Friday, December 6, 2013

PMFPI UCAP TAHNIAH : UPM, UKM tersenarai dalam 100 universiti terbaik negara membangun


December 05, 2013
Dua universiti Malaysia berjaya memasuki senarai 100 universiti terbaik di negara membangun, seperti dilaporkan dalam The Times Higher Education (THE) hari ini.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menduduki tempat ke-77 manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat ke-95 dalam senarai itu.
Editor THE, Phil Baty, berkata berdasarkan penyenaraian itu, kedua-dua university di Malaysia iaitu UKM dan UPM berjaya bersaing di atas “padang yang sama rata”.
"Tetapi, perjalanan masih jauh untuk kedua-dua universiti terbaik di Malaysia ini untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia," katanya.
Senarai itu diambil daripada university di 22 negara membangun dengan menggunakan petunjuk prestasi sama seperti yang digunakan THE untuk ranking universiti di dunia.
Ia adalah senarai pertama seumpamanya untuk membandingkan prestasi universiti antara negara membangun termasuk lima negara baru muncul daripada segi ekonomi iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS).
Malaysia masih gagal mendapatkan tempat dalam kedudukan THE Universiti Sedunia tahun ini, walaupun Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan terbesar dalam bajet kerajaan persekutuan untuk disenaraikan.
Kementerian menerima RM38.7 bilion tahun ini dan ia akan menerima RM54 bilion pada 2014.
Walaupun jadual itu menunjukkan dua universiti Malaysia disenaraikan, namun ia masih ketinggalan di belakang Thailand.
Thailand mempunyai lima universiti dalam 100 institusi terbaik dengan Universiti King Mongkut of Technology, Thonburi berada di kedudukan tertinggi iaitu di tempat ke-29.
Bagaimanapun, Malaysian boleh berbangga kerana mengalahkan institusi teratas Indonesia iaitu Universitas Indonesia dan Universiti Filipina, di Filipina apabila kedua-duanya tidak tersenarai.
China menjadi yang terbaik dengan dua universitinya iaitu Universiti Peking dan Universiti Tsinghua menduduki tempat pertama dan kedua.
Negara komunis itu juga menduduki tempat teratas dengan 23 universitinya disenaraikan, dan THE memanggil negara ini sebagai "kuasa besar pendidikan tinggi" .
"Daripada 'BRICS', dominasi China seharusnya menjadi bukti apa yang boleh dicapai jika negara meletakkan pembangunan cemerlang dalam penyelidikan dan pendidikan tinggi di tengah strategi ekonominya," kata Baty.
Taiwan, sebuah pulau kecil, mempunyai 21 institusi dalam senarai 100 terbaik manakala India mempunyai 10 universiti dalam senarai itu.
Malah, Turki lebih baik daripada Malaysia dengan tujuh universitinya termasuk dalam 100 terbaik, termasuk tiga adalah dalam senarai 10 teratas .
Bog Azici Universiti adalah di tempat ke-5, diikuti dengan Universiti Teknikal Istanbul (ke-7) dan Universiti Teknikal  Timur Tengah (ke-9) .
Secara keseluruhannya, 10 institusi teratas adalah dari lima negara iaitu China, Afrika Selatan, Taiwan, Turki dan Rusia.
Kajian universiti yang diterbitkan pada September oleh Quacquarelli Symonds (QS ) itu menyaksikan Universiti Malaya sebagai satu-satunya universiti di Malaysia yang termasuk di kalangan 200 teratas dalam ranking itu. Namun, ia jatuh daripada 156 pada 2012 kepada 167 pada tahun ini.
THE BRICS & Negara Membangun adalah tambahan terkini kepada ranking Times.
Penilaian ranking The Times berdasarkan kepada kekuatan sebuah universiti dengan menggunakan 13 petunjuk bagi mengukur pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan wawasan antarabangsa yang diuruskan oleh Thomson Reuters dengan mengumpul data secara bebas, menganalisis dan mengesahkan data. - 5 Disember, 2013

Sumber :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/upm-ukm-tersenarai-dalam-100-universiti-terbaik-negara-membangun


Alhamdulillah, PMFPI mengucapkan Tahniah kepada Universiti Kebangsaan Malaysiakerana tersenarai dalam 100 universiti terbaik Negara Membangun.
Syukuri nikmat menuntut ilmu, kerana ia jalan menuju akhirat yang abadi.
Ketahuilah tujuan sebenara kita berada di sini untuk menuntut ilmu, oleh itu, penuhi peluang ini dengan sebaik mungkin. Isilah masa dengan sistematik. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang mensyukuri nikmat-Nya.



