Monday, August 26, 2013

Terima warga baru Fakulti Pengajian Islam, mahasiswa/i UKM 13/14 .

Assalamualaikum wrh. wbt.  ‿ ⁀ 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah atas nikmat dan hikmat yang dikurnia Allah SWT kepada hambaNYa.

PMFPI mengharapkan semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat dan diredhai Allah.

....dalam hidup setiap mukmin, tujuan hidupnya ialah untuk mendapat REDHA Ilah... ('',)


Lebih kurang seminggu sahaja lagi, kita akan menerima warga FPI yang baru atau lebih mesra dgn adik-adik baru. Ucapan kami ikhwah dan akhowat, ahlan wa sahlan dan tahniah kerana dipilih untuk menjadi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. 




Untuk antum (adik-adik),

Setelah menjejakkan kaki ke universiti, antum secara rasminya bergelar seorang mahasiswa. Maka, antum hendaklah mempunyai keperibadian sebagai mahasiswa. :)

Antum perlulah menjadi seorang yang berpendirian , dan  berprinsip supaya antum tidak mudah terpengaruh dengan pujukan, rayuan, pujian, ajakan orang. Pendirian dan prinsip ini wajiblah dipacak dengan Iman, selari dengan al-quran dan al-sunnah.

Antum juga perlulah menjaga adab dan tata susila sebagai pelajar Islam, antum lah ikon Islam. Jadi, haruslah bagi antum untuk menjadi contoh tauladan kepada teman-teman dan orang sekeliling dengan adab sopan yang telah digariskan oleh Islam. Hormati yang tua, kasihi yang muda. 

Sebagai pelajar Islam. Sudah pastilah antum fasih dengan hukum-hukum dan syariat Islam. Maka, amalinya supaya "biah solehah" akan wujud walau di mana antum berada. 


 Menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. (berpakaian sunnah) 

 >Perempuan: menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan(tapak tangan), longgar dan tebal. 

>Lelaki: Menutup aurat dan pakain yang longgar. 

 Sampaikan salam,senyum dan sapa apabila bertemu dengan sesiapa.

 Menjaga hubungan dan pergaulan serta menjaga pandangan. ingatlah adik-adik, kita ini pelajar Islam yang mana kita telah ditarbiyahkan oleh ibu bapa, guru-guru di sekolah tentang pergaulan menurut Islam. Jadilah orang yang tidak melampaui batas dalam berhubung dengan rakan ajnabi, berhubung dengan mereka apabila mempunyai urusan sahaja.{menjaga ikhltilat}



☂ Adik-adik juga perlu mempersiapkan dari segi mental dan fizikal, badan sihat serta otak yang cergas supaya antum dapat menerima pengajian, aktiviti di kampus dengan baik. Niat Ikhlas kerana Allah SWT untuk menuntut ilmu, semoga dengan kita menuntut ilmu ini, kita dapat meningkatkan rasa takut (perhambaan) kepada Allah. semoga dengan ilmu ini, kita dapat menggunakannya dan berkongsi kebaikan kepada keluarga dan masyarakat.

Mohon restu dari ibu dan ayah serta ahli keluarga, supaya antum datang berjihad menuntut ilmu direstui dan disenangi oleh mereka. Ucaplah terima kasih dan berilah penghargaan kepada ibu bapa antum yang banyak bekoran harta dan masa untuk antum (kita semua).


Khotaman, Akhir sekali, kami mengingatkan supaya adik-adik persiapkan barang-barang untuk dibawa ke universiti, pastikan ianya cukup. bawalah barang keperluan dan jangan berlebih-lebihan.

Kami berdoa  semoga antum dipermudahkan urusan untuk menuntut ilmu di bumi UKM ini. Seandainya adik-adik mempunyai persoalan, silalah bertanya kepada akhawat dan ikhwah. Kami gembira menerima kedatangan antum. :)


Buat sahabat-sahabat tahun 2 dan 3 FPI, tunjukkan contoh yang baik untuk semua, beri tunjuk ajar kepada adik-adik. jom, insyaAllah.


Sekian sahaja celoteh kami (wakil PMFPI).. 

Siiru 'ala barokatillah...



.:: Islam Pemangkin Generasi Tarbawi ::.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam 13/14




No comments:

Post a Comment