Monday, February 14, 2011

TERKINI

Salam Mahasiswa!!!

Alhamdulillah, kita semua akan menyambut maulidur Rasul pada 15 Februari 2011 ( selasa )..marilah sama2 kita berselawat ke atas Nabi dan menghayati perjuangan Nabi..mOga2 kita semua akan terus berpeluang untuk meneruskan perjuangan ini.. jangan lupa untuk membuat pengesahan masuk peperiksaan akhir sem 2 sesi 2010/2011 seperti ketetapan di bawah..:

1.Rakan-rakan mahasiswa/i boleh mula membuat pengesahan masuk peperiksaan akhir untuk sem ini bermula esok (14 hb FEB 2011) hingga 20 hb FEB 2011 di SMPWEB...

2.Diingatkan kepada semua mahasiswa untuk membuat pengesahan dalam tempoh tersebut untuk mengelakkan anda didenda sebanyak RM15.00!!!

3.Pelajar Ijazah Pertama yang terlibat adalah termasuk - KAMPUS INDUK BANGI (kecuali tahun 4 Program Kejuruteraan dan tahun 3 Program Seni Bina),KKL (FFAR,FSKB,FPER (Tahun 1)dan FGG (tahun 1)) dan Kampus Cheras (Program Perubatan Kecemasan)

3.Sistem Maklumat Pelajar - WEB (SMPWEB) boleh dicapai di smp.ukm.my

p/s :Jangan lupa untuk persiapkan diri antum dan antunna untuk menghadapi imtihan ini..:)

MAKLUMAN

SEMINAR KEBANGSAAN ISU-ISU ISLAM LIBERAL

Penyertaan terhad 200 orang sahaja,
Bayaran : Pelajar ukm : RM 25 pihak luar RM 50
Sebarang Masalah dan pendaftaran hubungi
Hakim : 013-2458985 atau Azalina 014 : 6303173

Seminar ini dijangka membincangkan sebanyak 16 kertas kerja yang berkaitan dengan isu- isu Islam Liberal

Wakil Pembentang :

Pensyarah-Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Pensyarah-Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Ketua Pemuda PAS Malaysia (PAS)

Mufti Wilayah Persekutuan

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, JAIS

Ahli Majlis Fatwa Selangor

Presiden, Jemaah Islam Malaysia (JIM)

Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Setiausaha Persatuan Ulama’ Malaysia, Cawangan Pulau Pinang

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU)

...surat pengecualian kuliah disediakan penganjur