Sunday, December 23, 2012

Kenapa Aku Tidak Najah(Berjaya) Dalam Imtihan ??

Firman Allah s.w.t : “ Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “
Selamat Menghadapi Peperiksaan

Apabila tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berdebar-debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam benak fikiran kita. Mungkin ianya akan bermain-main dalam fikiran kita "kenapa aku tak najah-najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak." Pernahkah kita apabila melihat soalan,  kita tidak dapat menjawabnya? Itu merupakan masalah-masalah yang dialami oleh kita semua. Sememangnya  kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.

Exam Fever May Bring Us Closer to ALLAH
1) Kurang harapan kita pada Allah.
Memang benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga tidak tidur. Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam peperiksaan kita iaitu Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap ianya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mendapat pertolongan sesiapapun.
Berkata al imam Ibnu Ataillah r.a : “Di antara tanda-tanda orang yang bersandar ( bergantung ) pada amal sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila berlaku padanya kesalahan”. Kita perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu perkara yang baik, itu adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila berlaku sesuatu perkara yang buruk  maka itu juga adalah ujian dan nikmat daripada Allah.

2) Kurang hubungan dengan Allah. 
Firman Allah taala: “ Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al - Baqarah: 152). Apabila tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh sungguh. Itu adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan pada hubungan dengan seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau ikhtiar kita dari sudut spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita melengah-lengahkan solat sehingga kadang-kadang  ‘ terbabas ‘ untuk menunaikan solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk Allah memberikan kejayaan kepada kita.


Everything Back to Ilahi
3) Sikap mementingkan diri sendiri. 
Ini adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa. Firman Allah s.w.t : “ Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan “.  Apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan tulang kita untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah peranan sahabat.

Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

Jadi janganlah kita amalkan sikap negatif ini supaya kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan dengan keberkatan daripada Allah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah kerana Allah sangat cinta kepada sesiapa yang meminta minta kepadaNya.
"ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI"

Thursday, December 13, 2012

DOSA-DOSA & FACEBOOK

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya
melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2)  Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


  • Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
  • Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
  • Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
   
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


  KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

sumber: Zaharuddin Abd Rahman

Monday, December 10, 2012

Karnival Keusahawanan PMFPI

Gerai Jualan (HUJJAH)

Usahawan Muda (JAKMA)
Pertandingan Deko Kek

Pertandingan Ukir Buah
Ukiran Buah Pilihan PMFPI

Pemenang Ukiran Buah

Pemenang Deko Kek
Majlis Penutup

Pelancaran Tabung UKM4Palestin
KP Bersama Penyelia


Warna-Warni Kejohanan Piala Dekan 2012/2013


Kejohanan Piala Dekan 2012/2013


Pemain-pemain Bola Sepak Jakma

Saringan Peringkat Kumpulan

Bola Tampar Lelaki
Pemain-pemain Bola Tampar
Nahdah B (Juara)

Hujjah A (Naib Juara)
Majlis Penutup oleh Prof Madya Dr Amir Husin Mohd Nor   
Kontijen Terbaik ( HUJJAH)

Maskot Perbarisan
Antara Pemenang Muslimin

Antar Pemenang Muslimat

Ydp Hujjah wakil Juara Keseluruhan KPD


Pemenang-pemenang

Friday, November 30, 2012

Fekah: Wanita, tudung dan perhiasan


Rata-rata kita mengetahui bahawa hukum bertudung itu adalah wajib, namun dari segi praktikalnya, muslimah kita masih belum dapat memahami secara tepat bagaimana cara pemakaian tudung yang dikehendaki oleh agama islam. Bahkan, lebih menyedihkan lagi, muslimah yang kita harapkan menjadi contoh wanita di dunia ini telah gagal menjadikan pemakaian tudung sebagai tanda ketaatan kepada perintahan syarak bahkan mereka menjadikan tudung hanya semata-mata tuntutan fesyen dan gaya terkini.
Apabila kefahaman terhadap isu tudung tidak berjaya dikuasai oleh muslimah, maka su tabarajjuj (make-up/berhias diri) juga akan terbias. Ini dapat dilihat di sekeliling kita, apabila wanita muslimah dapat diketogerikan kepada tiga golongan utama ;
1-    Bertudung dan bijak berhias diri
2-    Bertudung tetapi tidak mengikut panduan syarak
3-    Tidak bertudung
Kategori pertama adalah golongan yang terbaik sekali, mereka telah menuruti perintah hukum seperti yang akan dinyatakan selepas ini.
Manakala katogeri kedua dan ketiga dianggap gagal kerana mereka tidak berjaya memahami kehendak syarak dalam isu bertudung dan menutup aurat.
Bila ditanya, mengapa memakai tudung tetapi masih berpakaian ketat, sendat dan mengiurkan? Mereka menjawab dengan mudah "untuk menutup aurat", subhanaallah.. niat yang baik namun praktikal yang kurang tepat.

Hukum bertudung menurut Al-Quran dan As-Sunnah?
Siapa sahaja dari kalangan umat islam pastinya mengetahui hukum kewajipan bertudung dan menutup aurat, namun apakah pula yang disebutkan oleh Al-quran tentang isu ini?
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Etika bertudung dan berhias diri
Secara ringkasnya, pemakaian tudung dan menutup aurat itu perlu dipenuhi oleh beberapa etika penting :
1-    Menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan
2-    Memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat
3-    Tidak terlalu menarik perhatian orang
4-    Tidak menampakkan susuk badan apabila bergerak

Imej Muslimah
Bertudung dan berhias diri dengan menuruti tuntutan syarak itu dapat memberikan imej yang baik dan murni kepada wanita islam, mengapa? Kenapa?
Wanita di dunia kini telah dirosakkan oleh masyarakat dunia, maruah mereka dikorbankan, watak mereka digondolkan sehinggakan wanita dijadikan simbol yang tidak baik oleh beberapa golongan manusia berotak kuning dan berfikiran hedonisme.
Lihat sahaja masyarakat barat, wanita mereka dibogelkan, menjadi lambang seks, diperagakan disana-sini, menjatuhkan maruah wanita!!. Oleh itu, mereka bukanlah masyarakat yang dapat dijadikan contoh tauladan.
Justeru , Islam memberikan panduan yang praktikal dan terbaik bagi menjaga maruah wanitanya. Wanita dijaga seperti barangan asli yang disimpan didalam balang kaca beralaskan baldu merah lembut dan mahal. Oleh itu, wanita islam harus berbangga dengan kemuliaan sebegini.
Tuntasnya, menutup aurat dan berhias diri menurut kefahaman syarak itu adalah kewajipan yang penting untuk difahami dan dipraktikkan oleh seluruh umat islam, semoga dengan usaha kita mentaati perintah Allah SWT, kita akan digolongkan dalam golongan yang menunjukkan imej peribadi muslim muslimah contoh bagi ummat manusia yang semakin hari kian rosak.

Tuesday, November 20, 2012

Solat berjamaah perintis segala kebaikan


Pada hari ini kita sering berkata mengenai biah solehah yang mana ianya memang tidak dapat disangkal lagi sebagai sesuatu yang amat penting di dalam memainkan peranan membentuk akhlak islamiah. Maka perlu kita sedari di sana terdapat satu perkara yang perlu kita ambil berat kerana ianya merupakan perintis segala kabaikan. Jika baik ianya maka baiklah segala amalan yang kita lakukan. Justeru, perkara tersebut adalah solat.

 Sabda nabi junjungan SAW,
   “Perkara pertama yang akan dipersoalkan di hadapan Allah pada hari kiamat kelak adalah solat, jika baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya dan jika rosak solatnya maka rosaklah sekalian amalannya”. (Hadis riwayat atTabrani.)

Maka sudah tentu menjadi muhasabah buat kita semua bahawa jika ujian yang paling awal yang dikenakan oleh Allah SWT terhadap kita sudah tidak dapat dilalui dengan jayanya maka apakah mungkin kita akan berjaya untuk menempuh persoalan-persoalan yang seterusnya. Justeru, akan ramailah mereka yang akan gagal di hadapan Allah nanti dek khalal mereka terhadap solat.

Seterusnya kita sering terdengar persoalan mengenai firman Allah SWT,
   “Bacakanlah wahai Muhammad apa yang diwahyukan oleh Tuhanmu yang terdapat di dalam Al-Quran dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada berlakunya perkara fahsya’ dan mungkar, dan mengingati Allah itu adalah satu perkara yang teramat besar dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan”. ( Surah al-Ankabut ayat 45).

Persolan yang timbul adalah mengapa tetap ada mereka yang melakukan maksiat seperti berikhtilat, menyalahgunakan teknologi serta bermusuh-musuhan antara satu sama lain sedangkan mereka telah mendirikan solat?.

Maka al-‘Allamah as-Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni hafizahullah telah menafsirkan ‘solat’ di dalam ayat di atas adalah solat yang sempurna syarat dan rukun serta adabnya. Maka apabila kita sempurna dan lengkap dengan semua syarat-syarat ini akan timbullah tiga perkara yang disebut oleh Abu ‘Aliah (di dalam kitab Sofwatut tafasir) iaitu al-Ikhlas, al-khasyyah(takut) dan zikrullah. Seterusnya bagi mereka yang tidak sempurna solat mereka maka akan berlakulah sebaliknya. Oleh kerana itu ramai yang mendirikan solat tetapi masih melakukan maksiat yang nyata.

Maka al-ikhlas itulah yang menyerunya kepada ma’ruf, dan al-khasyyah menghalang dirinya dari melakukan mungkar seterusnya zikrullah mengarahkannya kepada kebaikan dan menghalang dari kemungkaran.
Seterusnya haruslah kita ingati bahawa di dalam solat terdapat dua natijah yang perlu kita gapai iaitu sah di sisi hukum feqah dan maqbul di sisi Allah. Maka untuk menjadikan solat kita sah di sisi hukum feqah maka haruslah didirikan solat sesempurna yang mungkin mengikut segala syarat (sebelum solat) dan rukun (dalam solat). Tetapi untuk mendapat maqbul daripada Allah maka harus ditambah dengan satu perkara lagi iaitu khusyu’ dan hadir hati kita ketika menghadap Allah.

 Firman Allah SWT,
     “Sesungguhnya telah berjaya orang beriman yang khusyu’ di dalam solatnya”.
Maka apabila kita solat sendirian penerimaan daripada Allah akan kita dapat hanya apabila kita khusyuk. Tetapi bagi mereka yang melakukannya secara berjemaah maka penerimaan oleh Allah telah dijamin olehya.

Sabda nabi Muhammad SAW,
     “Solat berjamaah itu afdhal daripada solat secara sendirian dengan gandaan 27 darjat”.
(Hadis riwayat as-syaikhan).

Tambahan lagi bagi mereka yang bersolat jemaah dan sempat takbiratul ula dengan imam. Maka lebih besarlah ganjarannya di sisi Allah.

Sabda nabi Muhammad SAW,
      “Barangsiapa yang solat secara jemaah dan mendapat takbiratul ula selama 40 hari secara berturut-turut maka akan diberi dua pelepasan oleh Allah iaitu pelepasan daripada api neraka dan sifat munafiq”.

Begitulah peri pentingnya solat berjamaah di dalam hidup kita. Bahkan solat tidak hanya mengajar kita menjadi hamba di dalam solat akan tetapi falsafah daripada solat itu harus terus dibawa ke luar solat. Di dalam solat jemaah kita mempunyai imam dan makmum yang memainkan peranan masing-masing. Di dalam solat jemaah juga terdapat lelaki dan perempuan lalu Islam mengajar agar ianya diasingkan kerana dua jenis manusia yang saling bertarikan ini tidak boleh dicampuradukkan.

