Sahifah Biah Solehah

SAHIFAH BIAH SOLEHAH
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI)

FIKRAH | SAHSIAH | DAKWAH | UKHWAH

FASAL 1 FIKRAH : 
MEMPERKASAKAN KEFAHAMAN ISLAM BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

Fasal 1(a) :
Menyuburkan bumi UKM dengan semangat cintakan keilmuan
  •           Menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai hujah.
  •           Mendidik mahasiswa/i cintakan majlis dan diskusi ilmu.
  •           Menjadikan masjid dan fakulti sebagai medan ilmu yang utama.

Fasal 1(b) : Golongan ulama dan kitab turath sebagai rujukan utama
  •           Memupuk budaya membaca dalam kalangan mahasiswa/i.
  •           Menjadikan kitab-kitab kalangan ulama muktabar sebagai rujukan berautoriti dalam penulisan ilmiah.
  •           Menjadikan para pensyarah sebagai pembimbing dan tempat berkongsi ilmu.

Fasal 1(c) : Memperbanyakkan diskusi ilmiah dalam dwi-bahasa (Arab dan English)
  •           Memperbanyakkan diskusi santai bersama para pensyarah.
  •           Menjalankan program-program diskusi ilmiah di bawah kelolaan kelab-kelab jabatan.
  •           Mempertingkatkan soft-skill berbahasa dalam kalangan mahasiswa/i.



FASAL 2 SAHSIAH : 
MEMBENTUK SAHSIAH BERKEPERIBADIAN MUSLIM

Fasal 2(a) : Memperindahkan akhlak dengan adab Islamiah
  •           Mengamalkan budaya 3S (salam, senyum dan sapa) dalam kalangan warga FPI.
  •           Menjaga adab sebagai murid dalam menuntut ilmu.
  •           Menepati masa dalam apa jua perkara.

Fasal 2(b) : Membudayakan etika pergaulan syar’ie
  •           Dilarang berdua-duaan dalam bilik tutorial, bilik persatuan kecuali ada urusan dan keperluan.
  •           Menjaga adab sebagai seorang muslim ketika berkomunikasi.
  •           Menjaga ikhtilat di alam maya.

Fasal 2(c) : Melaksanakan kod etika pemakaian mengikut syariat
  •           Menerapkan pemakaian yang sopan dan mengikut syariat.
  •           Menjadikan mahasiswa/i FPI sebagai contoh kepada para pelajar fakulti lain.
  •           Mewujudkan suasana selesa dalam kalangan warga FPI.


KOD ETIKA PEMAKAIAN MAHASISWA/I FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FPI)

Muslimin (A)
Kod A(1) : Rambut perlu kemas (tidak melebihi paras telinga).
Kod A(2) : Digalakkan berkopiah.
Kod A(3) : Digalakkan memakai baju melayu raihan, t-shirt berkolar dan berseluar slack.
Kod A(4) : Digalakkan memakai kasut bertutup semasa hari perkuliahan.
Kod A(5) : Tidak digalakkan berseluar jeans.
Kod A(6) : Dilarang memakai baju yang berlambang tidak menurut syariat.
Kod A(7) : Dilarang berbaju dan berseluar ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
Kod A(8) : Dilarang berselipar semasa hari perkuliahan.

Muslimat (B)
Kod B(1) : Bertudung mengikut syariat Islam (melebihi dada, bahu dan tidak jarang).
Kod B(2) : Berstokin dan memakai hand sock sekiranya lengan baju tidak berkancing.
Kod B(3) : Digalakkan memakai jubah dan baju kurung mengikut syariat.
Kod B(4) : Digalakkan memakai kasut bertutup semasa hari perkuliahan.
Kod B(5) : Tidak digalakkan memakai t-shirt muslimah dan blause semasa hari perkuliahan.
Kod B(6) : Dilarang berbaju ketat dan jarang sehingga menampakkan bentuk badan.
Kod B(7) : Dilarang berseluar semasa hari perkuliahan.
Kod B(8) : Dilarang berselipar semasa hari perkuliahan.



FASAL 3 DAKWAH : 
MEMBUMIKAN AGENDA DAKWAH DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Fasal 3(a) : Melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  •           Menjadikan PMFPI sebagai wasilah utama.
  •           Mewujudkan team amar makruf nahi mungkar.
  •           Mendidik mahasiswa/i FPI untuk berjiwa da’ie.

Fasal 3(b) : Media sebagai wasilah dakwah
  • Memperkasakan dakwah melalui medium penulisan dan penerbitan.
  • Mempertingkatkan kemahiran mahasiswa/i
  • Menjadikan teknologi sebagai medan penyebaran dakwah

Fasal 3(c) : Fenomenakan hiburan Islami dalam kalangan mahasiswa/i
  •           Membimbing mahasiswa/i ke arah hiburan yang bermanfaat dan mendidik jiwa
  •           Variasikan bidang kesenian Islam untuk berdakwah
  •           Mengeluarkan produk-produk yang berkualiti daripada FPI



FASAL 4 UKHWAH : 
MEMPERKUKUHKAN UKHWAH DALAM KALANGAN WARGA FPI

Fasal 4(a) : Memupuk ukhwah Islamiah dalam kalangan mahasiswa/i FPI
  • Menjalinkan ukhwah atas dasar aqidah Islamiah
  • Menerapkan 3 tingkatan ukhwah (berlapang dada, kesamarataan dan ithar)
  • Memupuk rasa kebersamaan dalam menjalankan semua agenda

Fasal 4(c) : Menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa/i dengan kakitangan FPI
  • Saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara mahasiswa/i dengan kakitangan FPI
  • Saling bekerjasama dalam menjalankan agenda-agenda di fakulti
  • Mempunyai interaksi dua hala antara mahasiswa/i dengan kakitangan FPI



No comments:

Post a Comment