Thursday, February 13, 2014

:: Tarikan Februari : Valentine ::



Tarikh 14 Februari merupakan satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih yang kononnya ingin meluahkan rasa rindu terhadap kekasih masing-masing. Lebih meyedihkan lagi budaya ini juga turut menular dikalangan umat islam terutama dikalangan remaja. Walaupun fatwa dan hukum telah dijelaskan secara terang-terangan oleh Ulamak dan Ilmuan Islam, namun terdapat segelintir umat islam yang masih memeriahkan pesta yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Ramai yang mengatakan bahawa kita pada hari ini telah maju kehadapan, namun terkadang saya juga terfikir kenapa Valentine's Day yang sudah jelas diketahui tentang hukumnya masih lagi diamalkan oleh segelintir umat Islam. Ini membuktikan pemikiran kita bukannya telah maju kehadapan, bahkan ia masih lagi berada pada satu tahap yang belum bebas daripada anasir yang tidak sihat.

Tugas umat islam pada hari ini menjadi semakin mencabar kerana terpaksa melawan serangan anasir-anasir yang boleh menjejaskan perpaduan umat islam dan dalam masa yang sama kita juga perlu meneyelesaikan masalah sosial yang sering menjadi budaya bagi masyarakat kita pada hari ini. Pada pandangan saya, kita bukan hanya berada ditahap yang bersifat ingin menyelesaikan masalah bahkan kita perlu lebih mengorak langkah kehadapan dalam mengembangkan ajaran islam yang tercinta.

Saya menyeru kepada seluruh Mahasiswa/I sekalian ayuh kita sama-sama buktikan bahawa kita adalah agen dalam memerangi agenda-agenda yang merosakkan pemikiran dan akhlak mahasiwa pada hari ini. Tanamkan dalam diri, kita bukan saja pengkritik, tapi kita adalah seorang pengkritik yang berani menadatangkan idea yang baru untuk umat Islam.

~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~

Muhammad Ammar Azlan,
Yang Di-Pertua,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.
 


-Lajnah Informasi dan Penerbitan PMFPI-