Imam perlulah mengikut kriteria yang ditetapkan sebagaimana yang disebut di dalam kitab-kitab feqah seperti kitab ‘Umdatus Salik Wa ‘Uddatun Nasik oleh Syeikh Ibnu Naqib al-Misri hafizahullah. Beliau menyebut 11 ciri mereka yang perlu diutamakan untuk menjadi imam dan ciri yang pertama adalah ‘afqah’ iaitu mereka yang lebih faqih dalam agama. Maka begitulah juga di luar solat kita mesti memilih pemimpin yang faham tentang Islam dan membawa dasar Islam.

Makmum pula wajib mengikut imam selagi imam tidak melakukan kesalahan. Jika imam melakukan kesalahan maka wajib ditegur dan sekiranya tiba keadaan wajib mufaraqah maka wajib mufaraqah. Begitulah juga di luar solat, kita wajib mentaati pemimpin selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

 Firman Allah SWT,
     “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul (secara mutlak) dan pemimpin dalam kalangan kamu”.

Dan firmannya lagi,
      “ Pada hari dibalikkan wajah mereka ke dalam api neraka mereka berkata kami berharap agar dapat (balik semula) untuk mentaati Allah dan rasul kami. Dan mereka berkata sesungguhnya kami dulunya telah mentaati pemimpin-pemimpin kami (yang salah) maka kami disesatkan jalan olehnya”.

Maka dua ayat ini mengajar kita supaya mentaati pemimpin akan tetapi apabila bertembung dengan perintah dan larangan Allah maka wajib kita utamakan Allah dan rasul.

Begitulah juga dengan hikmah yang Allah ajar kepada kita di dalam solat iaitu pengasingan di antara lelaki dan perempuan di dalam solat dengan pakaian yang menutup aurat. Justeru, begitulah sepatutnya yang kita amalkan di luar solat dalam erti kata tidak berikhtilat dengan golongan ajnabi seperti berdua-duaan, melembutkan suara yang boleh memberi fitnah kepada lelaki, tidak menjaga pandangan, ber‘chatting’ perkara yang tidak penting serta banyak lagi.

Firman Allah SWT,
    “Dihiasi seorang manusia itu dengan kasih (syahawat) kepada wanita”.

Maka dua jantina yang saling mempunyai daya tarikan ini haram untuk kita campuradukkan urusan mereka seperti pergaulan bebas diantara mereka. Oleh kerana itu digunakan tabir untuk mengasingkan diantara lelaki dan perempuan di dalam solat. Mengapa? Kerana fitnah perempuan itu besar sehinggakan wanita lebih pahalanya untuk bersembahyang di rumah.

 Sabda nabi SAW,
     “Seorang perempuan itu apabila ia lebih tersembunyi maka dialah yang afdhal”.

Walaupun nabi tidak melarang wanita untuk ke masjid, namun yang terlebih pahalanya adalah wanita yang sembahyang di rumah.

Kesimpulan daripada contoh yang terhad yang dapat kita lihat di atas, segala perbuatan baik dan buruk bergantung kepada khusyuk atau tidak kita dalam sembahyang. Jika buruk sembahyang kita pada hari itu maka buruklah segala amalan yang kita lakukan pada hari tersebut. Justeru, marilah kita sama-sama menghidupkan suasana solat berjemaah kerana di sana ada janji Allah buat mereka yang lakukan yang terbaik untuk Allah. Kita perteguhkan lagi akhlak islamiah kita dengan memulakannya dengan solat secara berjemaah.

Friday, November 9, 2012

Hadith : Aurat Wanita



Jelas daripada dalil Al-Quran dan Al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga memperlihatkan kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat mempamerkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti buah dada, peha, dan sebagainya.


Dalam hadith Rasulullah saw yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu: pertama ialah kaum  yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam), kedua ialah Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi

Tuesday, November 6, 2012

Tanggungjawab Bersama


Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPPFPI) berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di sekitar Fakulti Pengajian Islam FPI. Sehubungan dengan itu, kemudahan dan keselesaan kawasan pembelajaran menjadi aspek utama yang ingin diwujudkan di sekitar FPI. Walaubagaimanapun, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk merealisasikannya. 

Oleh itu, apa yang penting bagi kita sebagai penggunanya adalah supaya berkerjasama menjaga kemudahan yang disediakan dengan tidak membiarkan kemudahan yang digunakan dalam keadaan bersepah dan tidak tersusun. Peringatan kepada semua pengguna yang menggunakan Singgahan Ilmu untuk sebarang urusan, SILA SUSUN KEMBALI MEJA ATAU KERUSI yang digunakan ke tempat asal yang ditetapkan. Janganlah biarkan kemudahan yang kita gunakan tidak terjaga. 


Dalam kita menggunakan sesuatu untuk kesenangan kita, kita harus beringat supaya kita tidak lupa tentang tanggungjawab kita supaya ia tidak menyusahkan orang lain. Kita harus mempunyai sikap “sekiranya kita tidak suka melihat orang menyusahkan diri kita, pekara yang sama kita jangan lakukan kepada orang lain”.


Semoga apa yang kita lakukan bersama ini dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada orang lain. Dengan secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana biah solehah di kawasan yang kita diami. Ia bukan saja memberi keselesaan kepada kita malahan akan memberi keselesaan kepada orang lain. Inilah yang menjadi harapan semua khususnya warga FPI sendiri.

Andalah Pencorak Biah Solehah.




"ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI" 

Tahniah dan Syabas

Assalamualaikum w.b.t

Ucapan tahniah kepada saudara Muhamad Azan bin Safar kerana telah dilantik menjadi Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) baru-baru ini. Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) melahirkan rasa gembira dan bangga atas perlantikan beliau sebagai Presiden Gamis yang baru. Hal ini kerana, beliau sendiri adalah merupakan salah seorang contoh terbaik
mahasiswa yang dilahirkan dari Fakulti Pengajian Islam.

Turut dilantik sebagai Timbalan Setiausaha GAMIS ialah saudari Hamiza Hani bt. Omar yang juga merupakan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Perlantikan ini adalah satu penghargaan buat Mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka adalah contoh bi'ah solehah yang wajar dicontohi seluruh mahasiswa/i dari aspek penglibatan kepimpinan mahasiswa di peringkat nasional.

Semoga dengan perlantikan ini, mereka dapat memaknakan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Mahasiswa Islam. Sebagai pemimpin yang telah dilantik, mereka hendaklah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan yang paling penting ialah meletakkan Islam itu di hadapan bukannya Islam yang menurut kemahuan kita..

Jadi, sekali lagi PMFPI mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas Perlantikan Barisan Kepimpinan baru GAMIS. Semoga Islam terus didaulatkan. Terima Kasih.

Semoga Allah s.w.t memimpin dan memandu gerak kerja kalian serta memudahkan dan memberi pertolongan dalam segala perkara...aamin.:)

"ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI"

 

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA...

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA (◕‿◕)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

Thursday, October 18, 2012

Zulhijjah hadir lagi...

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah... 

Zulhijjah hadir lagi namun berapa ramai dari kita yang menyedarinya... Tepuk dada tanya Iman di Jiwa...

Justeru itu kami ingin mengajak anda semua untuk merenugi, menghayati dan mengambil hikmah dan pengajaran yang telah berlaku di bulan Zulhijjah pada detik dan di bumi yang sama namun zaman dan keimanan yang berbeza...





Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan seperti hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (boleh menyaingi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Marilah kita bersama-sama memantapkan lagi keimanan kita kepada Tuhan Pencipta sekalian alam iaitu Allah SWT selagi hayat masih diberikan... Jangan biarkan usia yang diberikan dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja tanpa bertambahnya keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya... 

Marilah Hayati Bulan Zulhijjah, jangan biarkan ia berlalu tanpa menambahkan keimanan kita kepada Allah SWT...
Salam Zulhijjah daripada semua pimpinan PMFPI 2012/2013... 

:: ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI ::
By : Lajnah Informasi dan Penerbitan PMFPI 2012/2013