Tuesday, July 16, 2013

☾RAMADHAN BULAN TARBIAH& BULAN MEREBUT PAHALA☽


BULAN RAMADHAN BULAN TARBIAH& BULAN MEREBUT PAHALA

Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan nikmat-Nya, kita diizinkan oleh Allah S.W.T sekali lagi untuk menemui bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Dimana telah difardhukan puasa kepada kita di dalam  Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan keatas umat-umat terdahulu berpuasa, mudah-mudahan kamu bertakwa”
Seperti yang sudah kita sedia maklum bahawa Ramadhan ini terbahagi kepada tiga fasa seperti yang termaktub dalam sebuah hadith yang bermaksud :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

“Bulan Ramadhan awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan pengakhirannya kebebasan daripada api neraka”

Secara konklusinya kita boleh mengetahui maksud hadith tersebut secara terperinci sepert iberikut :

10 malampertama       : FASA RAHMAT

10 malamkedua           : FASA KEAMPUNAN
10 malamketika           : FASA PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA

Hikmah disebalik pembahagian fasa dalam bulan Ramadhan ini adalah satu panduan kepada kita semua untuk berlumba-lumba mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T melalui amalan-amalan kebaikan yang mendatangkan pahala yang berlipat kali ganda.Telah dikhabarkan kepada kita bahawa pahala bulan Ramadhan yang dihadiahkan kepada kita yang berpuasa oleh Allah S.W.T adalah seperti berikut :

Setiap amalan fardu yang kita lakukan pada bulan Ramadhan adalah digandakan pahalanya sebanyak 70 kali ganda, dan setiap amalan sunat yang kita amalkan dalam bulan ramadhan sama pahalanya dengan amalan fardu yang kita kerjakan pada bulan-bulan lain.

Jadi adalah menjadi satu kerugian kepada kita sekiranya kita tidak merebut peluang keemasan pada bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya, sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan tetapi Ramadhan ini tidak menjadi satu platform yang terbaik untuk mengejar kekayaan pahala serta tarbiah kepada diri, maka celakalah baginya seperti mana doa Malaikat Jibril yang telah diaminkan oleh Rasulullah ketika Baginda ingin membaca khutbah:

"Jibril telah datang kepada ku dengan mengatakan : Barangsiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan (puasa) , kemudian dia tidak mendapat pengampunan (pada bulan ramadhan tersebut) maka ia dimasukkan ke dalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah Amin" : kemudian aku mengaminkannya.

Dan barangsiapa yang mendapatkan orang tua (ketika keduanya masih hidup) , atau salah satu di  antara keduanya masih hidup, (sementara dia mampu berbuat baik kepada keduanya atau salah satu diantara keduanya, kemudian dia tidak mahu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya atau salah satu di antara keduanya, ( yang masih hidup tadi) ,  kemudian mati, maka Allah akan masukkan dia ke  dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari nya maka aku katakan : Amin.

Dan barangsiapa yang nama ku disebut kan (di hadapannya), kemudian dia tidak memberikan selawat kepada ku, maka Allah akan memasukkannya ke dalamapi neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin) , maka aku katakan : "Amin"  (H.R. Ibnu Hibban)



❀ PMFPI mengajak semua menghayati madrasah Ramadhan kali ini serta mengisi sebulan Ramadhan ini dengan seberapa banyak ibadat..

Solat diawal waktuSedekah sebanyak yang mungkinMembaca dan tadabbur al-QuranHindari Dosa kecil apatah lagi dosa besarMengejar lailatul qadar

Tulus Ikhlas,
Islah wa Muslih :)

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI)
.::: ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI :::.


Disediakan oleh :
Muhammad Hafiz Aizat Bin Hut
ExcoLajnahHubunganLuar&Pengantarabangsaan
PersatuanMahasiswaFakultiPengajian Islam Sesi 13/14

Friday, July 12, 2013

Tahniah dan Selamat Datang


Barisan PMFPI mengucapkan Tahniah buat semua sahabat-sahabat STPM/Setaraf yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seiring berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah SarjanaMuda.
Tahniah juga buat sahabat-sahabat yang dapat menempah tiket IPTA seterusnya ke UKM khususnya buat Adik Beradik Baru Fakulti Pengajian Islam.
kami amat berbesar hati menerima kedatangan anda semua.

Selamat Datang diucapkan kepada Adik Beradik Baru Fakulti Pengajian Islam..
teruskan perjuangan dalam meniti hari-hari yang mendatang dan jangan mudah berputus asa..
insyaALLAH sesuatu yang indah dan manis bakal menyusul.
Terus bergerak ke hadapan.Moga Redha Allah s.w.t bersama kita.

Justeru itu, Kami (Barisan PMFPI) telah menubuhkan Group buat Adik Beradik Baru FPI bagi memudahkan segala urusan kalian dalam melangkahkan kaki ke bumi Universiti Kebangsaan Malaysia.

LINK GROUP > https://www.facebook.com/groups/FPIUKM/
semoga jalinan ukhwah dapat dibina berlandaskan syariat Islam

 
GROUP "Adik Beradik Baru Fakulti Pengajian Islam Sesi 2013/2014

.::Islam pemangkin generasi Tarbawi::.


Selamat Datang dan Tahniah di ucapkan sekali lagi !

Ramadhan Kareem


~Ahlan Wa Sahlah Ya Ramadhan~
 


YDP PMFPI menyampaikan PERUTUSAN RAMADHAN 1434H :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
(Surah Al- Baqarah : 183)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga sebagai hamba Allah SWT kerana kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak pada tahun 1434 Hijrah ini.

Ketahuilah ini merupakan satu anugerah yang besar oleh Allah SWT untuk meningkatkan lagi ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Ramadhan merupakan satu medan yang sesuai kepada kita untuk
mentarbiyah dan melatih diri kearah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Justeru, matlamat utama pensyariatan ibadat puasa di bulan ini ialah untuk menjadikan manusia bertaqwa kepada Allah SWT.

Semoga kehadiran Ramadhan al-Mubarak pada kali ini disambut dengan penuh kefahaman dan keinginan untuk berubah ke arah positif, sekaligus menjadi pemangkin kepada perubahan sikap kita selepas ini dan seterusnya meningkatkan mutu keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
~Kedatangan mu dinanti, Pemergian mu ditangisi~

.::Islam pemangkin generasi Tarbawi::.

Sekian.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H

Salam hormat,
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan,
 Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
Sesi 2013/2014