-Exco Lajnah Informasi dan Penerbitan PMFPI sesi 2013/2014

.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.

Monday, December 2, 2013

Pelancaran Program ~Karnival Mahabbah UKM 2014~


Bisimillah. Assalamualaikum kepada Mahasiswa UKM dan seluruh pengunjung Blog PMFPI, 28 November 2013 menjadi Saksi Bermulanya Gerak Kerja Secara Rasmi Karnival mahhabbah UKM  yang  akan berlangsung pada tahun 2014.Karnival inimerupakansatu program besar-besaran yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa fakulti pengajian Islam UKM  dengan kerjasama badan-badan persatuan, antaranya ialah badan persatuan induk iaitu persatuan mahasiswa UKM (PMUKM), ikatan studi Islam UKM, kelab perkim UKM, Pusat Islam UKM dan kelab-kelab jabatan fakulti pengajian islam. Program ini diketuai oleh saudara Amrun Bin Ruzali selaku pengerusi badan ekseketif mahasiswa, fakulti pengajian Islam ,UKM.

Antara objektif program ini adalah untuk mengizzahkan fakulti pengajian Islam yang merupakan salah satunya fakulti yang mempunyai pelbagai bidang dalam agama Islam  di UKM ini. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh PMFPI dengan kerjasama kelab-kelab jabatan untuk menggantikan program-program yang kurang memberikan manfaat kepada mahisiwa/I  UKM  dan satu sistem penyelarasan program dibentuk bagi menggabungkan minggu kelab masing-masing menjadi satu minggu. Minggu ini secara tidak langsung menjimatkan masa, malah mengurangkan kuantiti program yang ada di fakulti pengajian Islam, selain mahasiswa/I FPI khususnya dapat menyertai setiap program yang  berlangsung dalam satu minggu dengan lancar.

          Disamping itu juga, antara matlamat utama carnival ini ialah memartabatkan keilmuan Islam yang mana satu usaha dilakukan untuk mempromosikan bidang-bidang keilmuan Islam yang ada di fakulti pengajian islam. Antaranya ialah pameran-pameran mengenai bidang-bidang yang terdapat di FPI, cosmofiqh falak, klinik tahsin al-Quran,  klinikguaman, Forum Fiqh halal dan haram, pertandingan apresiasi bakat dan sebagainya. Program ini jugaakan dihebahkan kepada masyarakat luar khususnya bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan dan manfaat kelimuan Islam yang ada, malah memberi kesedaran bahawa epistemologi ataupun disilpin, sumber keilmuan Islam perlu diketahui dan dikaji daripada pelbagai bidang terutamanya terutamanya bidang sains seperti ilmu falak di jabatan syariah dan kerjasama yang dilakukan daripada agensi-agensi luar. Malah program ini juga merupakan satu mekanisma dalam menyebarkan lagi dakwah  Islam  terutamanya bagi golognan bukan Islam.

          Semoga karnival ini memberi seribu satu kebaikan dan manfaat  kepada mahasisaw/I UKM,  khususnya di masyarakat setempat yang turut hadir nanti.

         Program ini turut menawarkan Learning Contract kepada pelajar yang menjadi Ahli Jawatan Kuasa AJK. Cepat mendaftar sebagai AJK sebelum terlambat!

Muhammad Amrun bin Ruzali.
Pengarah Program Karnival Mahabbah UKM 2014

Saturday, November 30, 2013

Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Fakulti Pengajian Islam, UKM.


Sejarah Ringkas Penubuhan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Pada tahun 2011 iaitu sesi 2011/2012, tertubuhnya satu organisasi di peringkat kepimpinan antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dan kelab-kelab di setiap jabatan Fakulti Pengajian Islam. Nama Majlis Eksekutif (ME) telah ditubuhkan atas matlamat untuk merapatkan hubungan antara badan induk PMFPI dengan kelab-kelab di setiap jabatan. Disampingitu, satu usaha telah dilaksanakan iaitu penyelarasan program-program antara PMFPI dan kelab-kelab jabatan bagi menggelakkan pertembungan dan melancarkan lagi program yang dijalankan.

            Seterusnya pada sesi 2012/2013, satu perubahan berlaku daripada Majlis Eksekutif (ME) kepada Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) yang mana ia bersesuaian dengan bilangan ahli dengan gerak kerja yang dilakukan. Makanya lembaga mahasiswa ini diteruskan sehingga kini yang mana satu gerak kerja yang dinamik dengan kerjasama daripada pensyarah di fakulti dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua khususnya mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.


Visi:-
Menjadikan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) sebagai sebuah lembaga mahasiswa yang dinamis dan kiritis dalam bidang pengurusan sesebuah aktiviti persatuan secara professional.


Misi:-
Membentuk satu mekanisme terbaik dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti yang berkualiti samada di peringkat persatuan mahupun kelab-kelab jabatan di FakultiPengajian Islam.


Matlamat dan Objektif Badan Eksekutif Mahasiswa:-
  1. Menyelaraskan program-program antara kelab-kelab jabatan dan PMFPI.
  2. Merapatkan hubungan dan semangat kerjasama dibawah satu bumbung badan persatuan Fakulti Pengajian Islam.
  3. Melahirkan mahasiswa yang proaktif dan kreatif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
  4. Membentuk suatu program yang berkualiti tinggi dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing daripada pelbagai aspek samada akademik,  kokurikulum mahupun sahsiah.

Muhammad Amrun Bin Ruzali, 

Pengerusi Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

ZINNIRAH: SRIKANDI FIRDAUSI


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allahmenjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.

Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.



Exco Siswi Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014
Biro Hal Ehwal Siswi (BHES)

LAPORAN RINGKAS PROGRAM INTERGRASI PMFPI – PMKIAS KELANTAN

Assalamualaikum wrh wbt. Alhamdulillah. 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) adalah satu persatuan induk yang menaungi lima kelab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang sentiasa berperanan dan mengambil berat dalam menjaga kebajikan dan kepentingan para mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam dalam menjana kekuatan fizikal, mental danjua spiritual. Selain memastikan mahasiswa mencapai kecemerlangan akademik, PMFPI berperanan melahirkan mahasiswa yang bersahsiah mulia, berketerampilan dalam segala bidang dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengharungi tanggungjawab sebagai mahasiswa.Justeru kecemerlangan yang seimbang di antara akademik dan kokurikulum dapat menjamin keunggulan mahasiswa kelak.

Perkongsian dua hala amat penting antara persatuan mahasiswa dalam pembentukan mahasiswa yang dinamik dan progresif dalam gerak kerja. Keupayaan untuk berkomunikasi dan mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam situasi yang sebenar pasti memantapkan lagi ilmu yang dimiliki agar menjadi mahasiswa yang berketrampilan. Sejajar dengan kehendak ini , 16 November 2013- Exco Hubugan Luar dan Pengantarabangsaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam telah mengadakan satu intraksi bersama Persatuan Mahsiswa Kolej Islam Antarabangasa Sultan Ismail ataupun lebih dikenali dengan PMKIAS. Lajnah Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan dibawah kelolaan Saudara Muhammad Hafiz Aizat  Bin Hut dan Siti Syarah Tawil serta ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam telah menganjurkan Integrasi Mahasiswa PMFPI UKM- KIAS pada 16 hingga 17 November 2013 yang lalu dengan bertemakan“ Mahasiswa Unggul Ikon Masa Depan” dalam usaha merealisasikan hasrat mewujudkan tokoh-tokoh professional yang berkeupayaan memberi nilai tambah kepada agama, bangsa dan negara.

Saudara Hafiz Aizat Bin Hut Selaku Ketua Pengarah berkata tujuan intraksi ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pihak PMKIAS dalam menggerakkan agenda Biah Solehah. Saya memilih untuk mengadakanintraksi bersama dengan pihak PMKIAS kerana pada pandangan saya PMKIAS adalah antara institusi Pengajian Tinggi yang berjaya mengerakkan agenda Biah Solehah. Maka sesuai dengan usul Memperkasakan Biah Solehah yang perlu diperjuangkan oleh PMFPI sesi 2013/2014 yang dipimpimpin oleh saudara Muhammad ‘Ammar Bin Azlan.

Hafiz juga mengatakan bahawa kita sangat memerlukan perkongsian idea dengan pihak PMKIAS dalam mengerakakan agenda Biah Solehah. Agenda ini bukan sahaja mahu diterapkan di Fakulti Pengajian Islam bahakan Juga di UKM. Alhamdulillah hasil daripada perkongsian yang dilakukan, kami daripada pihak PMFPI mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMKIAS yang diketuai saudara Amirul Amin kerana telah banyak berkongsi idea kepada kami untuk mempertingkatkan lagi usaha diperingkat kami dalam memperkasakan agenda Biah Solehah.


Antara matlamat program ini dijalankan adalah untuk menjana program kemahasiswaan dengan mengambil bahagian dalam membantu kerajaan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdinamis dan berkemampuan untuk memenuhi tuntutan yang lebih besar di dunia yang serba mencabari ni. Disampingitu,  dapat mewujudkan hubungan profesionalisme dan kerjasama di antara PMFPI UKM dan juga KIAS.

Walaubagaimanapun, antara objektif utama program ini dilaksanankan ialah bagi menjalin hubungan antara PMFPI UKM dan KIAS dalam urusan kebajikan, penyelidikan, intelektual dan professional dan sebagai medan kepada mahasiswa untuk menimba dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan gerak kerja yang lebih efisyen.

Sekian Terima Kasih.






Lajnah Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



SISWI ASET PENTING UMMAH.


Assalamualaikum.

"Tangan yang menghayun buaian lah menjadi tangan yang menggongcang dunia" Begitulah ibarat peranan wanita hari ini..

Pada 27 Nov yang lalu satu Program Suara Intelek Siswi (SIS) yang dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam UKM. Program ini merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan oleh ISIUKM selaku sebuah badan islamik di UKM ini. Program ini telah dirasmikan oleh Saudari Masyitah Aqilah Binti Zainudin selaku Pengerusi Helwi ISIUKM.














Program sebegini meupakan satu program yang sangat bermanfaat untuk siswi. Ia bukan sahaja menjadi halwa telinga bahkan ia secara automatic dapat memberi kesedaran kepada siwi dalam menghadapi suasana hidup global yang penuh dengan cabaran pada hari ini. Ramai wanita lepasan Universiti hari ini menjadi graduet yang cemerlang tetapi gagal dalam menyesuaikan diri apabila berada bersama masyarakat.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam melalui Exco Siswi sangat menyokong terhadap usaha yang dilakukan oleh ISIUKM. Saudari Khaulah Binti Sahibul Fadil mengatakan bahawa program sebegini merupakan salah satu langkah baik yang dilakukan oleh ISIUKM dalam memberi kesedaran dan mengangkat kedudukan wanita. Beliau yang juga merupakan Exco yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan Siswi di Fakulti Pengajian Islam mengatakan bahawa, pihak kami di PMFPI sudi bekerjasama dengan ISIUKM dalam menggerakkan isu-isu yang berkaitan dengan siswi.


Selari dengan peranan Exco Siswi PMFPI yang sentiasa mengadakan program Citra Siswi merupakan program berkala yang membina jati diri, potensi, mengislahkan siswi-siswi FPI dan UKM untuk mendepani cabaran akan datang.





 Khaulah Binti Sahibul Fadil, Exco Siswii PMFPI sesi 2013/2014

Shahira Binti Razak, Timbalalan Exco Siswi PMFPI sesi 2013/2014


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.





Friday, November 29, 2013

Pertemuan antara MPP FPI dengan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM


28 November 2013 : JPP : Satu pertemuan diantara saya selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau.

   Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini. Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka. 

   Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan. Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP. 

    Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami. 


Suara Anda, Suara Kami, 

Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami. 


Yang Berkhidmat, 

Muhammad ‘Ammar Bin Azlan 
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



Wednesday, November 27, 2013

Perbincangan mengenai isu-isu kebajikan pelajar FPI


26 November 2013 : FPI - Satu pertemuan saya bersama Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam Encik Saidi Ismail bagi membincangkan isu-isu kebajikan pelajar FPI.  Pada 31 Oktober yang lepas, saya dan MPP Umum daripada FPI telah membuat satu pertemuan bersama Dekan FPI dan beberapa orang pegawai daripada FPI. Pada perbincangan tersebut saya telah adukan beberapa perkara berkaitan isu kebajikan pelajar FPI yang menjadi manifesto saya. Hari ini satu pertemuan bersama KPP untuk mengetahui sejauh mana perkembangan berkaitan dengan perkara yang dibincangkan sebelum ini. 


 Alhamdulillah hasil perjumpaan sebentar tadi, saya mendapat beberapa respon yang positif daripada beliau. Berkenaan laluan parking motosikal, insyallah laluan motosikal akan dibuat sebagaimana yang dirancang sebelum ini, namun ada sedikit perubahan. Hal ini untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pelajar FPI. Cadangan laluan yang dibuat ini berdasarkan nasihat daripada consultant daripada JPP. Laluan ini dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.


 Selain itu, saya juga telah membuat sedikit perbincangan berkenaan masalah waktu operasi Maktabah FPI yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Untuk makluman pelajar FPI, sekarang ini pihak fakulti hanya mempunyai seorang sahaja pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan Maktabah dan bagi mengelakkan masalah itu masih berlaku pihak fakulti telah menghantar seorang lagi pegawai daripada fakulti untuk menghadiri kursus bagi pengurusan maktabah dan pegawai ini akan membantu pegawai yang sedia ada. Ini jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh pihak fakulti. Namun sejak kebelakangan ini saya selaku MPP masih lagi mendapat aduan tentang Maktabah terutama daripada pelajar Tahun 3.


  Isu WIFI sehingga kini masih belum selesai. Pihak Fakulti sudah membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat tetapi sehingga kini belum mendapat apa-apa respon daripada pihak sana. Memandangkan isu wifi ini adalah berada di bawah seliaan PTM dan JPP bukan Fakulti, saya diperingkat MPP insyAllah akan ke PTM dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri respon daripada pihak PTM berkenaan masalah WIFI di FPI.


 Pada perbincangan kali ini, saya juga memberi sedikit cadangan kepada Cik Saidi tentang aduan daripada pelajar FPI berkenaan cadangan tempat parking motosikal berbumbung. Insyallah saya selaku MPP akan panjangkan cadngan ini ke peringkat pentadbiran universiti memandangkan ia memerlukan satu kos yang agak tinggi.


Suara Anda, Suara Kami, 
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan (MPP Fakulti pengajian Islam)



Tuesday, November 26, 2013

Fadilat Solat Berjemaah ~

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Berfirman Allah Taala :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَسورة التوبة: الآية18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu:

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ, سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ, وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadis riwayat Muslim.
Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah ialah:

Pertama.
Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir pertama selama 40 hari dia terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik

 Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ طُعْمَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى، الصلاة)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.

Kedua.
Banyak  langkah menuju ke masjid untuk berjama`ah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاط». (صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan  menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”. 

Hadis ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu sembahyang, dan sekali gus menunjukkan kelebihan sembahyang berjemaah. Dalam nas yang lain Baginda menegah sahabat yang hendak berpindah ketempat yang berhampiran dengan masjid dengan meninggalkan tempat kediaman yang lama.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ لَهُمْ «إِنَّهُ بَلَغَنِى أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ. فَقَالَ «يَا بَنِى سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ». (صحيح البخارى، المساجد)

Bermaksud: Daripada Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di sekeliling masjid telah lapang, oleh itu Banu Salamah hendak berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan masjid, maka perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka sabdanya: Bahawasanya sampai kepadaku berita bahawa kamu hendak berpindah ke kawasan yang hampir masjid. Mereka menjawab, “Ya, wahai Rasulullah, kami hendak demikian”. Jawab Baginda:“Wahai Bani Salamah! Rumah kamu, (jangan pindah) kesan-kesan tapak kaki kamu (ke masjid) ditulis, rumah kamu (jangan pindah), kesan-kesan tapak kaki kamu ke masjid ditulis”.

Hadis ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah, di mana setiap langkah adalah mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Ketiga.
Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.
Sabda rasulullah s.a.w.

 مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang, tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.

-Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2013/2014-

Thursday, October 31, 2013

Kerjasama, keterikatan, Kebersamaan, kebertanggungjawapan dalam gerak kerja membawa MANTOP!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wrh wbt..

Semoga semua dalam keadaan sihat, baik dan ceria selalu. Semoga Iman dan Islam dalam sentiasa meningkat sekali gus ketaatan kepada Allah sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.

Dalam fatrah minggu ke 8 bagi pengajian Mahasiswa/i UKM, pasti semuanya sibuk dengan tugasan-tugasan yang perlu di selesaikan awal, pembentangan yang menanti banyak. Semoga sahabat dapat melakukan persediaan dengan baik dan rapi. Supaya apa yang berlaku selepas ini kita tawakkal dan redha dengan Allah.

Sahabat2, adik-adik, dalam kehidupan ini, sebelum melakukan sesuatu tidak kiralah tugasan subjek, gerak kerja persatuan. Lakukanlah dengan niat ikhlas kerana Allah, niat yang ikhlas sangat penting bagi memastikan kita lakukan kerja tersebut hanya kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Secara tidak langsung, kita akan melakukan kerja dengan hati yang senang dan bahagia kerana kita sedang berurusan untuk mencapai redha Allah semata.

Sahabat yang dirahmati Allah, sesudah itu, lakukan kerja tersebut dengan teliti, meletakkan target yang terbaik dan laksanakan dengan usaha yang sehabis baik. Di sini perlulah kita sumbangkan sedikit pengorbanan masa, tenaga malah harta benda untuk memastikan natijah kerja tersebut berakhir dengan husnul khatimah. Allah melihat usaha kita sahabat, Allah bukan melihat kepada natijahnya. Oleh itu, usahalah sehabis baik, walau cabaran, dugaan dan liku2 yang banyak perlu ditempuhi..

Dalam kita melakukan tugasan dan kerja, sudah pasti akan ditimpa ujian.. Orang beriman, pasti ditimpa ujian, jadi.. umat Islam perlulah cemerlang dan smart dalam menghadapi ujian tersebut. DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.

Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang tidak pernah menderhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah SWT perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hambaNya. Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, itu adalah salah.

Dalam hal ini, Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Oleh itu sahabat, sekiranya anda merasa anda telah diuji dengan pelbagai masalah, ujian bertimpa-timpa.. maka lihatlah kepada Firman Allah ini.. Allah menguji kita untuk melihat sejauhmana kesabaran, istiqamah kita. Maka sahabat, lihat pula pada ayat Allah yang seterusnya..

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35). .

Allah kan ada, apa nak gusar :) apa nak resah :) apa nak risau :) berdoalah sahabat, setiap kali memulakan, sedang melakukan, dan mengakhiri tugasan dan kerja, berdoa dan pinta hanya kepada Allah supaya dipermudahkan setiap langkah mu wahai sahabat ku. Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya. yakinlah sahabat. Mari lihat janji Allah dalam ayat cintanya. (al-Quran panduan kita)
A
Allah swt berfirman, “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kukabulkan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah- Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (al-Mukmin (40): 60)

Sahabat yang disayangi Allah sekalian, dalam kita melakukan tugasan dan kerja sepasukan, pentingnya berlapang dada, memberi kerjasama, taat dengan arahan ketua. Berlapang dada penting supaya kerja berjalan dengan lancar, semua ahli kumpulan melakukan tugasan seperti yang diarahkan. Ini bagi memastikan tidak timbul masalah hati dalam setiap ahli. Ingatlah sahabat, "Kamu mempermudahkan urusan saudara mu, Allah akan mempermudahkan urusan mu" Mungkin kita belum nampak bantuan Allah kepada kita, akan tetapi.. Dalam berpasukan, permudahkanlah urusan setiap sahabat kita. :)

Akhir sekali, dalam hidup ini.. kita tidak dapat lari dari dua perkara ini.. menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia (Hablun minallah, Hablun minannas) Oleh itu, untuk jadi bahagia dunia dan akhirat,  اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْك
Untuk mu Sahabat, hayatilah bait-bait nasyid ini, STAND TOGETHER ! We Will be STRONG !

http://www.youtube.com/watch?v=b7l1uh_MSck

Mohon dari Allah, Husnul Khatimah di Dunia dan Akhirat. InsyaAllah.. :)
Semoga dipermudahkan urusan.

Celoteh dari hamba Allah.. (: semoga bermanfaat. 


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014