dalam kehidupan kita. Lakukan Perubahan daripada nilai-nilai negatif kepada positif. Untuk kejayaan yang besar, maka perubahan yang besar perlu dilakukan...!!!

SELAMAT MENEMPUH SEMESTER 2 SESI 2010/2011 !!!

Ucapan Ikhlas daripada Saff Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Bayaran Pinjaman/Biasiswa Tajaan PTPTN dan JPA Semester 2 Sesi 2010/2011

Berdasarkan keputusan mesyuarat yang telah diadakan antara pihak Unit Kewangan Pelajar bersama-sama PTPTN dan JPA pada 16/11/2010 telah bersetuju bahawa bayaran pinjaman/biasiswa tajaan PTPTN dan JPA bagi Semester 2 2010/2011 akan dibayar antara 23/12/2010 hingga 25/12/2010 melalui BIMB.

Para pelajar boleh membuat semakan baki hutang pengajian dalam tempoh 7 hari selepas menerima baki pinjaman/biasiswa. Para pelajar boleh membuat bayaran sendiri baki hutang tersebut melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti.

Pengumuman Pelajar Tahun 1 Sesi 2010/2011

Perhatian kepada semua pelajar tahun 1 sesi 2010/2011 anda diwajibkan untuk menjalankan ujian MEQI di Website http://www.ukmholdings.ukm.my/meqi/ bermula pada
17 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En Shahrizan Shahruddin (03-89214707) atau emailkan sebarang pertanyaan anda ke mss@ukm.my.

Friday, December 3, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.

Semoga mendapat kejayaan yang terbaik...