Saturday, April 26, 2014

Annual Grand Meeting PMFPI


Assalamualaikum wrh wbt.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan ANNUAL GRAND MEETING.

Hari : ISNIN
Tarikh : 28 April 2014
Tempat : DK2 FPI
Jam : 8.00 Malam

Dijemput semua mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam untuk memeriahkan lagi majlis AGM PMFPI kali ini. Makanan disediakan dan cabutan bertuah juga disediakan.

ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI

PMFPI sesi 2013/2014


Wednesday, April 23, 2014

::Bengkel Pengurusan & Penganalisaan Data Menggunakan SPSS:: - Lajnah Akademik



Lajnah Akademik PMFPI dengan kerjasama Kelab-kelab Jabatan akan menganjurkan satu bengkel pengurusan dan penganalisan data menggunakan SPSS (BENGKEL SPSS) khusus utk mahasiswa/i TAHUN 3 pada 26-27 April 2014.. Terhad kepada 27 orang peserta.
Pendaftaran melalui:
Aiman Mansor (0196290484)
Nurul Azwa (0135837238)

Berikut merupakan waktu perlaksanaan bengkel SPSS:
26 April 2014 : 8.00 am-5.00 pm
27 April 2014 : 8.00 am- 1.00 pm


Islam Pemangkin Generasi Tarbawi
PMFPI sesi 2013/2014

Eko Niaga PMFPI - Lajnah Ekonomi

:: Jualan PMFPI ::

Barang2 yang kami jual adalah :-

  • T-shirt PMF muslimin dan muslimat
  • T-shirt lama PMF, 
  • Baju usrah,
  • Tudung mesir, 
  • Minyak aromaterapi 
  • Kopi Ruqyah.








Boleh dapatkan di bilik PMFPI dan di Gerai Jualan sempena program E-dam 23-25/4 di FPI. ^_^

~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~
PMFPI sesi 2013/2014




Ambang program terakhir sesi kali ini~

Assalamualaikum wrh wbt.

InsyaAllah pada minggu ini, PMFPI menganjurkan dua program berkala yang terakhir bagi sesi kempimpinan kali ini.

1 . Nur Qolbi

Nur Qalbi datang lagi. Datang dengan Isu yang perlu kita cakna akan konsep,hakikat,hukum dan perlaksanaannya oleh umat Islam masa kini.

Tajuk:Hudud satu Jawapan
Penceramah:Ustaz Dr.Muhammad Adib b.Samsudin
Tarikh:24 April 2014
Masa:8.00 Malam
Tempat:Masjid UKM

Jemput datang ke Program Nur Qalbi.

''Barang siapa yang Allah mengkehendakinya untuk menjadi Baik,Maka akan diberikan kepadanya kefahaman tentang Agama


2. Citra Siswi Mega

✿ Menyusun Kehidupan, Menyemai Kebahagiaan ✿

"Kehidupan yang sejahtera adalah berpunca dari hati yang suci dan ikhlas, atur kehidupan dengan iman dan ilmu, semai kehidupan dengan kebahagiaan, agar hidupmu dalam raudhatul sakinah dan rahmah"

Tarikh : 25 April 2014
Tempat : DK 3F 201, FSSK
Masa : 12 tengahari - 2 petang
Penceramah :
Panelis 1 ) Ustazah Aqidah , Peserta Ustazah Pilihan
Panelis 2 ) Ustazah Noor Lizza , Pensyarah Jabatan Syariah
Moderator : Ukhti Siti Khaulah , Exco Siswi PMFPI

* Semua Siswi dijemput Hadir *
# 100 terawal mendapat Cupcake percuma #

~Women's dillema : Careers VS Family~


Dua tanggungjawab wanita hari ini, jom hadir untuk mendengar kupasan lanjut.


"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” 


Dan program berkala yang berjalan setiap minggu :

3. Daurah Kitab :



InsyaALLAH malam ini (23.04.2014) Pengajian Daurah Kitab di Masjid UKM bersama Halaqah Ta'lim Darul Mahabbah (HTDM) dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hosnee Al-Azhari dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizi Abdul Rahman.

