Sunday, June 17, 2012

SALAM ISRA' MIKRAJ


Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi, 
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
[ Al-Isra' : 1 ]
Tidak terfikir dek akal biasa manusia untuk satu perjalanan yang begitu jauh jaraknya dengan hanya mengambil waktu satu malam sahaja. Sesuatu yang membuatkan jasad mulia penghulu sekalian anbiya' dicaci dan dihina bahkan digelar seorang yang dusta. Perjalanan yang bermula di Masijidil Haram, Mekah hingga ke Sidratul Muntaha ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Dan melalui peristiwa ini jugalah solat di fardhukan. Allahuakbar!

Isra' & Mikraj adalah anugerah Allah buat umat Muhammad S.A.W
supaya Beriman,hayati,teladani,beramal serta istiqamah!! 
Moga Allah redha..InsyaAllah..


1 comment:

  1. Hayati ibrah dari sirah Rasulullah s.a.w junjungan mulia yang merupakan sosok pejuang agama, walau menghadapi tentangan dan rintangan, risalah kebenaran tetap diperjuangkan..Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete