Showing posts with label mode prOgram. Show all posts
Showing posts with label mode prOgram. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Ambang program terakhir sesi kali ini~

Assalamualaikum wrh wbt.

InsyaAllah pada minggu ini, PMFPI menganjurkan dua program berkala yang terakhir bagi sesi kempimpinan kali ini.

1 . Nur Qolbi

Nur Qalbi datang lagi. Datang dengan Isu yang perlu kita cakna akan konsep,hakikat,hukum dan perlaksanaannya oleh umat Islam masa kini.

Tajuk:Hudud satu Jawapan
Penceramah:Ustaz Dr.Muhammad Adib b.Samsudin
Tarikh:24 April 2014
Masa:8.00 Malam
Tempat:Masjid UKM

Jemput datang ke Program Nur Qalbi.

''Barang siapa yang Allah mengkehendakinya untuk menjadi Baik,Maka akan diberikan kepadanya kefahaman tentang Agama


2. Citra Siswi Mega

✿ Menyusun Kehidupan, Menyemai Kebahagiaan ✿

"Kehidupan yang sejahtera adalah berpunca dari hati yang suci dan ikhlas, atur kehidupan dengan iman dan ilmu, semai kehidupan dengan kebahagiaan, agar hidupmu dalam raudhatul sakinah dan rahmah"

Tarikh : 25 April 2014
Tempat : DK 3F 201, FSSK
Masa : 12 tengahari - 2 petang
Penceramah :
Panelis 1 ) Ustazah Aqidah , Peserta Ustazah Pilihan
Panelis 2 ) Ustazah Noor Lizza , Pensyarah Jabatan Syariah
Moderator : Ukhti Siti Khaulah , Exco Siswi PMFPI

* Semua Siswi dijemput Hadir *
# 100 terawal mendapat Cupcake percuma #

~Women's dillema : Careers VS Family~


Dua tanggungjawab wanita hari ini, jom hadir untuk mendengar kupasan lanjut.


"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” 


Dan program berkala yang berjalan setiap minggu :

3. Daurah Kitab :



InsyaALLAH malam ini (23.04.2014) Pengajian Daurah Kitab di Masjid UKM bersama Halaqah Ta'lim Darul Mahabbah (HTDM) dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hosnee Al-Azhari dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizi Abdul Rahman.

Majlis Ilmu dan Pengajian Kitab :
- Tafsir Al-Quran
- Mukhtasar Ibn Abi Jamrah (Hadith)
- Bidayatul Hidayah
- 40 Kisah Motivasi Mukjizat Rasulullah ﷺ

Dijemput semua para pencinta ilmu, para pelajar UKM khususnya dan warga luar amnya untuk duduk bersama didalam majlis ilmu & taman-taman syurga. Semoga peroleh manfaat dan barakah insyaALLAH.


# Semua dijemput Hadir #

:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam

Thursday, October 31, 2013

Majlis Ilmu bertebaran di UKM.. ('',)


Assalamualaikum wrh wbt..

Alhamdulillah , tsumma alhamdulillah. Dengan rahmat dan 'inayah Ilahi dapat lagi kita bernafas menghirup udara , meng'abdikan diri kepada-Nya dengan penuh rasa taat dan syukur. Tanpa pertolongan Allah, mana mungkin kita dapat melakukan kerja-kerja dengan baik, menunaikan amanah yang kita rasa tak tertanggung.
Allah merancang terbaik untuk hamba-Nya, usaha sehabis baik, redha, sabar dan syukur dengan natijahnya.

Sepanjang minggu ini, PMFPI telah melaksanakan pelabagai program untuk pelajar Fakulti Pengajian Islam dan semua warga UKM.


Bermula Hari Sabtu 26 Oktober 2013, Pusat Islam UKM dengan kerjasama PMFPI telah melaksanakan Daurah Kitab Matan Arbain dengan Penceramah yang hebat dari dalam UKM dan luar UKM. Alhamdulillah, penyertaan warga UKM yang ramai berminat untuk mengetahui dan mempelajari Hadis 40 secara lanjut. Semoga Allah redha, sebarkan ilmu yang diperoleh. :)


Berikutnya, hari isnin 28 / 10 / 2013  hingga 30 / 10/ 2013 PMFPI bersama Kelab Jabatan telah melangsungkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) sejajar dengan anjuran JPPEL UKM Alhamdulillah,. M3P PMFPI berjalan dengan lancar, di jalankan di Singgahan Ilmu, bermula dari Jam 9 Pagi hinggan 4 Petang.

M3P berlangsung dengan PMFPI menyediakan borang Penyertaan Persatuan PMFPI, Kami turut membuka penyertaan TEAM MEDIA FPI bagi membantu melangsungkan Dakwah melalui Media di UKM. Bagi menambah menarik M3P PMFPI, Kami menawarkan pertandingan teka silang kata, penempahan Blazer Muslimin dan Muslimat FPI, Tshirt PMFPI, jualan buku Bacaan Ilmiah dan banyak lagi jualan lain. M3P bertujuan untuk membuka keahlian penyertaan ahli PMFPI, mengenal pasti kecenderungan pelajar Tahun 1 FPI dalam lajnah yang diminati supaya mudah untuk mereka diserap ke bawah lajnah berikut disamping untuk memperkasakan kepimpinan mereka. Selain itu M3P bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pimpinan PMFPI bersama pelajar FPI serta untuk memastikan pelajar FP tahu tentang fungsi Kepimpinan PMFPI kepada pelajar FPI. "Kebajikan Anda, Tanggungjawab Kami" InsyaAllah :)

Alhamdulillah, PMFPI menerima penyertaan ahli Tahun 1 FPI yang ramai. Terima Kasih kerana mendaftar. Anda lah keluarga besar PMFPI. ^^


Seterusnya, pada 28 / 10/ 2013 juga, PMFPI dengan kerjasama Pusat Islam UKM melangsungkan Daurah Kitab Mutiara Tasawuf yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil merupakan Ustaz yang hebat dalam bab Tasawuf.


   

Pada 29/10/2013 hari selasa pula, PMFPI menganjur Daurah Kitab oleh al-Habib Syed Naqjamuddin Othman al-Khered..


Pada keesokan harinya , hari rabu 30 / 10 / 2013 pula, Ada Halaqoh Ta'lim Darul Mahabbah merupakan program berkala PMFPI  dengan kerjasama Pusat Islam UKM kepada pencinta Ilmu di UKM. HTDM ini berpakej lengkap kerana dalamnya terdapaat daurah dan diakhiri dengan Qasidah oleh Asatizah yang hebat-hebat.  Kepada yang terlepas minggu ini. InsyaAllah minggu depan HTDM berjalan seperti biasa. :)


Dalam  masa yang sama juga, PMFPI sedang giat melaksanakan Qasidah di Surau-surau Kolej. Pada minggu ini PMFPI turun ke Kolej Keris Mas. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah berselawat dan berqasidah, Bacaan Maulid Ringkas, Tausiyah dan Taujihat oleh Ustaz Roslan Abdul Rahman.
Pada malam ini juga, PMFPI dengan kerjasama Team Qasidah mencari ahli-ahli Team Qasidah baru yang berminat untuk memberi komitmen dalam menyebarkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

InsyaAllah, 31/10/13 hari Khamis, PMFPI sekali lagi akan mengadakan Nur Qobi di Masjid UKM dengan membawa tajuk : Ku Jaga Auratku, Kau jaga Pandanganmu dan akan disampaikan oleh Pensyarah  Fakulti Pengajian Islam yang sangat hebat dan terkenal dengan ceramahnya. Semoga seluruh warga UKM mendapat manfaatnya..

PMFPI bergiat menjalankan program-program ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mencapai redha Allah, menyebarkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW, menyebarkan dakwah dan syi'ar Islam di bumi UKM khususnya. Semoga seluruh warga UKM membuat pilihan yang terbaik, isilah masa muda dengan mengutip seberapa banyak mutiara ilmu.. 


{وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ المُؤْمِنِينَ}


Semoga peringatan yang disebarkan ini memberi manfaat kepada sahabat sekalian.. Ambillah peluang menuntut ilmu walau di mana kita berada.

# Kerja Kerana Allah. :)



.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

Saturday, March 17, 2012

Suburnya Keilmuan di UKM

Suasana keilmuan di UKM semakin terasa kini. Setiap minggu, pasti ada program-program keilmuan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada persatuan umum, persatuan fakulti mahupun di kolej-kolej kediaman. Suasana ini dilihat merancakkan perkembangan intelektual di perbukitan ilmu UKM khususnya. PMFPI melihat perkembangan ini sebagai satu usaha positif dari semua pihak terutamanya dalam membentuk mahasiswa yang berkualiti.
 
Pelbagai pihak memainkan peranan dalam menghidupkan suasana seumpama ini. Di peringkat PMUKM telah berjaya menganjurkan Suara Kampus dan pelbagai program lainnya yang menyaksikan kehadiran ramai mahasiswa UKM bagi mendapatkan pencerahan dan perkongsian ilmu dengan topik yang pelbagai. Demikian juga di peringkat Ikatan Studi Islam (ISIUKM) telah menganjurkan Ummah Talk dan Sembang Santai Siswi yang turut mendapat sambutan baik dari mahasiswa/i UKM. Baru- baru ini, Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain turut sama memeriahkan suasana keilmuan di UKM melalui penganjuran Minggu Hak Asasi Manusia yang memberi kesedaran mengenai saudara seislam kita di Palestin.    
     Di peringkat PMFPI turut sama memeriahkan keilmuan di UKM melalui penganjuran Nur Qalbi dan Citra Siswi. Di samping itu, kelab-kelab jabatan di FPI turut menganjurkan pelbagai program. Sepanjang minggu ini iaitu pada 12-16 Mac, terdapat dua program yang dianjurkan oleh kelab jabatan iaitu Minggu Mahasiswa Dinamik (MMD) oleh Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan ( JAKMA)  dan Festival Kebudayaan Timur Tengah oleh Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDHAH) .  
   Selanjutnya, diteruskan dengan  program UKM Berselawat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 17 Mac 2012 dan Pengajian Kitab : Adab Menuntut Ilmu oleh Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki anjuran Kelab Mahasiswa Jabatan Usuluddin dan Falsafah  dan Pusat Islam. PMFPI menjemput seluruh warga UKM untuk turut sama memenuhi ruang masjid UKM dan memeriahkan program yang dianjurkan ini. Jangan ketinggalan, peluang menimba ilmu dan tingkatkan thaqafah!   
 Akhir kalam, PMFPI mengharapkan ruang keilmuan yang terbuka luas ini digunakan secara maksimum oleh mahasiswa/ i sebagai nilai tambah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai penuntut ilmu. Suburnya keilmuan diharapkan menjadi suluhan bagi menambah keimanan kepada Allah dan memandu kecemerlangan akhlak, sahsiah dan keilmuan mahasiswa/I di perbukitan ilmu ini.
ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

Sunday, March 13, 2011

cOming sOOn!!!



kpd seluruh wrga FPI tahun 3 sekalian..Anda semua dijemput untuk menghadirkan diri bagi menjayakan Bengkel Kerjaya 2011 Anjuran MPM FPI THN 3 dgn kerjasama Kedekanan FPI & PMFPI..Moga mahasiswa/i tahun 3 FPI tidak mensia2kn peluang yang diberikan khas kepada anda semua..pendaftaran RM10 utk makan dan sijil..pasti berbalOi-balOi..Pendaftaran boleh dibuat sekarang sehingga ari rabu kepada 019-3471997(Syafiq) @ 014-8105001(Syahirah)



jOm sama2 sertai..pelbagai aktiviti menarik menanti anda..aktiviti indOOr, OutdOOr, mOtivasi dan sebagainya..utk merasai pengalaman yg hebat,jOm pakat sertai..bayaran hanya RM5 sahaja..berbalOi-balOi..pasti menarik, pasti tidak menyesal..fOr mOre infOrmatiOn, please cOntact miss sakinah (0193706908) ..jumpa di sana!!!