Citra Siswi Edisi Biah Solehah |
Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin dan
muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram
antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup
ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh
dari ikhtilat yang bukan mahramnya.
Ikhtilat ialah percampuran/pergaulan manakala
alam maya ialah laman sosial untuk kita berinteraksi tanpa face to face.
Sebenarnya, alam maya lagi banyak fitnah kerana kita susah nak kawal dan
berhadapan dengan ramai orang yang kita tak kenal dan alam maya juga adalah
wasilah terbaik yang cukup besar sebagai medan untuk kita menyampaikan dakwah.
Persoalan mungkin, Bagaimana kita ingin menjadi
wanita @ lelaki yang diredhai Allah di alam maya?
Apa sahaja yang kita tulis, rakaman itu adalah
bukti apa yang kita lakukan. Pastinya kita akan dipertanggungjwabkan dengan apa
yang telah kita lakukan. Kita adalah duta agama! Duta Islam! Takut-takut susun
atur perkataan, persoalan-persoalan yang bermain di fikiran rakan-rakan kita
akhirnya di jawab oleh syaitan jadi fitnah kepada diri kita dan agama. Ya,
kadangkala kita alpa, leka! Tanpa kita sedar, kita tidak bersedia dengan ujian
yang Allah berikan natijah daripada apa yang telah kita lakukan.
JAGA PENYEBARAN POSTER @ BERITA.
Sebelum kita menyebarkan sesuatu perkara,
selidiklah dahulu. Jangan bila ditanya tentang perkara itu kita menjawab tidak
tahu. Takut-takut perkara itu tidak benar dan natijahnya kita telah menyebarkan
fitnah.
JAGA GAYA BAHASA PENULISAN
Kerana melalui penulisan orang dapat kenal diri
kita bagaimana. Bila kita tulis sesutu, kita telah beniat dan itulah diri kita.
Tulisan mencerminkan adalah kita ini muslimat yang hebat atau sebaliknya. Perlu
kita tahu sebelum menulis, siapa yang kana baca? Berapa umur mereka? Bagaimana
latarbelakang pendidikan mereka?
PENGGUNAAN GAMBAR-GAMBAR YANG SESUAI
Andalah Pencorak Biah Solehah |
Di laman sosial terutamanya di fb. Profile
picture kita juga melambangkan diri kita, apa yang ada di fb kita, seumuanya
terzahir di situ.
HIPOKRIT DI ALAM MAYA @ DI LUAR.
Hanya kita yang boleh menilai sebab kita yang
tahu apa yang ada di hati kita selain Allah. Kita baik di alam maya tetapi di
luar bagimana?
JAGA KARISAMA DIRI.
Tanpa sedar, ramai yang sedang memerhatikan
kita di alam maya. Tanpa sedar, mungkin juga kita ini menjadi qudwah buat
mereka. Tanpa sedar, kita telah menyebarkan dakwah kepada mereka.
KAWAL APA YANG KITA NAK CERITA.
Tidak semua perkara perlu kita ceritakan dan
kongsikan dengan semua. Fikirkan juga apa orang lain kata takut-takut ianya
menjadi fitnah kepada kita dan yang paling dikhuatiri menjadi fitnah pada
agama.
Buat sahabat-sahabat semua,
Kalian adalah duta agama Islam!
Kalian penyambung rantai perjuangan Rasulullah!
Kalian adalah penggerak Biah Solehah!
Kalian penegak daulah Islamiah!
Kalian muslimat hebat yang dicintai Allah!
InsyaAllah, biiznillah.
"Be An Excellent Muslimah"
Kupasan Citra Siswi BIAH SOLEHAH
Ustazah Sarah Azizul
Finali
Rancangan Solehah TV Alhijrah
Islam Pemangkin Generasi Tarbawi
No comments:
Post a Comment