Sunday, April 22, 2012

MERIAHKAN HARI APREASIASI BAKAT FPI




Hari Apresiasi Bakat FPI akan membuka tirainya pada 23 April 2012 ini. Sukacitanya, PMFPI mengalu-alukan kehadiran sahabat mahasiswa/i  untuk memeriahkan upacara perasmian & pelancaran pasukan bola sepak Mat Suda jam 8.30 malam di Foyer FPI. 


Diikuti pertandingan pidato, rebutlah peluang saksikan kilauan bakat  peserta. Dan..tambah menarik, sesi beramah mesra bersama duta biah solehah FPI, Ustazah Fatimah Syarha. Temui duta biah solehah, istimewa buat semua. Tawaran gempak, dapatkan bookmark Duta Biah Solehah FPI bagi 50 terawal. Pesanan penaja,  jangan lupa tampil dengan pakaian HIJAU..


Apa yang menarik??
Hmm.. Jom!
Tentatif Program :


23 April 2012
8.00 mlm  :Perasmian HAB &
Pelancaran Kelab Bola Sepak 
(MAT  SUDA)
Menampilkan Ustazah Fatimah Syarha
10.00mlm : Pertandingan Pidato


24 April 2012
8.30 malam : Pertandingan Debat 
                      -Bahasa Melayu
                      -Bahasa Arab


25 April 2012
9.00 mlm     : Pertandingan Kuiz
10.00 mlm   : Majlis Penutupan HAB
Menampilkan Ustaz Syed Abdul Kadir Jofrey


Pastinya menarik buat semua..Sama-sama kita meriahkan Hari Apresiasi Bakat FPI..Jangan lupa temu janji kita, jumpa  di waktu dan tempat yang dijanjikan, insyaAllah~


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Saturday, April 21, 2012

Kursus Pemantapan Akidah IV



PMFPI akan menganjurkan satu program '' Kursus Pemantapan Akidah '' pada 11-13 Mei 2012 ini  di Pusat Latihan JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. 

Kursus ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan akidah yang sejahtera dalam kalangan individu muslim. Ini kerana, dalam dunia moden hari ini terdapat pelbagai cabaran yang melanda umat Islam khususnya berkait akidah. Antara yang selalu kita dengari ialah gejala murtad dalam kalangan umat Islam, penyebaran ajaran-ajaran sesat serta kemunculan pelbagai ideologi yang turut mengancam akidah ummah.

Justeru itu, kefahaman berteraskan ilmu yang benar adalah asas kepada penghayatan akidah yang teguh bahkan  mampu menjadi benteng kukuh  bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang dirancang oleh musuh Islam. Ayuh perkasakan keperibadian muslim dalam pelbagai aspek meliputi akidah, ibadah serta akhlak. Bersama kita jana keizzahan Islam, insyaAllah.

Penyertaan dibuka kepada mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam. Jom, daftar diri segera! Sekiranya berminat, hubungi Saudara Ari Kurniawan (019 3698003). Akhir kalam, PMFPI mengambil kesempatan ini, menyeru sahabat mahasiswa/i untuk terus memelihara akidah Islam yang benar. Semoga kita dipandu dengan suluhan hidayah dari Allah s.w.t  dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Friday, April 20, 2012

BIAH SOLEHAH'S CAMPAIGN

PMFPI mengucapkan selamat datang kepada seluruh mahasiswa/i perbukitan ilmu UKM. Moga- moga sekembalinya dari percutian kali ini, sahabat mahasiswa/i sekalian  dapat meneruskan perjuangan di medan ilmu ini dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, insyaAllah.

PMFPI juga ingin menebarkan rasa cinta dan kasih kepada penyebaran dakwah di UKM dan FPI khususnya melalui kempen biah solehah yang telah pun bermula sekembalinya warga kampus dari percutian baru -baru ini.

Biah solehah yang ingin digarap ialah suasana keislaman yang syumul dalam warga kampus khususnya  dalam kalangan mahasiswa/i FPI. Ayuh, hidupkan sunnah dalam kehidupan kita, mudah-mudahan dikurniakan barakah dari Allah s.w.t dalam pelbagai sudut kehidupan kita di dunia ini. Mulakan pentarbiahan diri meliputi aspek ruhiyyah, jasadiyyah dan thaqafiyyah ke arah muslim sejati akidah, ibadah dan akhlak. INSYAALLAH. Istimewa, kempen Biah Solehah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta-duta biah solehah yang turut sama menyokong dan membantu dalam menjayakan hasrat murni ini. PMFPI optimis untuk menyemai nilai -nilai Islam melalui wasilah kempen biah solehah ini.  


Jom, sahabat-sahabat..Tambah nilai hidup dengan pancaran Iman kepada Allah.Ayuh teladani keunggulan Rasulullah s.a.w yang merupakan qudwah utama kehidupan kita. Sesungguhnya kesempurnaan keperibadian baginda s.a.w hasil tarbiah Illahi dan perutusan baginda adalah untuk mentauhidkan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan menyempurnakan akhlak manusia.

Jangan Lupa,

SATU HARI SATU SUNNAH..
Sebarkan Salam dan maniskan senyuman
Tingkatkan Pembacaan dan hadiri majlis ilmu
Solat Dhuha dan Puasa Isnin dan Khamis
Pelihara Aurat, Pelihara Akhlak 
Moga Allah redha..


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Monday, April 16, 2012

BENGKEL SPSS


MAKLUMAN..


Kursus : Bengkel SPSS
Tarikh :  21-22 April 2012
Tempat : Dewan Kuliah 2
Masa     : 8.00 pagi- 4.30 petang
Bayaran : RM 20
Terbuka kepada seluruh warga FPI

Pengisian menarik : 

Slot  1  : Pengenalan Penyelidikan Kuantitatif
S;ot  2  : Pengurusan Data Kuantitatif
Slot  3  : Penganalisisan Data Kuantitatif : Teknik Statistik Deskriptif
Slot  4  : Penganalisisan Data Kuantitatif : Teknik Statistik Inferential
Slot 5   : Penulisan Laporan Berdasarkan Output

Sijil dan jamuan 3 kali disediakan. Dan jangan lupa bawa laptop masing-masing ketika program. 


Jom ikuti bengkel ini. Semestinya bermanfaat untuk meningkatkan kemahiran menggunakan SPSS.Sekiranya berminat, boleh mendaftarkan diri kepada Saudari Norul Izzati Mamat (013 9717142).


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

NUR QALBI :" DUHAI HATI TENANGLAH"

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ‘’Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah HATI.’’
H.R Bukhari dan Muslim

Istimewa buat semua, Nur Qalbi kali ini tampil dengan tajuk “ Duhai Hati Tenanglah’’. Pengisian akan disampaikan oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll (Pensyarah UIA) bertempat di Masjid UKM bermula jam 8.00 malam. Jom, ikuti kupasan menarik soal hati. Ingat temu janji kita, Khamis (19 April 2012).



Semua dijemput hadir. PMFPI mengalu-alukan kehadiran semua bagi memeriahkan taman ilmu di masjid yang barakah ini, insyaAllah.

Duhai hati, tenanglah kerana kita punya Allah pemilik segala sesuatu. Pohonlah doa setulus hati. Hanya padaNya kita menyembah dan memohon pertolongan. Tenanglah hati, damailah jiwa dengan mengingati Allah~


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Sunday, April 15, 2012

Hari Apresiasi Bakat FPI


Berita Gembira buat sahabat mahasiswa/i FPI
PMFPI dengan kerjasama kelab-kelab jabatan FPI menganjurkan
sebuah program menarik buat semua :



Hari Apresiasi Bakat FPI pada 23-25/4/2012 di Dewan Kuliah dan Foyer FPI
dengan tema’’ Mahasiswa Berprestij Aset Kepada Ummah menampilkan pelbagai
program menarik semestinya akan mencungkil bakat sahabat-sahabat. Antaranya ialah pidato, debat Piala Dekan, Pertandingan Komik, Pertandingan Mencipta Poster, Pertandingan Menulis Artikel , Kuiz dan Uji Bakat Pencarian Juruhebah Nasyid FM.

Makluman :

Pertandingan Komik



Pertandingan Mencipta Poster



Pertandingan Menulis Artikel


Pertandingan Pidato




Debat Piala Dekan




Uji Bakat Pencarian Juruhebah Nasyid FM




Kuiz





Akhir kalam, rebutlah peluang keemasan ini untuk menggilap bakat yang terpendam. Inilah masanya untuk mara ke hadapan, mengasah potensi diri. Sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi saudara Sulaiman Mohd Sabri di talian 014 5459328. Gunakan dan manfaatkan bakat anda untuk kepentingan Islam dan ummah. Jom..serlah dirimu di medan yang tersedia!


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

BENGKEL SPSS


PMFPI akan menganjurkan Bengkel SPSS bagi mempersiapkan mahasiswa/i dengan kemahiran mengurus dan menganalisa data dengan menggunakan SPSS.



Butiran lanjut :

Kursus : Bengkel SPSS
Tarikh  : 21-22 April 2012
Tempat : Dewan Kuliah 2
Masa    : 8.00 pagi – 4.30 petang
Bayaran : RM 20

Pengisian menarik :

Slot 1  : Pengenalan Penyelidikan Kuantitatif
Slot 2  : Pengurusan Data Kuantitatif
Slot 3  : Penganalisisan Data Kuantitatif : Teknik Statistik Deskriptif
Slot 4  : Penganalisisan Data Kuantitatif : Teknik Statistik Inferential
Slot 5  : Penulisan Laporan Berdasarkan Output

Sijil dan jamuan 3 kali sehari disediakan. Dan jangan lupa bawa laptop masing-masing ketika program.

Jom, ikuti bengkel ini bagi meningkatkan kemahiran menggunakan SPSS. Sekiranya berminat, boleh mendaftarkan diri kepada Saudari Norul Izzati Mamat 
( 013 9717142)


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI


Saturday, April 14, 2012

Program-program & Kemudahan Dana dalam Pengajian Siswazah di UKM

Anda mahasiswa/i tahun akhir ?

Berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat siswazah di UKM?



Berita baik buat sahabat mahasiswa dan mahasiswi FPI, 
Pihak Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) akan menganjurkan satu program berkaitan peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat siswazah di UKM sebagaimana berikut :
Aktiviti        : Program-program & Kemudahan Dana dalam Pengajian Siswazah di UKM
Tarikh          : 18 April 2012
Tempat        : Bilik Seminar Siswazah 1 FPI
Masa            : 2.30-4.30 petang
Penglibatan : Mahasiswa/i tahun 3 FPI yang terpilih

Nama-nama yang terlibat boleh dirujuk di board FPI. Jangan lupa untuk menyemak nama masing-masing. Sebarang masalah, bolehlah menghubungi saudara Ari Kurniawan di talian 019 3698003. Gunakanlah peluang keemasan ini untuk mengilham harapan dan mencipta masa depan yang gemilang. InsyaAllah ~

ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Wednesday, April 4, 2012

Ulasan CITRA SISWI : Bedah Buku

Citra Siswi pada semester ini tampil dengan kaedah “Bedah Buku”.Sebuah buku bertajuk “Katalog Permaisuri Dari Kacamata Sunnah Nabawi” telah dijadikan sebagai bahan pengisian. Buku ini merupakan hasil tulisan penceramah jemputan iaitu Ustazah Qurratul Aien bt.Fatah Yasin. Berdasarkan tajuknya,  “Katalog” sudah pasti kita dapat membayangkan isi kandungannya merupakan barangan yang sangat berharga. Ini merupakan bayangan awal, dan terbukti itulah hakikat sebenar isi kandungan buku  ini.
-->


Menurut Ustazah Qurratul Aien, isi kandungan pertama buku ini menjelaskan bahawa wanita adalah perhiasan yang sangat berharga. Justeru itu,  perhiasan ini hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya agar ia tetap terpelihara. Rasulullah s.a.w pernah bersabda iaitu:
عن عبد الله بن عمرو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المراة الصالحة
Maksudnya: Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
                                                                              
Hadis Riwayat Muslim.


Berdasarkan hadis berikut, wanita merupakan perhiasan dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Menurut penjelasan penceramah berkaitan hadis tersebut, maksud wanita sebagai hiasan yang paling indah dan cantik di dunia ini ialah bila mana hiasan ini dijaga baik. Perhiasan ini juga hendaklah dijaga supaya ia lebih berharga. Setiap wanita hendaklah menjaga dirinya sebagai perhiasan yang paling berharga dalam hidupnya dan jangan sekali-kali menyamakan perhiasan ini dengan perhiasan-perhiasan lain. 


SIAPAKAH WANITA?
-Manusia
- memiliki fizikal yang cantik,
-mempunyai jiwa yang halus
-memiliki sistem yang begitu kompleks

Wanita adalah manusia dan hamba Allah yang mempunyai akal fikiran dan naluri yang merupakan ciptaan Allah yang paling istimewa dan membezakan manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain contohnya haiwan yang hanya mempunyai naluri sahaja. Oleh itu, sebagai wanita kita hendaklah menunaikan tanggungjawab terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah. Kita hendaklah menggunakan akal sebaik mungkin dengan menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, mentaati Allah iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala laranganNya dan ikhlas beribadat kepada-Nya. Kita sebagai manusia juga tidak lari daripada sifat pelupa. Oleh itu, kita hendaklah selalu menghadiri majlis-majlis ilmu supaya kita akan selalu diingatkan tentang peraturan dan hukum-hakam dalam mengharungi ranjau kehidupan di dunia yang sangat mencabar terutamanya sebagai seorang wanita. 

  
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al-Quran :
 
-->

Maksudnya: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Melalui firman Allah ini, Allah menciptakan jin dan manusia adalah untuk mereka beribadat kepada-Nya, tetapi firman ini tidak bermaksud kita tidak boleh melakukan perkara lain dalam kehidupan kita. Hal ini kerana dalam kehidupan kita hendaklah menjaga kebersihan, dan ini adalah salah satu yang amat dititik beratkan dalam Islam iaitu sepertimana kita dapat perhatikan sebelum menunaikan solat kita diwajibkan bersuci iaitu dengan berwudhuk yang mana kita telah membersihkan diri dari hadas kecil sebanyak lima kali sehari. Ini menunjukkan Islam sangat menitik beratkan kebersihan dan kebersihan itu adalah separuh daripada iman. Justeru itu, kebersihan adalah satu aspek penting dalam beribadat. Bahkan kehidupan seharian kita semuanya adalah ibadat sekiranya kita lakukannya ikhlas kerana Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Berdasarkan ayat diatas,  Allah menjadikan menusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini, dikurniakan akal fikiran yang merupakan anugerah yang tidak ternilai keistimewaannya dan di samping itu juga disertakan dalam diri manusia itu nafsu yang juga merupakan suatu nikmat yang besar jika ia dapat dikawal serta dijaga dengan baik. Nafsu yang paling besar ialah nafsu marah, oleh itu gunalah ia sebaik mungkin untuk menaikkan semangat juang kita dalam Islam dan jadikanlah nafsu kemarahan kita itu sebagai pembakar semangat untuk berjuang demi agama serta kita tidak boleh marah sesuka hati kerana diri kita. 


Wanita juga dikatakan perhiasan kerana ia memiliki bentuk fizikal yang cantik. Justeru itu, fizikal yang baik ini hendaklah dipelihara dengan baik dan kecantikan yang dimiliki ini hendaklah dirahsiakan supaya ia tetap terpelihara dan lebih berharga. Wanita hendaklah menyelimutkan kecantikannya dengan selimut keimanan kerana Allah iaitu dengan menjaga aurat dengan mematuhi etika pemakaian yang telah digariskan dalam Islam. Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan tentang tiga nikmat yang paling besar iaitu mempunyai isteri solehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang selesa. Manakala berkaitan dengan wanita mempunyai jiwa yang halus pula penceramah telah menjelaskan wanita hendaklah sensitif dengan alam, merendah diri pada Allah dan mendidik diri dan anak-anak dengan baik. Wanita hendaklah pandai dan bijak dalam mengawal emosi iaitu dengan mendahulukan agama dalam urusan kehidupannya dan mentaati suami. Kehalusan jiwa yang dimiliki wanita salah satunya dapat dilihat ialah mereka mudah untuk menangis dan ini adalah satu bukti yang menunjukkan wanita mempunyai hati yang lembut.



Selain itu, penceramah turut mengupas mengenai sistem kompleks yang dimiliki oleh wanita. Sistem kompleks yang dimaksudkan ialah setiap wanita secara fitrahnya dikurniakan tempoh haid dalam kehidupannya. Sistem kompleks ini memerlukan sifat lebih teliti dalam diri wanita, adakalanya menguji kesabaran dan dengannya juga terbina pelbagai hukum hakam dalam kehidupan sebagai seorang wanita. Wanita hendaklah mencari ilmu untuk memahami sistem yang kompleks yang dimiliki serta mensyukuri  apa yang dianugerahkan oleh Allah dengan memelihara dan menjaga kesihatan dirinya.   itu sebagi seorang wanita, kita hendaklah sentiasa bermujahadah untuk melawan nafsu. Berkaitan dengan wanita Rasulullah s.a.w telah bersabda iaitu:
إذا صلت المرأة خمسا وصامت شهرها وحصنتت فرحها أعاعت زوجها قيل لها: ادخلى الجنة من أي أبواب الجنة سلت
Maksudnya: Wanita yang solat lima waktu, berpuasa dalam bulan ramadhan, memelihara maruah dirinya dan mentaati suaminya, dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke Syurga dari mana-mana pintu yang engkau inginkan.


Ayuh, siswi-siswi yang dikasihi..
Kita teruskan langkah menuju keredhaan Allah. Kita bina kekuatan dalam pelbagai aspek. Hayati dan amalkan ilmu untuk menjadi muslimah solehah. InsyaAllah~





ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI