Monday, August 26, 2013

Berpuasa Sunat 6 hari di bulan Syawal..Sunnah dan hikmah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.




Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Puasa Sunat Enam hari di bulan syawal.

Definisi dan Fadhilat Puasa Enama:

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya amalan sunat dan amalan yang afdhal dikerjakan secara berturut-turut dari awal bulan syawal iaitu bermula dari 2 syawal.
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshari, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, berarti dia telah berpuasa satu tahun." (HR. Imam Muslim dan Abu Dawud). Dan masih hadits yang sama dengan perawi lain. (HR. Ibn Majah).

Dalam hadis tersebut diterangkan, bahwa pahala orang yang berpuasa Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal sama pahala dengan puasa setahun. Kerana satu pahala kebaikan nilainya sama dengan sepuluh kali kebaikan (QS. Al-An' am:160). Jika satu kebaikan dihitung sepuluh pahala, bererti puasa Ramadhan selama satu bulan dihitung sepuluh bulan. Dan puasa enam hari di bulan Syawal dihitung dua bulan. Jadi jumlahnya adalah satu tahun.

Sebagian ulama memperbolehkan tidak harus berturut-turut enam hari, namun pahalanya sama dengan yang melaksanakannya secara langsung setelah Hari Raya. Puasa Syawal juga boleh dilakukan di pertengahan atau di akhir bulan Syawal.

Hikmah disyari'atkannya puasa enam hari di bulan Sywwal adalah sebagai pengganti puasa Ramadhan yang dikhuwatirkan ada yang tidak sah. serta untuk mengawal perut kita setelah sebulan penuh melaksanakan puasa, kemudian diberi kesempatan luas untuk makan dan minum. Lebih dari itu, puasa Syawal adalah ibadah sunnah yang sangat dianjurkan oleh ajaran agama kita.

Imam Malik menghukumi makruh puasa tersebut. Kerana ditakutkan adanya keyakinan dan anggapan bahwa puasa enam hari di bulan Syawwal masuk puasa Ramadhan.

Apabila tidak ada kekhuwatiran seperti alasan Imam Malik di atas, maka disunahkan puasa enam hari. Maka, ayuhlah kita berlumba-lumba untuk memperbanyak pahala! :) (Pasentran Virtual)

Qadha Ramadhan Sambil Puasa Syawal, sah atau tidak? --pencerahan :

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dalam kalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]


Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”. (Abu Anas Madani)

Wallahu'alam..
Syawal masih belum berakhir, masih sempat untuk kita berpuasa sunat. Ayuh kita merebut pahala sebanyak yang mungkin. 
Semoga kita semua diberi tawfiq dan hidayah untuk istiqamah melakukan amal soleh.

.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2013

Terima warga baru Fakulti Pengajian Islam, mahasiswa/i UKM 13/14 .

Assalamualaikum wrh. wbt.  ‿ ⁀ 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah atas nikmat dan hikmat yang dikurnia Allah SWT kepada hambaNYa.

PMFPI mengharapkan semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat dan diredhai Allah.

....dalam hidup setiap mukmin, tujuan hidupnya ialah untuk mendapat REDHA Ilah... ('',)


Lebih kurang seminggu sahaja lagi, kita akan menerima warga FPI yang baru atau lebih mesra dgn adik-adik baru. Ucapan kami ikhwah dan akhowat, ahlan wa sahlan dan tahniah kerana dipilih untuk menjadi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. 




Untuk antum (adik-adik),

Setelah menjejakkan kaki ke universiti, antum secara rasminya bergelar seorang mahasiswa. Maka, antum hendaklah mempunyai keperibadian sebagai mahasiswa. :)

Antum perlulah menjadi seorang yang berpendirian , dan  berprinsip supaya antum tidak mudah terpengaruh dengan pujukan, rayuan, pujian, ajakan orang. Pendirian dan prinsip ini wajiblah dipacak dengan Iman, selari dengan al-quran dan al-sunnah.

Antum juga perlulah menjaga adab dan tata susila sebagai pelajar Islam, antum lah ikon Islam. Jadi, haruslah bagi antum untuk menjadi contoh tauladan kepada teman-teman dan orang sekeliling dengan adab sopan yang telah digariskan oleh Islam. Hormati yang tua, kasihi yang muda. 

Sebagai pelajar Islam. Sudah pastilah antum fasih dengan hukum-hukum dan syariat Islam. Maka, amalinya supaya "biah solehah" akan wujud walau di mana antum berada. 


 Menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. (berpakaian sunnah) 

 >Perempuan: menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan(tapak tangan), longgar dan tebal. 

>Lelaki: Menutup aurat dan pakain yang longgar. 

 Sampaikan salam,senyum dan sapa apabila bertemu dengan sesiapa.

 Menjaga hubungan dan pergaulan serta menjaga pandangan. ingatlah adik-adik, kita ini pelajar Islam yang mana kita telah ditarbiyahkan oleh ibu bapa, guru-guru di sekolah tentang pergaulan menurut Islam. Jadilah orang yang tidak melampaui batas dalam berhubung dengan rakan ajnabi, berhubung dengan mereka apabila mempunyai urusan sahaja.{menjaga ikhltilat}



☂ Adik-adik juga perlu mempersiapkan dari segi mental dan fizikal, badan sihat serta otak yang cergas supaya antum dapat menerima pengajian, aktiviti di kampus dengan baik. Niat Ikhlas kerana Allah SWT untuk menuntut ilmu, semoga dengan kita menuntut ilmu ini, kita dapat meningkatkan rasa takut (perhambaan) kepada Allah. semoga dengan ilmu ini, kita dapat menggunakannya dan berkongsi kebaikan kepada keluarga dan masyarakat.

Mohon restu dari ibu dan ayah serta ahli keluarga, supaya antum datang berjihad menuntut ilmu direstui dan disenangi oleh mereka. Ucaplah terima kasih dan berilah penghargaan kepada ibu bapa antum yang banyak bekoran harta dan masa untuk antum (kita semua).


Khotaman, Akhir sekali, kami mengingatkan supaya adik-adik persiapkan barang-barang untuk dibawa ke universiti, pastikan ianya cukup. bawalah barang keperluan dan jangan berlebih-lebihan.

Kami berdoa  semoga antum dipermudahkan urusan untuk menuntut ilmu di bumi UKM ini. Seandainya adik-adik mempunyai persoalan, silalah bertanya kepada akhawat dan ikhwah. Kami gembira menerima kedatangan antum. :)


Buat sahabat-sahabat tahun 2 dan 3 FPI, tunjukkan contoh yang baik untuk semua, beri tunjuk ajar kepada adik-adik. jom, insyaAllah.


Sekian sahaja celoteh kami (wakil PMFPI).. 

Siiru 'ala barokatillah...



.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam 13/14




Monday, August 19, 2013

PRAY 4 EGYPT


Apa itu R4BIA? 

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬?


1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.


2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.




4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.


Monday, August 5, 2013

❧❃ Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1434 PMFPI UKM ❧❃




∵∴ 
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1434 PMFPI UKM ∵∴

Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Ramadhan akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi. Ramadhan merupakan satu bulan yang dikurniakan oleh Allah SWT supaya dijadikan satu bulan tarbiyah untuk mendidik hambanya menjadi insan yang bertakwa.

Perginya ramadhan pada tahun ini meninggalkan seribu kenangan kepada kita sebagai seorang hamba yang sedang bermujahadah untk mencari ketakwaan kepada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT telah menegaskan bahawasanya orang yang paling mulia disisiNYA ialah orang yang paling bertakwa. sebagaimana firmanNYA yang bermaksud

" Sesunggunhnya semulia mulia manusia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah"

Perginya ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada umat islam yang berjaya menghidupkan ramadhan yang mulia.


Dikesempatan ini saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam(PMFPI) UKM ingin mengucapakan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada seluruh Umat Islam Khususnya kepada warga Fakulti Pengajian Islam UKM, Kami disini memohon beribu kemaafan jikalau ada tersalah dan silap dalam melaksanakan tugas sebelum ini.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama menyambut syawal pada tahun ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan kerana didalam keadaan kita sedang bergembira menyambut syawal yang mulia terdapat saudara kita yang sedang diuji oleh Allah SWT sebagaimana yang sedang berlaku di bumi Mesir dan Syiria.

Salam hormat daripada kami, Selamat Meyambut Hari Raya AidilFitri 1434

“Islam Pemangkin Generasi Tarbawi”

Iklas Daripada,

Muhammad ‘Ammar Bin Azlan
Yang Dipertua,
Serta Saff Kepimpinan Persatuan Mahsisiwa Fakulti Pengajian Islam UKM sesi 2013/2014.