Lajnah Akademik PMFPI dengan kerjasama Kelab-kelab Jabatan akan menganjurkan satu bengkel pengurusan dan penganalisan data menggunakan SPSS (BENGKEL SPSS) khusus utk mahasiswa/i TAHUN 3 pada 26-27 April 2014.. Terhad kepada 27 orang peserta. Pendaftaran melalui: Aiman Mansor (0196290484) Nurul Azwa (0135837238)
Berikut merupakan waktu perlaksanaan bengkel SPSS: 26 April 2014 : 8.00 am-5.00 pm 27 April 2014 : 8.00 am- 1.00 pm
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji dan sanjungan hanya untuk Allah, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada hamba Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Perang Pen dan Kertas!!! Bersediakah Kita??
Minggu ini merupakan minggu terakhir pengkuliahan bagi semester ini. Peperiksaan Akhir semester 1 2013/2014 telah semakin hampir dan akan bermula 11 April 2011 ini. Bagaimana sahabat-sahabat? Sudah bersedia? Insyaallah, mudah-mudahan diberi Allah ketenangan dan kekuatan untuk mengharungi saat-saat akhir yang sangat bermakna dalam kehidupan sebagai mahasiswa di perbukitan ilmu UKM ini.
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memperbaharui niat dalam menuntut ilmu agar diniatkan semata-mata kerana Allah. Kita kembalikan segala urusan kita kepadaNya. Imam al-Ghazali di dalam karangannya, Bidayatul Hidayah ada menukilkan mengenai penuntut ilmu yang paling beruntung. Menurut beliau,’’Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka, dia tidak berniat dalam mencari ilmu kecuali hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk dalam golongan yang beruntung''.
Menuntut ilmu merupakan satu wasilah untuk kita mendalami dan memahami agama Islam yang tercinta agar kebenaran tertegak. Selaku mahasiswa dan mahasiswi di perbukitan ilmu UKM ini, kita mempunyai misi untuk kembali kepada masyarakat, menyedarkan serta menyampaikan ilmu-ilmu Islam. Tuntutan dakwah itu menuntut persediaan yang rapi dan tanggungjawab itu perlu diteruskan sebagai kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru itu, seseorang penuntut ilmu dalam bidang apapun akan merasakan dorongan untuk sukses yang luar biasa apabila ia menjadikan perintah agama sebagai motivasi utamanya. Dengan itu, dia akan menjadikan masa-masa sukarnya dalam menuntut ilmu sebagai perjuangan suci (jihad) untuk meninggikan kalimah Allah.
PMFPI menyeru agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi bersama-sama meneruskan usaha dan momentum persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjengah tidak lama lagi. Teruskan usaha, tingkatkan pergantungan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Perbanyakkan jua memohon keampunan dari Allah dan bantuan dariNya. Sentiasalah juga berfikiran positif agar sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan nanti.
Maksudnya : Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau menjadikannya mudah. Dan tiada kedukaan melainkan Engkau yang menghilangkannya.
Akhir kalam, kami di barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) mendoakan kecemerlangan buat sahabat-sahabat mahasiswa dan mahasiswi. Buatlah yang terbaik, insyaallah ada ganjarannya di sebalik kesukaran yang dihadapi.Bittaufiq wan najah, selamat menempuh peperiksaan. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Amiin
Alhamdulillah,satu lagi program kerjasama PMFPI dan semua exco JABATAN telah selesai.
Lajnah Akademik PMFPI dengan kerjasama Kelab-Kelab Jabatan Fakulti Pengajian Islam akan menganjurkan " BENGKEL PENULISAN ILMIAH (GAYA UKM)".
Program yang berlangsung selama 2 Jam ini memberi suatu gambaran awal kepada mahasiswa/wi fakulti Pengajian Islam,cara penulisan GAYA UKM dalam penulisan Ilmiah dalam kerja kursus dan latihan ilmiah atau thesis.
Matlamat utama Bengkel ini diadakan adalah bagi memudahkan para pelajar mengetahui teknik-teknik Penulisan yang berkesan dalam menulis latihan ilmiah mahupun assignment. Untuk makluman semua, Bengkel ini terbuka kepada semua fakulti dan pihak kami berbesar hati dengan kehadiran anda.
Semoga program yang bermanfaat sebegini terus mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan mahasiswa demi memperkasakan gaya penulisan mereka.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir.
Wassolatu wassalamu ala Rosulillah Muhammad wa
‘ala ali Saidina Muhammad.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada
Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan inayahnya dapat lagi kita meneruskan perjuangn sebagai seorang khalifah
Allah SWT di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah SWT
menciptakan manusia itu hikmahnya supaya manusia itu melakukan ibadah kepadanya. Selawat dan salam juga kepada junjungan besar nabi
Muhammad SAW.
Sempena peperiksaan yang akan tiba tidak lama
lagi, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI),
ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir tahun bagi sesi 2012/2013. Setelah beberapa
lama mengorbankan masa dan kudrat, hari yang dinantikan untuk menguji kemampuan kita bakal menjelma.Mungkin terdapat sedikit kegelisahan dalam hati kita,
namun ia telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita semua.
Jadikan peperiksaan kali
ini sebagai kayu ukur untuk menilai kemampuan kita di dalam pelajaran. Jangan jadikan peperiksaan ini sebagai matlamat dalam kita menuntuti lmu. Kerana peranan seorang penuntut ilmu itu sangat besar kepada masyrakat bukan sekadar cemerlang dalam peperiksaan sahaja.
Akhir kalam, sekali lagi, saya selaku YDP PMFPI mewakili PMFPI
mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
فَبِما رَحمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم ۖ وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ ۖ فَاعفُ عَنهُم وَاستَغفِر لَهُم وَشاوِرهُم فِى الأَمرِ ۖ فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ ﴿١٥٩﴾(159) Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
❃ "Kemudian apabila kamu telah mmbulatkan tekad, maka bertawakallah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya." (Surah Ali- 'Imran: 159)
❃Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan. Semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada berpenghujung. ツ
❃ An Everest of LUCK for everyone..! ✿◕ ‿ ◕✿
❃ Teruskan berusaha, kerana Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah melihat kepada usaha kita.
❃ Mulakan menegulangkaji dengan Doa dan selitkan selawat kepada Rasulullah S.A.W..
❃ Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Belajar kerana Allah!^^
❃ Selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat berjaya dalam peperiksaan akhir tahun bagi sesi pengajian 2012/2013. Bitaufiq wannajah!
Perutusan Peperiksaan ;
Saudara Ammar bin Azlan
Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014 (PMFPI 13/14)
27 REJAB 1434 6 JUN 2013
"ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI''
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014
Firman Allah s.w.t : “
Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu,
sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku
akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “
Selamat Menghadapi Peperiksaan
Apabila
tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berdebar-debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam
benak fikiran kita. Mungkin ianya akan bermain-main dalam fikiran
kita "kenapa aku tak najah-najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang
malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak."Pernahkah kita apabila melihat soalan, kita tidak dapat menjawabnya?Itu merupakan masalah-masalah yang dialami oleh kita semua.
Sememangnya kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita
tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan
mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.
Exam Fever May Bring Us Closer to ALLAH
1) Kurang harapan kita pada Allah.
Memang
benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga
tidak tidur. Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam
peperiksaan kita iaitu Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap
ianya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mendapat pertolongan
sesiapapun.
Berkata al imam Ibnu Ataillah r.a :
“Di antara tanda-tanda orang yang bersandar ( bergantung ) pada amal
sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila berlaku padanya
kesalahan”. Kita
perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu perkara yang baik, itu
adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila berlaku sesuatu
perkara yang buruk maka itu juga adalah ujian dan nikmat daripada
Allah.
2) Kurang hubungan dengan Allah.
Firman Allah taala: “ Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al - Baqarah: 152). Apabila
tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh
sungguh. Itu adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan
pada hubungan dengan seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau
ikhtiar kita dari sudut spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita
melengah-lengahkan solat sehingga kadang-kadang ‘ terbabas ‘ untuk
menunaikan solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk
Allah memberikan kejayaan kepada kita.
Everything Back to Ilahi
3) Sikap mementingkan diri sendiri.
Ini adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa. Firman Allah s.w.t : “ Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam
perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan “.
Apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan
tulang kita untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah
peranan sahabat.
Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan
ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila
kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun
hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan
sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat
kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan
kejayaan di akhirat.
Jadi
janganlah kita amalkan sikap negatif ini supaya kita mendapat kejayaan
dalam peperiksaan dengan keberkatan daripada Allah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah kerana Allah sangat cinta kepada sesiapa yang meminta minta kepadaNya.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua mahasiswa/i khususnya Fakulti Pengajian Islam yang telah mendapat keputusan masing-masing yang diumumkan kelmarin.
