Monday, January 13, 2014

~ Salam Maulidur Rasul l 12 Rabiul awal 1435 H l 14 Januari 2014 ~


Assalamualaikum WRH WBT.




"Kekasih Allah,
cinta mu teragung, rindu pada umat mu tak pernah jemu
tiap titis air mata, kerna cinta ke syurga
Ya Rasulullah , diri ini, mendamba saat bersama mu di syurga.
Syafaatkan kami..."



لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرً
Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah (Al-Ahzab : 21)

Tanggal 12 Rabiul awal Tahun Gajah, lahir seorang bayi yang bernama Muhammad Bin Abdullah, lahirnya membawa rahmat ke seluruh alam, seluruh alam merasainya.
Di utuskan kerasulan pada umur 40 tahun di kala umur mudanya, Rasulullah SAW ditaklifkan untuk menyampaikan risalah kepada seluruh umat supaya beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW serta berpandukan kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada baginda iaitu al-Quranulkarim. Nabi Muhammad SAW berijtihad dan berjihad menyebarkan risalah tersebut dan disambung oleh para sahabat, tabi' tabiin, seterusnya para ulama warosatul anbiya'.


Allah mengutuskan Rasulullah SAW bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat alQuran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.

Rasulullah SAW telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunnah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal untuk generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman. 

Barbahagialah orang-orang yang mendokong sunnah perjuangan daripada sirah Rasulullah SAW dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan para sahabat - Generasi al-Quran yang Unggul-.

Rasulullah..
Walau tak pernah melihat wajah mu,
Kami Cuba Mengingati mu,
Dan kami cuba mengamal sunnahmu,

Kami Sambung perjuanganmu,
walau kami dicaci dihina,
tapi kami tak pernah kecewa,
Allah dan Rasul sebagai pembela.

Kitalah : Rantai-rantai Penyambung Perjuangan Rasulullah SAW

✿  Sedarilah wahai umat Muhammad SAW, tanpa perjuangan Nabi dan para sahabat baginda yang dirahmati Allah dengan kuasa Allah, Islam tidak akan tersebar, kita tidak mungkin dapat merasai nikmat iman dan Islam.

Sabda Rasulullah SAW, Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-sama ku di dalam syurga. (Riwayat al-Sajary drpd Anas)

✿ Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita dan menyambung perjuangan baginda SAW.
Kalau bukan kita, siapa lagi ? Kalau bukan sekarang bila lagi?
JOM hidupkan sunnah baginda yang kita cintai dan rindui.

✿ Perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kasih kepada baginda.
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (33:56)

Dari Abu Hurairahzbahwa Rasul Allah Subhannahu wa Ta’ala bersabda ;
“Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)

✿ Semoga, kasih kepada baginda bertambah-tambah dari hari ke hari di samping sentiasa mengamalkan sunnah baginda

.

Allahumma solli 'ala muhammad...

:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::

Ikhlas dari kami..
Saff Pimpinan,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2013/2014

l Lanjah Informasi dan Penerbitan PMFPI 2013/2014 l

Wednesday, January 1, 2014

Perjuangan Penuntut Ilmu Kini Tiba Masanya..!

...Assalamualaikum...




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji dan sanjungan hanya untuk Allah, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada hamba Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya sekalian.



Perang Pen dan Kertas!!! Bersediakah Kita??
Minggu ini merupakan minggu terakhir pengkuliahan bagi semester ini. Peperiksaan Akhir semester 1 2013/2014  telah semakin hampir dan akan bermula 11 April 2011 ini. Bagaimana sahabat-sahabat? Sudah bersedia? Insyaallah, mudah-mudahan diberi Allah ketenangan dan kekuatan untuk mengharungi saat-saat akhir yang sangat bermakna dalam kehidupan sebagai mahasiswa di perbukitan ilmu UKM ini.




Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memperbaharui niat dalam menuntut ilmu agar diniatkan semata-mata kerana Allah. Kita kembalikan segala urusan kita kepadaNya. Imam al-Ghazali di dalam karangannya, Bidayatul Hidayah ada menukilkan mengenai penuntut ilmu yang paling beruntung. Menurut beliau,’’Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka, dia tidak berniat dalam mencari ilmu kecuali hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk dalam golongan yang beruntung''. 

Menuntut ilmu merupakan satu wasilah untuk kita mendalami dan memahami agama Islam yang tercinta agar kebenaran tertegak. Selaku mahasiswa dan mahasiswi di perbukitan ilmu UKM ini, kita mempunyai misi untuk kembali kepada masyarakat, menyedarkan serta menyampaikan ilmu-ilmu Islam. Tuntutan dakwah itu menuntut persediaan yang rapi dan tanggungjawab itu perlu diteruskan sebagai kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru itu, seseorang penuntut ilmu dalam bidang apapun akan merasakan dorongan untuk sukses yang luar biasa apabila ia menjadikan perintah agama sebagai motivasi utamanya. Dengan itu, dia akan menjadikan masa-masa sukarnya dalam menuntut ilmu sebagai perjuangan suci (jihad) untuk meninggikan kalimah Allah.

