Showing posts with label LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN. Show all posts
Showing posts with label LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Daurah Kitab Mingguan

Daurah Kitab at Masjid UKM


Assalamualaikum. Salam Mujahadah buat semua Mahasiswa/i UKM

Kini, Majlis Ilmu yang dinantikan kembali.. Daurah Kitab kembali lagi!
Ingat tarikh dan datang ke Masjid UKM setiap isnin, selasa, dan rabu malam.

♒ Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah S.a.w bersabda: “ Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Ta’ala. Maka sesungguhnya dari pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”. ♒

✿ Majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di mana mengalirnya anak sungai yg indah..subhanallah..
✿Majlis ilmu di kelilingi oleh para malaikat yg ramai yg sama2 mendengar mutiara ilmu yang disampaikan.


Program Daurah Kitab.
~Full Package 3Hari=PERCUMA
-Duduk+Dengar+Catit=DAPAT ILMU

Mari dapatkan ILMU secara PERCUMA!!!
hanya di Masjid UKM

Hari > Setiap Hari Isnin, Selasa, dan Rabu.
Masa > Jam 8.00 Malam.
Tempat > Masjid UKM

Jangan lepaskan peluang keemasan menjejaki ke majlis ilmu, di mana malaikat sentiasa berada di tempat-tempat sebegini dan mendoakan kita.

Mungkin sahabat-sahabat kita di luar sana tercari-cari majlis Ilmu. Dan kita di sini dihidangkan dengan majlis ilmu yang banyak. Ayuh Sahabat, luangkan masa seketika untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu.

Ingat, Masa muda sebelum datang masa tua. Tuntutlah ilmu walau di mana sahaja kita berada.


Warga UKM dijemput datang. Maklumat lanjut, anda bolehla dapati di Page Daurah Kitab Masjid UKM [https://www.facebook.com/daurahkitabmasjidUKM]

Anjuran : Lajnah Tarbiayh PMFPI

.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2013/2014

Thursday, April 10, 2014

Ghuraba' 2014 (Kem Penghubung Generasi Rabbani)

Assalamualaikum wrh wbt.
Baru-baru ni berlangsungnya program Kem Penghubung Generasi Rabbani GHURABA' 2014 pada 2-4 April 2014 di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu Negeri Sembilan.
Program ini dianjurkan oleh PMFPI dengan kerjasama PPA JAKIM di khususkan kepada Mahasiswa Tahun 1 Fakulti Pengajian Islam. Peserta Kem ini seramai 78 orang.

Program yang berbentuk pentarbiayahan diri melalui kepimpinan, pengurusan, Islamic Public Speaking, Team Building, Kerohanian dan Ukhwah. Program ini dianjurkan saban tahun bagi melahirkan mahasiswa yang berkempimpinan Islam, Semangat sepasukan yang baik.

Pada kali ini, peserta Kem Ghuraba' 2014 bertuah kerana menerima Murrabi atau Trainer yang sangat hebat, bijak menguasai dan menyentuh hati anak muda untuk sentiasa bersemangat, berjiwa kepimpinan, sentiasa berada dalam amal jamie, dan sentiasa mengharapkan redha Ilahi. Segala-galanya indah dengan mengikuti wasilah tarbiyah Rasulullah S.A.W.

Peserta Kem Ghuraba' 2014 dilihat berpuas hati dengan menyertai kem ini, dan masing-masing membawa cita-cita dan impian yang tersendiri setelah mengikuti pentarbiayahan selama 3 hari 2 malam bersama Cikgu Mahadi Mohd, Murrabi Ghuraba'. Cikgu Mahadi juga menekankan tentang tanggungjawab sebagai pelajar Fakulti Pengajian Islam kepada ummah di luar sana, besar amanah yang kita pikul sebagai pembawa risalah Islam. Sedarkah kalian?



Antara aktiviti menarik diadakan oleh Murrabi, Cikgu Mahadi bersama peserta Ghuraba' ialah, sharing Moment, Eco Walk and Nature Caving at Bukit Kenaboi, Qiamullail, Islamic Public Speaking, Dhuha on the Ground, Chat Subuh, Makan Berjemaah dan Persiapan Majlis Penutup oleh para peserta. Keseluruhannya, aktiviti yang dilaksanakan dapat memupuk amal jamaie, kepimpinan, ukhwah dalam kalangan peserta.











Tahniah diucapkan kepada AJK pelaksana Kem Ghuraba' 2014, Pusat Pemantapan Akidah PPA JAKIM, Murrabi Kami Cikgu Mahadi Mohd, Exco PMFPI merangkap Urusetia Pengiring dan seluruh peserta yang dirahmati Allah. Semoga usaha untuk mendapat redha Ilahi tidak terhenti di situ sahaja.
Ingatlah detik kalian bersama, ingat amal jamie itu berkat. Semoga Allah meredhai usaha bersama.
Tahniah kerana antum telah dipilih untuk menyertai kem ini.

~Datang dengan Niat, Pulang dengan Matlamat~

Sedikit gambar kenangan.
Credits to CIkgu Mahadi dan Kak Liza.









Boleh ikuti perjalan Ghuraba' 2014 dalam youtube :-

01 -  https://www.youtube.com/watch?v=FJCyJ-25a4U&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
02 -  https://www.youtube.com/watch?v=QlO4sLMAqB8&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
03 -  https://www.youtube.com/watch?v=MxnoQ8hOcvc&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
04 -  https://www.youtube.com/watch?v=xzTmhdysiNA&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
05 -  https://www.youtube.com/watch?v=3NCH2fLSsvI&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ
06 -  https://www.youtube.com/watch?v=9Pybd9xeDOg&list=UUZEn4YTKv1pgJasd9xSHkDQ


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam

Saturday, June 1, 2013

UKM Berselawat {Malam Cinta Rasul} dan Khatam Kitab Faridatul Faraid


Assalamualaikum wrh wbt....

Alhamdulillah, pada 21 Mei 2013 bersamaan 12 Rejab 1434H..
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMFPI UKM)  dengan kerjasama Pusat Islam UKM telah mengadakan program UKM berselawat di masjid UKM. Program ini merupakan program kedua bagi pimpinan 13/14.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh warga UKM dan orang luar.

Program ini adalah bersesuaian dengan matlamat PMFPI ingin menyuburkan ilmu dalam kalangan mahasiswa UKM khususnya disamping mengajak warga UKM mencintai Rasulullah s.a.w.

Selepas solat maghrib, pengajian kitab faridatul faraid oleh ustaz Azhar Hashim. Pengajian kitab ini dimulakan dari awak sem 2 sehinggalah akhir sem.
dan pada malam tersebut, ustaz menghabiskan pengjian kitab ini dan ditausiahkan oleh beliau sendiri.
Semoga, ustaz dan para penuntut ilmu yang istiqamah mendapat berkat dan rahmat Ilahi :)

Selepas khatam kitab Faridatul Faraid, kami semua solat isyak dan selepas solat bermulalah program yang ditunggu-tunggu oleh semua hadirin iaitu berselawat.
Bermulalah UKM berselawat,
Seluruh hadirin berselawat keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w,

Banyak kelebihan bagi orang yang berselawat kepada Nabi, antaranya.. :)



Surah Al-Ahzab ayat :56 maksudnya
" sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya bersalawat untuk nabi . Hai orang orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

Hadis hadis nabi s.a.w maksudnya : 
"Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat(penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" (diriwayatkan Ibnu Murdawaih)



1)  Dapat memperolehi limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah
2) Dapat memperolehi kebajikan mengangkat darjat dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan.
3)Memperolehi pengakuan kesempurnaan iman,jika kita membacanay 100 kali
4) Menjauhkan kerugian,penyesalan dan digolongkan kedalam  golongan orang orang yg solih.
5) Mendekatkan diri pada Allah
6) Memperolehi pahala seperti pahala memerdekakan budak
7) Dapat memperolehi syafaat
8) Memperolehi penyertaan dari malaikatur Rahman
9) Memperolehi hubungan  yang rapat dengan nabi (salam itu akan disampaikan oleh malaikat kepada nabi) 
10) Membuka kesempatan berbicara dgn nabi 
11) Menghilangkan kesusahan,kegundahan dan melapangkan rezki
12) Melapangkan dada
13) Menghapuskan dosa
14) Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak sanggup bersedekah 
15) Melipat gandakan pahala  yg diperolehi
16) Mendekatkan kedudukan kepada rasulullah s.a.w di hari kiamat
17) Dapat melepaskan diri dari kebingungan di hari kiamat.
18) Menjadi kan sebab sebab doa kita dapat diterima oleh Allah
19) Memenuhi satu hak nabi.
20) Di Padang masyar sebagai seorang yang mencintai Nabi
21) Di kabul segala hajat keperluannya.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur program, warga UKM yang hadir memeriahkan program. Semoga semua mendapat rahmat dan berkat Allah.

Di sini, kami sertakan bersama gambar-gambar yang diambil pada program UKM berselawat dan Khatam Kitab Faridatul Faraid.
~Pengajian Kitab Faridatul Faraid~

~Hadirin khusyuk mendengar syarahan ustaz~

~Qasidah~

~Qasidah diketuai oleh Ustaz Azhar Hashim~
~Qasidah~
~Sebahagian dari Muslimat turut hadir berselawat~


~Ustaz Azhar Hashim bersama YDP PMFPI Saudara Ammar Azlan~




Thursday, March 14, 2013

MEMBURU MARDHATILLAH DI KEM GHURABA’

Dagang bukan sebarang dagang,
Dagang membawa bekalan rohani,
Datang bukan sebarang datang,
Datang membina generasi rabbani..

            Segala puji bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi serta apa yang berada di antara keduanya. Alhamdulillah, sekali lagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) telah diberikan kesempatan untuk membawa rakan-rakan mahasiswa ke bumi Jelebu untuk mensyukuri dan menginsafi nikmat dan amanah sebagai seorang hamba kepada sang Pencipta.


            Bermula 8 hingga 10 Mac 2013, seramai 57 orang mahasiswa/i FPI telah mengikuti program Kem Generasi Penghubung Rabbani (GHURABA’) di bawah anjuran Pusat Pemantapan Akidah, JAKIM dengan kerjasama daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM. Kem yang berjalan selama tiga hari dua malam ini telah membawa kesemua peserta untuk menghayati makna sebenar kalimah rabbani di samping menyedarkan mereka untuk berlumba-lumba menjadi generasi ghuraba’. Kesungguhan peserta untuk mengislah iman di pergunungan ilmu ini telah mendapat suntikan daripada sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali pula dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang yang asing. Para sahabat bertanya :Wahai Rasulullah, siapakah orang asing itu? Rasulullah SAW menjawab : Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa… (H.R Muslim)

Suasana ceria sewaktu sesi pendaftaran peserta
            Berbekalkan semangat yang tercetus daripada laungan ‘SAHABAT AKIDAH’, kesemua peserta telah memulakan kem ini dengan sesi ice breaking yang berjalan di dalam Dewan Al-Ghazali. Layanan istimewa daripada para fasilitator telah menambahkan lagi keseronokan peserta dalam memahami erti sebuah ukhuwah yang dibina berdasarkan falsafah ‘sang semut’. Kesemua peserta juga telah diterangkan berkenaan prinsip kepimpinan dan kepentingan jama’ah berdasarkan wahyu al-Qur’an, as-Sunnah dan qaulu sahabah. Dalam masa yang sama, peserta turut diberikan sedikit tugasan berkumpulan bagi menilai sejauh mana kemampuan mereka untuk berfikiran secara kreatif, kritis dan inovatif dalam waktu yang singkat.


Mendengar arahan daripada pemimpin dalah penting dalam membina ‘sebuah jamaah’
Peserta muslimat berjaya membina ‘bunyanun marsus’
Menghayati falsafah ‘salam sang semut’ dalam slot ta’aruf
Barisan pimpinan KEM GHURABA’ bersama Ustaz Jamal
(penghulu, penghuluwati dan ketua-ketua kumpulan)
Murabbi kami yang sentiasa tenang dan ceria  – Ustaz Azlim
            Seusai solat subuh secara berjamaah, setiap peserta muslimin telah dilatih untuk menyampaikan KULIM (kuliah lim minit) kepada semua peserta kem. Walaupun kuliah hanya disampaikan dalam tempoh masa yang ‘sangat terhad’, namun perkongsian dan peringatan ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan manusia yang sering lupa dan lalai dalam mengingati tuhannya. Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, surah adz-Dzaariyaat, ayat ke 55 yang bermaksud :
Maka berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman..

Penghulu menjadi’ the first man’ yang menyampaikan kuliah pada pagi hari kedua program
            Alhamdulillah, tepat jam 8.30 pagi, kem diteruskan lagi dengan aktiviti yang ‘dinanti-nantikan’ oleh kesemua peserta. Pada pagi yang dingin itu, kami akan bertolak ke Jeram Lesong  untuk melakukan aktiviti KEMBARA HIJRAH yang merangkumi ‘jungle tracking’ dan ‘caving’ (menerokai gua) di Bukit Batu Pala sambil diiringi oleh pasukan yang berpengalaman. Kembara pada kali ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kesemua peserta dikhendaki meredah paya, mengharungi sungai dan kawasan berlumpur, berpaut pada akar-akar kayu dan rotan untuk mendaki bukit, menuruni cerun yang licin, menyelusuri jalan yang sempit dan berliku ditengah-tengah kegelapan gua sebelum mereka mengakhiri kembara yang berjalan hampir 3 jam ini. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari pelbagai ilmu berkenaan rahsia hutan dan gua, di samping merakamkan pengalaman dan detik-detik indah mereka dalam kehijauan hutan sama ada bersama manusia dan mahupun ‘serangga’.
‘Stretching’ penting sebelum melakukan aktiviti jungle tracking dan caving. 
Berdoa semoga aktiviti pendakian ini berjalan dengan selamat dan mendapat manfaat di sisi Allah.
Kegembiraan sementara sebelum  menempuhi ‘cabaran berat’ yang tersedia menanti
Pengalaman ‘manis’ di awal pengembaraaan
‘Saat indah’ melalui kawasan berlumpur kira-kira 20 meter sebelum mendaki bukit.
Menjadi ‘si bongkok tiga’ semasa meredah hutan belantara
Purdah tidak menghalang seseorang muslimah untuk mendaki bukit
Jalinan ukhuwah yang sempat dirakamkan saat menanti giliran memasuki gua
Peserta muslimat mula melakukan caving
Merasai pengalaman berada di tempat yang sempit dan gelap
Kenangan  sebahagian peserta di ‘check point langsir’
Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan pengembaraan 
Masih ceria walaupun keletihan
Di hadapan ‘pintu keluar’ Gua Periuk
Sungguh, aktiviti pada kali ini merupakan satu bentuk tarbiyyah jasadiyyah dan ruhiyyah yang lengkap bagi melahirkan generasi ghuraba’ suatu hari nanti. Para peserta telah dilatih untuk menunaikan solat ditengah-tengah hutan dan turut berpeluang untuk merasai pengalaman berwuduk di sungai. Setelah penat menjalankan aktiviti lasak, kesemua peserta bukan sahaja disajikan dengan santapan jasmani, malah mereka turut mendapat sentuhan qalbu melalui tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Fazlim. Penceramah telah berjaya menarik perhatian para peserta dengan memperingatkan mereka tentang hubungkait di antara kembara yang telah dilalui pada hari ini dengan peristiwa hijrah Nabi SAW dan kisah golongan Ashabul Kahfi yang mana kedua-duanya terkandung seribu satu hikmah dan bukti kekuasaan Allah SWT khususnya apabila melibatkan gua.

Sesi fotografi bersama ‘si gonggok’
Hutan tidak menghalang untuk kita solat berjamaah
Pada sebelah petangnya, semua peserta dikhendaki mengikuti aktiviti lukisan dalam slot ‘Melukis Dengan Telinga’. Dalam slot ini, kesemua peserta diminta untuk melukiskan susunan objek seperti mana arahan yang dikeluarkan oleh fasilitator. Modul ini bertujuan untuk melatih para peserta supaya peka mendengar arahan dan berfikiran kritikal semasa menyelesaikan arahan yang diberi. 


Aktiviti indoor yang memecah kebosanan peserta di tengah hari
Selepas selesai menunaikan solat asar secara berjamaah, para peserta telah diminta untuk berkumpul di dataran Muhammad al-Fateh bagi menjalankan aktiviti riadah berkonsep. Dalam aktiviti riadah kali ini, elemen kepimpinan dan kerjasama sangat dititikberatkan oleh fasilitator. Riadah yang berkonsepkan permainan ini telah berjaya mencetuskan semangat berpasukan dan kemahiran mendengar arahan daripada seorang ketua. Maka benarlah kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab bahawa :

Tidak ada Islam melainkan dengan Jama’ah, tidak ada Jama’ah melainkan dengan Imam, tidak ada Imam melainkan dengan Ketaatan..

Telatah sebahagian peserta ketika bermain ‘seven up’
Menguji kreativiti peserta dalam permainan ‘spider web’
Gembira ‘mengebom’ kumpulan lawan
Sinaran keceriaan yang terukir di wajah setiap peserta telah dipadamkan dengan siraman muhasabah pada sebelah malamnya. Titisan demi titisan air mata keinsafan jatuh membasahi pipi para peserta apabila nurani mereka mula disentuh dengan peringatan-peringatan yang mendidik jiwa. Alhamdulillah peringatan yang diberikan sedikit sebanyak mampu menyedarkan manusia yang semakin jauh dengan penciptanya.

La tahzan, innaAllaha ma’ana – Sesi Sentuhan Qalbu
Lihatlah, mana mungkin pengalaman ini akan dapat kita perolehi ketika berada di dewan kuliah mentelah ditengah-tengah kesibukkan kota. Penulis yakin dan percaya ini adalah pengalaman pertama yang sangat berharga dan tidak akan dapat dilupakan oleh kesemua peserta kem pada kali ini.

Peserta Kem GHURABA’ bersama-sama dengan
Timbalan Dekan FPI dan penguasa Pusat Pemantapan Aqidah, JAKIM.
            Akhir kalam, tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua peserta di atas kerjasama dan peartisipasi yang sangat baik sepanjang kem ini berlangsung. Di harapkan kem seperti ini dapat dianjurkan sekali lagi pada sesi yang akan datang dengan penglibatan peserta yang lebih ramai lagi. InsyaAllah, sama-sama kita nantikan KEM GHURABA’ 2.0. Wallahu ‘alam..


ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI