Monday, June 25, 2012

Tahniah Rakyat Mesir!

Dr Muhamad Mursi 
Tiada tangisan yang lebih bermakna dari tangisan melihat kemenangan Islam. Itulah yang dapat disaksikan apabila pengumuman dibuat bahawa Dr. Muhammad Mursi mewakili parti Ikhwanul Muslimin dan Freedom and Justice Party (FJP) menang dalam pemilihan Presiden Mesir pada kali ini.


Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) UKM mengucapkan tahniah atas kemenangan Dr. Muhammad Mursi yang telah berjaya memperolehi undi sebanyak 13,237,000 berbanding lawannya Ahmed Syafiq yang memperolehi 12,338,973 daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.


Sujud Syukur Rakyat Mesir setelah keputusan pemilihan Presiden  Mesir yang baru
Tahniah sekali lagi PMFPI ucapkan di atas pengisytiharan Presiden Mesir pertama selepas revolusi. Tahniah juga kepada seluruh umat Islam yang sentiasa mendoakan agar kemenangan ini beroleh kepada insan yang selayaknya. 

Semoga kemenangan ini membuka jalan tertegaknya sebuah wilayah yang dipimpin mengikut ajaran Islam. Jika Mesir juga telah dimenangi oleh Presiden yang perjuangkan Islam, maka tidak mustahil di negara-negara lain juga akan diberikan insan seperti ini. InsyaAllah.

Kami PMFPI sentiasa mendoakan supaya Presiden serta kepimpinan baru ini teguh menggalas bebanan tanggungjawab memerintah Mesir kerana pastinya cabaran mendatang akan lebih hebat. Allahuakbar!!!

Sunday, June 17, 2012

SALAM ISRA' MIKRAJ


Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi, 
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
[ Al-Isra' : 1 ]
Tidak terfikir dek akal biasa manusia untuk satu perjalanan yang begitu jauh jaraknya dengan hanya mengambil waktu satu malam sahaja. Sesuatu yang membuatkan jasad mulia penghulu sekalian anbiya' dicaci dan dihina bahkan digelar seorang yang dusta. Perjalanan yang bermula di Masijidil Haram, Mekah hingga ke Sidratul Muntaha ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Dan melalui peristiwa ini jugalah solat di fardhukan. Allahuakbar!

Isra' & Mikraj adalah anugerah Allah buat umat Muhammad S.A.W
supaya Beriman,hayati,teladani,beramal serta istiqamah!! 
Moga Allah redha..InsyaAllah..


Saturday, June 9, 2012

EXAM MODE SUDAH TIBA...

SALAM IMTIHAN 


Salam Imtihan kepada semua warga UKM dan warga FPI khususnya...Kami barisan Kepimpinan PMFPI 2012/2013 mendoakan agar sahabat-sahabat dapat menempuhi peperiksaan ini dengan hati yang tenang dengan Nur Iman kepada-NYA. Rapatkan hubungan dengan-Nya, agar ilmu diperoleh sentiasa diberkati-Nya... Sudah menjadi sunnatullah bahawa sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya jua akhirnya... "Man jadda wa jada wa man zar'a hasada", Namun kejayaan sebenar bagi seorang Muslim ialah mendapat redha dan Cinta dari Allah Yang Maha Esa... Persediaan Rohani, mental dan fizikal = kejayaanjgn lupa bawa bersama kad matrik dan Slip KMJP semasa peperiksaan nanti...

Bi Taufik Wan Najah fi Imtihan di dunia dan di akhirat... =)