Saturday, September 29, 2012

Larangan Mengumpat


Seperti firman Allah: “Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya.” (al-Hujurat: 12)

Kita dilarang ghibah (mengumpat).
Rasulullah s.a.w. berkehendak akan mempertajam pengertian ayat tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang dimulai dengan cara tanya-jawab, sebagaimana tersebut di bawah ini:

Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka


menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, iaitu: Kamu membincangkan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bincangkan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa'i)

Manusia tidak suka kalau bentuknya, perangainya, nasabnya dan ciri-cirinya itu dibincangkan. Seperti tersebut dalam hadis berikut ini: " Dari Aisyah ia berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek, maka jawab Nabi: Sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut niscaya akan bercampur." (Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Ghibah adalah keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran. Sebab pengumpatan ini berarti melawan orang yang tidak berdaya.

Ghibah disebut juga suatu ajakan merusak, sebab sedikit sekali orang yang lidahnya dapat selamat dari cela dan cerca.

Oleh kerana itu tidak menghairankan, apabila al-Quran melukiskannya dalam bentuk tersendiri yang cukup dapat menggetarkan hati dan menumbuhkan perasaan. Firman Allah:

“ Dan jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya; apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaranya padahal mereka tidak menyukainya!!” (al-Hujurat: 12)

Setiap manusia pasti tidak suka makan daging manusia. Maka bagaimana lagi kalau daging saudaranya? Dan bagaimana lagi kalau daging itu telah menjadi bangkai? Nabi memperoleh pelukisan al-Quran ini ke dalam fikiran dan mendasar di dalam hati setiap ada kesempatan untuk itu.

Ibnu Mas'ud pernah berkata: " Kami pernah berada di tempat Nabi s.a.w., tiba-tiba ada seorang laki-laki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang laki-laki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada laki-laki ini: Berselilitlah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus berselilit sedangkan saya tidak makan daging ? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu." (Riwayat Thabarani dan rawi-rawinya rawi-rawi Bukhari)

Dan diriwayatkan pula oleh Jabir, ia berkata: " Kami pernah di tempat Nabi s.a.w. kemudian menghembuslah angin berbau busuk. Lalu bertanyalah Nabi: Tahukah kamu angin apa ini? Ini adalah angin (bau) nya orang-orang yang mengumpat orang-orang mu'min." (Riwayat Ahmad dan rawi-rawinya kepercayaan)

Jadi,jelaslah di sini perbuatan mengumpat ini adalah larangan yang besar dari Allah S.W.T sehingga ditanyakan kepada kita mahukan kalau kita memakan daging saudara kita sendiri..??
Tentu kita sangat-sangat merasa jijik dan tidak sanggup memakannya.Justeru,begitulah kita andaikan bahawa sanggupkah kita menceritakan keaiban saudara kita sendiri??

Semoga kita koreksi sama-sama apa yang telah kita lakukan selama ini.Kadang-kadang kita akui perkara ni terjadi tanpa kita sedar.Mengumpat rakan baik kita sendiri dibelakangnya serta menyatakan keburukannya kepada orang lain.Apatah lagi kepada mereka yang menjadikan budaya mengumpat ini sebagai sesuatu yang rutin.Bahkan jika tidak mempunyai gosip-gosip terkini untuk dijaja kepada " group mengumpat " mereka,hari yang dilalui tidak seronok.Agak pelik saya dengan budaya sebegini.Apa kepuasan yang mereka dapat tidak diketahui.Walhal,dosa hasil umpatan tidak semakin berkurang malah pahala orang yang diumpat semakin bertambah.

Saya tinggalkan anda dengan kalam dari Saidina Ali bin Abi Talib k.w yang bermaksud :
" Seseorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila dia mula merasa tamak,dia rela dengan kehinaan apabila dia menceritakan tentang kemiskinan dan kesusahannya.Dia menghinakan dirinya bila dia tidak dapat mengawal lidahnya.."

Kalam dari Saidina Umar bin Al Khattab r.a yang bermaksud :
" Jangan kagum mendengar suara seseorang,tetapi kagumilah orang yang bila diberi amanat dia laksanakan,yang tidak pernah mengganggu orang dengan mulut ataupun tangannya.."

Thursday, September 20, 2012

MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM


MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia,menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pandangan yang menjadi kelazatan bagi mata. Bau yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya. Adakah perkara-perkara yang baik ini haram di sisi ISLAM??!

     Nyanyian adalah harus tetapi dalam acuan Islam ia termasuk dalam acuan tabi’i(asasi) disisi fitrah manusia. Malangnya muzik pada masa kini kebanyakannya diterajui oleh barat yang mana mereka mempunyai muslihat yang tersendiri terutamanya kepada remaja. Ini kerana unsur-unsur yang diketengahkan oleh barat adalah bertujuan untuk melalaikan manusia serta menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada meninggalkan kehidupan beragama. Hiburan yang melampau seperti heavy,mental,rock,rap,super dance dan banyak lagi adalah haram apabila bertentangan dengan islam dan fitrah manusia.

    Nyayian menurut fuqaha’ mazhab syafie’ adalah makruh sekiranya tanpa alat kerana berpandukan hadis Ibnu Mas’ud r.a tetapi tidak menjadi haram kerana berpandukan hadis Aishah r.a yang menunujukkan Rasulullah s.a.w tidak menegah nyayian dua orang hamba wanita Ansar dirumah baginda. Tetapi isi nyayian yang ingin dipersembahkan mestilah bertepatan dengan kehendak-kehendak islam. Oleh yang demikian segala bentuk lirik nyayian yang menyalahi syariat Allah Taala adalah haram.

    Seluruh ulama’ telah bersependapat mengharamkan segala bentuk nyayian yang mengandungi unsur-unsur maksiat dan kederhakaan kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya nyayian menimbulkan sifat nifaq didalam hati sebagaimana  air menumbuhkan daripada sayur-sayurannya.”
    Penyampaian nyayian hendaklah bertepatan dengan Islam. Jelasnya Islam mengharamkan segala bentuk nyayian apabila sipenyanyi mendedahkan aurat,melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun sipenyayi mempersembahkan nyayian dengan suara yang lucah yang boleh menyebabkan fitnah serta rangsangan nafsu yang kotor dikalanagan penonton sekalipun lagu yang dinyayikan adalah lagu-lagu yang baik. Diriwayatkan oleh thabrani  yang membawa maksud: “Barangsiapa yang duduk bersama-sama penyayi wanita dan mendengar nyayian  mereka,Allah akan menuangkan timah cair kedalam kedua-dua telinga mereka pada  hari kiamat.”

     Kesimpulanya muzik merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia selaku khalifah diatas muka bumi ini. Sewajarnya kita selaku mahasiswa Islam mampu untuk meletakkan syariat Allah yang Maha Agung dan ilmu yang jelas berada dihadapan tanpa menjadikan muzik sebagai kayu ukur untuk hiburan. Islam tidak datang untuk memerangi fitrah tetapi islam datang untuk memimpin dan menuntun fitrah agar tidak lari dari landasan dan manhaj islam.

Sunday, September 9, 2012

Kehadiran Kuliah : Wajib atau Pilihan?

Abu : " Mat, awat aku tak nampak hang kat kuliah tadi?
Mat : "aku tidoq la.. lagipun kuliah bukan wajib"
********************
Gejala ponteng kuliah adalah antara gejala penyelewengan amanah yang amat berleluasa dimana-mana sahaja institusi pengajian kini, walaupun sebahagian besar dari institusi pengajian tinggi berkenaan mewajibkan kehadiran kuliah, bahkan menjadikan ia sebagai antara peratus keputusan peperiksaan, namun kehadiran penuntut ilmu masih lagi ditahap tidak memuaskan, bahkan kadangkala sampai ketahap "mengecewakan", Mengapa dan Kenapa situasi ini semakin meruncing?
Ironisnya begini, Seorang pekerja yang dibayar gaji oleh majikannya, pastinya
bertanggungjawab menjalankan kerja yang telah diamanahkan padanya, bahkan, apabila beliau tidak menjalankan tanggungjawab tersebut, beliau akan dikenakan tindakan tegas dari majikannya.
Bagaimana pula penuntut ilmu?
Kita dibiayai oleh ibubapa, kerajaan, jabatan agama, orang kampung , jabatan-jabatan tertentu dan sebagainya, justeru, sudah menjadi tanggungjawab kita menjalankan tugas menuntut ilmu kerana tugas utama kita adalah menuntut, oleh itu, kita perlu menuntut dengan sehabis baik!, andai kita meninggalkan perbuatan tersebut, SEPATUTNYA kita akan dikenakan tindakan tegas dari para pembiaya kita..
Namun… antara ketakutan  kepada tindakan tegas pembiaya, adakah kita sedar… kita patut lebih takut akan tindakan tegas dari Allah SWT? Amanah keilmuan yang kita pegang adalah sebuah prinsip yang  tidak boleh sesekali dimungkiri.

Adakah kita berhak memilih?
Kita bukanlah manusia yang diberi pilihan untuk belajar atau tidak, tetapi kita telah mendapat kewajipan menjalankan amanah keilmuan, apa buktinya?
…"mat… pergi kolej nanti, belajar elok-elok yer.."
Seorang ayah pernah menasihati anaknya dengan kata-kata yang cukup menyemarakkan semangat anaknya untuk menuntut ilmu;
"Din…Ayah ni tak ada apa-apa nak wasiat kat hangpa, apa yang ayah ada, Cuma dapat bagi hangpa belajaq saja..hok tu ja yang ayah mampu.."
Sudah tentu seorang pelajar perlu menghadiri kuliah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Dan amanah keilmuan itu menggesa para penuntut ilmu untuk menghadiri setiap majlis ilmu yang dijadualkan.

Motivasi dari Rasulullah SAW
Daripada Ibnu Abbas RHM berkata : " Rasulullah SAW telah ditanya ; Wahai Rasulullah, majlis yang bagaimanakah yang terbaik bagi kami? Rasulullah bersabda ; majlis yang dihadiri oleh orang yang kamu akan mengingati Allah apabila melihatnya, bertambah ilmu kamu setelah mendengar kata-katanya dan apabila kamu melihat amal perbuatannya, kamu akan mengingati akhirat"
[ Hadis 160 – Kitab Tarhib wa Targhib]

 Hadis ini menunjukkan betapa menghadiri majlis ilmu itu sebuah amalan yang terbaik! Bahkan, didalam hadis yang lain menyebutkan bahawa perjalanan menuntut ilmu itu, adalah perjalanan ke kebun-kebun syurga.. subhanallah…, hebat bukan kelebihan menghadiri majlis ilmu?

Al-Awlawiyat
Kadangkala, ramai juga diantara penuntut ilmu tegar tidak dapat memahami dengan baik permasalahan yang berlaku disebalik kehadiran ke kuliah,
Soalan : adakah kehadiran kuliah itu wajib walaupun tidak diwajibkan diatas kertas hitam dan putih?
Jawapan : Ya! Sudah semestinya!
Soalan : adakah kuliah mesti dihadiri tanpa ada kecuali sekali pun?
Jawapan : Tidak, kerana jika berlaku sebarang masalah lain yang lebih perlu diutamakan, maka didahulukan perkara lain. Seperti sakit, program dan mesyuarat penting, urusan imegresen, kemalangan dan sebagainya.
Tuntasnya , sebagai penuntut ilmu, kita seharusnya sedar tanggungjawab dan amanah yang digalas dibahu tegap kita ini, semoga dengan kita menjalankan amanah ke kuliah dan menuntut ilmu, kita akan sentiasa diberkati Allah SWT dan Islam dapat dibangkitkan semula dengan usaha dan jejak langkah pertama dari kita .
Ibnu Taimiah pernah berkata ; " Tuntutlah apa sahaja jenis ilmu, kerana engkau tidak tahu bilakah ilmu itu akan digunakan.."