PMFPI menyeru agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi bersama-sama meneruskan usaha dan momentum persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjengah tidak lama lagi. Teruskan usaha, tingkatkan pergantungan dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Perbanyakkan jua memohon keampunan dari Allah dan bantuan dariNya. Sentiasalah juga berfikiran positif agar sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan nanti.

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau menjadikannya mudah. Dan tiada kedukaan melainkan Engkau yang menghilangkannya. 

Akhir kalam, kami di barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) mendoakan kecemerlangan buat sahabat-sahabat mahasiswa dan mahasiswi. Buatlah yang terbaik, insyaallah ada ganjarannya di sebalik kesukaran yang dihadapi.Bittaufiq wan najah, selamat menempuh peperiksaan. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Amiin


.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam





PMFPI menyokong gagasan PMUKM 2013/2014

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Saff Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam menyokong GAGASAN PMUKM 2013/2014 dan menyeru seluruh mahasiswa FPI khususnya bersama PMUKM untuk menerajui UKM untuk lebih jauh kehadapan sehingga dapat menembusi masyarakat luar, nasional dan antarbangsa, dengan sokongan dan dokongan mahasiswa UKM gagasan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Memetik kepada seruan YDP PMUKM :

"Saya menyeru kepada seluruh warga UKM agar melihat GAGASAN yang telah digariskan oleh PMUKM 2013/2014 adalah sebagai satu jemputan rasmi bagi meletakkan UKM Jauh Ke Hadapan"

Gagasan PMUKM 2013/2014

1) mendasari kebajikan 
2) keintelektualan
3) Perpaduan
4) Pengantarabangsaan
5) Graduan Kelas Tersendiri.

Alhamdulillah jemputan ini telah diterima baik oleh bakal NC UKM bermula 1/1/2014, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, insyaAllah "strategic planning" bersama beliau akan kami laksanakan.

Mustapha Kamil Husen Abd Kadir
YDP PMUKM 2013/2014


Sumber : pm-ukm.blogspot.com

"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"
Saff Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam 2013/2014

-Lajnah Informasi dan Penerbitan PMFPI-

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WRH WBT.

Jasamu dikenang oleh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Segala pengorbanan dan idea yang telah dicurahkan kami dahulukan dengan ucapakan ribuan terima kasih kepada bonda tercinta Prof Tan Sri Dato Wira Sharifah Habsah Shahabudin. Semoga dengan jasa yang diberikan akan menjadi idola kepada anak didik di UKM untuk bersama dalam memacu varsiti tercinta.






Tahniah ucapan diajukan kepada YBHG. Datuk. Dr Noor Azlan Ghazali selaku Naib Canselor UKM yang baru. Semoga dengan amanah yang diberikan mampu meletakkan UKM setaraf dengan Universiti antarabangsa. Diantara kata-kata beliau semasa berucap pada majlis watikah Majlis Perwakilan Pelajar. “ UKM bukan calang-calang Universiti dan warga UKM mempunyai satu tanggungjawab yang sangat istimewa dengan masyarakat”.



Sekali lagi saya mewakili Barisan Kepimpinan Perasatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mengucapakan tahniah kepada Prof atas tanggungjawab yang diberikan.

"Islam Pemangkin Generasi Tarbawai"
"Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti"

Muhammad ‘Ammar Bin Azlan
YDP PMFPI 2013/2014
Merangkap MPP Fakulti Pengajian Islam 2013/2014

Ambang peperiksaan : Selamat menduduki peperiksaan Pelajar Fakulti Pengajian Islam

Peperiksaan merupakan satu saat paling mencabar di alam kampus bagi setiap insan yang bergelar Mahasiwa. Samaada di Sekolah, Kolej mahupun Universiti peperiksaan merupakan kayu ukur untuk menguji tahap kemampuan seseorang pelajar. Kejayaan dalam peperiksaan menjadi bukti bahawa seseorang pelajar berjaya mengharungi ujian didalam dunia pelajaran.

Namun kejayaan dalam peperiksaan bukan merupakan kayu ukur yang sebenar, sebaliknya islam telah meletakkan bahawa mengamalakan apa yang dipelajari itu adalah satu kejayaan yang paling besar dalam membina jati diri keperibadian muslim.

Sesungguhnya medan yang sebenar sebagai seorang pelajar adalah apabila kita berhadapan dengan masyarakat. Ilmu yang ada mestilah dicurahkan kepada masyarakat yang sangat dahaga kepada ilmu agama terutama pada saat yang sangatt menggetirkan ini. Pembunuhan, ragut, rompak dan pelbagai maslaah jenayah berlaku disini sana ini adalah kerana ilmu agama itu tidak menebal dalam keperibadian diri seseorang muslim.

Besempena dengan bermulanya tarikh peperiksaan pada 2 Januari 2014, saya mewakili barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam mengucapakan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh warga UKM khususnya kepada Pelajar Fakulti Pengajian Islam

Bittaufiq Wannajah

"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"

Muhammad 'Ammar Bin Azlan
YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) sesi 2013/2014
Merangkap Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM