Firman Allah s.w.t : “
Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu,
sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku
akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “
Selamat Menghadapi Peperiksaan |
Apabila
tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berdebar-debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam
benak fikiran kita. Mungkin ianya akan bermain-main dalam fikiran
kita "kenapa aku tak najah-najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang
malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak." Pernahkah kita apabila melihat soalan, kita tidak dapat menjawabnya? Itu merupakan masalah-masalah yang dialami oleh kita semua.
Sememangnya kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita
tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan
mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.
Exam Fever May Bring Us Closer to ALLAH |
1) Kurang harapan kita pada Allah.
Memang
benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga
tidak tidur. Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam
peperiksaan kita iaitu Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap
ianya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mendapat pertolongan
sesiapapun.
Berkata al imam Ibnu Ataillah r.a :
“Di antara tanda-tanda orang yang bersandar ( bergantung ) pada amal
sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila berlaku padanya
kesalahan”. Kita
perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu perkara yang baik, itu
adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila berlaku sesuatu
perkara yang buruk maka itu juga adalah ujian dan nikmat daripada
Allah.
2) Kurang hubungan dengan Allah.
Firman Allah taala: “ Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al - Baqarah: 152). Apabila
tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh
sungguh. Itu adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan
pada hubungan dengan seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau
ikhtiar kita dari sudut spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita
melengah-lengahkan solat sehingga kadang-kadang ‘ terbabas ‘ untuk
menunaikan solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk
Allah memberikan kejayaan kepada kita.
Everything Back to Ilahi |
3) Sikap mementingkan diri sendiri.
Ini adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa. Firman Allah s.w.t : “ Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam
perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan “.
Apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan
tulang kita untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah
peranan sahabat.
Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
"ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI"
No comments:
Post a Comment