Sunday, July 12, 2009

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM..


KEMBARA RABBANI SISWA 09


salam ukhuwwah pengikat mahabbah..

sahabat2 dijmput untuk bersama-sama menyertai kembara rabbani siswa(keris09)
jOm pakat jOin ramai-ramai!!!
jangan lepaskan peluang ini....

Friday, July 10, 2009

SYUKRAN JAZILAN....

syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk bersama-sama dalam meneruskan kehidupan dan perjuangan dalam menuntut ilmu..
syukran jazilan diucapkan kepada semua mahasiswa/i yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menunaikan solat hajat yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam..
solat hajat ini diadakan sempena menyambut mahasiswa/i baru ke fakulti pengajian islam untuk sesi akademik 2009/2010..juga segulung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam melancarkan program solat hajat ini terutama kepada Yang DiPertua PMFPI,saff kepimpinan PMFPI serta saff kepimpinan daripada Ikatan Studi Islam(ISIUKM)...
syukran jazilan diucapkan kepada semua...
"GENERASI BARU HARAPAN PENGISLAH UMMAH"

Thursday, July 9, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
Bismillahirrahmanirrahim.....
Pertama dan selamanya marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNYA jualah dapat kita meneruskan hari-hari kita sampai ke saat ini. Alhamdulillah wabihi nasta’in wa ‘alaihi tawakkalna wahua Rabbul ‘arsyil ‘azim. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini. Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada semua mahasiswa/i baru bagi sesi pengajian 2009/2010 dan mahasiswa yang berjaya meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mahasiswa-mahasiswi Tahun Satu kerana berjaya terpilih memasuki Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti perbukitan ilmu yang kita cintai ini.

Selaku mahasiswa Islam, kita seharusnya mempunyai integriti diri yang tinggi terhadap agama kita. Ketahuilah, bahawa tidak semua orang yang terpilih untuk meneruskan pengajian di dalam bidang agama. Mahasiswa islam seharusnya mempunyai personaliti yang tinggi dan bersahsiah mulia di dalam menuntut ilmu. Marilah kita terus beriman dengan aqidah perjuangan ini dan sepenuhnya yakin dengan janji Allah untuk kemenangan dunia dan akhirat, walaupun banyak dan susahnya cabaran serta jauhnya perjalanan.

Maka, faham mengenai tujuan menuntut ilmu dan kemahiran secara menyeluruh dan mengikut pandang Islami perlu menjadi keutamaan kepada kita. Masalah yang kita hadapi di sini bukan setakat kekeliruan mengenai tujuan menuntut ilmu khususnya di dalam bidang agama ini. Ketahuilah sahabat-sahabat, masalah kebejatan akidah dalam agama kita yang berlaku di dunia pada hari ini memerlukan jiwa-jiwa muda untuk merubahnya. Peranan kitalah selaku mahasiswa islam untuk merubahnya. Ini kerana mereka memiliki dua sikap yang membantu iaitu ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu kemahiran dan ada kesungguhan yang luar biasa. Seharusnya inilah contoh tauladan yang perlu dimiliki oleh mahasiswa kita di kampus. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Apabila kita mencermati gelodak perubahan masyarakat di negara kita, satu isyarat yang jelas bahawa mereka memerlukan generasi muda yang berilmu untuk memimpin mereka ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Akhir kalam, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, berharap agar adik-adik dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran Fakulti Pengajian Islam, UKM dan berjaya menempuh alam pengajian yang penuh dengan mehnah dan tribulasi yang kian mencabar buat mahasiswa/i pengajian Islam kini. Semoga adik-adik dapat mengikuti semua program-program yang akan dijalankan oleh pihak pentabiran fakulti dan Persatuan Mahasiswa Fakulti ini sendiri. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Buat renungan adik-adik dan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita ambil ‘ibrah daripada kata-kata oleh Muhammad Abduh, tokoh reformis, ”Jika pelaburan besar dalam pendidikan dibuat, maka kita tidak akan bersusah payah memikirkan banyak perkara, dan inilah jalan yang terbaik”. Selamat bermujahadah.
“GENERASI BARU HARAPAN PENGISLAH UMMAH”
MUHAMMAD ZAID B. SABRAN
PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM
SESI 2009/2010
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat




TANDA-TANDA TAUBAT YANG DITERIMA



Ibnu Qayyim berkata:"Taubat yang diterima itu ada beberapa tanda,antaranya:
  • Bahawa setelah bertaubat,seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya.
  • Bahawa dia sentiasa diliputi rasa takut,tidak merasa aman dari siksa Allah walaupun sekeja
  • Timbul rasa sedih dan takut yang mendalam
  • Terjadi rasa sedih yang bersifat khusus di hadapan Allah yang tiada tandingaNya.


MENGESAN PENYAKIT HATI DAN MENGENAL PASTI KESIHATANNYA


Kadang-kadang kita dapati hati yang sakit dengan begitu parah namun tuan punya hati tersebut sama sekali tidak mengetahuinya. Ini tidak lain disebabkan kerana ia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak mengetahui punca-punca penyakit yang menjangkiti hatinya. Bahkan tidak jarang kita dapati seseorang yang telah mati hatinya namun dia sendiri tidak menyedari di atas kematian hatinya.

Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda hati yang sihat antara lain:

1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.
Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh berhijrah dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya sekadar menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke kehidupan akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.

2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.
Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "ia selalu mendorong dan menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia tidak akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria melainkan hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.

3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.
Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan berhenti dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa bosan dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan orang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya." Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap anak dan isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan lebih meningkatkan ketaatan terhadapNya.

4. MERASA SAKIT JIKA LALAI.
Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika berpisah atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi rasa sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."

5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.
Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang yang sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."

6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.
Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka segala angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang, seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan merasakan kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan penuh keseronokan dan kedamaian."

7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.
Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap Allah Azza Wa Jalla."

8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH.
"Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan sia-sia belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana sedia maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita waktu sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan amal-amal soleh.

9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.
Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan yang sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas, lebih mendekati dan mengikuti sunnah."Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat dan cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah SWT, seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah. Dia lebih suka menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan membawanya untuk lebih dekat kepadaNya. Ia merasa seronok, selesa dan penuh nikmat bila mengabdi kepadaNya." Jiak di lubuk hatinya berasa diusik oleh syaitan agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya untuk kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang bermaksud:"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)

SeTiAp Yg TeRjAdI aDa HiKmAhNyA..
Jd BaNyAkKaNlAh BeRsAbAr DaLaM mEnGhArUnGgI DuGaAn-NyA!

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM...

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat tabi’in dan tabi’at dan para mujahidin.

Selamat datang kepada adik-adik mahasiswa/i baru sesi 2009/2010. Tahniah diucapkan kerana berjaya melanjutkan pelajaran di perbukitan ilmu ini. Semoga dengan kehadiran antum dan antunna semua akan dapat meneruskan tradisi ilmu dengan lebih cemerlang. InsyaAllah...amin.
"Ukhwah fillah abadan abada"