HEBAHAN MELUAS. Kepada nama-nama dibawah, anda semua telah terpilih untuk menyertai program Bengkel Kecemerlangan Akademik Fakulti Pengajian Islam Sesi 2011/2012. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 Disember 2011/9 Muharram 1432H (Isnin)
Masa : 8.00 pagi- 7 malam
Tempat : Hotel Residen, UNITEN
Anjuran : Fakulti Pengajian Islam
Senarai Nama yang Terpilih
A119611 Mohd Zuhairi bin Jamil
A120791 Hashimi Rafsanjani b. Patahir
A121210 Muhamad Hanis bin Jumali
A124040 Muhammad Zuhdi bin Hasamudin
A124236 Muhammad Safwan bin Heris
A125271 Naimatul Izah binti Md Mahidin
A125589 Muhammad Arif Shah bin Abdul Malek
A126037 Salmi Edward
A126155 Muhammad Faiz bin Ghazali
A126267 Mohd Syafiq bin Zaman Huri
A127833 Muhammad Faiz bin Mohd Rasul
A127943 Norfarhatul Jannah binti Sobani
A128076 Hasnaini binti Harun
A128356 Amirah binti Zamri
A128373 Siti Nurul Hayu binti Raikan
A128408 Muhammad Hanafi bin Kad Rusman
A128668 Norazimah binti Pain
A129076 Ahmad Assri bin Azizan
A129092 Muhammad Solihin bin Mhd Bahari
A129190 Muhammad Naufal bin Ismail
A129225 Mohd Akmal bin Hashim
A129261 Mohd Irshad bin Ismail
A129414 Muhammad Hakim Adli bin Abu Bakar
A129460 Suhaizam binti Abdullah
A129818 Mohammad Izzudin bin Adam
A129853 Nurul Mukarramah bin Ambok Dalik
A129879 Muhammad Helmi Fahmi bin Abd Rashid
A130635 Nor Ismahazali bin Ismail
A130656 Zaidad Farha binti Mohamad Rohaizad
A130896 Muhammad Najdi bin Abdul Majid
A131162 Fadhilah binti Abd Rahim
A131167 Asniah binti Ahmad
A131507 Miss Aseeyoh Lateh
A132636 Nur Ha'anah binti Khaderi
A132810 Muhammad Zakwan bin Halim
A132989 Muhammad Shuib bin Din
A133524 Nurfiza Syahida binti Mazid
A133983 Ahlam binti Wan Zainal Abidin
A134159 Nor Hidayah binti Mohamed
A134209 Mohamad Khairul Nadzir bin Ahmad Kadri
A134226 Siti Sarah binti Mahassan
A134244 Mohd Faris bin Jamaludin
A134255 Mohammad Ridzuan bin Abdul
A134340 Madihah binti Mat Zin
A134411 Nasibah binti Ismail
A134526 Roziah binti Juni
A134746 Muhamad Zulfazli bin Mohd Ghazali
A134750 Siti Zaleha binti Matussin
A134761 Nur Syairah binti Zainal Abidin
Pelajar-pelajar yang telah disenaraikan boleh membuat pendaftaran awal kepada pihak pengurusan Fakulti Pengajian Islam, di Pejabat Dekan selewat-lewatnya pada 2 Disember 2011.
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Minggu Keusahawanan '11 : Terokai Dunia Keusahawanan
PMFPI dengan kerjasama Kelab – Kelab Jabatan FPI akan mengadakan Minggu Keusahawanan ’11 yang bermula pada 21 November – 25 November 2011ini bertempat di Foyer Fakulti Pengajian Islam. Justeru itu, PMFPI amat menggalakkan penyertaan dari seluruh mahasiswa/ i FPI dalam setiap aktiviti yang akan berjalan selama satu minggu ini. Dengan bertemakan ekonomi Islam Pemacu Pembangunan Ummah, mahasiswa/ i berpeluang untuk menerokai dunia keusahawanan berteraskan syariah. Pastinya menarik buat semua. Jom sertai, jangan lepaskan peluang!! Untuk penyertaan dan pertanyaan lanjut,sila hubungi :-Shazni Aqso : 019-3688194
- Nur Ain : 013-2907929
- Nur Ain : 013-2907929
TENTATIF MINGGU KEUSAHAWANAN ‘11
21 /11/11- Isnin (2-4 petang)
DEKO KEK & PERTANDINGAN
22/11/11- Selasa (10-12 tgh hari)
MULTI LEVEL MARKETING TALK
23/11/11- Rabu ( 10-12 tgh hari)
SLOT BERSAMA HERBA PENAWAR AL-WAHIDA(HPA)
GERAI JUALAN & PAMERAN
24/11/11- Khamis (2-4 ptg)
DEKO COKLAT & PERTANDINGAN
25/11/11- Jumaat (11 pagi)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
Sunday, November 20, 2011
PERKEMBANGAN MANIFESTO MPP FPI
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa/i FPI.Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi FPI yang membantu gerak kerja Majlis perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPP FPI). Saya ingin mengajak diri saya dan juga seluruh mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengajian Islam bersyukur diatas kurniaan yang tidak terhingga oleh Rabbul jalil kepada kita sebagai hamba kepada-Nya.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam,pada hari ini kita menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.
Pemberitahuan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada seluruh mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam (FPI),berkenaan manifesto Majlis Perwakilan Mahasiswa FPI yang lepas iaitu penyediaan water cooler dan juga mesin fotostat di FPI. Pemberitahuan ini juga bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seluruh mahasiswa/i FPI berkenaan manifesto tersebut.
Untuk pengetahuan seluruh mahasiswa dan mahasiswi FPI,selepas pilihanraya kampus yang lepas,saya telah menghantar surat permohonan untuk menyediakan water cooler dan mesin fotostat di FPI.Setelah dibincang perkara ini oleh pihak pentadbiran FPI,maka permohonan tersebut diluluskan.(Lihat surat kelulusan di lampiran)
1.Mesin Fotostat
Mesin fotostat merupakan keperluan bagi mahasiswa/i FPI. Justeru itu, setelah mengadakan perbincangan, saya dan pihak kedekanan FPI bersetuju untuk menyerahkan pengendalian ruangan mesin fotostat tersebut kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dengan berkonsepkan “one stop centre” di mana terdapat perkhidmatan fotostat, printing dan lain-lain perkhidmatan yang menjadi keperluan bagi mahasiswa FPI.Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dijalankan kerana saya kemudiannya mendapat surat dari pihak penjanaan bendahari yang tidak bersetuju ruangan mesin fotostat ini dikendalikan oleh persatuan mahasiswa atas sebab-sebab tertentu. Antara permasalahan yang menghalang untuk meletakkan mesin fotostat di FPI yang berkonsepkan “one stop centre” adalah ruang yang terhad di FPI. Justeru itu, pihak saya sedang mencuba dan berbincang dengan pengurusan FPI untuk mendapatkan ruang yang sesuai di FPI.Saya juga sedang berusaha untuk mendapatkan pengusaha luar untuk menguruskan berkenaan ruangan perkhidmatan mesin fotostat di FPI.(Lihat lampiran surat dari pihak penjanaan bendahari UKM).
2.Water Cooler
Buat pengetahuan mahasiswa/i FPI, penyediaan water cooler sudah diluluskan oleh pihak FPI dan Unit Penjanaan bendahari. Pihak FPI juga telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) untuk tindakan.Tetapi dukacita kerana tiada sebarang maklum balas dan tindakan dari pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) .Saya selaku MPP FPI berusaha sedaya upaya untuk memastikan penyediaan watercooler di FPI. Halangan yang berlaku adalah di peringkat pentadbiran JPP berikutan tiada sebarang maklum balas dan tindakan. Saya tidak akan berdiam diri jika keadaan terus begini dan insyaAllah akan memastikan ada tindakan dari pihak yang bertanggungjawab agar perkara ini dapat dilaksanakan.
Moga dengan pemberitahuan ini,mahasiswa/i FPI dapat mengetahui keadaan sebenar berkaitan perkembangan manifesto MPP FPI saudara Muhammad Ikram Bin Darus serta terjawab persoalan yang bermain dalam fikiran anda selaku mahasiswa/i FPI.
Sekian,Terima kasih.
“Bersama Mahasiswa Merealisasikan Varsiti”
Yang benar,
MUHAMMAD IKRAM BIN DARUS
Naib Presiden 4 PMUKM
Merangkap Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.
LAMPIRAN
Thursday, November 17, 2011
TERKINI DAN ISTIMEWA.. PASTINYA KEMAS

TERKINI..MENARIK..ISTIMEWA..
Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan PMFPI menganjurkan program pembangunan mahasiswa Islam dengan bertemakan kemantapan akhlak dan sahsiah menentukan kecemerlangan akademik. Ayuh, kita ubah mindsetting pendidikan semasa yang bersifat exam oriented kepada sesuatu yang bersifat kecemerlangan secara menyeluruh meliputi kemantapan akhlak dan sahsiah sebagai mahasiswa Islam.
Kem Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah (KEMAS) menyediakan pengisian yang bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari sudut rohani, jasmani dan emosi,menerapkan nilai sahsiah yang berwibawa serta tinggi jati diri, melahirkan mahasiswa yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah, menekankan konsep keutamaan apabila berdepan dengan pelbagai masalah yang timbul serta mengeratkan hubungan di kalangan para mahasiswa melalui aktiviti menarik yang akan dijalankan.
ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
Wednesday, November 16, 2011
Terus Bermotivasi !!
PMFPI mengucapkan selamat kembali ke perbukitan ilmu UKM kepada seluruh mahasiswa/i yang dikasihi Allah..Moga-moga sekembalinya dari percutian selama seminggu kali ini dapat mencas kembali semangat untuk terus berjuang menuntut ilmu.Kejayaan yang paling indah ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan pengorbanan untuk merealisasikannya. Individu yang sanggup melalui pengorbanan dan bersusah payah, dialah manusia yang bersedia untuk melalui detik-detik kemenangan di hari muka,insyaAllah..Perbaharui niat, menuntut ilmu kerana Allah untuk mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat. Moga-moga ilmu yang dituntut mampu diamalkan kepada jalan- jalan kebaikan..
Ya Rabbana, suburkanlah di hati kami ilmu yang bermanfaat agar dengannya kami hidup dengan iman dan taqwa kepadaMU.Amiin ya Rabbal ‘Alamin.
~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
Wednesday, November 9, 2011
SALAM AIDILADHA
Aidil Fitri dan Aidil Adha merupakan dua perayaan agung bagi umat Islam. Anas bin Malik melaporkan sebagaimana yang direkodkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'i:
''Rasulullah s.a.w tiba di Madinah dan ketika itu penduduk Madinah bergembira dengan dua perayaan mereka. Lantas, Baginda s.a.w bersabda:
''Sesungguhnya Allah Taala menggantikan kedua-dua perayaan itu dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya iaitu Aidil Adha dan AidilFitri."
Aidil Adha disambut dengan pelaksanaan ibadah korban (udhiyyah) oleh umat Islam. Korban (udhiyyah) adalah ibadah yang sangat dituntut dalam Islam, dilakukan pada bulan Zulhijjah, iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Tujuan utama ibadah ini adalah semata-mata untuk dijadikan sebagai satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ibadah ini merupakan sunnah yang telah dilakukan oleh bapa para nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s.
Nostalgia abadi pengorbanan seorang ayah bernama Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah agar menyembelih anak kesayangannya, Ismail (surah al-Maaidah 5:27-30). Ketika mana baginda melihat dalam mimpi baginda menyembelih puteranya sendiri Ismail a.s., keyakinan baginda dan Nabi Ismail a.s terhadap Allah melebihi segala-galanya. Baginda rela mengorbankan anaknya dengan penuh keimanan kepada Allah. Begitu jua Nabi Ismail a.s. Ibadah korban mengajar kita agar mengikis kecintaan kepada selain Allah sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. Cinta dan kasihnya kepada Ismail begitu mendalam, tetapi kecintaan kepada Allah mengatasi segalanya. Kerana itu, Allah s.w.t memuji Nabi Ibrahim a.s dalam firmannya yang bermaksud :''Serta Kami menyerunya:'' Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang Engkau lihat itu.'Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.'' (surah al-Shaffat 37: 104-105).
Ibrah dari pengorbanan generasi terdahulu. Pengorbanan yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. Hidup ini merupakan satu perjuangan. Dan perjuangan memerlukan pengorbanan. Tidak rugi melakukan pengorbanan untuk meninggalkan perkara-perkara mungkar yang mungkin amat disukai dan sebati dengan diri demi mentaati Allah dan Rasul. Marilah sama-sama kita menegakkan nilai-nilai Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Akhir kalam, PMFPI mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua. Hayati dan aplikasikan pengorbanan berlandaskan syariatullah~
~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
Saturday, November 5, 2011
isu Seksualiti Merdeka
Negara kita Malaysia telah digemparkan dengan programSeksualiti Merdeka 2011 yang kononnya berteraskan perjuangan "Human Right" iaitu program yang menuntut hakdan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Program ini bertemakan "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.
Saya dengan ini menyeru kepada semua pihak untuk MEMBANTAH penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 ini kerana ia amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal. Bukan agama Islam sahaja yang melarang hubungan sejenis ini tetapi agama Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 mahukan sekarang.
Semuanya sekarang mahukan rasa hidup bebas tanpa sekatan dan pegangan agama.Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan SESAMA JENIS adalah suatu noda yang DILARANG oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.
Firman Allah swt:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar Ruum: ayat 21)
Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh pengalaman hidup yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas beliau berkahwin dengan kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan atau naluri mahu memiliki anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong beliau mendapatkan anak melalui ibu tumpang.
Saya dengan ini menyeru kepada semua pihak untuk MEMBANTAH penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 ini kerana ia amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal. Bukan agama Islam sahaja yang melarang hubungan sejenis ini tetapi agama Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 mahukan sekarang.
Semuanya sekarang mahukan rasa hidup bebas tanpa sekatan dan pegangan agama.Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan SESAMA JENIS adalah suatu noda yang DILARANG oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.
Firman Allah swt:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar Ruum: ayat 21)
Apa sebenarnya halatuju Program Seksualiti Merdeka 2011 ini?
- Mengenegahkan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
- Menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) kerana mereka mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut
Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan Human Right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud radhiyallahu 'anhu :
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Asas larangan tersebut adalah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah swt. sebagaimana murkanya Allah swt ke atas kaum Nabi Luth as. yang mengamalkan gaya hidup homoseksual.
Budaya gay dan lesbian adalah budaya songsang yang tidak sewajarnya diperjuangkan dan diamalkan oleh ummat manusia amnya dan ummat Islam khasnya. Malah ia sangat bertentangan dengan nilai moral dan fitrah kemanusiaan serta tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi manusia selaku penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan pupuslah generasi ummat manusia sedang Nabi saw berbangga dengan lahir ummatnya yang ramai.
Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh pengalaman hidup yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas beliau berkahwin dengan kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan atau naluri mahu memiliki anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong beliau mendapatkan anak melalui ibu tumpang.
Terdapat 2 perkara yang tidak boleh menyelesaikan masaalah dan konflik jiwa mereka.
- perkahwinan sejenis yang mereka amalkan tidak boleh memenuhi kehendak mereka untuk memiliki seorang anak.
- biarpun mereka boleh mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang, mereka tetap tidak boleh memenuhi hasrat naluri mereka untuk memiliki anak kandung yang tentunya hadir secara fitrah.
Sedangkan dua perkara inilah antara pelengkap kebahagiaan dan kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Rumahtangga yang dibina melalui perkahwinan sejenis ini hanya mungkin boleh mencapai kepuasan dari sudut melampiaskan nafsu seksual tetapi jiwa mereka meronta mencari sebuah ketenangan hakiki.
Sabda Rasulullah saw
تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة
Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak. (Riwayat Imam Ahmad).
Akhirnya, semoga kita semua dijauhi daripada segala kemungkaran. Moga kita semua berada di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T..
~ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI~
Thursday, November 3, 2011
Inspirasi Kecemerlangan MAKA ISIUKM
‘’ Seseorang penuntut ilmu dalam bidang apapun akan merasakan dorongan untuk sukses yang luar biasa apabila ia menjadikan perintah agama sebagai motivasi utamanya.Dengan itu, dia akan menjadikan masa –masa sukarnya dalam menuntut ilmu sebagai perjuangan suci (jihad) untuk meninggikan kalimah Allah’’.
Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) anjuran Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).
Semalam telah berlangsung majlis apresiasi kepada ahli-ahli ISIUKM yang berjaya menggapai kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum dengan harapan, kejayaan mereka menjadi pendorong dan motivasi buat semua. Moga-moga apresiasi ini memberi semangat kepada mereka yang telah berjaya untuk terus meningkatkan prestasi serta menjadi pendorong kepada yang lain untuk meneruskan usaha dan mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya di samping menanam rasa cinta kepada ilmu.
Semalam telah berlangsung majlis apresiasi kepada ahli-ahli ISIUKM yang berjaya menggapai kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum dengan harapan, kejayaan mereka menjadi pendorong dan motivasi buat semua. Moga-moga apresiasi ini memberi semangat kepada mereka yang telah berjaya untuk terus meningkatkan prestasi serta menjadi pendorong kepada yang lain untuk meneruskan usaha dan mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya di samping menanam rasa cinta kepada ilmu.
Yang dinamakan mahasiswa, sewajarnya mempunyai nilai-nilai keintelektualan dan tinggi sahsiahnya. Menguasai bidang ilmunya serta menggarap ilmu ke arah tindakan dan sumbangan untuk kebaikan ummah. Sahabat mahasiswa/i yang terpilih sebagai penerima anugerah di dalam majlis ini bukan hanya cemerlang akademiknya, bahkan juga aktif di dalam berpersatuan. Ini kerana dengan berpersatuan, ia mampu melatih kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam hidup. Berpersatuan bukanlah satu halangan untuk cemerlang dalam akademik, bahkan meningkatkan lagi potensi yang ada pada diri mahasiswa/i.
PMFPI mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat semua penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik ISIUKM mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam, iaitu Wakil tahun dua: Muhamad Azan bin Safar dari Jabatan Pengajian al Quran dan Sunnah & Muhammad Syibli bin Yusof, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Wakil tahun tiga: Tengku Nur Farah Nadia binti Tengku Zakaria dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam(Naib Yang Dipertua PMFPI) serta Rohanizan binti Abd. Ghani dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (Setiausaha PMFPI). ISIUKM turut memberi penghargaan kepada saudara Muhammad Faiz bin Ismail, graduan Fakulti Pendidikan di atas kejayaannya memperolehi Anugerah Tokoh Emas Universiti yang diterima baru-baru ini.
Akhirnya, PMFPI mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada sahabat mahasiswa/i agar terus bersemangat dalam menuntut ilmu. Jadikanlah kejayaan mereka sebagai satu motivasi dan inspirasi. Moga-moga kecemerlangan menjadi milik kita semua dengan izin Allah. Menuntut ilmu satu perjuangan hingga ke akhir hayat. Ilmu itu pula perlu diseiringkan dengan penghayatan dan pengamalan secara amali.Ilmu tanpa amal itu ibarat pokok yang tidak berbuah. Alangkah beruntungnya apabila kita menanam pokok kita dapat memakan hasilnya iaitu buah yang begitu manis. Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah dan meningkatkan ketaqwaan kita.Semoga kita memperoleh rahmatNya sentiasa.


Tuesday, November 1, 2011
MUKMIN DAN UJIAN
“Subhanallah, Syafiq kemalangan”. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh kawannya, Ali. “Bila kita nak pegi melawat”. Tanya Saleh. “Selepas Asar”. Jawab Ali ringkas.
Situasi tersebut sering terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Kadang-kadang kita lupa bahawa sebenarnya kita diuji oleh Allah taala dalam pelbagai bentuk. Antara ujian yang perlu kita tempuhi setiap hari ialah ujian melaksanakan ketaatan, meninggalkan maksiat serta ujian berbentuk kesakitan. Allah berfirman yang bermaksud : “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah : 155)
Makna Sabar
Sabar ialah menahan diri daripada marah terhadap sesuatu yg tidak disukai serta menahan lidah daripada mengadu selain daripada Allah.
Jenis-Jenis Sabar
1. Sabar dalam melaksanakan amal kebaikan.
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat.
3. Sabar dalam menanggung ujian daripada Allah
Ganjaran Orang Sabar
Allah berfirman :
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(Al-Zumar : 10)
Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya. Dan kebaikan yang demikian itu tidak akan didapati melainkan hanya untuk orang mu'min, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia pun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya. Sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran (yakni yang merupakan bencana) ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya." (Muslim, Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq, Bab al-Mu’min Amruhu Kulluhu Khair)
Allah tidak akan menguji seseorang diluar batas kemampuannya. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah menghitung segala amalan yang dilakukan hambaNya..
Subscribe to:
Posts (Atom)