Majlis Ilmu dan Pengajian Kitab :
- Tafsir Al-Quran
- Mukhtasar Ibn Abi Jamrah (Hadith)
- Bidayatul Hidayah
- 40 Kisah Motivasi Mukjizat Rasulullah ﷺ

Dijemput semua para pencinta ilmu, para pelajar UKM khususnya dan warga luar amnya untuk duduk bersama didalam majlis ilmu & taman-taman syurga. Semoga peroleh manfaat dan barakah insyaALLAH.


# Semua dijemput Hadir #

:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam

:: Ekspedisi Dakwah di Bumi Kenyalang ::



Assalamaalaikum wrh wbt.
Alhamdulillah PMFPI telah melangusngkan sebuah program Ekspedisi Dakwah di Bumi Kenyalang di Kampung Buntal Sarawak pada 16 - 21 April 2014. Ekspedisi ini disertai oleh 37 orang peserta dari Fakulti Pengajian Islam bersama pengiring Ustaz Khairil Khuzairi Pusat Islam.

Banyak aktiviti dan program diisi penuh selama 5 hari bersama orang kampung Parit Buntal antaranya Kelas Tahsin al-Quran, Fiqh Wanita, Ziarah Mahabbah, Sukan Rakyat, Kempen Keselamatan, Gotong Royong, Ziarah Kasih, Forum Indahnya Islam dan Malam Kesenian Islam. Aktiviti ini dilakukan bersama orang kampung dan mendapat sambutan serta kerjasama dari orang kampung.

Sesungguhnya, amanah dan tuntutan dakwah kita amatlah besar. Para AJK dan peserta Ekspedisi berusaha menunaikan tuntutan dakwah di sana dengan baik dan mendapat respon-respon positif dari mereka.

Besarlah harapan semoga kita semua dan mereka di sana istiqamah mengamalkan ajaran dan tuntutan Islam yang indah ini. Kerana Allah suka kepada hamba-Nya yang istiqamah.

~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~
PMFPI sesi 2013/2014

Gambar kenang-kenangan :













Thursday, April 17, 2014

Masalah Kecurian di Sudut Ekoniaga FPI

Masalah Kecurian di sudut ekoniaga FPI

16 April 2014 - Satu pertemuan telah dilakukan oleh saya selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam bersama Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Islam.

Pertemuan ini diadadakan adalah bertujuan untuk membincangkan satu langkah penyelesaian yang efektif bagi menangani masalah kecurian yang sering berlaku di sudut ekoniaga FPI.

Alhamdulillah pertemuan yang telah dilakukan mendapat respon yang positif daripada pihak beliau bagi menangani masalah ini. Insyallah saya selaku MPP FPI akan berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada exco ekonomi kelab jabatan bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam masalah ini.

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



Wednesday, April 16, 2014

KEPIMPINAN TAKLIFAN BUKAN TASYRIFAN

PESANAN UNTUK SEMUA!!!


KEPIMPINAN adalah satu amanah yang besar yang mesti ditunaikan segala hak-haknya. 
Kepimpinan satu anugerah dari Allah namun ia bukanlah untuk mendapat kemuliaan akan tetapi ia adalah satu tugasan kepada setiap hamba Allah yang bertaqwa.


KEPIMPINAN adalah wasilah untuk membawa ummah kepada jalan yan mendekatkan diri kepada Allah.
Kepimpinan satu amanah besar yang mesti di jaga, kerana ia akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas setiap perkara yang kita lakukan.


KEPIMPINAN bukan satu perkara yang mudah.
Namun disana pasti ada nusrah dari Allah.
Bila mana kita meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat dan penunjuk jalan kebenaran, pasti kita akan beroleh kejayaan dan keredhaan. InsyaAllah~



Wahai MEREKA yang bergelar PEMIMPIN.. 
Usahlah gembira dengan jawatan yang disandang!!!

Kurangkan ketawa maka banyakkanlah menangis.. 
Risau andai kita terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan ketika ini. 
Pesanan Rasulullah saw jadikan panduan dan medan muhasabah.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: 
“Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)".
[Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad]

Sunday, April 13, 2014

Dakwah di Bumi Kenyalang

:: Dakwah di Bumi Kenyalang ::


























Program khidmat masyarakat (OPKIM) di bumi Kenyalang akan berlangsung pada 17 April 2014 nanti. 

Program ini dibawah kelolaan Lajnah Hubungan Luar, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. 

Mahasiswa/i berilmu merupakan tonggak kepada kecemerlangan negara. Golongan inilah yang memainkan peranan penting di dalam membantu mencorakkan kemajuan dan pembangunan negara lebih-lebih lagi negara kini sedang pesat membangun di era globalisasi. Oleh yang demikian, konsep penggunaan modal insan yang berguna adalah sebagai pemangkin serta pelapis bagi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah negara. Kesan daripada pembangunan modal insan ini, membuktikan bahawa pengalaman dan pengajaran mahasiswa/i perlu bermula dari peringkat awal lagi.

Melalui program-program yang bercorak seperti motivasi, program khidmat masyarakat dan  program interaksi ke institut-institut pengajian tinggi tempatan adalah  sedikit sebanyakmembantu dan memperkasakan lagi status universiti khasnya dan bagi negara Malaysia umumnya di mata masyarakat dunia. Di kala matlamat negara bagi melahirkan modal insan yang amat berguna pada masa sekarang dan pada masa yang akan datang, adalah bertetapan dengan kegiatan berpersatuan seperti ini dilakukan oleh mahasiswa universiti.

Hal demikian adalah begitu penting bagi melahirkan mahasiswa yang benar-benar mantap serta cemerlang terutamanya dari sudut akademik dan sahsiah seterusnya mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi. Apa yang diharapkan adalah semoga kegiatan antarabangsa seperti ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan wajar dijadikan pendorong bagi menjayakan hasrat universiti dalam menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terkemuka dan lebih bersifat global.

Lantaran daripada itu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) berhasrat untuk mengadakan program Ekspedisi Dakwah Di Bumi Kenyalang dengan bertemakan “Mahasiswa Berjasa Masyarakat Merasa”. Diharapkan semoga program yang dirancang ini akan menjadi salah satu  medan latihan kepada mahasiswa-mahasiswi Fakulti Pengajian Islam di dalam menghadapi cabaran global pada masa akan datang.  

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Membentuk mahasiswa/i yang berkemahiran mengurus maklumat dan mampu menganalisa serta merancang strategi dan berupaya menilai dari pelbagai pilihan serta boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat di samping mengaplikasikan metod dakwah sekaligus mempersadakan Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa.
  2. Membentuk mahasiswa/i yang berfikiran dan berkemahiran membina, menilai, sikap dan etika profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i yang memiliki pemikiran modal insan kelas pertama di samping membentuk pembangunan insaniah.
  3. Melatih mahasiswa/i agar mampu berfikir secara kritikal melalui penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik supaya dapat menguruskannya dengan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta berupaya dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis di samping meningkatkan kebolehan berinteraksi secara cekap dan berkesan.



"MAHASISWA BERJASA MASYARAKAT MERASA”

~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~

PMFPI sesi 2013/2014

DOAKAN KEADILAN KEPADA : 529 ORANG PEJUANG ISLAM

Sedarkah kalian akan keadilan yang musnah di sana? Kini, terbukti kekejaman dan kezaliman Rejim Bashar dan Sistem Mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pejuang ikhwan Muslimin dan penyokong Presiden asal Mesir , Dr. Morsi yang menuntut keadilan di sana.

529 pejuang keadilan di Mesir bakal menerima jemputan syuhada' dari Allah. Kita umat Islam di sini sedarkah akan kejadian yang ditimpa ke atas saudara seIslam ini?

Ikhwan Muslimin tidak pernah gentar, Malah mati syahid itu cita-cita mereka. Seorang pejuang Allah mati akan digantikan dengan pejuang yang lain.

Semoga umat Islam hari ini lebih cakna dengan isu ummah Islam dan terbit kesedaran dan kebertanggungjawaban untuk menuntut keadilan bersama.


Kami mengutuk tindakan kerajaan Mesir , sistem mahkamah negara serta keputusan yang dijatuhkan kepada rakyat mereka sendiri.

