"Bahawasanya orang-orang beriman itu bersaudara Maka
damaikanlah kedua saudaramu (yg berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar
kamu mendapat rahmat."
Allah SWT berfirman sebagai pemberitahuan tentang keadaan
Nabi Nuh a.s.:
"Aku menyampaikan amanat tuhanku, memberi nasihat
kepada kamu…" (al-A'raf,62)
Dan tentang Nabi Hud a.s. firmanNya:
"Aku menyampaikan amanat tuhanku dan memberi nasihat
terpecaya kepada kamu." (al-A'raf,68)
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Dari r.a. bahawasanya
Nabi s.a.w. bersabda: "الدين النصيحة ", Agama itu adalah merupakan nasihat.
Kita bertanya: "Untuk siapa? Baginda SAW. menjawab:
"Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi pemimpin-pemimpin kaum
muslimin serta bagi segenap umumnya ummat Islam." (Riwayat Muslim)
Keterangan:
Tunjang pokok dan tiang utama dalam Agama Islam adalah
nasihat. Kata "nasihat" itu merangkumi keseluruhan
maksud dan pengertian yang bertujuan adalah untuk mendapatkan kebahagiaan bagi
orang yang dinasihati.
Dalam Hadis diatas menjelaskan tentang pengertian nasihat
itu, iaitu: Bagi Allah bahawasanya dengan beriman kepadanya dan mempercayai
tanda-tanda kemuliaan Allah, bagi kitab Allah bahawasanya dengan mengamati dan
menghayati setiap ertinya serta mengamalkan kesemua isi kandngannya. Bila sudah
diamalkan, maka kita akan terkesan dengan jiwa sendiri. Bagi Rasul Allah ialah
dengan mengikuti segala perintahnya dan menjauhi larangannya. Bagi
pemimpin-pemimpin Islam, dengan meminta nasihat dan dorongan mereka mengenai
hukum-hakam agama yang semuanya itu diambil dari al-Quran dan Hadis, dan bagi
segenap ummat Islam dengan memimpin mereka kepada jalan yang benar serta
diredhai Allah, serta menunjukkan kepada mereka apa yang baik (benar) dan apa
yang buruk (salah).
Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya:
بايعت رسول الله عليه وسلم على اقام الصلاة
وايتاء الزكاة والنصح لكل مسلم
"Aku membai’ah kepada Rasulullah s.a.w. untuk
mendirikan solat, memberikan zakat dan memberi nasihat kepada semua orang
Islam." (Muttafaq 'alaih)
Ketiga: Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Tidak sempurna imana seseorang itu sehingga ia
mencintai saudaranya - sesama (muslimin) perihal apa-apa yang ia mencintai
untuk dirinya sendiri." (Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Saudara yang dimaksud di sini ialah, menurut huraian Ibn
'Imaad ialah bukan hanya sesama Islam sahaja, tetapi menyeluruh, sehingga orang
kafir pun termasuk di dalamnya, iaitu harus kita mengasihi mereka, sebagaimana
kasihnya kita akan diri sendiri. Cinta kepada saudara yang kafir ialah dengan
mengajak dan menceritakan tentang islam kepadanya, moga-moga dia mendapat
hidayah daripada Allah dan masuk Islam. Kerana itu disunnahkan mendoakan orang
kafir itu agar mendapat petunjuk. Adapun cinta kepada saudara muslimin ialah
dengan terus-menerus berkasih sayang agar ia sentiasa tetap dalam keIslamannya.
Terjemahan daripada :
Kitab Riyadus Sholihin oleh Imam Nawawi r.a, Bab 22.
No comments:
Post a Comment