Thursday, April 4, 2013

PMFPI UKM KECAM FILEM "MENCARI CINTA"

"Saya mewakili seluruh pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia MEMBANTAH sekeras-kerasnya segala bentuk usaha ke arah menerbitkan filem MENCARI CINTA, arahan Shirin Khuzaimi. 

Kami menuntut pihak yang terlibat supaya dapat mengkaji semula kandungan filem ini bagi memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia. Filem yang mengandungi adegan lucah yang jelas bertentangan dengan hukum syarak ini dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak dan merosakkan pemikiran masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. 

Diharapkan kepada barisan pelakon yang terlibat dalam adegan dan aksi terkutuk ini dapat bertaubat dan sedar akan status mereka sebagai seorang Muslim. Fikirkanlah tentang masa depan agama dan dunia perfileman tanah air yang mana kedua-duanya semakin mendapat tempat di hati masyarakat. 

Walaupun agama tidak menolak hiburan dan dunia perfileman, namun Islam masih menitikberatkan soal penghayatan nilai-nilai agama dalam setiap hiburan dan filem yang akan dihidangkan kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam".

Rasyid B. Ismail
Yang Di Pertua,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI),
Universiti Kebangsaan Malaysia.


"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"

ROAD TO RIAU

Sebagai sebuah persatuan induk di Fpi, PMFPI buat julung kalinya akan menganjurkan Ekspedisi Dakwah Riau 2013. Program ini dirangka bagi memenuhi peranan sebagai mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesuai dengan ilmu yang dipelajari selama ini. 

Sedikit pengenalan tentang program mega PMFPI pada kali ini yang diberikan nama Ekspedisi Dakwah Riau. Ianya antara program terbesar yang dianjurkan oleh PMFPI 2012/13 untuk mahasiswa FPI khasnya. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keutamaan dakwah, berkongsi pengetahuan dan ilmu agama, menjalinkan hubungan bersama masyarakat.


Program ini akan berlangsung selama 5 hari yang di isi dengan pelbagai aktiviti, antaranya Ekspedisi Dakwah Gloria, Tahsin al-Quran dan Pembelajaran Ilmu Fardhu Ain, Keluarga Angkat, Ziarah Masyarakat, Kuliah Agama dan banyak lagi.


Semoga beroleh manfaat dan ilmu pada program yang akan diadakan ini.




"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"

Tuesday, April 2, 2013

Jadilah yang cantik di sisi Allah s.w.t

Kempen Pakaian Taqwa

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".
(Al A'raf: ayat 26).

Pakaian adalah sesuatu yang Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ini tunjukkan iman pada Allah?", "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?" 

InsyaAllah, jika pakaian kita mengikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, Pasti selamat dunia akhirat.

“Sesungguhnya jalan hidup di sisi Allah itu hanyalah Islam.” Surah Ali Imran ayat 19.


Andalah Penentu Corak Biah Solehah
"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"

.

Monday, April 1, 2013

"Ikhtilat di Alam Maya"

Citra Siswi Edisi Biah Solehah

Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin dan muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat yang bukan mahramnya.



Ikhtilat ialah percampuran/pergaulan manakala alam maya ialah laman sosial untuk kita berinteraksi tanpa face to face. Sebenarnya, alam maya lagi banyak fitnah kerana kita susah nak kawal dan berhadapan dengan ramai orang yang kita tak kenal dan alam maya juga adalah wasilah terbaik yang cukup besar sebagai medan untuk kita menyampaikan dakwah.


Persoalan mungkin, Bagaimana kita ingin menjadi wanita @ lelaki yang diredhai Allah di alam maya?


Apa sahaja yang kita tulis, rakaman itu adalah bukti apa yang kita lakukan. Pastinya kita akan dipertanggungjwabkan dengan apa yang telah kita lakukan. Kita adalah duta agama! Duta Islam! Takut-takut susun atur perkataan, persoalan-persoalan yang bermain di fikiran rakan-rakan kita akhirnya di jawab oleh syaitan jadi fitnah kepada diri kita dan agama. Ya, kadangkala kita alpa, leka! Tanpa kita sedar, kita tidak bersedia dengan ujian yang Allah berikan natijah daripada apa yang telah kita lakukan.

JAGA PENYEBARAN POSTER @ BERITA.
Sebelum kita menyebarkan sesuatu perkara, selidiklah dahulu. Jangan bila ditanya tentang perkara itu kita menjawab tidak tahu. Takut-takut perkara itu tidak benar dan natijahnya kita telah menyebarkan fitnah.

JAGA GAYA BAHASA PENULISAN
Kerana melalui penulisan orang dapat kenal diri kita bagaimana. Bila kita tulis sesutu, kita telah beniat dan itulah diri kita. Tulisan mencerminkan adalah kita ini muslimat yang hebat atau sebaliknya. Perlu kita tahu sebelum menulis, siapa yang kana baca? Berapa umur mereka? Bagaimana latarbelakang pendidikan mereka?



PENGGUNAAN GAMBAR-GAMBAR YANG SESUAI
Andalah Pencorak Biah Solehah
Di laman sosial terutamanya di fb. Profile picture kita juga melambangkan diri kita, apa yang ada di fb kita, seumuanya terzahir di situ.


HIPOKRIT DI ALAM MAYA @ DI LUAR.
Hanya kita yang boleh menilai sebab kita yang tahu apa yang ada di hati kita selain Allah. Kita baik di alam maya tetapi di luar bagimana?



JAGA KARISAMA DIRI.
Tanpa sedar, ramai yang sedang memerhatikan kita di alam maya. Tanpa sedar, mungkin juga kita ini menjadi qudwah buat mereka. Tanpa sedar, kita telah menyebarkan dakwah kepada mereka.

KAWAL APA YANG KITA NAK CERITA. 

Tidak semua perkara perlu kita ceritakan dan kongsikan dengan semua. Fikirkan juga apa orang lain kata takut-takut ianya menjadi fitnah kepada kita dan yang paling dikhuatiri menjadi fitnah pada agama.


Buat sahabat-sahabat semua, 
Kalian adalah duta agama Islam!
Kalian penyambung rantai perjuangan Rasulullah!
Kalian adalah penggerak Biah Solehah!
Kalian penegak daulah Islamiah!
Kalian muslimat hebat yang dicintai Allah!

InsyaAllah, biiznillah.
"Be An Excellent Muslimah"

Kupasan Citra Siswi BIAH SOLEHAH
Ustazah Sarah Azizul
Finali Rancangan Solehah TV Alhijrah

Islam Pemangkin Generasi Tarbawi