Bisimillah. Assalamualaikum kepada Mahasiswa UKM dan seluruh pengunjung Blog PMFPI, 28
November 2013 menjadi Saksi Bermulanya Gerak Kerja Secara Rasmi
Karnival mahhabbah UKM yang akan berlangsung pada tahun 2014.Karnival
inimerupakansatu program besar-besaran yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa
fakulti pengajian Islam UKM dengan kerjasama
badan-badan persatuan, antaranya ialah badan persatuan induk iaitu persatuan mahasiswa
UKM (PMUKM), ikatan studi Islam UKM, kelab perkim UKM, Pusat Islam UKM dan kelab-kelab
jabatan fakulti pengajian islam. Program ini diketuai oleh saudara Amrun Bin Ruzali
selaku pengerusi badan ekseketif mahasiswa, fakulti pengajian Islam ,UKM.
Antara objektif program ini adalah untuk mengizzahkan fakulti pengajian
Islam yang merupakan salah satunya fakulti yang mempunyai pelbagai bidang dalam
agama Islam di UKM ini. Program ini juga
merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh PMFPI dengan kerjasama kelab-kelab
jabatan untuk menggantikan program-program yang kurang memberikan manfaat kepada
mahisiwa/I UKM dan satu sistem penyelarasan program dibentuk bagi
menggabungkan minggu kelab masing-masing menjadi satu minggu. Minggu ini secara
tidak langsung menjimatkan masa, malah mengurangkan kuantiti program yang ada
di fakulti pengajian Islam, selain mahasiswa/I FPI khususnya dapat menyertai setiap
program yang berlangsung dalam satu minggu
dengan lancar.
Disamping itu juga, antara matlamat utama
carnival ini ialah memartabatkan keilmuan Islam yang mana satu usaha dilakukan untuk
mempromosikan bidang-bidang keilmuan Islam yang ada di fakulti pengajian islam.
Antaranya ialah pameran-pameran mengenai bidang-bidang yang terdapat di FPI, cosmofiqh
falak, klinik tahsin al-Quran, klinikguaman,
Forum Fiqh halal dan haram, pertandingan apresiasi bakat dan sebagainya. Program
ini jugaakan dihebahkan kepada masyarakat luar khususnya bagi memberi pendedahan
mengenai kepentingan dan manfaat
kelimuan Islam yang ada, malah memberi kesedaran bahawa epistemologi ataupun disilpin,
sumber keilmuan Islam perlu diketahui dan dikaji daripada pelbagai bidang terutamanya
terutamanya bidang sains seperti ilmu falak di jabatan syariah dan kerjasama yang
dilakukan daripada agensi-agensi luar. Malah program ini juga merupakan satu mekanisma
dalam menyebarkan lagi dakwah Islam terutamanya bagi golognan bukan Islam.
Semoga karnival ini memberi seribu satu
kebaikan dan manfaat kepada mahasisaw/I
UKM, khususnya di masyarakat setempat
yang turut hadir nanti.
Program ini turut menawarkan Learning Contract kepada pelajar yang menjadi Ahli Jawatan Kuasa AJK. Cepat mendaftar sebagai AJK sebelum terlambat!
Pengarah
Program Karnival M ahabbah UKM 2014
Salam. masa karnival mahabbah ni ada dibuat dan dibuka gerai2 jualan makanan kepada org luar?. Kalau ada sila emel maklumat lanjut kepada saya ok..hairulown@yahoo.com. Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete