Thursday, December 31, 2009

PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN..


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbrt. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kita masih lagi diberikan peluang untuk mengutip lembaran-lembaran ilmu, untuk memenuhi ruang-ruang masa berbaki yang mungkin bagi tahun 3 akan berakhir pada sem ini, tahun 2 dalam pra memasuki tahun 3 begitu juga tahun 1. Walaupunbegitu kami barisan pimpinan mengharapkan ilmu yang dipelajari tidak terhenti hanya disini dan bukan untuk dipekung didalam dada tetapi mencari alternatif lain untuk bagaimana mempraktikalkan ilmu itu. Apapun, Sijil juga penting sebagai nisbah atau asbab kita pada zaman yang memerlukan kini.

Tahun baru, azam baru. Itulah yang seringkali kedengaran di mana-mana pun, termasuk juga media massa. HIJRAH bagi mahasiswa/i. Mahasiswa/i perlu bertindak mengubah diri kerana diri sendiri yang mengetahui kelemahan dan kekuatan diri. Lebih-lebih lagi mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam yang seharusnya membawa kesedaran dalam kelompok masyarakat, menjadi pengislah ummah juga sebagai agen perubah. Bukan menjadi pengikut semata-mata.

Mulakan dari diri anda, kerana perkara yang akan ditanya pada anda kelak mengapa ilmu yang dipelajari tidak digunakan sepenuhnya, hukum hakam yang telah dipelajari dalam kuliah dan sebagainya. Ingatlah, anda adalah manusia perintis ilmu yang membawa agama ISLAM, yang belajar ilmu agama, bukan manusia yang JAHIL yang tidak ada pengetahuan mengenai Islam. Mungkin, manusia yang jahil boleh dimaafkan tetapi bagaimana manusia yang telah mengetahui???yang telah ada Kefahaman???. Itulah tanggungjawab yang telah diletakkan dibahu anda sebagai seorang mahasiswa ISLAM. Jadi, andalah yang menentukan pengurusan kehidupan anda. Sama ada untuk menutup apa yang anda TAHU atau mencari keredhaan ALLAH swt yang SATU.


"ILMU tanpa AMAL ibarat POHON yang TIDAK BERBUAH"

Harapan kami agar FPI dapat mengeluarkan produk-produk manusia yang berkualiti, yang mempunyai IDEOLOGI dan idealisme yang tinggi. IMAN yang mantap, FIKRAH Islam yang jelas, Menguasai ILMU dan mampu memberi manfaat pada orang lain. Mudah-mudahan tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik buat kita semua. Insya Allah. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment