Bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Perpecahan
kelab harus dibendung, rapatkan ukhuwah satukan pendapat.
Bertemakan “Profesionalisme
Asas Kesatuan Ummah”, kursus ini telah menyediakan pelbagai modul yang
bermanfaat untuk ditekuni oleh kesemua peserta kursus. Berpaksikan kepada tiga
matlamat utama program, pihak penganjur cuba untuk menanamkan sifat
profesionalisme dalam diri setiap pimpinan kelab dan persatuan bagi melahirkan
seorang pemimpin Islam yang memiliki peribadi yang unggul serta berdisiplin
dalam setiap urusan yang dilaksanakan. Selain itu, matlamat lain kursus ini
juga ialah memberikan kefahaman yang mendalam tentang hal-hal pengurusan yang
melibatkan pelajar dengan pihak pentadbiran di UKM. Di akhir kursus ini, pihak
penganjur mengharapkan supaya kesemua peserta yang mewakili setiap kelab
jabatan dapat membina sebuah kesatuan melalui wasilah ukhuwah sepanjang
kebersamaan mereka di dalam kursus ini.
YDP Rasyid Ismail menyampaikan cenderamata kepad Penceramah |
Seawal hari yang
pertama, kesemua peserta telah diuji dengan tugasan yang memerlukan mereka
berfikir secara kritis dan berucap di khalayak ramai dalam modul kepimpinan
yang dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Muhammad Adib bin Samsudin. Latihan ini
sangat penting dalam membina kemahiran insaniah yang sepatutnya dimiliki oleh
setiap pimpinan pelajar. Perjalanan kursus ini diteruskan dengan penerangan
tentang UKM Dan Kebajikan Pelajar yang telah disampaikan oleh En. Roslan Bin
Suliman, Ketua Unit Kebajikan Pelajar UKM (UKP). Para peserta kursus juga turut
berpeluang mempelajari cara-cara untuk menguruskan meja setiausaha secara
berkesan melalui slot bersama Pn. Sarah Bt Ahmad, pegawai di Pejabat Dekan Fakulti
Pengajian Islam. Pada sebelah malamnya, para peserta diberikan kesempatan untuk
bersama-sama dengan Pn. Najwa Binti Ahmad, Ketua Penolong Pendaftar JPPEL, bagi
sesi dialog dua hala berkenaan isu dan masalah yang kebiasaannya berlaku dalam
penganjuran program oleh kelab dan persatuan yang berdaftar di UKM.
Dekan FPI Bersama Peserta Muslimin |
Akhir kalam,
setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua peserta yang telah
berjaya menamatkan kursus ini dengan berjaya.
Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang kursus ini
dapat dikongsi bersama dengan seluruh para pelajar, khususnya di peringkat
jabatan masing-masing. Semoga kursus ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan
datang demi kebaikan dan manfaat kita bersama.
Wallahu ‘alam..
ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI
Assalam , siapa tahu detail dekan FPI?
ReplyDelete