Thursday, April 4, 2013

PMFPI UKM KECAM FILEM "MENCARI CINTA"

"Saya mewakili seluruh pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia MEMBANTAH sekeras-kerasnya segala bentuk usaha ke arah menerbitkan filem MENCARI CINTA, arahan Shirin Khuzaimi. 

Kami menuntut pihak yang terlibat supaya dapat mengkaji semula kandungan filem ini bagi memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia. Filem yang mengandungi adegan lucah yang jelas bertentangan dengan hukum syarak ini dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak dan merosakkan pemikiran masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. 

Diharapkan kepada barisan pelakon yang terlibat dalam adegan dan aksi terkutuk ini dapat bertaubat dan sedar akan status mereka sebagai seorang Muslim. Fikirkanlah tentang masa depan agama dan dunia perfileman tanah air yang mana kedua-duanya semakin mendapat tempat di hati masyarakat. 

Walaupun agama tidak menolak hiburan dan dunia perfileman, namun Islam masih menitikberatkan soal penghayatan nilai-nilai agama dalam setiap hiburan dan filem yang akan dihidangkan kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam".

Rasyid B. Ismail
Yang Di Pertua,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI),
Universiti Kebangsaan Malaysia.


"Islam Pemangkin Generasi Tarbawi"

No comments:

Post a Comment