Mat : "aku tidoq la.. lagipun kuliah bukan wajib"
********************
Gejala ponteng kuliah adalah antara gejala penyelewengan
amanah yang amat berleluasa dimana-mana sahaja institusi pengajian kini,
walaupun sebahagian besar dari institusi pengajian tinggi berkenaan mewajibkan
kehadiran kuliah, bahkan menjadikan ia sebagai antara peratus keputusan
peperiksaan, namun kehadiran penuntut ilmu masih lagi ditahap tidak memuaskan,
bahkan kadangkala sampai ketahap "mengecewakan", Mengapa dan Kenapa
situasi ini semakin meruncing?
Ironisnya begini, Seorang pekerja yang dibayar gaji oleh
majikannya, pastinya
bertanggungjawab menjalankan kerja yang telah diamanahkan
padanya, bahkan, apabila beliau tidak menjalankan tanggungjawab tersebut,
beliau akan dikenakan tindakan tegas dari majikannya.
Bagaimana pula penuntut ilmu?
Kita dibiayai oleh ibubapa, kerajaan, jabatan agama, orang
kampung , jabatan-jabatan tertentu dan sebagainya, justeru, sudah menjadi
tanggungjawab kita menjalankan tugas menuntut ilmu kerana tugas utama kita
adalah menuntut, oleh itu, kita perlu menuntut dengan sehabis baik!, andai kita
meninggalkan perbuatan tersebut, SEPATUTNYA kita akan dikenakan tindakan tegas
dari para pembiaya kita..
Namun… antara ketakutan
kepada tindakan tegas pembiaya, adakah kita sedar… kita patut lebih
takut akan tindakan tegas dari Allah SWT? Amanah keilmuan yang kita pegang
adalah sebuah prinsip yang tidak boleh
sesekali dimungkiri.
Adakah kita berhak memilih?
Kita bukanlah manusia yang diberi pilihan untuk belajar atau
tidak, tetapi kita telah mendapat kewajipan menjalankan amanah keilmuan, apa
buktinya?
…"mat… pergi kolej nanti, belajar elok-elok yer.."
Seorang ayah pernah menasihati anaknya dengan kata-kata yang
cukup menyemarakkan semangat anaknya untuk menuntut ilmu;
"Din…Ayah ni tak ada apa-apa nak wasiat kat hangpa, apa
yang ayah ada, Cuma dapat bagi hangpa belajaq saja..hok tu ja yang ayah
mampu.."
Sudah tentu seorang pelajar perlu menghadiri kuliah bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan. Dan amanah keilmuan itu menggesa para penuntut
ilmu untuk menghadiri setiap majlis ilmu yang dijadualkan.
Motivasi dari Rasulullah SAW
Daripada Ibnu Abbas RHM berkata : " Rasulullah SAW
telah ditanya ; Wahai Rasulullah, majlis yang bagaimanakah yang terbaik bagi
kami? Rasulullah bersabda ; majlis yang dihadiri oleh orang yang kamu akan
mengingati Allah apabila melihatnya, bertambah ilmu kamu setelah mendengar
kata-katanya dan apabila kamu melihat amal perbuatannya, kamu akan mengingati
akhirat"
[ Hadis 160 – Kitab Tarhib wa Targhib]
Hadis ini menunjukkan
betapa menghadiri majlis ilmu itu sebuah amalan yang terbaik! Bahkan, didalam
hadis yang lain menyebutkan bahawa perjalanan menuntut ilmu itu, adalah
perjalanan ke kebun-kebun syurga.. subhanallah…, hebat bukan kelebihan
menghadiri majlis ilmu?
Al-Awlawiyat
Kadangkala, ramai juga diantara penuntut ilmu tegar tidak
dapat memahami dengan baik permasalahan yang berlaku disebalik kehadiran ke
kuliah,
Soalan : adakah kehadiran kuliah itu wajib walaupun tidak
diwajibkan diatas kertas hitam dan putih?
Jawapan : Ya! Sudah semestinya!
Soalan : adakah kuliah mesti dihadiri tanpa ada kecuali
sekali pun?
Jawapan : Tidak, kerana jika berlaku sebarang masalah lain
yang lebih perlu diutamakan, maka didahulukan perkara lain. Seperti sakit,
program dan mesyuarat penting, urusan imegresen, kemalangan dan sebagainya.
Tuntasnya , sebagai penuntut ilmu, kita seharusnya sedar
tanggungjawab dan amanah yang digalas dibahu tegap kita ini, semoga dengan kita
menjalankan amanah ke kuliah dan menuntut ilmu, kita akan sentiasa diberkati
Allah SWT dan Islam dapat dibangkitkan semula dengan usaha dan jejak langkah
pertama dari kita .
Ibnu Taimiah pernah berkata ; " Tuntutlah apa sahaja
jenis ilmu, kerana engkau tidak tahu bilakah ilmu itu akan digunakan.."
No comments:
Post a Comment