Citra Siswi ( Jumaat, 20 April 2012)
Bedah buku “Katalog Permaisuri Dari Kaca Mata Sunnah
Nabawi” diteruskan dengan kupasan
menarik tajuk seterusnya iaitu “
Deterjen Pembersih Dosa” . Menarik kali ini, Ustazah Qurratul Aein menjelaskan bagaimana
seorang wanita hendak membersihkan dirinya daripada kotoran dosa dengan memperkenalkan
satu produk iaitu “ Deterjen Pembersih Dosa” yang terdiri dari sedekah dan
istighfar. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar
kerana Aku melihat kaum wanita ramai dalam neraka.
Melalui hadis ini dapat kita fahami bahawa sedekah dan
istighfar merupakan deterjen pembersih dosa. Memperbanyakkan sedekah serta menjadikan
istighfar sebagai suatu amalan lazim dalam kehidupan kita mampu menghapuskan
dosa-dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari sepanjang hari.
Kaedah penggunaan “ Deterjen
Pembersih Dosa” :
1.Sedekah
Bersedekahlah secara ikhlas daripada
harta yang halal serta mendahului sedekah yang wajib iaitu zakat. Dalam
bersedekah kita juga diingatkan supaya tidak mengabaikan keperluan sendiri dan
hendaklah menyegerakannya serta hendaklah mendahului sanak saudara. Kita
dilarang mengambil kembali apa kita telah sedekahkan. Sedekah yang diberikan juga
hendaklah dapat menyumbangkan kepada agama. Bersedekah secara ikhlas akan melapangkan
dada seseorang.
2.Istighfar.
Sebaik-baik istighfar yang perlu
diamalkan ialah Sayyidul Istighfar kerana dimulai dengan kalimah tauhid.
Ustazah turut menerangkan tentang persoalan yang
berkaitan hidup seorang wanita iaitu bagaimana wanita melaknat dan mengingkari
pemberian suami. Untuk memahami dengan lebih jelas lagi berkaitan persoalan ini, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan perkataan laknat. Laknat
dari segi bahasa bermaksud mengusir atau menjauhkan daripada kebaikan. Manakala
segi istilah pula ia bermaksud laknat dari Allah iaitu jauh seseorang itu
daripada Allah bersama kemurkaanNya, laknat dari manusia iaitu suatu dosa agar
orang yang dilaknat mendapat kemurkaan Allah. Justeru itu, sebagai seorang
wanita kita hendaklah mengelakkan berkata-kata yang tidak elok walaupun dalam keadaan marah
sekalipun.
Laknat pada asalnya ialah dosa kecil tetapi sekiranya
ia dilakukan secara berterusan ia akan menjadi dosa besar. Hukum bagi laknat terbahagi
kepada dua iaitu haram dan harus. Laknat yang haram ialah tidak boleh seseorang
manusia melaknat manusia sesama muslim atau kafir kecuali ada dalil dan nas
yang menjelaskan mereka itu dilaknat oleh Allah sebagai contoh Abu Lahab dan
Iblis laknatullah. Kita tidak boleh melaknat orang yang tidak dilaknat oleh
Allah dan sekiranya seseorang itu melaknat seseorang yang tidak dilaknat oleh
Allah, maka Allah akan melaknatnya.
Manakala laknat yang diharuskan pula ialah laknat ke atas sifat contohnya laknat ke atas pemakan riba dan yang berkaitan dengannya, laknat ke atas orang yang zalim dan orang kafir. Namun sekiranya dia telah bertaubat, haram melaknatnya iaitu sepertimana Allah sendiri melaknat orang membuat dosa tetapi apabila orang itu tidak melakukan lagi dosa yang dilakukan itu, maka Allah tidak melaknatnya lagi.
Manakala laknat yang diharuskan pula ialah laknat ke atas sifat contohnya laknat ke atas pemakan riba dan yang berkaitan dengannya, laknat ke atas orang yang zalim dan orang kafir. Namun sekiranya dia telah bertaubat, haram melaknatnya iaitu sepertimana Allah sendiri melaknat orang membuat dosa tetapi apabila orang itu tidak melakukan lagi dosa yang dilakukan itu, maka Allah tidak melaknatnya lagi.
Seterusnya
ustazah juga menyentuh persoalan seterusnya iaitu berkaitan “Bagaimana wanita
mengingkari pemberian suami. Berkaitan dengan persoalan ini, Rasulullah s.a.w
telah bersabda dalam hadis baginda iaitu:
لا ينظر الله إلى امرأة لا تشكر لزوجها وهى لا تستغنى عنه
“ Allah tidak akan melihat kepada
seorang wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya dan dia selalu merungut
tidak pernah cukup atasnya.”
(H.R Nasai, al-Tirmizi dan Ibn
Hibban)
Melalui hadis ini, sewajarnya
seorang wanita sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh suaminya
supaya dia mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sepertimana yang kita ketahui,
wanita dikurniakan dengan keinginan yang banyak sebagai contoh keinginan untuk menghias rumah. Justeru, wanita hendaklah sentiasa mengawal percakapannya daripada
mengucapkan kata-kata yang tidak baik. Selain itu keinginan ini juga hendaklah
ditunjukkan pada perbuatan dan pelihara niat dalam sesuatu perbuatan.
Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis baginda iaitu:
إنما
امرأة ماتت وزوجها راض عنها قد خلت الجنة
“ Mana-mana wanita yang meninggal
dunia, sedangkan suaminya redha terhadapnya, maka dia akan masuk ke Syurga”
Berdasarkan hadis Rasulullah s.aw ini
dapat kita ketahui bahawa kunci Syurga bagi wanita adalah berdasarkan keredhaan
suaminya. Sebelum mengakhiri majlis, hadirin juga
diperingatkan mengenai tiga perkara yang boleh dibawa oleh manusia apabila meninggal
iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh. Justeru itu, sedekah adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita dan sebarkanlah
kebaikan agar orang dapat memanfaatkannya.
Akhir kalam, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah~
ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
ISLAM MENERAJUI KEPIMPINAN MADANI
No comments:
Post a Comment