Showing posts with label NUR QALBI. Show all posts
Showing posts with label NUR QALBI. Show all posts

Friday, October 4, 2013

NUR QALBI : Adakala Aku Alim, Adakala Aku Zalim???


27 zulkaedah 1434H

Alhamdulillah,diatas dua nikmat terbesar kurniaan Allah SWT hari ini sebahagian besar warga UKM beragama Islam mendapat manfaat yang terbaik pada malam penghulu segala hari iaitu Malam Jumaat dan diberikan kesihatan yang terbaik untuk hadir ke "Taman Syurga" yang mana di dalamnya para Makhluk di 7 petala langit dan di 7 petala bumi mendoakan ahli yang hadir di dalam majlis menadah ilmu dengan memohon agar dosa-dosa orang yang hadir untuk menuntut ilmu diampunkan.

Selesai sudah,suatu majlis yang penuh keberkatan iaitu majlis ilmu semoga setiap individu yang hadir dapat mengamalkan mutiara-mutiara ilmu yang dilontarkan oleh al-fadhil Ustaz dan sekaligus kita menyampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk sama-sama memperolehi manfaatnya.

kupasan nur qalbi kali 1, pmfpi 2013/2014
penceramah: Ustaz Khairil Khuzairi

alim = orang yang berilmu
zalim = orang yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya

Orang yang berilmu adalah mereka yang paling takut dengan Allah.
Mereka takkan buat mungkar kerana takut pada Allah.
Hakikat ilmu adalah ilmu yang mampu memberi manfaat kepada diri kita & orang lain.
Jangan duduk saja.
Buatlah kerja-kerja Islam, kerja-kerja dakwah.

c.i.r.i - c.i.r.i i.l.m.u y.a.n.g b.e.r.m.a.n.f.a.a.t
  • mampu menghasilkan rasa cinta, takut & gerun pada Allah
  • mampu melahirkan rasa tunduk, khusyuk & bersifat tawadhu'
  • membuatkan jiwa selalu bersifat cukup (qanaah) /bersyukur pada Allah
  • menambahkan rasa zuhud dalam kehidupan di dunia
  • sentiasa didengari doanya. doanya dimakbulkan dengan izin Allah
  • hatinya sentiasa mencintai ilmu, majlis-majlis ilmu & orang-orang yang mencintai ilmu. kalau takde rasa gelisah
  • menjadi tak suka dengan pujian dan selalu mengucapkan alhamdulillah
  • dia tak kata yang dirinya pandai, orang lain tak pandai
  • sentiasa berbaik sangka dengan ulama, berburuk sangka dengan dirinya
  • sedikit sahaja bicara kerana takut akan dosanya

*cuit rasa : kenapalah kita sibuk sangat dengan urusan dunia sedangkan hidup kat dunia tak kekal lama?


Bagi yang tidak dapat hadir insyaAllah di lain hari semoga Allah memberikan kesihatan dan kesempatan untuk sama-sama hadirkan diri di dalam mana-mana majlis sebegini. Allahu Ta'ala A'lam.

Nantikan Nur Qalbi yang akan datang. 













::Islam Pemangkin Generasi Tarbawi::

PMFPI sesi 2013/2014.


Tuesday, May 1, 2012

NUR QALBI 8 : MILIK SIAPA HATIKU?





Nur Qalbi 8 kembali lagi dengan kupasan menarik : Milik Siapakah Hatiku?.
Disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad ar- Rashid
Jom, sama-sama mendengar mutiara di taman ilmu yang penuh berkat pada 3 Mei 2012 jam 8.00 malam hanya di Masjid UKM~


Milik Siapa Hati Ini?

Kekosongan hati ini minta diisi
Sejenak ku tersedar
Aku mencari cinta agung
Buat jiwaku yang merindukan
Hakikat Kebenaran
Cahaya yang membelah kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan

Ku sedar
Destinasi pencarianku di sini
Ku mencariMu Tuhan
Mengharap keredhaan
Menagih kebahagiaan
Dari sinar cahaya
IMAN

[Petikan karya Ustazah Fatimah Syarha]

Ingin tahu milik siapa hati kita? Apa tunggu lagi.. Jom, dengarkan bicara Nur Qalbi..! PMFPI dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UKM untuk turut serta, moga kita sama-sama memperoleh manfaat demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. 


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Monday, April 16, 2012

NUR QALBI :" DUHAI HATI TENANGLAH"

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ‘’Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah HATI.’’
H.R Bukhari dan Muslim

Istimewa buat semua, Nur Qalbi kali ini tampil dengan tajuk “ Duhai Hati Tenanglah’’. Pengisian akan disampaikan oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll (Pensyarah UIA) bertempat di Masjid UKM bermula jam 8.00 malam. Jom, ikuti kupasan menarik soal hati. Ingat temu janji kita, Khamis (19 April 2012).



Semua dijemput hadir. PMFPI mengalu-alukan kehadiran semua bagi memeriahkan taman ilmu di masjid yang barakah ini, insyaAllah.

Duhai hati, tenanglah kerana kita punya Allah pemilik segala sesuatu. Pohonlah doa setulus hati. Hanya padaNya kita menyembah dan memohon pertolongan. Tenanglah hati, damailah jiwa dengan mengingati Allah~


ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Saturday, October 15, 2011

Ulasan NUR QALBI 2: "Anjakan Paradigma Merealisasikan Impian"

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah, segala puji dan pujian ditujukan kepada Allah s.w.t  di atas nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita, sekalian hambanya. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat. Salam pertemuan buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t.

Alhamdulillah, Siri Kedua Nur Qalbi  telah berlangsung pada hari Khamis (13 Oktober) di Masjid UKM yang bertajuk ANJAKAN PARADIGMA MEREALISASIKAN IMPIAN telah berjaya dijalankan dengan menampilkan Ustaz Khairuzaman bin Kadir (Pensyarah Unit Bahasa, FPI) sebagai penceramah. Tajuk ini berfokuskan tentang usaha yang perlu dilakukan umat Islam amnya dan pelejar UKM khasnya untuk merubah sikap dalam diri untuk mencapai impian yang dihajati.
Penceramah memulakan pengenalan dengan menyebut tentang elemen yang terdapat didalam diri manusia yang terdiri daripada jasad , roh, akal, dan nafsu. Menurutnya lagi dalam diri manusia terdapat unsur lahir (jasad) dan batin. Unsur batin manusia ini terdiri dari akal, roh dan nafsu. Akal kerjanya adalah berpikir, mencari ilmu, mengkaji ilmu, menerima informasi dan pengalaman. Kemudian dari situ dibuatlah berbagai penilaian dan kesimpulan. Roh mampu merasakan berbagai perasaan, seperti marah, suka takut, sedih, gembira, senang, sayang, cinta, simpati, jijik, dengki, lega dan sebagainya. Nafsu itu adalah berkeinginan, ada keinginan yang baik , ada pula yang jahat. Namun demikian sifat asal nafsu adalah mengajak kepada kejahatan. Jika nafsu ini tidak dididik, maka nafsu ini akan mengantarkan manusia untuk selalu berbuat kejahatan.
Sebagai muslim yang taat kepada Allah , kita perlu mengetahui siapakah musuh umat Islam yang akan menjatuhkan islam. Terdapat 5  musuh islam yang sentiasa dihadapi dan perlu diawasi oleh kita. Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam; iaitu:



1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.
Diantara musuh-musuh tersebut, jihad melawan nafsu adalah yan g paling utama dan paling susah. Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah 'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".
Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.
            Salah satu cara yang berekesan untuk untuk menundukkan nafsu adalah dengan berpuasa seperti mana hadis Nabi Muhammad, “Hadith: “sesungguhnya syaitan mempunyai akses terhadap manusia melalui aliran darah dalam badan, maka sempitkan (halang) perjalanannya dengan berlapar (puasa)…” HR: Bukhari.
Perlu kita semua tahu bahawa nafsu juga merupakan makhluk Allah yang telah diciptakan. Allah mencipta makhluk dengan 3 keadaan, yang pertama Allah menciptakan malaikat dan dimasukkan akal kedalamnya. Yang kedua Allah menciptakan binatang, kemudian dimasukkan nafsu dan yang ketiga Allah menciptakan manusia dengan memasukkan akal dan nafsu. Jika manusia menggunakan akal melebihi daripada nafsu, manusia itu akan menjadi lebih baik daripada malaikat. Namun begitu, jika nafsu yang digunakan melebihi akal, manusia tersebut akan menjadi lebih teruk daripada binatang.
Secara kesimpulannya, nafsu merupakan penghalang dan musuh utama umat islam dalam menempuh arena kehidupan. Jika nafsu berjaya ditundukkan, maka mudahlah bagi seseorang mencapai apa yang dihajati tanpa mengabaikan Allah sebagai Tuhan. Dan secara lazimnya kekuatan kita terletak kepada amalan kita. Oleh itu, lakukanlah anjakan paradigm dalam hidup dalam mendapatkan “mardhotillah”.

~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI~

Wednesday, October 12, 2011

NUR QALBI SIRI KEDUA





Siri Kedua Nur Qalbi  akan berlangsung pada hari Khamis (13 Oktober) dengan menampilkan  kupasan menarik : ANJAKAN PARADIGMA MEREALISASIKAN IMPIAN oleh penceramah jemputan kali ini, Ustaz Khairuzaman bin Kadir (Pensyarah Unit Bahasa, FPI). Merealisasikan impian hidup mungkin satu kepuasan dalam hidup kita. Sanggup berubah serta bertindak dengan cara berbeza dan luar biasa merupakan langkah yang terbaik. Sejauh manakah anjakan paradigma kita mampu merealisasikan impian?

Nur Qalbi wadah pengisian rohani dan keintelektualan buat semua. PMFPI dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UKM memeriahkan majlis ilmu ini. Jom kita ikuti kupasan menarik  ini!! Jangan lepaskan peluang! Ayuh beramai-ramai turun ke majlis ilmu yang diberkati Allah. Moga-moga dengan usaha kita yang sedikit ini, dapat keberkatan dan keredhaan ALLAH..
 ~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI~

Friday, September 30, 2011

PERKONGSIAN ~NuR QaLBi 1 : TiMe MaNaGeMent



Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah, segala puji dan pujian ditujukan kepada Allah s.w.t  di atas nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita, sekalian hambanya. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat r.anhum. Salam pertemuan buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t.

Alhamdulillah, pada 29 September 2011 telah berlangsung Nur Qalbi musim pertama yang merupakan program berkala dari Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan PMFPI. Nur Qalbi kali ini tampil dengan kupasan mengenai  isu pengurusan masa yang merupakan aspek penting dalam pembinaan keterampilan mahasiswa/I di perbukitan ilmu UKM ini.

Bagaimanakah kita berusaha membentuk sikap dan keperibadian kita? Inilah persoalan yang dilontarkan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustaz Mohd Faisal Ash’ari. Menurut beliau, medan yang paling utama adalah diri sendiri. Sekiranya kita mampu menguruskan diri sendiri, nescaya kita akan mampu untuk mengurus selain itu. Mahasiswa/I Islam mestilah sentiasa berusaha untuk menjadi pengurus yang baik kepada diri sendiri. Peluang dan kesempatan menuntut ilmu di perbukitan ilmu UKM ini perlu digunakan semaksimum mungkin. Fikirkanlah matlamat anda, apa yang hendak dicapai bahkan apa yang telah pun dicapai.

Kupasan mengenai pengurusan masa (time management) diperincikan lagi dengan satu kata kunci penting iaitu KEUTAMAAN. Dalam hidup ini, kita sering kali berdepan dengan pelbagai PILIHAN. Justeru itu, kebijaksanaan dalam menentukan sesuatu keutamaan amatlah penting agar pilihan yang dibuat tepat dan sesuai mengikut situasi dan kondisi kita.  Pemilihan perkara utama/ prioriti perlulah dipertimbangkan berdasarkan keutamaan atau fiqh awlawiyyat. Fiqh awlawiyyat ini  meliputi tiga perkara iaitu dharuriyyat yang bersifat utama, hajiyyat (keperluan) serta tahsiniyyat (pelengkap). Ketiga-tiga perkara ini perlu diperhalusi dalam membuat sesuatu pilihan. Antara bahan bacaan yang boleh dirujuk ialah Fiqh Awlawiyyat karangan Dr. Majdi al Hilali serta karangan Dr.Yusuf al-Qardhawi.

Antara aspek lain dalam pengurusan masa yang perlu diberikan penekanan ialah pengurusan tidur iaitu tidur dan bangun pada masa yang sepatutnya. Dengan ini, insyaAllah permasalahan pengurusan masa yang lain akan mampu ditangani dengan baik. Kewajipan jauh lebih banyak dari waktu. Justeru itu, gunakanlah masa dengan sebaiknya agar mampu menjadi individu yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan agama. Paling penting, meneruskan tanggungjawab dakwah Islam kepada ummah.

Penglibatan aktif di dalam aktiviti keilmuan (kuliah, majlis ilmu) serta kegiatan berpersatuan memberi pendedahan serta pengalaman kepada mahasiswa/I untuk berhadapan dengan cabaran serta masalah. Dengan ini, terhasillah hikmah yang mampu membentuk pengurusan diri yang baik dalam diri mahasiswa/i. Pengurusan diri meliputi pengurusan masa, kewangan mahupun gerak kerja berpersatuan merupakan satu nilai tambah yang bernilai bagi mahasiswa/ I demi mencapai kecemerlangan. Tuntasnya, kesemua ini menuntut pembudayaan ilmu yang terhasil dari penghayatan, amalan, pemerhatian serta pengalaman dalam kehidupan.

ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI~





Wednesday, March 10, 2010

NUR QALBI KEMBALI LAGI

DENGAN TAJUK
"KEKASIH YANG DIRINDU"
BERSAMA SAUDARA MAHFUZAN GHADAFFI BIN MAHMOOD
TARIKH : 10 MAC 2010 (RABU)
MASA : 8.00 -9.00 MLM
TEMPAT : BSS1, FPI.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
ANJURAN : LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.

Thursday, October 15, 2009

NUR QALBI KEMBALI LAGI..


MARILAH SAMA-SAMA KITA PERGI KE MAJLIS ILMU..
MOGA MENDAPAT MANFAAT