Thursday, March 31, 2011

PePeRaNgAn PeN dAn KeRtAs


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji dan sanjungan hanya untuk Allah, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada hamba Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Perang Pen dan Kertas!!! Bersediakah Anda??Minggu ini merupakan minggu terakhir pengkuliahan bagi semester ini. Peperiksaan akhir semester 2010/2011 telah semakin hampir dan akan bermula 11 April 2011 ini. Bagaimana sahabat-sahabat? Sudah bersedia? Insyaallah, mudah-mudahan diberi Allah ketenangan dan kekuatan untuk mengharungi saat-saat akhir yang sangat bermakna dalam kehidupan sebagai mahasiswa di perbukitan ilmu UKM ini.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memperbaharui niat dalam menuntut ilmu agar diniatkan semata-mata kerana Allah. Kita kembalikan segala urusan kita kepadaNya. Imam al-Ghazali di dalam karangannya, Bidayatul Hidayah ada menukilkan mengenai penuntut ilmu yang paling beruntung. Menurut beliau,’’ Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka, dia tidak berniat dalam mencari ilmu kecuali hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk dalam golongan yang beruntung''.

Menuntut ilmu merupakan satu wasilah untuk kita mendalami dan memahami agama Islam yang tercinta agar kebenaran tertegak. Selaku mahasiswa dan mahasiswi di perbukitan ilmu UKM ini, kita mempunyai misi untuk kembali kepada masyarakat, menyedarkan serta menyampaikan ilmu-ilmu Islam. Tuntutan dakwah itu menuntut persediaan yang rapi dan tanggungjawab itu perlu diteruskan sebagai kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru itu, seseorang penuntut ilmu dalam bidang apapun akan merasakan dorongan untuk sukses yang luar biasa apabila ia menjadikan perintah agama sebagai motivasi utamanya. Dengan itu, dia akan menjadikan masa-masa sukarnya dalam menuntut ilmu sebagai perjuangan suci (jihad) untuk meninggikan kalimah Allah.

PMFPI menyeru agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi bersama-sama meneruskan usaha dan momentum persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjengah tidak lama lagi. Teruskan usaha, tingkatkan pergantungan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Perbanyakkan jua memohon keampunan dari Allah dan bantuan dariNya. Sentiasalah juga berfikiran positif agar sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan nanti.

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau menjadikannya mudah. Dan tiada kedukaan melainkan Engkau yang menghilangkannya.

Akhir kalam, kami di barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) mendoakan kecemerlangan buat sahabat-sahabat mahasiswa dan mahasiswi. Buatlah yang terbaik, insyaallah ada ganjarannya di sebalik kesukaran yang dihadapi.Bittaufiq wan najah, selamat menempuh peperiksaan. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat.Amiin.

Thursday, March 24, 2011

TAHNIAH DAN TAKZIAH

UCAPAN DARIPADA YDP DAN EXCO PMFPI

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam keputusan spm. Semoga dengan kemenangan dan kejayaan yang dikecapi itu akan mendekatkan lagi diri masing-masing kepada Allah s.w.t. Bagi mereka tidak bernasib baik , jangan berputus asa, mungkin ini adalah ujian daripada Allah s.w.t kepada anda semua. Oleh yang demikian, teruskanlah usaha anda. Ingat, Allah s.w.t tidak akan membebankan hambanya dengan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hambanya

Tuesday, March 22, 2011

~UMSIYYAT AL ARABIYYAH 2011

Sepanjang minggu ini akan berlangsung Minggu Bahasa Arab (Umsiyyat Arabiyyah) bertempat di Foyer FPI. Program bermula pada hari Isnin- Khamis (21-24 MAC 2011) pada 8.30 malam dan berakhir pada 10.30 malam. Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sepanjang minggu ini.


Minggu Bahasa Arab yang dianjurkan oleh Unit Bahasa Arab ini sangat bermanfaat kepada seluruh mahasiswa/i untuk melatih mahasiswa/i bercakap dalam bahasa arab, mengcungkil bakat-bakat dan potensi dalam diri mahasiswa/i di samping merupakan peluang untuk mahasiswa/i mempraktikkan kemahiran bahasa yang telah dipelajari seperti kemahiran membaca (maharat al-qiraah), kemahiran bertutur (maharat al- muhadathah), kemahiran menulis (maharat al- kitabah) serta kemahiran mendengar dan memahami( maharat al-istima’ wa al-fahm).

Program/pertandingan yang telah diadakan pada hari Isnin (21 Mac 2011) antaranya ialah pertandingan Khutbah dan Forum.Sekitar program yang telah berlangsung:










Jom sahabat-sahabat,
Jangan lepaskan peluang, bersama meriahkan Minggu Bahasa Arab 2011 !!

Thursday, March 17, 2011

SAFF KEPIMPINAN SESI 2010/2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji dan sanjungan hanya untuk Allah,mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada hamba Allah dan Rasulnya,Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada kita .

Tanggal 15 Mac 2011, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) kali ke-37 selamat dilangsungkan. Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan ini menyaksikan keseluruhan perjalanan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam di bawah saff kepimpinan sesi 2009/2010.

Sesungguhnya kepimpinan merupakan amanah yang perlu digalas sebaik mungkin dengan berpaksikan dua sumber utama iaitu al- Quran dan al-Sunnah. Alhamdulillah, selesai sudah satu sesi kepimpinan dengan taufiq dan inayahNya. Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah lumrah kehidupan. Bagi meneruskan kesinambungan perjuangan, saff kepimpinan baru Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) sesi 2010/2011 telah diumumkan secara rasmi di dalam majlis ini.

Saff Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) Sesi 2010/2011

YANG DIPERTUA
WAN MUHAMMAD NAIF BIN MOHD NORDIN (JS/2)

TIMBALAN YANG DIPERTUA
ARI KURNIAWAN (JPDK/2)

NAIB YANG DIPERTUA 1
MOHAMAD JARPANI BIN SYOPIYAN (JPDK/1)

NAIB YANG DIPERTUA 2
TG NUR FARAH NADIA BT TG ZAKARIA (JPATI/2)

SETIAUSAHA
ROHANIZAN BT A GHANI (JPATI/2)

TIMBALAN SETIAUSAHA
NUR AQILAH BAHARIN (JPDK/1)

BENDAHARI
MOHAMMAD FAZRI LUTFI BIN LATIFF (JUF/2)

TIMBALAN BENDAHARI
TUAN ZUL AJMA TUAN AHMAD (JS/1)

EXCO LAJNAH TARBIYAH
AHNAF WAFI ALIAS (JPQS/2)

TIMBALAN EXCO LAJNAH TARBIYAH
NUR HAFIZAH OTHMAN (JUF/1)

EXCO LAJNAH AKADEMIK
MOHD MUZAKHIR BIN MOHAMED (JPATI/2)

TIMBALAN EXCO LAJNAH AKADEMIK
NUR FATHINI BT MOHD BALIA (JPATI/2)

EXCO LAJNAH KEBAJIKAN
AHMAD MUSTAKIM ABDUL AZIZ (JUF/1)

TIMBALAN EXCO LAJNAH KEBAJIKAN
NORIDAH ISMAIL (JUF/2)

EXCO BIRO HAL EHWAL SISWI
NOOR HAZWANI MOHD AZMI (JPDK/2)

TIMBALAN EXCO BIRO HAL EHWAL SISWI
NUR HINAS IBRAHIM (JS/1)

EXCO LAJNAH HUBUNGAN LUAR
MOHAMAD ANASRUL BIN MOHD IZAZI (JPDK/2)

TIMBALAN EXCO LAJNAH HUBUNGAN LUAR
NORUL IZZATI BT MAMAT (JPATI/2)

EXCO LAJNAH EKONOMI
SAIFUL AKMAL BIN ADDANAN (JQS/1)

TIMBALAN EXCO LAJNAH EKONOMI
UMMU SAFIA ABD MALEK (JS/1)

EXCO LAJNAH INFORMASI
FARHAN BIN MAMAT (JS/1)

TIMBALAN EXCO LAJNAH INFORMASI
HAZENI HARUN (JPATI/2)

EXCO LAJNAH KESENIAN
NIK HUSAIN NIK LONG (JPQS/2)

TIMBALAN EXCO LAJNAH KESENIAN
NOR HABIBAH BT MUHAMMAD (JPDK/1)

EXCO LAJNAH SUKAN
YASIN BIN MD RAFANGI@ MD RAFEE (JUF/2)

TIMBALAN EXCO LAJNAH SUKAN
SITI SARAH ROHAIDI (JS/1)


~Sekalung penghargaan buat saff kepimpinan sesi 2009/2010 serta tahniah dan takziah buat saff kepimpinan sesi 2010/2011.~

Sunday, March 13, 2011

cOming sOOn!!!



kpd seluruh wrga FPI tahun 3 sekalian..Anda semua dijemput untuk menghadirkan diri bagi menjayakan Bengkel Kerjaya 2011 Anjuran MPM FPI THN 3 dgn kerjasama Kedekanan FPI & PMFPI..Moga mahasiswa/i tahun 3 FPI tidak mensia2kn peluang yang diberikan khas kepada anda semua..pendaftaran RM10 utk makan dan sijil..pasti berbalOi-balOi..Pendaftaran boleh dibuat sekarang sehingga ari rabu kepada 019-3471997(Syafiq) @ 014-8105001(Syahirah)



jOm sama2 sertai..pelbagai aktiviti menarik menanti anda..aktiviti indOOr, OutdOOr, mOtivasi dan sebagainya..utk merasai pengalaman yg hebat,jOm pakat sertai..bayaran hanya RM5 sahaja..berbalOi-balOi..pasti menarik, pasti tidak menyesal..fOr mOre infOrmatiOn, please cOntact miss sakinah (0193706908) ..jumpa di sana!!!