Friday, May 18, 2012

Forum Siswi : Cakap-Cakap Wanita Berisi @ Berbisa ?


:: FORUM SISWI ::
Sempena Minggu Fiesta Syariah Intelek (30 April- 4 Mei),  Forum Siswi telah berlangsung dengan kupasan tajuk yang sangat menarik berkaitan dengan fitrah dan lumrah dalam kehidupan seharian wanita iaitu “ Cakap-Cakap Wanita Berisi @ Berbisa.?? Dua orang panel, Dr. Fariza binti Md Sham dan Ustazah Qurratul Aien binti Fatah Yasin dijemput khas dan turut serta, saudari Nor Asiyah binti Mohd Salleh selaku moderator. Jom, ikuti kupasan panel..

Siapakah wanita, adakah bercakap itu fitrah wanita dan adakah percakapan wanita itu berbisa atau berisi?

Dr. Fariza memberi kupasan lanjut  mengenai wanita menurut al-Quran, apakah perbezaan antara wanita dan lelaki dan sebagainya. Menurut penjelasan beliau, wanita menurut al-Quran telah digambarkan oleh firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat pertama iaitu:

$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qà)®?$# ãNä3­/u Ï%©!$# /ä3s)n=s{ `ÏiB <§øÿ¯R ;oyÏnºur t,n=yzur $pk÷]ÏB $ygy_÷ry £]t/ur $uKåk÷]ÏB Zw%y`Í #ZŽÏWx. [ä!$|¡ÎSur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# Ï%©!$# tbqä9uä!$|¡s? ¾ÏmÎ/ tP%tnöF{$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3øn=tæ $Y6ŠÏ%u ÇÊÈ 
 
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Perbezaan lelaki dan wanita?

Dr. Fariza menerangkan, tidak ada perbezaan wanita dengan lelaki dari segi roh dan kemuliaan. Hal ini kerana semua manusia adalah sama di sisi Allah, apa yang membezakan mereka ialah berdasarkan ukuran ketaqwaannya kepada Allah S.W.T. Manakala menurut beliau dari perspektif biologi, wanita memang berbeza dengan lelaki iaitu dilihat dari sudut perbezaan jantina, dan menurut kajian sains, perbezaan inilah yang telah menyebabkan tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita berbeza. Perbezaan lelaki dan wanita juga dapat dilihat berdasarkan sikap, iaitu  lelaki terkenal dengan keangkuhan dan keegoan sedangkan wanita pula terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun.

Salah satu sifat wanita adalah suka bercakap-cakap. Justeru itu sebagai wanita, kita hendaklah bijak untuk membezakan percakapan yang diucapkan itu hanya sekadar satu bebelan atau nasihat yang berguna. Hal ini kerana perkara ini dapat membezakan cakap-cakap wanita itu berisi atau berbisa. Wanita juga dikurniakan oleh Allah sembilan kecenderungan berbanding lelaki yang dikurniakan satu kecenderungan sahaja, tetapi kadangkala kecenderungan ini akan mengatasi akal. Di samping itu, perbezaan yang ketara yang dapat dilihat antara lelaki dan wanita ialah dari segi fizikal iaitu lelaki lebih kuat dan perkasa berbanding dengan wanita dalam melakukan pekerjaan. Manakala kalau dilihat dari sudut kepimpinan juga lelaki diutamakan untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi dan sebagainya. Manakala perbezaan lain antara wanita dan lelaki juga dapat dilihat dari aspek psikologi yang mana lelaki lebih cepat memberontak, lebih agresif dan lasak berbanding wanita yang lebih lemah dalam aspek ini.

Bagaimanakah bentuk percakapan yang dibolehkan dalam Islam?

 Ustazah Qurratul Aien menyatakan bahawa percakapan adalah salah satu cara wanita meluahkan perasaan sebaliknya jika dilihat kepada lelaki mereka kebanyakannya meluahkan perasaan melalui perbuatan. Menurut beliau, percakapan yang diharuskan dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu yang pertama kata-kata yang wajib dan hukumnya adalah wajib dan kedua, kata-kata sunat yang hukumnya sunat,dan terdapat juga kata yang dikategorikan sebagai yang harus iaitu seperti percakapan dalam bermasyarakat. Contoh kata-kata yang wajib ialah kata-kata atau percakapan yang kita ucapkan untuk mencegah kemungkaran, seperti mencegah maksiat dan sebagainya, tetapi dalam konteks ini kita hendaklah berhati-hati dalam berkata-kata iaitu dengan menggunakan cara yang terbaik.

Percakapan yang diucapkan juga hendaklah mengikut keadaan semasa kita bercakap iaitu sesuai dengan masa, tempat dan individu atau kumpulan yang berkomunikasi dengan kita, dan perlu diambil peringatan kepada kita jangan sesekali mengumpat, hal ini kerana mengumpat itu haram walaupun ia adalah perkara yang benar. Manakala contoh kata-kata sunat yang dijelaskan oleh ustazah ialah seperti memberi nasihat yang baik.

Bagaimana cara yang terbaik untuk mengelakkan wanita daripada membebel?

 Kata-kata yang baik adalah kata-kata yang menjaga hubungan kita dengan Allah, manusia dan alam sekitar .Justeru itu, seseorang wanita hendaklah menuntut ilmu bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar tutur kata terpelihara dalam ruang lingkup yang dibenarkan  oleh Islam.

Bagaimana hendak mengubah percakapan yang berbisa kepada percakapan yang berisi?

Persoalan ini telah dijelaskan iaitu dengan menjelaskan hikmah Islam menyuruh kita menjaga lidah kerana di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap apa yang kita ucap dan katakan. Antaranya:
1.Sentiasa sedar dan mengetahui bahawa lidah merupakan salah satu sumber kepada dosa.
2.Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain dan berfikiran positif. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 12 iaitu:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qç7Ï^tGô_$# #ZŽÏWx. z`ÏiB Çd`©à9$# žcÎ) uÙ÷èt/ Çd`©à9$# ÒOøOÎ) ( Ÿwur (#qÝ¡¡¡pgrB Ÿwur =tGøótƒ Nä3àÒ÷è­/ $³Ò÷èt/ 4 =Ïtär& óOà2ßtnr& br& Ÿ@à2ù'tƒ zNóss9 ÏmŠÅzr& $\GøŠtB çnqßJçF÷d̍s3sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# Ò>#§qs? ×LìÏm§ ÇÊËÈ  

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya ang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

3.Sebarang berita yang sampai kepada kita hendaklah diselidik terlebih dahulu agar berdasarkan kepada fakta yang benar, bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang dapat memburukkan keadaan.
4.Hindari duduk berkumpul di sesuatu tempat dan bercakap-cakap berkaitan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak membawa manfaat, kerana hal ini akan mendorong kepada mengumpat dan buruk sangka.

Bagaimana caranya menjaga tutur kata?

1.Sentiasa bermuhasabah.
2.Meningkatkan  amal ibadah kepada Allah (wajib dan sunat).  
3.Penuhkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat
4.Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk yang dapat menguatkan akal, menyejukkan badan  dan menenangkan hati.

Akhir kalam, hiasi peribadi dengan kemuliaan akhlak. Jom, pelihara kata-kata agar berisi bukannya berbisa, malah memberi manfaat kepada diri sendiri serta masyarakat sekeliling. Fastabiqul Khairat..! 

ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI

No comments:

Post a Comment