Bagi yang mendapat keputusan cemerlang sujud syukurlah kerana kali ini giliran kita berada pada tingkat kesenangan sebelum kesusahan akan datang menimpa. Kesenangan ini sama ada kita jangka atau tidak, tetapi pastinya selepas kita melalui kesusahan sebelum ini. Renungkan kembali.
Namun bagi kita yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sebagai hamba Allah, kita mesti redha dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Koreksilah diri dan usaha kita selama ini dan jadikan ia semangat untuk kita tingkatkan usaha pada masa akan datang.
Kesimpulannya, berfikir positif dengan keputusan kita, bertindak responsif dan efisien,
dan berharaplah sepenuhnya pada Allah Taala. Tahniah bagi yang cemerlang kali ini,
Tahniah juga bagi yang akan cemerlang sedikit hari nanti.
Pada 22/12/11 telah berlangsung Majlis Solat Hajat & Ceramah Motivasi Sempena Exam di Masjid UKM anjuran Lajnah Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dengan kerjasama Pusat Islam UKM menampilkan penceramah jemputan, iaitu Dr. Abdul Rahman bin Mahmood (Pensyarah di Jabatan Usuluddin & Falsafah, FPI,UKM).
Dengan tema “ Doa Dipanjatkan, Usaha Diteruskan” , majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan yasin, solat hajat seterusnya ceramah motivasi oleh Dr. Abdul Rahman sebagai satu suntikan semangat bagi mahasiswa/ i yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Penceramah telah mengupas mengenai adab-adab dalam menuntut ilmu bagi mencapai kecemerlangan.
-->
Adab Menuntut Ilmu :
1.Niat. Niat adalah azam yang sungguh-sungguh. Niat juga merupakan titik mula bagi menentukan hala tuju seterusnya dalam menuntut ilmu. Justeru itu, kita perlu mengikhlaskan niat menuntut ilmu semata-mata kerana Allah s.w.t di samping juga berniat menuntut ilmu untuk menghilangkan kejahilan diri dan orang lain.
2.Penjagaan Ilmu. Ilmu adalah cahaya dan cahaya itu tidak menyinari hati yang kotor.Diceritakan para ulama’ ketika mana menghadapi kesukaran dalam ilmu, mereka akan menuju ke masjid untuk mendapatkan kekuatan dan ketenangan. Justeru itu, apabila kita ingin mencari ketenangan, carilah ia di dalam rumah Allah, masjid dengan bermunajat kepadaNya. Sesungguhnya pertolongan Allah itu melalui sabar dan solat sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al Baqarah :153:
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
3.Memelihara amalan fardhu dan sunat.
Penuntut ilmu mestilah memelihara amalan fardhu dan sunat. Dari sudut aplikasinya, ialah tidak meninggalkan kewajipan amalan fardhu, bahkan menambah amalan-amalan sunat dalam kehidupan seharian. Dengan melakukan ketaatan, keimanan kepada Allah semakin meningkatkan bahkan menjadi sumber kekuatan dan benteng dari melakukan kemaksiatan kepadaNya. Menghidupkan amalan memberi dan menyebarkan salam, memberi bantuan kepada orang yang memerlukan serta sentiasa mendoakan orang-orang di sekeliling kita juga merupakan pintu untuk memperoleh keberkatan.
4.Merendah diri dengan ilmu.
Ilmu tidak dapat dicapai melalui sifat sombong dan ego. Ilmu mampu diperoleh apabila wujudnya sifat merendah diri pada penuntut ilmu iaitu dengan menghormati guru serta mengamalkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Bahkan seorang guru juga dituntut menghormati penuntut ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.Berakhlak mulia, baik tingkah laku.
Ilmu hanya mampu bertapak di dalam hati yang bersih. Justeru itu, penuntut ilmu mestilah berakhlak mulia serta baik tingkah lakunya hasil ilmu yang dipelajari. Akhlak penuntut ilmu seringkali mencerminkan guru yang mengajar, maka berdoalah dan carilah guru yang benar untuk hidup beradab dan bersopan. Ini kerana pelaksanaan itu teramat berbeza dengan hanya berteori, maka guru merupakan qudwah yang boleh dicontohi dari sudut realiti dan praktikal.
6.Pengurusan masa untuk belajar.
Penuntut ilmu mestilah meluangkan masa untuk belajar. Pengurusan masa yang baik amat penting bahkan jangan disia-siakan masa walaupun sedikit. Sekiranya merasa malas, ambillah inspirasi dari kegigihan para ulama’ dalam menuntut ilmu. Bacalah dan dengarlah kisah mereka, maka ambillah pengajaran darinya. Sesungguhnya kegigihan yang disertai taufik dari Allah mampu menghasilkan kefahaman yang luarbiasa.
7.Memilih sahabat yang baik. Ini kerana pemilihan sahabat juga berperanan dalam menghidupkan keilmuan dalam diri kita.
Akhir kalam, buat semua penuntut ilmu, ayuh kita amalkan adab-adab mulia dalam menuntut ilmu agar ilmu yang diperoleh diberkati Allah. Ilmu itu cahaya, dan cahaya itu perlu kita pelihara agar sinarannya tidak padam. Berazamlah untuk berjaya dan buktikanlah ia dengan kegigihan dan kesungguhan. Semoga kita menjadi ahli ilmu yang benar serta mengabdikan diri kepada Allah..InsyaAllah.
Alhamdulillah, kita semua akan menyambut maulidur Rasul pada 15 Februari 2011 ( selasa )..marilah sama2 kita berselawat ke atas Nabi dan menghayati perjuangan Nabi..mOga2 kita semua akan terus berpeluang untuk meneruskan perjuangan ini.. jangan lupa untuk membuat pengesahan masuk peperiksaan akhir sem 2 sesi 2010/2011 seperti ketetapan di bawah..:
1.Rakan-rakan mahasiswa/i boleh mula membuat pengesahan masuk peperiksaan akhir untuk sem ini bermula esok (14 hb FEB 2011) hingga 20 hb FEB 2011 di SMPWEB...
2.Diingatkan kepada semua mahasiswa untuk membuat pengesahan dalam tempoh tersebut untuk mengelakkan anda didenda sebanyak RM15.00!!!
3.Pelajar Ijazah Pertama yang terlibat adalah termasuk - KAMPUS INDUK BANGI (kecuali tahun 4 Program Kejuruteraan dan tahun 3 Program Seni Bina),KKL (FFAR,FSKB,FPER (Tahun 1)dan FGG (tahun 1)) dan Kampus Cheras (Program Perubatan Kecemasan)
3.Sistem Maklumat Pelajar - WEB (SMPWEB) boleh dicapai di smp.ukm.my
p/s :Jangan lupa untuk persiapkan diri antum dan antunna untuk menghadapi imtihan ini..:)
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:
UKM RESULT< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888
Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.
alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup dan lalui apa yang bakal kita hadapi pada hari ini..bersempena dengan minggu peperiksaan yang akan bermula pada 25 hb ini, kami daripada barisan kepimpinan PMFPI ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam khususnya dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya..semOga sahabat2 dapat aplikasikan apa yang kita belajar dalam tempOh beberapa bulan ini di dalam dewan peperiksaan..walaupun ada yang masih belum menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah, tidak bermakna sahabat2 tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji pelajaran..I'Allah, Allah pasti akan memudahkan urusan orang-orang yang berjuang di jalan NYA..semOga Allah sentiasa bersama-sama orang yang ikhlas dalam menuntut ilmu..jadikan peperiksaan ini sebagai medan peperangan yang mana kita sedang berperang dengan mata pen..jadikan ia sebagai cabaran untuk kita lalui masa-masa yang akan mendatang..
* kepada sahabat2 yang akan menduduki peperiksaan Diploma Guaman (23/10/2010), moga Allah memudahkan segala urusan antum..selamat berjaya, selamat mengulang kaji pelajaran dan selamat untuk segala-galanya...anda mampu mengubahnya...STRIVE FOR EXCELLENT...:)
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2009-2010
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester II Sesi Akademik 2009-2010 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip maklumat berikut: UKMresultnom
atrikno ic dan hantar ke 39993
Semakan boleh dibuat mulai 4 Jun 2010. Manakala slip keputusan peperiksaan rasmi akan dihantar ke alamat tetap pelajar mulai 14 Jun 2010.
Sekian, terima kasih. ‘KUALITI TERAS KECEMERLANGAN’ Yang benar, ROHANA TAN Ketua Penolong Pendaftar (Akademik) b.p. Pendaftar