Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dan Kelab-kelab Jabatan merupakan salah satu medium menjadikan diri lebih terkehadapan dan mengungguli semangat kesatuan yang datang daripada pelbagai entiti serta bersikap profesional dan matang terhadap sebarang permasalahan. Oleh itu, pihak PMFPI mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu kursus yang mampu menjadikan PMFPI dan Kelab-kelab Jabatan sebagai sebuah persatuan yang profesional dan berintegriti terhadap pentadbiran fakulti dan juga universiti.
Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi (KAMUS) yang dilaksanakan pada 4 hingga 6 Oktober 2013, bertempat di Bilik Seminar Siswazah 1 Fakulti Pengajian Islam ini adalah bertujuan bagi membantu setiap EXCO Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dan KELAB - KELAB JABATAN di Fakulti Pengajian Islam, UKM untuk bersedia dan lengkap dengan kemahiran pengurusan yang bersesuaian dengan citarasa UKM. Kami percaya bahawa kesatuan yang teratur dan berstrategi adalah pemangkin kemajuan insaniah terutamanya nilai tambah sebagai seorang MAHASISWA/I ISLAM.
Objektif utama Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi (KAMUS) ialah :-
- Penerapan nilai – nilai profesional terhadap kesatuan
- Memahami kaedah pengurusan program secara berkualiti
- Menguruskan kewangan persatuan dan program secara berhemat dan tulus
- Mengenali dan mengetahui secara jelas fungsi persatuan terhadap pihak pentadbiran Universiti dan Fakulti
- Mengeratkan Ukhwah di kalangan EXCO PMFPI & KELAB-KELAB JABATAN
Antara pengisian sepanjang Kursus Kepimpinan Islam & Pengurusan Organisasi ini berlangsung ialah :-
Modul 1
ASAS PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEGIATAN PELAJAR
Oleh: Cik Najwa Ahmad Zawawi
(Ketua Penolong Pendaftar JPPel)
Modul 2
BENDAHARI UKM DAN KEWANGAN PELAJAR
Oleh: Pegawai Jabatan Bendahari UKM
Modul 3
PENGURUSAN MEJA SETIAUSAHA YANG BERKESAN
Oleh: Pegawai Dekan Fakulti Pengajian Islam
Modul 4
PENGURUSAN SISTEM PENGURUSAN INSANIAH
Oleh: Dr. Adi Irfan Bin Che Ani (Timbalan Pengarah SPI UKM)
Modul
5
PENGURUSAN
KEPIMPINAN ISLAM
Oleh:
Dr. Anuar Puteh, Pensyarah Jabatan Dakwah & Kepimpinan
Modul 6
UKM DAN KEBAJIKAN PELAJAR
Oleh: En. Roslan Suliman (Unit Kebajikan Pelajar)
Kewujudan program yang seumpama ini
merupakan langkah awal kepada Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI), Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam usaha strategi penting bagi melahirkan mahasiswa yang berwibawa, beriman,
berdedikasi, berdaya saing, kreatif serta
memiliki daya tahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran dalam dunia yang
semakin progresif dan mempunyai diversiti yang luas tanpa meninggalkan
prinsip-prinsip yang asas. Semoga program ini dapat memberikan manfaat buat semua. InsyaAllah.
https://www.facebook.com/pmfpi.ukm/media_set?set=a.520239651396240.1073741846.100002306292993&type=1
“PROFESIONAL
ASAS KESATUAN ISLAM”
:: ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI ::
No comments:
Post a Comment