Sejarah Ringkas Penubuhan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Fakulti Pengajian
Islam, UKM.
Pada tahun 2011 iaitu sesi 2011/2012, tertubuhnya satu organisasi
di peringkat kepimpinan antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
(PMFPI) dan kelab-kelab di setiap jabatan Fakulti Pengajian Islam. Nama Majlis Eksekutif
(ME) telah ditubuhkan atas matlamat untuk merapatkan hubungan antara badan induk
PMFPI dengan kelab-kelab di setiap jabatan. Disampingitu, satu usaha telah dilaksanakan
iaitu penyelarasan program-program antara PMFPI dan kelab-kelab jabatan bagi menggelakkan
pertembungan dan melancarkan lagi program yang dijalankan.
Seterusnya pada
sesi 2012/2013, satu perubahan berlaku daripada Majlis Eksekutif (ME) kepada Badan
Eksekutif Mahasiswa (BEM) yang mana ia bersesuaian dengan bilangan ahli dengan gerak
kerja yang dilakukan. Makanya lembaga mahasiswa ini diteruskan sehingga kini
yang mana satu gerak kerja yang dinamik dengan kerjasama daripada pensyarah di
fakulti dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua khususnya mahasiswa Fakulti Pengajian
Islam.
Visi:-
Menjadikan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) sebagai sebuah lembaga
mahasiswa yang dinamis dan kiritis dalam bidang pengurusan sesebuah aktiviti persatuan
secara professional.
Misi:-
Membentuk satu mekanisme terbaik dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti
yang berkualiti samada di peringkat persatuan mahupun kelab-kelab jabatan di
FakultiPengajian Islam.
Matlamat dan Objektif Badan Eksekutif Mahasiswa:-
- Menyelaraskan program-program antara kelab-kelab jabatan dan PMFPI.
- Merapatkan hubungan dan semangat kerjasama dibawah satu bumbung badan persatuan Fakulti Pengajian Islam.
- Melahirkan mahasiswa yang proaktif dan kreatif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
- Membentuk suatu program yang berkualiti tinggi dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing daripada pelbagai aspek samada akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.
Muhammad Amrun Bin Ruzali,
Pengerusi Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment