Suasana keilmuan di UKM semakin terasa kini. Setiap minggu, pasti ada program-program keilmuan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada persatuan umum, persatuan fakulti mahupun di kolej-kolej kediaman. Suasana ini dilihat merancakkan perkembangan intelektual di perbukitan ilmu UKM khususnya. PMFPI melihat perkembangan ini sebagai satu usaha positif dari semua pihak terutamanya dalam membentuk mahasiswa yang berkualiti.
Pelbagai pihak memainkan peranan dalam menghidupkan suasana seumpama ini. Di peringkat PMUKM telah berjaya menganjurkan Suara Kampus dan pelbagai program lainnya yang menyaksikan kehadiran ramai mahasiswa UKM bagi mendapatkan pencerahan dan perkongsian ilmu dengan topik yang pelbagai. Demikian juga di peringkat Ikatan Studi Islam (ISIUKM) telah menganjurkan Ummah Talk dan Sembang Santai Siswi yang turut mendapat sambutan baik dari mahasiswa/i UKM. Baru- baru ini, Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain turut sama memeriahkan suasana keilmuan di UKM melalui penganjuran Minggu Hak Asasi Manusia yang memberi kesedaran mengenai saudara seislam kita di Palestin.


Selanjutnya, diteruskan dengan program UKM Berselawat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 17 Mac 2012 dan Pengajian Kitab : Adab Menuntut Ilmu oleh Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki anjuran Kelab Mahasiswa Jabatan Usuluddin dan Falsafah dan Pusat Islam. PMFPI menjemput seluruh warga UKM untuk turut sama memenuhi ruang masjid UKM dan memeriahkan program yang dianjurkan ini. Jangan ketinggalan, peluang menimba ilmu dan tingkatkan thaqafah!
ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
No comments:
Post a Comment