Showing posts with label LAJNAH HUBUNGAN LUAR DAN PENGINTEGRASIAN. Show all posts
Showing posts with label LAJNAH HUBUNGAN LUAR DAN PENGINTEGRASIAN. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

:: Ekspedisi Dakwah di Bumi Kenyalang ::



Assalamaalaikum wrh wbt.
Alhamdulillah PMFPI telah melangusngkan sebuah program Ekspedisi Dakwah di Bumi Kenyalang di Kampung Buntal Sarawak pada 16 - 21 April 2014. Ekspedisi ini disertai oleh 37 orang peserta dari Fakulti Pengajian Islam bersama pengiring Ustaz Khairil Khuzairi Pusat Islam.

Banyak aktiviti dan program diisi penuh selama 5 hari bersama orang kampung Parit Buntal antaranya Kelas Tahsin al-Quran, Fiqh Wanita, Ziarah Mahabbah, Sukan Rakyat, Kempen Keselamatan, Gotong Royong, Ziarah Kasih, Forum Indahnya Islam dan Malam Kesenian Islam. Aktiviti ini dilakukan bersama orang kampung dan mendapat sambutan serta kerjasama dari orang kampung.

Sesungguhnya, amanah dan tuntutan dakwah kita amatlah besar. Para AJK dan peserta Ekspedisi berusaha menunaikan tuntutan dakwah di sana dengan baik dan mendapat respon-respon positif dari mereka.

Besarlah harapan semoga kita semua dan mereka di sana istiqamah mengamalkan ajaran dan tuntutan Islam yang indah ini. Kerana Allah suka kepada hamba-Nya yang istiqamah.

~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~
PMFPI sesi 2013/2014

Gambar kenang-kenangan :













Sunday, April 13, 2014

Dakwah di Bumi Kenyalang

:: Dakwah di Bumi Kenyalang ::


























Program khidmat masyarakat (OPKIM) di bumi Kenyalang akan berlangsung pada 17 April 2014 nanti. 

Program ini dibawah kelolaan Lajnah Hubungan Luar, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. 

Mahasiswa/i berilmu merupakan tonggak kepada kecemerlangan negara. Golongan inilah yang memainkan peranan penting di dalam membantu mencorakkan kemajuan dan pembangunan negara lebih-lebih lagi negara kini sedang pesat membangun di era globalisasi. Oleh yang demikian, konsep penggunaan modal insan yang berguna adalah sebagai pemangkin serta pelapis bagi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah negara. Kesan daripada pembangunan modal insan ini, membuktikan bahawa pengalaman dan pengajaran mahasiswa/i perlu bermula dari peringkat awal lagi.

Melalui program-program yang bercorak seperti motivasi, program khidmat masyarakat dan  program interaksi ke institut-institut pengajian tinggi tempatan adalah  sedikit sebanyakmembantu dan memperkasakan lagi status universiti khasnya dan bagi negara Malaysia umumnya di mata masyarakat dunia. Di kala matlamat negara bagi melahirkan modal insan yang amat berguna pada masa sekarang dan pada masa yang akan datang, adalah bertetapan dengan kegiatan berpersatuan seperti ini dilakukan oleh mahasiswa universiti.

Hal demikian adalah begitu penting bagi melahirkan mahasiswa yang benar-benar mantap serta cemerlang terutamanya dari sudut akademik dan sahsiah seterusnya mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi. Apa yang diharapkan adalah semoga kegiatan antarabangsa seperti ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan wajar dijadikan pendorong bagi menjayakan hasrat universiti dalam menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terkemuka dan lebih bersifat global.

Lantaran daripada itu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) berhasrat untuk mengadakan program Ekspedisi Dakwah Di Bumi Kenyalang dengan bertemakan “Mahasiswa Berjasa Masyarakat Merasa”. Diharapkan semoga program yang dirancang ini akan menjadi salah satu  medan latihan kepada mahasiswa-mahasiswi Fakulti Pengajian Islam di dalam menghadapi cabaran global pada masa akan datang.  

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Membentuk mahasiswa/i yang berkemahiran mengurus maklumat dan mampu menganalisa serta merancang strategi dan berupaya menilai dari pelbagai pilihan serta boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat di samping mengaplikasikan metod dakwah sekaligus mempersadakan Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa.
  2. Membentuk mahasiswa/i yang berfikiran dan berkemahiran membina, menilai, sikap dan etika profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i yang memiliki pemikiran modal insan kelas pertama di samping membentuk pembangunan insaniah.
  3. Melatih mahasiswa/i agar mampu berfikir secara kritikal melalui penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik supaya dapat menguruskannya dengan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta berupaya dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis di samping meningkatkan kebolehan berinteraksi secara cekap dan berkesan.



"MAHASISWA BERJASA MASYARAKAT MERASA”

~Islam Pemangkin Generasi Tarbawi~

PMFPI sesi 2013/2014

Saturday, November 30, 2013

LAPORAN RINGKAS PROGRAM INTERGRASI PMFPI – PMKIAS KELANTAN

Assalamualaikum wrh wbt. Alhamdulillah. 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) adalah satu persatuan induk yang menaungi lima kelab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang sentiasa berperanan dan mengambil berat dalam menjaga kebajikan dan kepentingan para mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam dalam menjana kekuatan fizikal, mental danjua spiritual. Selain memastikan mahasiswa mencapai kecemerlangan akademik, PMFPI berperanan melahirkan mahasiswa yang bersahsiah mulia, berketerampilan dalam segala bidang dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengharungi tanggungjawab sebagai mahasiswa.Justeru kecemerlangan yang seimbang di antara akademik dan kokurikulum dapat menjamin keunggulan mahasiswa kelak.

Perkongsian dua hala amat penting antara persatuan mahasiswa dalam pembentukan mahasiswa yang dinamik dan progresif dalam gerak kerja. Keupayaan untuk berkomunikasi dan mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam situasi yang sebenar pasti memantapkan lagi ilmu yang dimiliki agar menjadi mahasiswa yang berketrampilan. Sejajar dengan kehendak ini , 16 November 2013- Exco Hubugan Luar dan Pengantarabangsaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam telah mengadakan satu intraksi bersama Persatuan Mahsiswa Kolej Islam Antarabangasa Sultan Ismail ataupun lebih dikenali dengan PMKIAS. Lajnah Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan dibawah kelolaan Saudara Muhammad Hafiz Aizat  Bin Hut dan Siti Syarah Tawil serta ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam telah menganjurkan Integrasi Mahasiswa PMFPI UKM- KIAS pada 16 hingga 17 November 2013 yang lalu dengan bertemakan“ Mahasiswa Unggul Ikon Masa Depan” dalam usaha merealisasikan hasrat mewujudkan tokoh-tokoh professional yang berkeupayaan memberi nilai tambah kepada agama, bangsa dan negara.

Saudara Hafiz Aizat Bin Hut Selaku Ketua Pengarah berkata tujuan intraksi ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pihak PMKIAS dalam menggerakkan agenda Biah Solehah. Saya memilih untuk mengadakanintraksi bersama dengan pihak PMKIAS kerana pada pandangan saya PMKIAS adalah antara institusi Pengajian Tinggi yang berjaya mengerakkan agenda Biah Solehah. Maka sesuai dengan usul Memperkasakan Biah Solehah yang perlu diperjuangkan oleh PMFPI sesi 2013/2014 yang dipimpimpin oleh saudara Muhammad ‘Ammar Bin Azlan.

Hafiz juga mengatakan bahawa kita sangat memerlukan perkongsian idea dengan pihak PMKIAS dalam mengerakakan agenda Biah Solehah. Agenda ini bukan sahaja mahu diterapkan di Fakulti Pengajian Islam bahakan Juga di UKM. Alhamdulillah hasil daripada perkongsian yang dilakukan, kami daripada pihak PMFPI mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMKIAS yang diketuai saudara Amirul Amin kerana telah banyak berkongsi idea kepada kami untuk mempertingkatkan lagi usaha diperingkat kami dalam memperkasakan agenda Biah Solehah.


Antara matlamat program ini dijalankan adalah untuk menjana program kemahasiswaan dengan mengambil bahagian dalam membantu kerajaan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdinamis dan berkemampuan untuk memenuhi tuntutan yang lebih besar di dunia yang serba mencabari ni. Disampingitu,  dapat mewujudkan hubungan profesionalisme dan kerjasama di antara PMFPI UKM dan juga KIAS.

Walaubagaimanapun, antara objektif utama program ini dilaksanankan ialah bagi menjalin hubungan antara PMFPI UKM dan KIAS dalam urusan kebajikan, penyelidikan, intelektual dan professional dan sebagai medan kepada mahasiswa untuk menimba dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan gerak kerja yang lebih efisyen.

Sekian Terima Kasih.






Lajnah Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014



Thursday, April 4, 2013

ROAD TO RIAU

Sebagai sebuah persatuan induk di Fpi, PMFPI buat julung kalinya akan menganjurkan Ekspedisi Dakwah Riau 2013. Program ini dirangka bagi memenuhi peranan sebagai mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesuai dengan ilmu yang dipelajari selama ini. 

Sedikit pengenalan tentang program mega PMFPI pada kali ini yang diberikan nama Ekspedisi Dakwah Riau. Ianya antara program terbesar yang dianjurkan oleh PMFPI 2012/13 untuk mahasiswa FPI khasnya. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keutamaan dakwah, berkongsi pengetahuan dan ilmu agama, menjalinkan hubungan bersama masyarakat.


Program ini akan berlangsung selama 5 hari yang di isi dengan pelbagai aktiviti, antaranya Ekspedisi Dakwah Gloria, Tahsin al-Quran dan Pembelajaran Ilmu Fardhu Ain, Keluarga Angkat, Ziarah Masyarakat, Kuliah Agama dan banyak lagi.


Semoga beroleh manfaat dan ilmu pada program yang akan diadakan ini.




"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"

Tuesday, July 27, 2010

JELAJAHI SYAABAN

Rejab baru sahaja berlalu,namun diharapkan semoga kita dapat bertemu lagi dengan Rejab pada tahun hadapan. Kini, Syaaban pula menjengah menandakan kita semakin hampir dengan bulan mulia bulan Ramadhan. Lebih kurang 15 hari lagi semua umat Islam sedunia diwajibkan berpuasa. Betapa cepatnya masa berlalu. Sebelum melangkah ke bulan Ramadhan, sebaiknya bagi umat Islam mengambil beberapa hari dalam bulan Syaaban untuk berpuasa sunat. Jika kita fikir sejenak mesti ada fadhilatnya yang perlu kita singkap. Antaranya adalah untuk membiasakan diri kita untuk berpuasa sebelum datang bulan Ramadhan yang kita sama-sama nantikan selama ini.


Hukama’ berpendapat, bulan Rejab adalah kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa. Bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala sifat cela. Manakala Ramadhan pula bulan untuk mengubati hati dan jiwa.

Apakah maksud SYAABAN sebenarnya ?


Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ia diambil sempena peristiwa orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata-rata tempat untuk mencari air. Pendapat lain mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Apakah amalan yang harus dilakukan ?


a) Memperbanyakkan puasa sunat:


i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”


ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.


iii. Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.


iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”



b) Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)



c) Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.



NAMUN,SEKIRANYA AMALAN-AMALAN SUNAT SENTIASA DILAKUKAN,DAN KITA BERISTIQAMAH DENGANNYA, ITU ADALAH LEBIH BAIK!!

Berukhwah untuk kebaikan,
Khas untuk adik-beradik FPI,
daripada:
Lajnah Hubungan Luar dan Pengintegrasian

Friday, March 5, 2010

Mengimbau kenangan di Bumi Aceh..

KAPAL PLTD YANG TERDAMPAR 5KM DARI LAUT..

BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI BUMI MORO ..


BERSAMA PELAJAR MALAYSIA



DIALOG DAN INTERAKSI


DI HADAPAN HOTEL DAKA




JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN LAWATAN KE ACEH INI. SEMOGA AKTIVITI BERMAKNA SEPERTI INI AKAN TERUS DIANJURKAN LAGI PADA MASA AKAN DATANG.

Thursday, February 4, 2010

LAWATAN KE ACHEH...



PMFPI akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Acheh pada 05-08/02/10
tujuan program adalah sebagai wadah untuk berinteraksi di anatara negara berlainan seterusnya memperbaiki perjalanan persatauan di peringkat antarabangsa di samping melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik disertai dengan penghayatan ilmu yang mantap..

tempat yang akan dilawati adalah:-

Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Acheh
muzium Tsunami
Panti Asuhan Anak Yatim
sejarah Islam di Acheh..
dan banyak lagi tempat sejarah...

selain itu , interaksi antara kedua-dua pimpinan Malaysia dan Acheh.

Pihak kami sangat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih sekiranya Dato, Tuan, Puan ingin menyumbang sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini seterusnya memberi sumbangan kewangan kepada Warga Acheh.

sebarang maklumat bolehlah berhubung:-
pengarah program di talian 0132850339