Dunia masa kini dipenuhi cabaran lantaran itu, menjadi tanggungjawab kepada golongan mahasiswa untuk mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sewajarnya agar mampu menyumbang manfaat kepada ummah.Ini bertepatan dengan peranan mahasiswa Islam selaku agen pengubah masyarakat dalam usaha penyebaran dakwah kepada masyarakat.
TERKINI..MENARIK..ISTIMEWA..
Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan PMFPI menganjurkan program pembangunan mahasiswa Islam dengan bertemakan kemantapan akhlak dan sahsiah menentukan kecemerlangan akademik. Ayuh, kita ubah mindsetting pendidikan semasa yang bersifat exam oriented kepada sesuatu yang bersifat kecemerlangan secara menyeluruh meliputi kemantapan akhlak dan sahsiah sebagai mahasiswa Islam.
Kem Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah (KEMAS) menyediakan pengisian yang bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari sudut rohani, jasmani dan emosi,menerapkan nilai sahsiah yang berwibawa serta tinggi jati diri, melahirkan mahasiswa yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah, menekankan konsep keutamaan apabila berdepan dengan pelbagai masalah yang timbul serta mengeratkan hubungan di kalangan para mahasiswa melalui aktiviti menarik yang akan dijalankan.
ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
No comments:
Post a Comment