Saturday, July 21, 2012

Perutusan YDP PMFPI 2012/2013

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Sdr Rasyid Bin Ismail
            Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, kita masih lagi bernafas sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang telah diutus untuk memberi rahmat buat sekelian alam.

            Sejarah membuktikan bahawa sekiranya kita mahu mencapai sebuah kejayaan, maka sesuatu kaum itu haruslah menilai kembali sejauh mana kedudukan mereka di sisi Allah SWT. Perkara ini telah dibuktikan melalui peristiwa pembukaan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh, bersama-sama dengan tentera Islam suatu ketika dahulu. Sejarah yang masih segar ini telah banyak mengajar kita bahawa, untuk memacu sebuah golongan ke suatu tahap yang terbaik, maka ianya perlulah dilakukan secara bersepadu disamping mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pimpinan persatuan dan seluruh ahlinya.

            Maka, kami diperingkat pimpinan pelajar menyeru seluruh mahasiswa/i FPI, supaya dapat bersama-sama ke arah menghidupkan kembali bi’ah solehah menerusi wasilah program mahupun kempen yang bakal dianjurkan sama ada diperingkat persatuan atau kelab jabatan.

            Akhir kalam, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan takziah kepada barisan kepimpinan PMFPI, kelab-kelab jabatan dan anggota Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) bagi sesi 2012/2013 di atas perlantikan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa/i FPI di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk memikul amanah memimpin pesatuan pelajar di Fakulti Pengajian Islam. Wallahu’alam..


MUHAMMAD RASYID BIN ISMAIL
Yang Dipertua,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

ISLAM PEMANGKIN GENERASI TARBAWI

Wednesday, July 18, 2012

Penambahbaikan Kemudahan di Singgahan Ilmu

Suasana di Singgahan Ilmu

Sebagai makluman semua pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI), Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) sesi 2011/2012 telah merealisasikan janji bagi penambahbaikan beberapa kemudahan infrastruktur di sekitar fakulti.

Seperti yang diketahui penyediaan plug di Singgahan Ilmu adalah sangat tidak memuaskan. Kemudahan tersebut amat diperlukan oleh pelajar untuk menggunakan kemudahan elektrik seperti komputer riba dan sebagainya di kawasan tersebut. Kekurangan kuantiti plug dilihat meyusahkan para pelajar untuk menggunakannya. 

Oleh itu, beberapa orang wakil daripada barisan PMFPI  sesi 2011/2012 telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pihak kedekanan bagi mencari inisiatif kepada kekurangan yang terdapat di Singgahan Ilmu. Seperti yang diharapkan, pihak kedekanan sangat mengambil berat dan telah memberi maklum balas positif kepada wakil pelajar.



Para Pelajar menikmati kemudahan yang disediakan

Kini, beberapa plug ditambah di Singgahan Ilmu demi memastikan keselesaan kepada semua warga fakulti khususnya para pelajar sendiri. 

Antara plug yang ditambah


Akhir kalam, kebajikan anda tanggungjawab kami. Sekian, terima kasih.


Islam Pemangkin Generasi Tarbawi




Wednesday, July 4, 2012

Biro TataNegara (BTN)

Seperti yang diuar-uarkan para pelajar tahun satu sesi 2011/2012 Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah diwajibkan menyertai Kursus Biro Tata Negara (BTN) selama tiga hari iaitu pada 30 JUN 2012 hingga 2 JULAI 2012 yang bertempat di Kem Bina Negara Lipis A dan Kem Bina Negara Lipis B, Kuala Lipis, Pahang.



Antara pengisian yang terdapat di dalam kursus tersebut ialah sesi ceramah dan LDK, aktiviti fizikal dan sesi penghayatan rohani.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) yakin dan pasti banyak pengalaman dan ilmu baru yang telah diperolehi para peserta daripada pengisian-pengisian yang ada pada kursus tersebut.


"Pengalaman kita akan menjadi sia-sia dan kenangan bersejarah sahaja kalau tidak dikongsikan dengan orang lain."


Justeru, PMFPI mengalu-alukan apa sahaja bentuk perkongsian pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh kursus tersebut khususnya daripada  pelajar tahun 1  yang telah turut serta dengan jayanya. PMFPI juga mengharapkan sebarang masalah yang dihadapi oleh peserta iaitu sebelum dan selepas kursus juga dapat dikongsikan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. 


Anda ada pengalaman dan cerita menarik? kongsikan bersama...

 
Islam Pemangkin Generasi Tarbawi