Saturday, January 26, 2013

Hadiah Teristimewa dari Kekasih Allah



Ya Rasulullah kami merinduimu, kami mencintaimu..... Itulah ucapan keramat yang terlintas di ingatan saat tarikh 12 Rabiulawal ini menjelma.... Ingatan kepada kekasih Allah (Habiballah) iaitu MUHAMMAD SAW bersemi kembali dan makin bersemarak....Masjid2 dan pelbagai pihak dan masyarakat mengadakan pelbagai program, acara seperti ceramah dan pelbagai majlis tanda mereka memperingati baginda Rasulullah SAW... tidak lupa juga perarakan disertai selawat yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kini. Alhamdulillah  mendapat sambutan yang sangat meriah daripada segenap masyarakat....

Namun adakah ia hanya cukup setakat itu, apabila hari itu meninggalkan kita... ingatan kepada baginda kabur kembali seperti mana iman kita naik dan turun tiada hentinya... adakah ia setimpal dengan ingatan Rasulullah kepada kita umatnya, yang tiada henti hinggalah ke akhir hayat baginda... walau wahyu telah terhenti dan baginda telah pergi bertemu Ilahi namun ingatan ini tiada hentinya apabila baginda meninggalkan hadiah yang teramat istimewa buat kita umatnya... 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ 
أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu 
kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW "



Oleh yang demikian pengamalan sunnah dalam setiap nadi kehidupan kita merupakan salah satu cari menzahirkan  rasa kerinduan dan kecintaan kita kepada baginda selain kitab Allah iaitu Al-Quran al-Karim
...sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan

Ia merupakan hadiah yang teristimewa yang dapat menhadirkan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah 
SAW apabila ia difahami, dihayati, diingati dan diamalkan dengan cara yang terbaik

Justeru marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah dalam kehidupan secara istiqamah agar ia dapat    menjadi bukti kecintaan kita kepada Rasulullah dan Allah SWT di hadapan Allah SWT nanti

 -!!!Jom banyakkan selawat dan jadikan sunnah sebagai amalan harian kita  -