Allah SWT ada menegaskan dalam satu surah pendek tetapi
penuh dengan perkara tersirat di dalamnya yang telah diketahui umum sebagai
surah ? masa? ataupun ? Wal ? Asr?, ia perlu diteliti dan dirungkai secara
bijak dan saksama, apa yang berlaku ia tidak dikaji dan difahami secara serius
oleh umat Islam hari ini dengan lantaran begitu sibuk dengan kerjaya harian.Maksud
ayat-ayat tersebut : ? Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.? Menurut
pepatah Arab : Masa itu bagaikan pedang, jika anda tidak memotongnya, maka ia
akan memototongmu. Jika dilihat dengan fikiran yang waras berhubung ayat di
atas, kita akan dapati bahawa ramai di kalangan manusia terjerumus pada perkara
yang merugikan mereka di dunia dan akhirat, rugi di dunia kerana tidak diisi
masanya dengan menghayati al-Quran, hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w,
mempelajari ilmu-ilmu fardu ? ain, berbuat kebajikan dan lain-lain. Apabila
perkara di atas tidak ada dalam kamus kehidupan orang Islam, maka sudah tentu mereka
tidak mendapat pahala daripada Allah sekali gus tidak mendapat tempat di sisi
Allah pada hari akhirat, malah kebarang-kalian tidak mendapat syafaat
(recommendation) Nabi Muhammad s.a.w.Ia juga menggambarkan, betapa umat hari
ini tidak berapa pandai dalam mengurus perosalan masa, hingga ia berlalu begitu
sahaja tanpa digunakan pada perkara-perkara yang boleh menguntungkan akhirat
mereka.Mengapa tidak? Umat hari ini, lebih tertumpu kepada golongan muslimun,
lebih rela menghabiskan masa bukan pada perkara yang berfaedah, tetapi pada
perkara-perkara yang sia-sia, bukan bermakna tidak ada langsung individu di
kalangan mereka yang pandai mengatur dan mengurus masa dengan baik, malah ada
yang lebih daripada itu.
Gambaran umat hari ini yang tidak memperuntukkan masa buat Allah, Sayang seribu
kali sayang, apabila terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang tidak ada
masa dengan Allah, atau terlalu sedikit masa untuk-Nya, dan mungkin juga
terdapat yang tidak terfikir langsung untuk bersama Allah dalam apa jua keadaan.
Itulah gambaran beberapa jenis umat Islam yang seolah-olah tiada hubungan
dengan hari akhirat, hidup mereka serupa dengan mereka yang tidak beragama
Islam, iaitu golongan yang tiada hubungan langsung dengan pahala, dosa, syurga,
neraka, azab dan lain-lain. Iaitu golongan yang terlalu sedikit masa mereka
diperuntukkan buat Allah, kalau pun menunaikan solat, ia dikerjakan dengan
begitu cepat, justeru mereka tidak suka solat berjemaah, kerana beranggapan
imam membaca surah panjang, apa yang dapat disaksikan pada hari ini ramai yang
suka bersolat secara sendirian, ia dapat dilihat di kawasan rehat dan rawat
(R&R) dan lain-lain, semua amalan lebih kepada logik akal, bukan kerana
kefahaman ilmu.
Hakikat yang berlaku pada hari ini, tempat-tempat hiburan seperti
menyaksikan Akademi Fantasia, So do you think you can dance, Malaysian Idol,
pesta anugerah filem yang pelbagai jenis saban tahun diadakan, pertandingan
nyanyian RTM, menyaksikan pertandingan bolasepak akhir piala Malaysia, piala FA
dan lain-lain, penuh dengan penonton yang memberi sokongan padu.
Tidakkah tindakan mereka itu memperlihatkan betapa masa yang
berlalu itu disia-siakan tanpa sebarang faedah yang boleh membantu mereka
menghadapi Allah di padang Mahsyar, lebih-lebih dengan bekalan yang kekal abadi
yang memudahkan mereka memasuki syurga-Nya.Cuba bayangkan, jika mereka yang
pergi ke stadium untuk menyaksikan pertandingan akhir bolasepak yang boleh
memuatkan 90,000 ribu penonton, kalau 10,000 sahaja yang sembahyang, bagaimana
pula dengan baki jumlah 80,000 yang lain, ditambah pula kedudukan saiz surau
yang tidak berapa besar, mereka yang ke stadium bukan bertolak dari rumah jam
lapan malan jika pertandingan bermula 8.30 malam, sudah tentu mereka akan
berangkat keluar lebih awal satu atau dua jam untuk memastikan keadaan lebih
selesa.Begitu juga yang menonton sesebuah rancangan hiburan, mereka juga akan
keluar rumah lebih awal bagi memastikan dapat tempat duduk di hadapan sekali
untuk melihat selebriti dari dekat, tetapi bagaimana dengan pelaksanaan solat
mereka, yang pasti ramai yang meninggalkannya tanpa sebarang alasan yang boleh
diterima Syara?. Golongan inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam banyak
hadisnya, antaranya sabda baginda : ? Perkara pertama yang akan ditanya Allah
terhadap hamba-hambaNya pada hari akhirat ialah pelaksanaan solat, jika solat
itu beres dilakukan, maka bereslah seluruh urusan hidupnya, tetapi sebaliknya
jika solat itu tidak beres, maka tidak bereslah urusan hidupnya.?
Sabdanya lagi : ? Sesiapa yang meninggalkan solat dengan
sengaja, maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir yang terang dan
nyata.? Hadis sohih riwayat Imam Malik. Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat
itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah
menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah
meruntuhkan agama". Rasullah s.a.w bersabda : "Yang membezakan di
antara orang Islam dan kafir ialah solat". Ini menunjukkan bahawa ibadat
solat tidak lagi jadi perkara penting dalam kehidupan orang Islam hari ini.
Bagi yang takutkan Allah dan sentiasa bersama-Nya khususnya ketika menunaikan
ibadat solat, akan merasakan bahawa Allah sentiasa dekat di hatinya, rindu
untuk bertemu-Nya, tidak cukup lima kali sehari semalam, malah ditambah dengan
solat-solat malam hanya semata-mata untuk bermunajat kepada-Nya dengan segala
ketundukan, khusyuk dan tawaduk.
Justeru, meninggalkan solat besar implikasi dan akibatnya,
bukan sahaja di akhirat, malah di dunia lagi seseorang itu telah dilabel dengan
kafir, meruntuhkan tiang-tiang agama Islam, iaitu menjadi makhluk perosak
terhadap agamanya sendiri. Golongan inilah yang apabila menghadiri
majlis-majlis ilmu seperti ? tazkirah? pada bulan Ramadan, punggungnya merasa
panas, tidak dapat bertahan lama duduk di masjid atau surau, sedangkan majlis
seumpama itu mahu mengingatkannya kepada Allah, untuk menilai semula amalan dan
tindakan sepanjang hidup di dunia, yang bukan baru hidup lima atau enam tahun,
tetapi sudah mencecah berpuluh-puluh tahun.Inilah akibat mereka yang sepanjang
hidup tidak memperuntukkan masa buat Allah, masa berlalu kebanyakannya pada
perkara yang membawa kepada penentangan terhadap-Nya, tanpa membuat perhitungan
dengan-Nya pada perkara yang halal dan haram, yang boleh membawa kepada syurga
atau neraka, yang penting hidup perlu enjoy, golongan muda merasakan tidak akan
jadi tua, dan yang tua pula merasakan tidak akan mati esok hari, begitulah
lalainya manusia terhadap asal-usul kejadian mereka daripada tanah.
Oleh : Ustaz Zainudin Hashim
No comments:
Post a Comment