Kami menyeru kepada seluruh mahasiswa/i dan rakyat Malaysia menembak peluru-peluru DOA kepada mereka yang dizalimi khususnya 529 pejuang keadilan di Mesir. #DoaSenjatanMukmin

#Prayfor529
#JUSTICE4529
#TakziahAndPrayForMH370

Beberapa maklumat mengenai IM529 :

https://www.facebook.com/JkkFc/photos/a.147653551934594.24500.146443882055561/748917011808242/?type=1

http://www.roketkini.com/2014/03/25/dap-kutuk-hukuman-mati/

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/10718387/Egypt-sentences-529-Mohammed-Morsi-supporters-to-death-in-single-trial.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/529penyokongMorsidihukummati/Article/index_html


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM

Daurah Hadis Siri 2 : "Belajar Hadis Cara Muhaddithin"


Daurah Hadis Bersama Ulama : "Belajar Hadis Cara Muhaddithin" 



InsyaALLAH Daurah Hadis Siri 2 kembali menyambung kepada Daurah Hadis siri 1 pada bulan Mac yang lalu.

Daurah Hadis Bersama Ulama
"Belajar Hadis Cara Muhaddithin" 
Bersama Syeikh Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi

  • Sabtu : 19 April 2014 
  • 9.00 pagi - 12.30 Tengahari 
  • Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS)

*Masuk Percuma
Semua dijemput Hadir!

Warga UKM dan masyarakat dijemput Hadir . Maklumat lanjut, anda bolehla dapati di Page Daurah Kitab Masjid UKM [https://www.facebook.com/daurahkitabmasjidUKM]

Anjuran : Lajnah Tarbiayh PMFPI

.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2013/2014

Pengajian Daurah Kitab Bulan April 2014

Jadual Pengajian Daurah Kitab di Masjid UKM bagi bulan April 2014


Dijemput semua para pencinta ilmu, para pelajar UKM khususnya dan warga luar amnya untuk duduk bersama didalam majlis ilmu & taman-taman syurga. Semoga peroleh manfaat dan barakah insyaALLAH. 

* Tertakluk kepada sebarang perubahan. Sekiranya ada perubahan disaat akhir akan dimaklumkan dari masa ke semasa. *

# Mohon Sebaran. Jazakumullahu khairan kathir. #

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
  


Warga UKM dijemput datang. Maklumat lanjut, anda bolehla dapati di Page Daurah Kitab Masjid UKM [https://www.facebook.com/daurahkitabmasjidUKM]

Anjuran : Lajnah Tarbiayh PMFPI

.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2013/2014

Daurah Kitab Mingguan

Daurah Kitab at Masjid UKM


Assalamualaikum. Salam Mujahadah buat semua Mahasiswa/i UKM

Kini, Majlis Ilmu yang dinantikan kembali.. Daurah Kitab kembali lagi!
Ingat tarikh dan datang ke Masjid UKM setiap isnin, selasa, dan rabu malam.

♒ Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah S.a.w bersabda: “ Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Ta’ala. Maka sesungguhnya dari pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”. ♒

✿ Majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di mana mengalirnya anak sungai yg indah..subhanallah..
✿Majlis ilmu di kelilingi oleh para malaikat yg ramai yg sama2 mendengar mutiara ilmu yang disampaikan.


Program Daurah Kitab.
~Full Package 3Hari=PERCUMA
-Duduk+Dengar+Catit=DAPAT ILMU

Mari dapatkan ILMU secara PERCUMA!!!
hanya di Masjid UKM

Hari > Setiap Hari Isnin, Selasa, dan Rabu.
Masa > Jam 8.00 Malam.
Tempat > Masjid UKM

Jangan lepaskan peluang keemasan menjejaki ke majlis ilmu, di mana malaikat sentiasa berada di tempat-tempat sebegini dan mendoakan kita.

Mungkin sahabat-sahabat kita di luar sana tercari-cari majlis Ilmu. Dan kita di sini dihidangkan dengan majlis ilmu yang banyak. Ayuh Sahabat, luangkan masa seketika untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu.

Ingat, Masa muda sebelum datang masa tua. Tuntutlah ilmu walau di mana sahaja kita berada.


Warga UKM dijemput datang. Maklumat lanjut, anda bolehla dapati di Page Daurah Kitab Masjid UKM [https://www.facebook.com/daurahkitabmasjidUKM]

Anjuran : Lajnah Tarbiayh PMFPI

.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2013/2014

Team Qasidah FPI "Siraj Al-Munir"


[Qasidah FPI]


[Qasidah]
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, team Qasidah FPI berjaya ditubuhkan di bawah kelolaan Lajnah Kesenian Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. InsyaAllah latihan QASIDAH akan diadakan secara berkala di Singgahan Ilmu, Fakulti Pengajian Islam.
Semua dijemput hadir untuk menyertai latihan ini.

Alhamdulillah,team Qasidah FPI sudah menjayakan satu jemputan majlis di Singgahan Ilmu.


Semoga bumi UKM ini dilimpahi dengan selawat memuji Allah dan Rasulullah SAW.


~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~

PMFPI sesi 2013/2014

Thursday, April 10, 2014

Ghuraba' 2014 (Kem Penghubung Generasi Rabbani)

Assalamualaikum wrh wbt.
Baru-baru ni berlangsungnya program Kem Penghubung Generasi Rabbani GHURABA' 2014 pada 2-4 April 2014 di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu Negeri Sembilan.
Program ini dianjurkan oleh PMFPI dengan kerjasama PPA JAKIM di khususkan kepada Mahasiswa Tahun 1 Fakulti Pengajian Islam. Peserta Kem ini seramai 78 orang.

Program yang berbentuk pentarbiayahan diri melalui kepimpinan, pengurusan, Islamic Public Speaking, Team Building, Kerohanian dan Ukhwah. Program ini dianjurkan saban tahun bagi melahirkan mahasiswa yang berkempimpinan Islam, Semangat sepasukan yang baik.

Pada kali ini, peserta Kem Ghuraba' 2014 bertuah kerana menerima Murrabi atau Trainer yang sangat hebat, bijak menguasai dan menyentuh hati anak muda untuk sentiasa bersemangat, berjiwa kepimpinan, sentiasa berada dalam amal jamie, dan sentiasa mengharapkan redha Ilahi. Segala-galanya indah dengan mengikuti wasilah tarbiyah Rasulullah S.A.W.

Peserta Kem Ghuraba' 2014 dilihat berpuas hati dengan menyertai kem ini, dan masing-masing membawa cita-cita dan impian yang tersendiri setelah mengikuti pentarbiayahan selama 3 hari 2 malam bersama Cikgu Mahadi Mohd, Murrabi Ghuraba'. Cikgu Mahadi juga menekankan tentang tanggungjawab sebagai pelajar Fakulti Pengajian Islam kepada ummah di luar sana, besar amanah yang kita pikul sebagai pembawa risalah Islam. Sedarkah kalian?



Antara aktiviti menarik diadakan oleh Murrabi, Cikgu Mahadi bersama peserta Ghuraba' ialah, sharing Moment, Eco Walk and Nature Caving at Bukit Kenaboi, Qiamullail, Islamic Public Speaking, Dhuha on the Ground, Chat Subuh, Makan Berjemaah dan Persiapan Majlis Penutup oleh para peserta. Keseluruhannya, aktiviti yang dilaksanakan dapat memupuk amal jamaie, kepimpinan, ukhwah dalam kalangan peserta.











Tahniah diucapkan kepada AJK pelaksana Kem Ghuraba' 2014, Pusat Pemantapan Akidah PPA JAKIM, Murrabi Kami Cikgu Mahadi Mohd, Exco PMFPI merangkap Urusetia Pengiring dan seluruh peserta yang dirahmati Allah. Semoga usaha untuk mendapat redha Ilahi tidak terhenti di situ sahaja.
Ingatlah detik kalian bersama, ingat amal jamie itu berkat. Semoga Allah meredhai usaha bersama.
Tahniah kerana antum telah dipilih untuk menyertai kem ini.

~Datang dengan Niat, Pulang dengan Matlamat~

Sedikit gambar kenangan.
Credits to CIkgu Mahadi dan Kak Liza.









Boleh ikuti perjalan Ghuraba' 2014 dalam youtube :-

01 -  https://www.youtube.com/watch?v=FJCyJ-25a4U&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
02 -  https://www.youtube.com/watch?v=QlO4sLMAqB8&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
03 -  https://www.youtube.com/watch?v=MxnoQ8hOcvc&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
04 -  https://www.youtube.com/watch?v=xzTmhdysiNA&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
05 -  https://www.youtube.com/watch?v=3NCH2fLSsvI&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
06 -  https://www.youtube.com/watch?v=9Pybd9xeDOg&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam